Dakwa Anak Abai Ibu Bapa Utusan Malaysia 16 03 2023


 

PETALING JAYA: Rang Undang-Undang (RUU) Warga Emas yang akan dibentangkan di Parlimen tahun depan perlu ada peruntukan undang-undang yang boleh mendakwa anak-anak yang mengabaikan ibu bapa mereka.
Bagaimanapun definisi pengabaian anak terhadap ibu bapa yang bakal termaktub dalam akta berkenaan perlu objektif.
Ini bagi mengelakkan berlaku kes berat sebelah kepada anak yang mungkin tidak bermaksud mengabaikan ibu bapa apabila orang tua mereka dihantar ke rumah kebajikan.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Aktivis Persa­tuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, RUU Warga Emas perlu kerana sifat prihatin anak-anak kepada ibu bapa yang terdiri daripada warga tua ketika ini semakin berkurangan.
“Abai ibu bapa boleh didakwa kena ada dalam RUU dan dima­sukkan sekali dalam akta tersebut. Sebab kebelakangan ini ba­nyak anak-anak kurang rasa pri­hatin kepada ibu bapa ma­sing-masing.
“Tetapi dalam masa sama, kena juga ada kaedah untuk menguatkuasa undang-undang itu bagi memudahkan ibu bapa yang ‘terbiar’ mengadu jika timbul isu-isu yang tidak sepatutnya,” kata beliau ketika dihubungi, semalam.
USIA TUA
Menurut beliau, kerajaan perlu serius menangani isu pengabaian warga emas bagi memastikan individu yang meniti usia tua tidak ‘terbiar’ begitu sahaja.
Pakar Perunding Kaunselor Kekeluargaan dan Perkahwinan, Hushim Salleh berkata, akta itu perlu dilaksanakan bagi membantu anak-anak lebih menghargai ibu bapa dan tidak menganiayai mereka.
Katanya, apa yang penting kasih sayang daripada anak-anak kerana warga tua mempunyai banyak kesan dari segi emosi.
“Kebanyakan kes kaunseling yang saya buat, anak-anak main pass ibu bapa bila mahu jaga mereka, lama-lama ibu sedih dan kecewa. Itu yang kadang-kadang menyebabkan mereka jadi gelandangan atau duduk rumah orang tua.
“Ibu bapa bela dari kecil sampai besar…hutang sana sini, tetapi anak-anak apabila berjaya lupa ibu bapa.
“Kena ingat, penuaan di Malaysia semakin lama apabila lelaki boleh mencecah usia 75 tahun dan perempuan usia 80 tahun, jadi akta itu mampu mendidik anak-anak menjadi lebih bertanggungjawab,” katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Kebajikan Warga Emas Chan Kuala Lumpur, Cham Chan Phoi berkata, dengan akta itu dapat membantu warga tua yang tersisih supaya kebajikan mereka terjamin dan mendapat pembelaan sewajarnya.
WARGA EMAS
“Kalau buat undang-undang itu, memang kita setuju sangat sebab dapat membantu warga emas yang terabai.
“Contoh di rumah kebajikan kami, kita ada 27 warga tua, tetapi bukan semua disisih anak-anak. Ada yang dihantar dari hospital dan ada datang sendiri.
“Tidak semua anak-anak abaikan ibu bapa mereka kalau hantar ke pusat jagaan kerana ramai juga yang ada anak, mereka selalu datang,” katanya.
Mengulas lanjut, Chan Phoi berkata, kebanyakan anak-anak yang menghantar ke pusat ja­gaan sebahagiannya bagi memastikan kebajikan ibu bapa mereka terjamin.
Katanya, ini kerana anak-anak memberi alasan tiada orang yang mahu menjaga ibu bapa di rumah sekiranya mereka suami isteri keluar bekerja.
“Anak-anak mahu cari makan jadi sebab itu kebanyakan mereka hantar ke pusat ja­gaan.
“Lagipun keadaan ekonomi sekarang ini memerlukan suami isteri bekerja untuk kelangsu­ngan hidup, jadi tak cukup kalau seorang saja yang bekerja. Cumanya mereka itu tak abai lah ibu bapa mereka,” jelasnya.
UNDANG-UNDANG
Semalam, Dewan Rakyat dimaklumkan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang merangka RUU Warga Emas yang antara lain mengambil kira tindakan undang-undang terhadap anak yang tidak bertanggungjawab kepada ibu bapa mereka.
Timbalan Menterinya, Aiman Athirah Sabu berkata, penggubalan akta itu bertujuan melindungi warga emas selain sebagai persediaan negara me­nuju status negara tua pada 2030.
Antara kandungan rang undang-undang tersebut ialah melindungi kebajikan dan hak asasi warga emas, memperkasa warga emas dan ahli keluarga serta komuniti, mewujudkan sistem sokongan yang kuat terhadap warga emas serta sistem sokongan kukuh buat penjaga.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) sama ada kerajaan akan menggubal undang-undang mewajibkan potongan gaji anak yang menghantar ibu bapa ke pusat jagaan.


