10 Tips Untuk Ibu Ayah Yang Ada Anak Tahun 1


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

10 Tips Untuk Ibu Ayah Yang Ada Anak Tahun 1 | Hampir minggu terakhir untuk buat persiapan persekolahan.
Macam mana persiapan? Dah siap beli baju dan buku. MF rasa, minggu ni minggu sibuk ni... Banyak kedai akan jadi tumpuan untuk ibu bapa buat persiapan akhir untuk sesi persekolahan tahun depan.
MF pun tak terkecuali dan untuk beli baju untuk anak sendiri yang bakal naik sekolah tahun rendah tahun 1 walaupun bukan pertama kali... 
Sebagai ibu bapa mestilah debaran tu ada.. Anak nampak relax je tapi mak pak nya yang kalut sebab takde pengalaman kan.. Insha Allah anak akan datang tak serisau ini dah...
Apa pun hanya doa moga dipermudahkan... Tambah pula.. Semua persiapan diuruskan suami je.. Sebab MF salam pantang lagi.
Bab persiapan persekolahan secara fizikal tu MF tak risau mana.. Tapi yang lebih merisaukan cabaran si kakak nak mula dengan gaya dan amalan pembelajaran yang semestinya berlainan semasa dia di pra-sekolah.
Cuma, sedikit lega sebab kakak bersedia di pra sekolah.. Jadi selok belok sekolah seperti kantin, tandas dan segalanya dia dah tahu...
Apa pun, menarik untuk MF nak kongsikan 10 Tips berguna dari cikgu tahun 1 ini... Panduan buat ibu bapa baru yang ada anak ke Tahun 1 buat pertama kalinya..

10 Tips Untuk Ibu Ayah Yang Ada Anak Tahun 1 

Ada anak Darjah 1 tahun 2018? Ini persiapan kau sebagai ibu bapa.
1) Pastikan Anak Kuasai 3M Pastikan anak kenal huruf dan boleh membaca dan mengeja walau sedikit. Operasi asas nombor, tambah dan tolak bawah 10 dia dah kuasai.
Silibus KSSR Semakan 2017 sangat tinggi arasnya. Murid yang masuk dengan 'zero', pasti ketinggalan jauh ke belakang. Silap-silap akan masuk kelas pemulihan.
Bahasa Malaysia tahun 1 silibus baru ini murid dah kena pandai bina ayat berdasarkan gambar menjelang pertengahan tahun.
Matematik pula dah diperkenalkan asas bundar, asas pecahan malah pengurusan data. Ini semua topik di Tahun 4 kalau ikut silibus lama, KBSR. KSSR ni lain macam dia punya pergi.
Bayangkan kalau anak kita masuk dengan 'zero'. Pasti tertinggal kerana cikgu tak akan tunggu anak kita seorang.
2) Bimbing Anak di Rumah Bimbing anak di rumah. Ini sangat penting. Berhenti merungut kata silibus tinggi dan soalan terlampau KBAT.
Anak walau ada asas membaca dan tahu operasi asas nombor pasti ketinggalan juga jika tiada bimbingan lanjut di rumah.
Silibus berat, masa singkat. Namun sebenarnya anak-anak kita boleh kuasai. Majoriti murid mampu ikut dengan baik.

Kebanyakan murid yang tertinggal adalah yang tidak diberi bimbingan lanjut di rumah. Nak anak berjaya? Bantu mereka. Jangan harap ilmu di sekolah dan guru semata-mata.

3) Ajar Anak Kenali Wang.  Ajar anak guna wang. Ajar anak tunggu terima baki. Ajar anak jangan bagi wang jika murid lain minta. Ajar anak maklumkan pada cikgu kalau murid lain minta wang dari mereka.

Semua asas ini perlu diajar dari rumah lagi. Cikgu tak mampu nak ajar beratus murid cara guna wang dan cara jaga duit poket mereka.

Fakta : Ramai murid tahun 1 tidak tahu guna wang.

4) Ajar Anak Guna Tandas Ajar anak guna tandas awam/sekolah. Jangan buat macam di rumah. Ajar anak minta izin untuk ke tandas.

Fakta : Ada murid buka seluar dalam kelas dan berlari bogel menuju ke tandas tanpa rasa malu. Ada pula buka seluar di luar pintu tandas dan seluar basah kuyup kena air kat lantai dan kotor dipijak kawan yang lalu lalang.

5) Jangan Takutkan Anak Dengan Cikgu Garang Jangan takutkan murid dengan bagitahu mereka cikgu garang. JANGAN! Ramai ibu bapa takutkan anak mereka dengan ayat, " Abang jangan nakal-nakal. Nanti cikgu rotan." Akibatnya, murid takut nak minta izin ke tandas.
Fakta : Kebanyakan murid yang kencing berak dalam seluar kerana takut untuk minta izin sebab dimomokkan oleh ibu bapa mereka bahawa cikgu garang.
6) Ajar anak berkongsi dan menjaga barang sendiri. Bekal makanan buatlah lebih. Suruh anak berkongsi dengan murid lain. Ini amalan mulia. Begitu juga pensel, pemadam dan alat tulis. Berkongsi, tapi sila pastikan mereka ambil dan simpan semula.

Fakta : Ramai murid tidak pandai jaga harta sendiri. Hasilnya, di kantin lambakan botol air dan bekal makanan yang murid tinggal. Dalam kelas, lambakan alat tulis yang jatuh tidak dikutip, buku ditinggalkan di bawah meja.
7) Ajar Pakai Kasut dan Tali Pinggang Jangan bagi murid pakai kasut bertali jika mereka tak pandai ikat. Ajar juga anak buka dan pasang tali pinggang.

Ramai murid tahun 1 pakai tali pinggang buat kali pertama bila menjejak kaki di sekolah. Mak ayah yang pakaikan di rumah.

Fakta : Ramai murid terkencing dan terberak dalam seluar gara-gara tak pandai buka tali pinggang.
8) Ajar Ikut Jadual Sekolah Ajar anak susun jadual ikut hari. Jangan bawa semua buku. Bawa buku mengikut jadual sahaja. Baru beg tak berat.

Ajar ayah dia sekali susun jadual anak. Ini pun penting!

Fakta : Biasa murid bawa buku ikut jadual dan beg tak berat. Suatu hari semua buku murid itu bawa. Rupanya ibu dia 'out station' dan ayah tukang susun buku
Semua buku ayah dia sumbat. Banana punya ayah. Kesian kat anak

9) Gunakan Group Whatssap Dengan Bijak Jika ada group wasap kelas, jangan wasap tengah-tengah malam buta dan mengharap balasan segera. Cikgu bukan kedai 7-Eleven yang setiap masa tunggu nak reply mesej anda.

Hormati group wasap tersebut. Jangan post status politik, jangan spam dengan nasihat, kata-kata hikmah, perkongsian cerita menarik atau apa jua. Cukuplah group itu untuk maklumat anak dan kelas.

Nak sangat post isu semasa, hadis, kata nasihat, mutiara kata, mutiara naga, kau buka group wasap lain dan add lah semua parent. Post lah semua benda sesuka hati kamu.

Paling penting, jangan promote barang anda berniaga dalam group tu. Menyampah dan mengganggu tahu tak?

10) Berhenti Merungut Usah lagi diratib tentang sukarnya silibus baru dan payahnya soalan KBAT.
BERHENTI MERUNGUT!
Sebaliknya bertindaklah. Merungut tidak mampu mengubah apa-apa. Orang lain yang bertindak anak mereka dah maju ke depan.

Kita yang sering merungut di hadapan anak tentang sukarnya silibus sehingga anak pun set dalam kepala 'payahnya belajar'.

Kredit : Facebook Mohd Fadli Salleh
Rasa lega sikit bila baca, maknanya kena bersedia mulai sekarang... Sekarang ni pun MF mula print beberapa latihan Linus untuk kakak buat di rumah... Bahan tu banyak di Facebook..

Yang mana dia tak boleh buat perlukan lebih pengukuhan... Walaupun kakak boleh jawab tapi kadang ada kecuaian dalam menjawab tu sebab salah...

InshaAllah, dalam minggu ni kena Latih dan praktikkan dia dengan 10 Tips perkongsian cikgu tahun 1 ini..
Semoga bermanfaat untuk ibu bapa yang lain juga..

Moga Allah permudahkan urusan kita semua... 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mariafirdz.com/2017/12/10-tips-untuk-ibu-ayah-yang-ada-anak-tahun-1-2018.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awak Mampu Lepak Atas Tu Tersenyum Ya Anak Selamba Duduk Atas Tudung Ibu Ayah Yang Cuak

Awak Mampu Lepak Atas Tu Tersenyum Ya Anak Selamba Duduk Atas Tudung Ibu Ayah Yang Cuak

papar berkaitan - pada 3/3/2023 - jumlah : 257 hits
Kaum wanita ni ada macam macam pantang larang yang boleh kita buat kalau ada yang melanggarnya Salah satu dari kepantangan kaum wanita ni adalah bila tudung yang sudah digosok elok tapi ada yang mengusiknya sehingga kerenyuk semula Tiada si...
Nak Ajar Anak 5 6 Tahun Membaca Menulis Ibu Mesti Selalu Puji Senyum Baru Menjadi

Nak Ajar Anak 5 6 Tahun Membaca Menulis Ibu Mesti Selalu Puji Senyum Baru Menjadi

papar berkaitan - pada 4/3/2023 - jumlah : 195 hits
Ada orang tanya anaknya 5 tahun belum kenal huruf tak minat nak belajar membaca Apa sepatutnya nak buat Menurut Speech Language Therapist Puan Ruby Atika untuk nak memastikan anak minat membaca dan cepat belajar ada kaedahnya Umur kecil ni ...
Serunya Gisel Dan Gempi Spa Bareng Ibu Dan Anak Kayak Bestie Banget

Serunya Gisel Dan Gempi Spa Bareng Ibu Dan Anak Kayak Bestie Banget

papar berkaitan - pada 22/2/2023 - jumlah : 182 hits
Disela sela waktu kosongnya Gisel mengajak sang buah hati yakni Gempi untuk menikmati spa bersama Ibu dan anak ini melakukan kegiatan seru Kebersamaan mereka terlihat bak bestie banget Berikut beberapa fotonya
Video Kondisi Mengenaskan Keluarga Ag Ayah Stroke Ibu Kanker Paru

Video Kondisi Mengenaskan Keluarga Ag Ayah Stroke Ibu Kanker Paru

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 122 hits
Sosok perempuan inisial AG kerap kali menjadi pembicaraan perbincangan oleh berbagai pihak Sebab kekasih dari tersangka kasus penganiayaan Mario Dandy Satrio kerap kali diterpa dengan sosok yang orangtuanya yang memiliki kuasa Tidak hanya i...
Bini Aku Pun Ayah Nak Sondol Despratenya Ayah Anak Buat Laporan Polis Terhadap Bapa Kandung

Bini Aku Pun Ayah Nak Sondol Despratenya Ayah Anak Buat Laporan Polis Terhadap Bapa Kandung

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 160 hits
Seorang lelaki di India membuat laporan polis terhadap bapa kandungnya yang didakwa telah menggoda isterinya sehingga menyebabkan wanita itu nekad meninggalkannya nbsp Dalam keterangan kepada polis Pawan Vairagi yang berasal dari sebuah kam...
Nasib Jumpa Gelagat Anak Teruja Tegur Ayah Sebelum Show Siap Menari Buat Ramai Terhibur

Nasib Jumpa Gelagat Anak Teruja Tegur Ayah Sebelum Show Siap Menari Buat Ramai Terhibur

papar berkaitan - pada 6/3/2023 - jumlah : 216 hits
Dah menjadi acara tahunan sesebuah sekolah bila sampai akhir tahun pasti akan ada hari graduasi dan persembahan murid Memang teruja dibuatnya sebab kita nak tengok sendiri anak buat show bersama kawan kawannya Maklumlah kan dah berlatih di ...
Selera Anak Macam Macam Di Mios Kitchen Mak Ayah Tak Perlu Pening Kepala Semua Ada

Selera Anak Macam Macam Di Mios Kitchen Mak Ayah Tak Perlu Pening Kepala Semua Ada

papar berkaitan - pada 3/3/2023 - jumlah : 342 hits
Setiap kali keluar makan bersama keluarga dan anak anak mulalah buntu untuk memilih tempat makan yang sesuai Apa lagi keluar dengan anak kecil banyak perkara yang kita perlu berikan perhatian Salah satu ciri utama sebelum membuat keputusan ...
Mudah Teliti Sukses Bawa 7 Anak Perempuan Pergi Travel Ibu Ni Kongsikan Tip Boleh Ikut

Mudah Teliti Sukses Bawa 7 Anak Perempuan Pergi Travel Ibu Ni Kongsikan Tip Boleh Ikut

papar berkaitan - pada 3/3/2023 - jumlah : 535 hits
Bila cuti sekolah ni sebenarnya umpama reward untuk anak anak Dah penat belajar dan mengikuti pelbagai aktiviti di sekolah tambah pula kena bangun awal dan sebagainya bila tak perlu ke sekolah ni anak anak rasa seronok Apatah lagi bila ibu ...
Hiburan Hafidz Roshdi Upload Video Sayang Anak Komen Ibu Mentua Puteri Sarah Jadi Perhatian

Hiburan Hafidz Roshdi Upload Video Sayang Anak Komen Ibu Mentua Puteri Sarah Jadi Perhatian

papar berkaitan - pada 4/3/2023 - jumlah : 359 hits
Sebelum ini pelakon didakwa memukul isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri sehingga luka dan berdarah di bahagian pipi Bukan itu sahaja ahli keluarga Shuhada turut mengesahkan bahawa dia telah ditumbuk sebanyak tiga kali oleh suaminya selepas b...
Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Pekerja Pelanggan Bergaduh Lempar Burger Aiskrim

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Cara Mendapatkan Rumah Tangga Yang Harmoni Damai Dan Diberkati