Harga Barang Naik Pengguna Perlu Bijak Jangan Asyik Salahkan Kerajaan Sahaja Utusan Malaysia 17 03 2023


 

PETALING JAYA: Pengguna sentiasa berdepan isu kenaikan harga barang sepanjang tahun terutamanya menjelang musim perayaan. Isu ini hanya boleh berubah sekiranya pengguna sendiri bekerjasama untuk membawa perubahan.
Mengapa setiap kali berlaku kenaikan harga barang tidak kira semasa musim perayaan mahupun pandemik Covid-19, kerajaan yang disalahkan?
Malah, kerajaan juga diharap berbuat sesuatu untuk membawa perubahan tetapi pengguna tidak melakukan apa-apa?
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Aktivis Persa­tuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, perubahan boleh dilakukan dengan menjadi pengguna yang bijak, sentiasa bandingkan harga barangan di beberapa lokasi sebelum membuat pembelian.


Katanya, pengguna harus lebih bertanggungjawab dengan mempunyai ilmu mengenai harga barangan yang dibeli, ban­dingkan harga barangan dengan harga pasaran yang ditentukan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
“Sentiasa menyimpan resit pembelian supaya dapat diban­dingkan harga barangan di pasar raya tersebut dengan pasar raya lain dan jangan meneruskan pembelian sekiranya mendapati harga yang ditawarkan di lokasi tersebut melebihi daripada harga yang sepatutnya.
“Pada masa yang sama, kita sebagai pengguna harus bekerjasama dengan tidak melakukan pembelian di kedai yang meletakkan harga yang tinggi serta didik anak-anak kita perkara yang sama juga,” ujarnya.Menurut Nadzim, didikan bermula daripada keluarga sendiri, sekiranya ibu bapa mela­kukan pembelian dengan bijak, sudah pasti anak-anak akan turut mengikut langkah tersebut.
Katanya, pengguna tidak boleh mengambil mudah semua perkara dan harapkan barangan murah begitu sahaja tetapi tidak mahu mengambil inisiatif sendiri.
“Tanam sayur-sayuran di belakang rumah seperti cili, kacang bendi, tomato, bok choy dan kangkung, ini serba sedikit mampu menjimatkan perbelanjaan.
“Pengguna harus proaktif dan mendisiplinkan diri untuk melakukan sesuatu, mereka sedar bahawa isu ini sentiasa berlaku tetapi masih mahu menu­ding jari menyalahkan orang lain tanpa melakukan apa-apa.
“Kita sebagai pengguna perlu pastikan ada perubahan dalam diri kita, jangan asyik menunggu peniaga atau kerajaan untuk membawa perubahan,” ujarnya.
Tinjauan oleh Utusan Malaysia di sebuah pasar raya di Jalan Klang Lama di ibu negara menunjukkan kebanyakan harga barangan berada dalam tahap yang ditentukan oleh FAMA, hanya beberapa barangan menunjukkan perbezaan harga dalam RM0.49 hingga RM3.74.
Cili merah satu kilogram menunjukkan RM11.99, kubis bulat Cameron satu kilogram RM4.99, minyak masak paket satu kilogram RM2.50 dan gula kasar satu kilogram RM2.85, harga ini selaras dengan harga yang ditentukan oleh kerajaan.
Terdapat beberapa barangan menunjukkan perbezaan seperti tembikai merah satu kilogram menunjukkan perbezaan harga RM0.49, tomato cameron satu kilogram mempunyai perbezaan RM0.99, telur ayam 10 biji menunjukkan perbezaan sekitar RM2.40 dan ubi kentang AS mempunyai perbezaan RM3.74.
Artikel oleh: Utusan Malaysia
HARGA BARANG NAIK: PENGGUNA PERLU BIJAK, JANGAN ASYIK SALAHKAN KERAJAAN SAHAJA
https://www.utusan.com.my/nasional/2023/03/harga-barang-naik-pengguna-perlu-bijak-jangan-asyik-salahkan-kerajaan-sahaja/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2023/03/harga-barang-naik-pengguna-perlu-bijak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pesta Pembaziran Setiap Ramadan Aidilfitri Utusan Malaysia 23 03 2023

Pesta Pembaziran Setiap Ramadan Aidilfitri Utusan Malaysia 23 03 2023

papar berkaitan - pada 23/3/2023 - jumlah : 353 hits
SAMBUTAN Ramadan dan Hari Raya tahun ini terlalu rapat dengan sesi pembukaan sekolah menyebabkan ibu bapa terpaksa berhadapan keperluan dan tuntutan perbelanjaan yang tinggi Baru sahaja selesai membeli barangan kelengkapan sekolah serta pem...
Dakwa Anak Abai Ibu Bapa Utusan Malaysia 16 03 2023

Dakwa Anak Abai Ibu Bapa Utusan Malaysia 16 03 2023

papar berkaitan - pada 16/3/2023 - jumlah : 439 hits
PETALING JAYA Rang Undang Undang Warga Emas yang akan dibentangkan di Parlimen tahun depan perlu ada peruntukan undang undang yang boleh mendakwa anak anak yang mengabaikan ibu bapa mereka Bagaimanapun definisi pengabaian anak terhadap ibu ...
Konsert Coldplay Di Malaysia Dibatalkan Peminat Salahkan Kerajaan

Konsert Coldplay Di Malaysia Dibatalkan Peminat Salahkan Kerajaan

papar berkaitan - pada 19/3/2023 - jumlah : 193 hits
Pakai Helmet Sebelum Serbu Konsert Jelajah COLDPLAY Music of The Spheres Live at River Plate yang dijadualkan di Malaysia telah dibatalkan Menerusi satu pengumuman oleh GSC itu pihak penganjur memberi jaminan semua pembeli tiket akan mendap...
Setiap Kali Musim Perayaan Mesti Naik Harga Ngo Harian Metro 16 03 2023

Setiap Kali Musim Perayaan Mesti Naik Harga Ngo Harian Metro 16 03 2023

papar berkaitan - pada 17/3/2023 - jumlah : 287 hits
Kuala Lumpur Faktor kekurangan mendadak bakalan di pasaran menyebabkan harga beberapa sayur sayuran yang dijual di pasar raya tempatan naik sehingga 100 peratus Presiden Persatuan Pengguna Melayu Malaysia Mohd Afiq Salim berkata tinjauan pi...
Performa Penjualan Daihatsu Naik 27 5 Persen Per Februari 2023

Performa Penjualan Daihatsu Naik 27 5 Persen Per Februari 2023

papar berkaitan - pada 15/3/2023 - jumlah : 232 hits
Penjualan ritel Daihatsu hingga Februari didominasi tiga model terbaik yaitu Sigra sebanyak 10 804 unit atau 27 7 persen Gran Max Pick Up sebanyak 9 371 unit dan Xenia sebanyak 5 052 unit
Honor Malaysia Ceo Confirms The Arrival Of Honor Magic Dual Flagships In Early April 2023

Honor Malaysia Ceo Confirms The Arrival Of Honor Magic Dual Flagships In Early April 2023

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 417 hits
HONOR preparing enough stocks for Malaysia market HONOR Malaysia s Chief Executive Officer Justin Li has revealed the brand is stepping up preparations for the arrival of its latest dual flagships HONOR Magic5 Series and HONOR Magic Vs fold...
Permohonan Jawatan Kosong Perbadanan Harta Intelek Malaysia Mac 2023

Permohonan Jawatan Kosong Perbadanan Harta Intelek Malaysia Mac 2023

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 313 hits
Permohonan Jawatan Kosong Perbadanan Harta Intelek Malaysia Mac 2023 Terkini Perbadanan Harta Intelek Malaysia telah membuka peluang kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk memohon tawaran yang ditawarkan Mohon untuk baca dan fahami deng...
Pengambilan Guru Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia April 2023

Pengambilan Guru Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia April 2023

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 391 hits
Pengambilan Guru Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia April 2023 Terkini Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuka peluang kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk memohon tawaran yang ditawarkan Mohon untuk baca dan fahami dengan t...
Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 2022 2023

Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 2022 2023

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 261 hits
Assalamualaikum wbt Awak seorang pembaca Ayuh sertai Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 2022 2023 Penyertaan anda akan menyumbang kepada data profil dan trend membaca rakyat Malaysia Pelbagai hadiah menarik bakal dimenangi oleh peserta b...
Bergema Laungan Takbir Dan Doa Perang Mahu Anwar Turun Untuk Naikkan Hamzah Sebagai Pm Ke

Dinner Di Grill Haven Ingatkan Kedai Jepun Rupanya

Rush To Build In Penang High Density Projects Sprouting Without Gazetted Local Plan

Selepas Himpunan Turun Anwar Apakah Ada Langkah Seterusnya

Allah Tahu Segalanya Walau Tak Pernah Kita Luah

Wanita Tidak Berbaju Berkeliaran Di Sebatang Jalan Raya Di Jontien

The Rise Of Virtual Influencers Redefining Fame In The Digital Age

Aplikasi Web Yang Makan Bateri Telefon Korang Tanpa Sedar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mrsm Seluruh Negara Diisytihar Cuti Esok

Turun Anwar A Protest That Stirs Headlines

Should Motorcyclists Be Exempt From Highway Tolls

Holiday For Mara Junior Colleges After Rugby Championship Victory

Manchester United Menang Skor Tipis 2 1 Atas West Ham

Nerdywave Com The Ultimate Tee Destination For Nerds Gamers Dark Humor Lovers