Bukan Soal 5sen Tapi Prinsip Ppim Malaysiakini 05 10 2022


 

Masalah tiada wang kecil  tular di media sosial baru-baru ini apabila seorang pelanggan mempertikai tindakan sebuah kedai kopi yang tidak dapat memulangkan baki pembeliannya sebanyak 5sen.
Namun isu ini bukanlah masalah baru, sebaliknya telah berlaku sejak sekian lama.
Bagi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), bukan nilai 5sen yang menjadi pertikaiannya, tetapi soal prinsip dan integriti penjual.
Ketua aktivisnya Nadzim Johan berkata integriti seharusnya dijadikan teras oleh penjual.
“Kita nak meniaga ini nak benda yang betul, yang mengikut prinsip. 
Nadzim Johan“Menipu tak boleh. 
“Jadi benda seperti melibatkan penipuan ini tak boleh diamalkan,” katanya kepada Malaysiakini.
Baru-baru ini tular perkongsian seorang pengguna berkaitan Zus Coffee yang tidak dapat memulangkan baki 5sen padanya. 
Katanya, dia diberikan baki 20sen - kurang 5sen - ketika membayar RM12 untuk air kopi bernilai RM11.75, atas alasan tiada duit kecil.
Pengguna itu sebaliknya berhujah, kedai sepatutnya memulangkan 30sen, kerana mereka yang gagal menyediakan bakinya.
“Kenapa pulak aku kena absorb (serap), hilang 5sen sebab kau yang tak ada baki?” kata pengguna itu.
Luahan itu dikongsi meluas dan mencetuskan perbincangan awam berkaitan kegagalan syarikat yang gagal memulangkan cukup baki jualan akibat tiada duit kecil.
Zus Coffee memohon maaf dan  berjanji akan mengambil langkah-langkah memperbaiki perkhidmatan mereka.
Mereka juga memperkenalkan baucar percuma 75sen sebagai tanda penghargaan buat pelanggan.
Sementara itu, Nadzim berkata walaupun 5sen itu nampak sedikit tetapi jumlah sebenarnya banyak jika melibatkan pelanggan yang ramai.
Lebih-lebih, katanya, apabila melibatkan kedai yang mempunyai banyak cawangan, sehingga mencecah angka ribuan.
“Kalau 2,000 kedai kali 10 orang (pengguna jadi mangsa), banyak juga,” katanya lagi.
Sementara itu, Nadzim menyarankan pengguna melaporkan kes itu kepada pihak berkuasa jika situasi sama melanda mereka.
“Maknanya kalau benda itu tak betul, kena sebut tak betul dan perlu diambil tindakan supaya boleh mengajar masyarakat,” jelasnya.
Artikel oleh: MalaysiaKini
BUKAN SOAL 5SEN, TAPI PRINSIP - PPIM

https://www.malaysiakini.com/news/638219


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/10/bukan-soal-5sen-tapi-prinsip-ppim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guna Geg Untuk Haramkan Arak Dan Judi Terlebih Dahulu Ppim Utusantv 04 10 2022

Guna Geg Untuk Haramkan Arak Dan Judi Terlebih Dahulu Ppim Utusantv 04 10 2022

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 249 hits
KERAJAAN digesa untuk melaksanakan Generational End Game kepada arak dan judi terlebih dahulu sebelum mengharamkan rokok serta vape Menurut Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan pengharaman arak dan judi melalui GEG itu perlu dilakukan sela...
Rakyat Malaysia Bakal Terima Nasib Seperti Rohingya 5 Tahun Lagi Toqqi Ppim Samudera My 05 10 2022

Rakyat Malaysia Bakal Terima Nasib Seperti Rohingya 5 Tahun Lagi Toqqi Ppim Samudera My 05 10 2022

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 207 hits
KUALA LUMPUR 05 September 2022 Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan jika masalah kegiatan rasuah tidak dihapuskan sebaik mungkin dalam tempoh lima tahun lagi maka rakyat Malaysia akan menerima nasib sama sepert...
Geg Haramkan Arak Judi Sehingga Generasi Baru Tidak Kenal Arak Dan Judi Toqqi Ppim Samudera My 04 10 2022

Geg Haramkan Arak Judi Sehingga Generasi Baru Tidak Kenal Arak Dan Judi Toqqi Ppim Samudera My 04 10 2022

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 312 hits
SHAH ALAM 04 Oktober 2022 Kerajaan untuk melaksanakan pelan Generasi Penamat buat arak dan judi terlebih dahulu sehingga generasi masa hadapan tidak kenal apa itu arak dan judi kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadz...
Dahulukan Geg Untuk Arak Judi Ppim Sinar Harian 03 10 2022

Dahulukan Geg Untuk Arak Judi Ppim Sinar Harian 03 10 2022

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 194 hits
SHAH ALAM Kerajaan digesa untuk melaksanakan pelan Generasi Penamat kepada arak dan judi terlebih dahulu sebelum mengharamkan rokok dan vape kepada generasi akan datang Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berk...
Siap Siaga Menghadapi Bencana Banjir Sidang Media Ppim 27 09 2022

Siap Siaga Menghadapi Bencana Banjir Sidang Media Ppim 27 09 2022

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 241 hits
Telah berlangsung sidang media Persatuan Pengguna Islam Malaysia bersama Ahli Parlimen Lembah Pantai YB Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil bagi membincangkan persiapan dalam menghadapi bencana banjir Turut serta Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan...
Aktiviti Perjumpaan Ketua Aktivis Ppim Bersama Ksu Kpdnhep Ppim 28 09 2022

Aktiviti Perjumpaan Ketua Aktivis Ppim Bersama Ksu Kpdnhep Ppim 28 09 2022

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 303 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi hari ini menghadiri perjumpaan bersama Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Azman Mohd Yusof di Putrajaya
Umat Islam Perlu Bekerjasama Hentikan Bercakaran Demi Kuasa Kenyataan Media Ppim 12 10 2022

Umat Islam Perlu Bekerjasama Hentikan Bercakaran Demi Kuasa Kenyataan Media Ppim 12 10 2022

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 163 hits
KUALA LUMPUR Perkembangan politik negara kini membimbangkan semua pihak terutama rakyat Ditambah dengan kenyataan oleh Istana Negara baru baru ini yang memaklumkan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah...
Resort Taman Eko Rimba Komanwel Jadi Pilihan Fam Trip Tourism Selangor 2022

Resort Taman Eko Rimba Komanwel Jadi Pilihan Fam Trip Tourism Selangor 2022

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 297 hits
Tourism Selangor merupakan Agensi Pelancongan Rasmi Negeri Selangor yang ditubuhkan untuk meningkatkan bilangan pelancong tempatan dan antarabangsa ke Selangor dengan mempertingkat dan membangunkan keindahan negeri yang terkenal serta belum...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Pakej Percutian Turki

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kkv Alamanda

Sabun Pencuci Pinggan Pun Boleh Buat Sendiri Guna Limau Kasturi

Yassin Berjaya Ketepikan Hukuman Penjara Seumur Hidup Serta 16 Sebatan

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Pbu Akademik Pinjaman Boleh Ubah Berasaskan Merit Akademik

Kptm Cara Permohonan Senarai Kursus Lokasi Kolej