Dahulukan Geg Untuk Arak Judi Ppim Sinar Harian 03 10 2022


 

SHAH ALAM - Kerajaan digesa untuk melaksanakan pelan Generasi Penamat (GEG) kepada arak dan judi terlebih dahulu sebelum mengharamkan rokok dan vape kepada generasi akan datang.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan ini juga bertepatan dengan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
Justeru katanya, syor supaya kerajaan mengharamkan arak dan judi perlu kerana ia adalah perkara yang ditegah di sisi agama Islam.
“Kita adalah negara Islam. Sewajarnya aktiviti perjudian, kelab malam, rumah urut, arak dan sebagainya tidak patut ada di negara kita.
“Seeloknya kerajaan haramkan yang itu terlebih dahulu. Kita tahu, kesemua itu haram di sisi agama Islam tetapi ia masih ada di negara ini,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Jelasnya, PPIM sebagai sebuah entiti yang memperjuangkan pengguna Islam di Malaysia, juga mahu melihat generasi masa hadapan, beragama Islam terutamanya tidak kenal apa itu arak dan judi.
Menyentuh mengenai usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjadikan Malaysia sebagai negara pertama di dunia yang melaksanakan GEG dengan melarang generasi yang lahir pada tahun 2007 untuk membeli, memiliki dan menghisap rokok ataupun vape, Nadzim menyifatkan tindakan itu sebagai sesuatu yang baik.
Namun katanya, adalah janggal bagi sebuah negara yang majoritinya penduduk beragama Islam mengharamkan rokok dan vape tetapi tidak mengharamkan arak serta judi.
“Kita harus haramkan semua ini dari anak-anak masa hadapan. Jika ia dilarang mengikut undang-undang sivil menerusi polisi seperti GEG ini, negara kita akan menjadi negara Islam yang dihormati dunia.
“Jika Kerajaan melaksanakan GEG bagi arak, judi, kelab malam dan sebagainya, saya yakin ramai rakyat Malaysia akan menyokongnya tidak kira bangsa dan agama,” jelas beliau.
Bersandarkan hujah hujah sama iaitu demi kesihatan rakyat, Nadzim berkata, cadangan itu juga patut digunapakai untuk laksanakan GEG ke atas minuman bergula dan ‘fast food’.
Ini kerana katanya, Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 20219 mendapati 3.9 juta rakyat Malaysia mengalami penyakit kencing manis.
"Kadar ini telah meningkat dari 13.4 peratus dalam tahun 2015 ke 18.3 peratus dalam tahun 2019.
“Ini bermakna dalam kalangan 5 orang, ada seorang yang ada penyakit kencing manis. Dengan kadar ini, ia adalah antara yang tertinggi di Asia dan di dunia,” ujarnya.


Artikel oleh: Sinar Harian
DAHULUKAN GEG UNTUK ARAK, JUDI: PPIM

https://www.sinarharian.com.my/article/224140/berita/nasional/dahulukan-geg-untuk-arak-judi-ppim


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/10/dahulukan-geg-untuk-arak-judi-ppim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Geg Haramkan Arak Judi Sehingga Generasi Baru Tidak Kenal Arak Dan Judi Toqqi Ppim Samudera My 04 10 2022

Geg Haramkan Arak Judi Sehingga Generasi Baru Tidak Kenal Arak Dan Judi Toqqi Ppim Samudera My 04 10 2022

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 287 hits
SHAH ALAM 04 Oktober 2022 Kerajaan untuk melaksanakan pelan Generasi Penamat buat arak dan judi terlebih dahulu sehingga generasi masa hadapan tidak kenal apa itu arak dan judi kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadz...
Guna Geg Untuk Haramkan Arak Dan Judi Terlebih Dahulu Ppim Utusantv 04 10 2022

Guna Geg Untuk Haramkan Arak Dan Judi Terlebih Dahulu Ppim Utusantv 04 10 2022

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 224 hits
KERAJAAN digesa untuk melaksanakan Generational End Game kepada arak dan judi terlebih dahulu sebelum mengharamkan rokok serta vape Menurut Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan pengharaman arak dan judi melalui GEG itu perlu dilakukan sela...
Negara Patut Laksana Geg Arak Dan Judi Sebelum Haram Rokok Vape Getaran 03 10 2022

Negara Patut Laksana Geg Arak Dan Judi Sebelum Haram Rokok Vape Getaran 03 10 2022

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 192 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan digesa melaksanakan Dasar Generasi Penamat bagi arak dan judi terlebih dahulu sebelum mengharamkan rokok serta vape kepada generasi akan datang Menurut Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan pelak...
Rakyat Malaysia Bakal Terima Nasib Seperti Rohingya 5 Tahun Lagi Toqqi Ppim Samudera My 05 10 2022

Rakyat Malaysia Bakal Terima Nasib Seperti Rohingya 5 Tahun Lagi Toqqi Ppim Samudera My 05 10 2022

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 185 hits
KUALA LUMPUR 05 September 2022 Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan jika masalah kegiatan rasuah tidak dihapuskan sebaik mungkin dalam tempoh lima tahun lagi maka rakyat Malaysia akan menerima nasib sama sepert...
Bukan Soal 5sen Tapi Prinsip Ppim Malaysiakini 05 10 2022

Bukan Soal 5sen Tapi Prinsip Ppim Malaysiakini 05 10 2022

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 178 hits
Masalah tiada wang kecil tular di media sosial baru baru ini apabila seorang pelanggan mempertikai tindakan sebuah kedai kopi yang tidak dapat memulangkan baki pembeliannya sebanyak 5sen Namun isu ini bukanlah masalah baru sebaliknya telah ...
Aktiviti Perjumpaan Ketua Aktivis Ppim Bersama Ksu Kpdnhep Ppim 28 09 2022

Aktiviti Perjumpaan Ketua Aktivis Ppim Bersama Ksu Kpdnhep Ppim 28 09 2022

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 271 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi hari ini menghadiri perjumpaan bersama Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Azman Mohd Yusof di Putrajaya
5 Oktober 2022 Kajian Semula Teknikal Harian Eur Usd Dan Peluang Dagangan

5 Oktober 2022 Kajian Semula Teknikal Harian Eur Usd Dan Peluang Dagangan

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 177 hits
Tahap harga sekitar 1 1700 telah memegang harga untuk jangka masa yang singkat sebelum satu lagi penurunan harga berlaku ke arah 1 1200 Tidak lama selepas itu zon harga sekitar 1 1500 telah menggunakan tekanan JUAL yang ketara apabila Kemas...
Upah Harian Buruh Tani Naik Pada September 2022

Upah Harian Buruh Tani Naik Pada September 2022

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 186 hits
Badan Pusat Statistik menyampaikan bahwa nominal upah harian buruh tani nasional pada September 2022 sebesar Rp58 760 per hari Angka ini mengalami kenaikan 0 38 persen jika dibandingkan dengan upah harian buruh tani pada Agustus sebesar Rp5...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner