Kkmm Nafi Dakwaan Rakyat Jasa Yang Dihidupkan Semula Tidak Bermotifkan Politik




Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) memberi jaminan penubuhan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) akan dianggotai pasukan yang tidak langsung bermotifkan politik dan peruntukan yang disediakan kerajaan kepada agensi itu akan dimanfaat bagi melaksanakan fungsi serta peranannya dengan berkesan.


Menurut KKMM, ia diberi tanggungjawab menerajui penubuhan semula JASA yang bertindak sebagai agensi penyebaran maklumat dan komunikasi secara tersusun, strategik serta bersasar mengikut keperluan semua lapisan dan segmen masyararakat, yang mana tanggungjawab itu menjadi amat penting dan kritikal ketika negara sedang menghadapi ancaman pandemik COVID-19.


KKMM dalam satu kenyataan hari ini menyebut bahawa JASA sebagai agensi kerajaan yang mendukung prinsip Rukun Negara juga berperanan mewujudkan sebuah negara bangsa yang bersatu padu melalui penyebaran maklumat tepat dan sahih kepada masyarakat.


"Penyebaran berita-berita palsu yang memecah-belahkan keharmonian masyarakat juga merupakan antara cabaran besar yang dihadapi oleh masyarakat majmuk kita hari ini," menurut KKMM yang memahami keresahan rakyat berhubung fungsi JASA sebelum ini yang mungkin tidak dilaksanakan sebagaimana ditetapkan semasa pentadbiran terdahulu.


Menurut kenyataan itu, peruntukan JASA dalam Belanjawan 2021 adalah bagi pengambilan lebih ramai kakitangan untuk ditempatkan di semua negeri dan daerah seluruh negara, pembangunan modul dan latihan kompetensi kakitangan serta melengkapkan keperluan prasarana digital untuk menyebarkan maklumat dalam pelbagai bentuk komunikasi secara berkesan kepada semua lapisan masyarakat.


Selain itu, ia melibatkan kos operasi bagi menggerakkan kakitangan khususnya ke kawasan yang jauh dan terpencil di seluruh negara serta kos lain yang diperlukan dalam penubuhan sebuah agensi baharu.


Sebelum ini, peruntukan kira-kira RM81 juta kepada JASA menerusi Belanjawan 2021 yang dibentangkan pada 6 Nov lepas mendapat kritikan beberapa pihak.


Menurut KKMM, segala perbelanjaan JASA adalah tertakluk kepada peraturan kewangan kerajaan yang akan diaudit dan sudah tentu peruntukan yang disediakan kerajaan akan dimanfaat untuk melaksanakan fungsi dan peranan agensi itu dengan berkesan.


"Peruntukan ini juga secara langsung akan memberi peluang pekerjaan di samping menggiatkan ekonomi yang memberi manfaat kepada pihak penyedia perkhidmatan dan pekerja secara keseluruhannya," katanya.


JASA akan melaksanakan pengambilan pegawai serta kakitangan yang berkelayakan dan latihan untuk melahirkan pengamal komunikasi berkemahiran terutama dalam media sosial dan digital bagi menyebarluaskan maklumat penting untuk mendidik dan membudayakan norma baharu dalam kalangan masyarakat.


Katanya JASA juga akan mengadakan sesi libat urus dengan pemegang taruh termasuk pemimpin masyarakat sivil dan komuniti setempat untuk mendapatkan input penting yang konstruktif bagi pembinaan negara bangsa.


Sumber: Bernama


Sumber : thereporter.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/11/kkmm-nafi-dakwaan-rakyat-jasa-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polemik Politik Pandemik Raja Bersama Rakyat

Polemik Politik Pandemik Raja Bersama Rakyat

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 347 hits
Suasana resah dan gelisah di kalangan masyarakat umum pada ketika ini tidak sukar untuk ditafsir Himpitan meneruskan kelangsungan hidup akibat kesan ancaman musuh tidak dijangka telah hampir memasuki bulan ke sepuluh Ekonomi menguncup Perni...
Jasa Diwujudkan Semula Untuk Bela Nasib Bekas Pekerja Kata Timbalan Menteri

Jasa Diwujudkan Semula Untuk Bela Nasib Bekas Pekerja Kata Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 302 hits
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin memberitahu The Malaysian Insight beliau bertanggungjawab membawa cadangan untuk menubuhkan semula Jasa Namun beliau menolak bahawa cadangan itu di luar pengetahuan Saifuddin Y...
Rakyat Telah Bersatu Perangi Covid 19 Bila Giliran Ahli Politik Pula

Rakyat Telah Bersatu Perangi Covid 19 Bila Giliran Ahli Politik Pula

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 356 hits
KUALA LUMPUR Semangat perpaduan dan juang yang tinggi seperti yang pernah dipamerkan tatakala menangani gelombang pertama dan kedua penularan COVID 19 perlu ditampilkan sekali lagi Itu seruan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayat...
Lepas Jasa Nak Hidupkan Semula Akta 803 Pula

Lepas Jasa Nak Hidupkan Semula Akta 803 Pula

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 333 hits
Kami akan terus memantau berita palsu dan melibatkan pihak berkepentingan untuk mencari langkah langkah yang berkesan termasuk menggubal undang undang baharu jika perlu katanya dalam balasan bertulis kepada Anggota Parlimen Baling Dato Seri...
Bajet Untuk Jasa Dan Pkn Hanya Untuk Politik Semata Mata

Bajet Untuk Jasa Dan Pkn Hanya Untuk Politik Semata Mata

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 411 hits
Dana untuk Jabatan Hal Ehwal Khas yang berjumlah kira kira RM81 juta dan RM 8 5 juta untuk Penggerak Komuniti Negara perlu ditarik semula Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dana tersebut tiada ada keperluan dan tidak memberi...
Tak Lantik Dia Semula Jadi Kp Jasa Berbunyilah Kah

Tak Lantik Dia Semula Jadi Kp Jasa Berbunyilah Kah

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 259 hits
malaysiadateline comPeruntukan lumayan JASA untuk taja portal berita Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia tidak seharusnya bersikap defensif dengan menafikan Jabatan Hal E...
Pasukan Baru Jasa Tak Bermotif Politik Kementerian Komunikasi

Pasukan Baru Jasa Tak Bermotif Politik Kementerian Komunikasi

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 529 hits
63 total views 63 views today Kementerian Komunikasi dan Multimedia memberi jaminan penubuhan semula Jabatan Hal Ehwal Khas akan dianggotai pasukan yang tidak langsung bermotifkan politik dan peruntukan yang disediakan kerajaan kepada agens...
Moratorium Kehendak Rakyat Desakan Ahli Politik Kebimbangan Ahli Bank

Moratorium Kehendak Rakyat Desakan Ahli Politik Kebimbangan Ahli Bank

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 273 hits
MELIHATKAN kepada jawapan Gabenor Bank Negara Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus kemungkinan besar moratorium menyeluruh diperpanjang tidak akan berlaku Kata Gabenor Bank Negara moratorium menyeluruh tidak baik untuk ekonomi Meskipun ia memberik...
Kepincangan Belanjawan Bukan Isu Politik Demi Rakyat Anwar Dan Najib Senada

Kepincangan Belanjawan Bukan Isu Politik Demi Rakyat Anwar Dan Najib Senada

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 563 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak senada dengan Bakal Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam mempertikaikan kepincangan Belanjawan 2021 Menjelaskan lanjut Syed Badli berkata inilah sebabnya dia menempelak tindakan Ahli Parlimen Petaling Jaya M...
Minyak Petrol Ron95 Pada Harga Rm1 99 Seliter Apa Anda Perlu Tahu

Pembawa Dulang Anzalna Paling Tua Tapi Nampak Paling Muda

Peminat Teruja Dengar Betty Rahmad Cover Lagu Amira Othman Irfan Haris Video

Cara Mudah Hack Facebook

Pengalaman Pelancong Malaysia Di Vietnam Tular Dedah Taktik Peniaga Buah Cuba Tipu Timbangan

Resepi Kentang Putar Dan Sos Gravy

Hiburan Zizi Kirana Tak Pasti Bila Pulang Ke Tanah Air Akui Tiada Jawapan Dah Lupa Saya Ini Seorang Penyanyi

Tukar Mykad Percuma Jpn


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Inisiatif Aksi Inovasi Bersama China Asean Untuk Penerapan Model Ai Di Bidang Meteorologi Diluncurkan

Unit Trust Malaysia Price How Much You Need To Start Investing

10 000 000 Dan Alhamdulillah

Sambal Sardin Dan Kelebihan Istighfar

Exam Psra 2025 Tips Strategi Bersama Ustaz Azahari Sulaiman Guru Cemerlang Selangor

Temmax69 28 25 Pgslot 69 100 Top 42 By Kam Tm69 Life