Artikel oleh: Utusan Malaysia
DAKWA ANAK ABAI IBU BAPA
https://www.utusan.com.my/berita/2023/03/dakwa-anak-abai-ibu-bapa/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2023/03/dakwa-anak-abai-ibu-bapa-utusan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Barang Naik Pengguna Perlu Bijak Jangan Asyik Salahkan Kerajaan Sahaja Utusan Malaysia 17 03 2023

Harga Barang Naik Pengguna Perlu Bijak Jangan Asyik Salahkan Kerajaan Sahaja Utusan Malaysia 17 03 2023

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 301 hits
PETALING JAYA Pengguna sentiasa berdepan isu kenaikan harga barang sepanjang tahun terutamanya menjelang musim perayaan Isu ini hanya boleh berubah sekiranya pengguna sendiri bekerjasama untuk membawa perubahan Mengapa setiap kali berlaku k...
Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadan Dan Perisytiharan Puasa 1444h 2023 Malaysia

Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadan Dan Perisytiharan Puasa 1444h 2023 Malaysia

papar berkaitan - pada 19/3/2023 - jumlah : 517 hits
Tarikh melihat anak bulan Ramadan dan perisytiharan bermulanya puasa telah ditetapkan pada petang hari Rabu 22 Mac 2023 bersamaan dengan 29 Syaaban 1444 Hijrah Penyimpan Mohor Besar Raja Raja iaitu Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad akan me...
Anak Anak Rindu Ibu Aisha Jemyma Gilir Gilir Jaga Ibu Fasha Sandha Dapat Kekuatan Anak Anak

Anak Anak Rindu Ibu Aisha Jemyma Gilir Gilir Jaga Ibu Fasha Sandha Dapat Kekuatan Anak Anak

papar berkaitan - pada 6/3/2023 - jumlah : 188 hits
Malang tidak berbau Kemalangan yang menimpa pelakon Fasha Sandha ketika melakukan satu aksi pergaduhan sewaktu sedang shooting menyebabkan Fasha mengalami kecederaan di bahagian matanya Fasha yang kini masih berada di hospital itu sudah sem...
10 Tips Untuk Ibu Ayah Yang Ada Anak Tahun 1

10 Tips Untuk Ibu Ayah Yang Ada Anak Tahun 1

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 222 hits
10 Tips Untuk Ibu Ayah Yang Ada Anak Tahun 1 Hampir minggu terakhir untuk buat persiapan persekolahan Macam mana persiapan Dah siap beli baju dan buku MF rasa minggu ni minggu sibuk ni Banyak kedai akan jadi tumpuan untuk ibu bapa buat pers...
Bini Aku Pun Ayah Nak Sondol Despratenya Ayah Anak Buat Laporan Polis Terhadap Bapa Kandung

Bini Aku Pun Ayah Nak Sondol Despratenya Ayah Anak Buat Laporan Polis Terhadap Bapa Kandung

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 158 hits
Seorang lelaki di India membuat laporan polis terhadap bapa kandungnya yang didakwa telah menggoda isterinya sehingga menyebabkan wanita itu nekad meninggalkannya nbsp Dalam keterangan kepada polis Pawan Vairagi yang berasal dari sebuah kam...
Sebutan Kes Minggu Depan Ibu Mentua Upload Gambar Puteri Sarah Amp Anak Anak Belum Siap Kehilangan

Sebutan Kes Minggu Depan Ibu Mentua Upload Gambar Puteri Sarah Amp Anak Anak Belum Siap Kehilangan

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 203 hits
Sejak berita tentang kemelut rumah tangganya tular Puteri Sarah Liyana sering menjadi tumpuan ramai terutamanya dalam apa hal yang dikongsikan di media sosial Apa apa hantaran dimuat naik oleh Sarah di Instagram terutamanya pasti akan mencu...
Hiburan Hafidz Roshdi Upload Video Sayang Anak Komen Ibu Mentua Puteri Sarah Jadi Perhatian

Hiburan Hafidz Roshdi Upload Video Sayang Anak Komen Ibu Mentua Puteri Sarah Jadi Perhatian

papar berkaitan - pada 4/3/2023 - jumlah : 355 hits
Sebelum ini pelakon didakwa memukul isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri sehingga luka dan berdarah di bahagian pipi Bukan itu sahaja ahli keluarga Shuhada turut mengesahkan bahawa dia telah ditumbuk sebanyak tiga kali oleh suaminya selepas b...
Nak Ajar Anak 5 6 Tahun Membaca Menulis Ibu Mesti Selalu Puji Senyum Baru Menjadi

Nak Ajar Anak 5 6 Tahun Membaca Menulis Ibu Mesti Selalu Puji Senyum Baru Menjadi

papar berkaitan - pada 4/3/2023 - jumlah : 190 hits
Ada orang tanya anaknya 5 tahun belum kenal huruf tak minat nak belajar membaca Apa sepatutnya nak buat Menurut Speech Language Therapist Puan Ruby Atika untuk nak memastikan anak minat membaca dan cepat belajar ada kaedahnya Umur kecil ni ...
Anak Pergi Umrah Dia Hantar Nak Balik Tunggu Kat Airport Warganet Puji Sharnaaz Ahmad Gelar Bapa Mithali

Anak Pergi Umrah Dia Hantar Nak Balik Tunggu Kat Airport Warganet Puji Sharnaaz Ahmad Gelar Bapa Mithali

papar berkaitan - pada 8/3/2023 - jumlah : 139 hits
Siapa boleh tahan bila kena berjauhan dari orang yang tersayang kan Lebih lebih lagi orang itu d4rah daging kita Kalau sehari tak jumpa pun dah terasa apatah lagi makan masa dua minggu Itulah yang dipamerkan oleh ikatan anak dan ayah antara...
Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

Telemovie Larian Terakhir Lakonan Fattah Amin Amyra Rosli


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Why Did The Bmw 428i Engine Overheating Light Turn On How Do I Fix The Issue

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur