Dahulukan Rakyat Bukan Jasa Atau Projek Khas Kata Santiago




FMT Reporters -November 16, 2020 3:50 PMCharles Santiago menggesa belanjawan kerajaan diubah suai.PETALING JAYA: Ahli Parlimen Klang Charles Santiago menggesa Putrajaya supaya mengutamakan rakyat, terutama golongan pekerja, sekali gus meminta peruntukan tidak perlu dan “projek khas” dikeluarkan daripada Belanjawan 2021.
Beliau merujuk kepada peruntukan RM85.5 juta kepada Jabatan Hal-Ehwal Khas (Jasa), RM8.6 juta kepada Penggerak Komuniti Tempatan, RM1 bilion untuk “projek khas” di bawah Jabatan Perdana Menteri dan RM13.61 bilion di bawah Kementerian Kewangan untuk “pelbagai suntikan modal” dalam belanjawan tersebut dengan berkata, jumlah dana sebanyak RM14 bilion itu sangat membantu golongan yang paling memerlukan.
Santiago berkata, dengan menyalurkan dana tersebut kepada rakyat, orang ramai tidak perlu mengeluarkan simpanan daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang merupakan simpanan persaraan mereka.
“Bolehkah kerajaan ubah suai belanjawan ini? Sebagai langkah awal, ia boleh memindahkan dana bagi membantu pekerja dengan membatalkan atau menilai semula cadangan belanjawan berkenaan.
“Kerajaan ada dana. Tetapi adakah ia mempunyai keazaman politik untuk membantu golongan yang paling memerlukan?
“Apakah pentadbiran Muhyiddin Yassin mengambil jalan mudah dengan menjadikan simpanan KWSP, yang merupakan dana persaraan, sebagai tabung kecemasan?”, soalnya dalam kenyataan hari ini.
Baru-baru ini Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mendedahkan bahawa 32% daripada pencarum KWSP mempunyai simpanan kurang RM5,000 dalam Akaun 1, sementara 10% lagi mempunyai antara RM6,000 hingga RM10,000.
KWSP sendiri memaklumkan kira-kira 65% pencarum di bawah umur 55 tahun mempunyai simpanan kurang RM50,000, sementara 60% pesara menggunakan kesemua simpanan mereka dalam tempoh 3 tahun selepas bersara.
Santiago berkata, angka ini menunjukkan bahawa sebilangan besar pekerja hidup dalam kemiskinan, sementara pengeluaran lebih banyak simpanan mereka akan menghilangkan terus jaminan keselamatan kewangan selepas persaraan.
“Pengeluaran terkumpul akan memberi kesan ke atas kapasiti perolehan masa depan pekerja melalui kehilangan dividen dan faedah kompaun simpanan yang dikeluarkan.
“Ia juga akan menghapuskan keselamatan kewangan pada masa tua,” katanya.
Kerajaan merancang untuk membenarkan individu yang kehilangan pekerjaan mengeluarkan maksimum RM500 sebulan daripada Akaun 1 KWSP di bawah kemudahan i-Lestari yang dilaksanakan pada April.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/11/dahulukan-rakyat-bukan-jasa-atau-projek.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fungsi Jasa Bertindih Salurkan Dana Untuk Rakyat

Fungsi Jasa Bertindih Salurkan Dana Untuk Rakyat

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 304 hits
SHAH ALAM 8 NOV Jabatan Hal Ehwal Khas menerima peruntukan RM85 5 juta dilihat mempunyai fungsi sama dengan beberapa agensi sedia ada kata Pengarah Komunikasi KEADILAN Fahmi Fadzil berkata nilai berkenaan sepatutnya digunakan agensi lain an...
Peruntukan Jasa Penggerak Lebih Baik Digunakan Untuk Frontliners Dan Rakyat

Peruntukan Jasa Penggerak Lebih Baik Digunakan Untuk Frontliners Dan Rakyat

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 214 hits
Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasir menyifatkan peruntukan Belanjawan 2021 untuk menghidupkan semula Jabatan Hal Ehwal Khas dan Penggerak Komuniti Negara dilihat sebagai satu kegagalan Perikatan Nasional dalam berkhidmat sebagai kerajaan ...
Kkmm Nafi Dakwaan Rakyat Jasa Yang Dihidupkan Semula Tidak Bermotifkan Politik

Kkmm Nafi Dakwaan Rakyat Jasa Yang Dihidupkan Semula Tidak Bermotifkan Politik

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 252 hits
Kementerian Komunikasi dan Multimedia memberi jaminan penubuhan semula Jabatan Hal Ehwal Khas akan dianggotai pasukan yang tidak langsung bermotifkan politik dan peruntukan yang disediakan kerajaan kepada agensi itu akan dimanfaat bagi mela...
Laporan Menteri Terkejut Peruntukan Jasa Timbalan Kata Nak Bela Bekas Staf

Laporan Menteri Terkejut Peruntukan Jasa Timbalan Kata Nak Bela Bekas Staf

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 282 hits
MALAYSIAKINI Peruntukan sebanyak RM85 5 juta untuk Jabatan Hal Ehwal Khas seperti diumumkan kerajaan pada 6 Nov lalu didakwa mengejutkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah Memetik sumber yang tidak dinamakan portal The Mal...
Nik Amar Kata Gaji Wakil Rakyat Kelantan Akan Naik Hingga Rm5 000

Nik Amar Kata Gaji Wakil Rakyat Kelantan Akan Naik Hingga Rm5 000

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 390 hits
Anggota dewan undangan negeri dan barisan exco kerajaan negeri Kelantan bakal menikmati kenaikan gaji pokok antara RM3 000 hingga RM5 000 seorang Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Abdullah kenaikan itu diperlukan bagi mengur...
Jasa Diwujudkan Semula Untuk Bela Nasib Bekas Pekerja Kata Timbalan Menteri

Jasa Diwujudkan Semula Untuk Bela Nasib Bekas Pekerja Kata Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 240 hits
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin memberitahu The Malaysian Insight beliau bertanggungjawab membawa cadangan untuk menubuhkan semula Jasa Namun beliau menolak bahawa cadangan itu di luar pengetahuan Saifuddin Y...
Najib Bawa Suara Hati Rakyat Ahli Ahli Parlimen Perlu Sokong Kata Pemuda Ikatan

Najib Bawa Suara Hati Rakyat Ahli Ahli Parlimen Perlu Sokong Kata Pemuda Ikatan

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 283 hits
Cadangan Datuk Seri Najib Razak agar rakyat diberikan pilihan mengeluarkan caruman simpanan Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja tanpa syarat bersasar dan lanjutan moratorium secara automatik merupakan suara hati rakyat Oleh itu Tan Sri M...
Jagung Rebus Ala Pasar Malam

Manusia Pengkhianat Bongkar Datuk Dalang Kartel Pakistan Di Klia

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Isu Budak Meninggal Akibat Tercekik Gummy

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Jawatan Kogong Di Bahagian Marketing

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today