Negara Patut Laksana Geg Arak Dan Judi Sebelum Haram Rokok Vape Getaran 03 10 2022




KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa melaksanakan Dasar Generasi Penamat (GEG) bagi arak dan judi terlebih dahulu, sebelum mengharamkan rokok serta vape kepada generasi akan datang.
Menurut Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, pelaksanaan GEG arak dan judi itu juga perlu menggunakan hujah sama dengan pengharaman rokok serta vape, iaitu demi kesihatan rakyat.
“Sebagai sebuah negara Islam, langkah pertama patut dibuat adalah mengharamkan arak dan judi kerana ia ditegah di sisi Islam.
“PPIM sebagai sebuah entiti yang memperjuangkan pengguna Islam di Malaysia juga mahu melihat generasi masa hadapan, beragama Islam terutamanya, tidak kenal apa itu arak dan judi,” katanya menerusi kenyataan.
Nadzim berkata, sebagai negara Islam, sewajarnya aktiviti tidak bermoral, seperti perjudian, kelab malam, rumah urut dan arak tidak patut ada di Malaysia.
“Seeloknya kerajaan haramkan itu terlebih dahulu. Kita tahu, kesemua itu haram di sisi agama Islam, tetapi ia masih ada di negara ini,” katanya.
Beliau berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang berusaha menjadikan Malaysia sebagai negara pertama di dunia yang melaksanakan GEG, dengan melarang generasi yang lahir pada tahun 2007 untuk membeli, memiliki dan menghisap rokok atau vape.
Namun, tegasnya, adalah janggal bagi sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam, mengharamkan rokok dan vape, tetapi tidak arak serta judi.
Susulan itu, beliau berkata, kerajaan harus mengharamkan produk terbabit daripada generasi masa depan.
“Sekiranya ia dilarang mengikut undang-undang sivil menerusi polisi seperti GEG ini, Malaysia menjadi negara Islam dihormati dunia.
“Jika kerajaan melaksanakan GEG bagi arak, judi, kelab malam dan sebagainya, saya yakin ramai rakyat Malaysia akan menyokongnya, tidak kira bangsa serta agama.
“Tujuan utama kerajaan mahu melaksanakan GEG adalah meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dengan mengurangkan penyakit berkaitan rokok dan menjimatkan kos kesihatan negara,” katanya.
Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang bertujuan melahirkan GEG, membabitkan golongan individu lahir selepas 1 Januari 2007 dan dijangka berkuat kuasa pada 2025 jika diluluskan.
RUU itu sebagai usaha tepat kerajaan dalam menamatkan tingkah laku berisiko dan memberi perlindungan kepada generasi baharu daripada produk tembakau bagi generasi masa depan. - Getaran, 3 Oktober 2022


Artikel oleh: Getaran
NEGARA PATUT LAKSANA GEG ARAK DAN JUDI, SEBELUM HARAM ROKOK, VAPE
http://NEGARA PATUT LAKSANA GEG ARAK DAN JUDI, SEBELUM HARAM ROKOK, VAPE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/10/negara-patut-laksana-geg-arak-dan-judi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dahulukan Geg Untuk Arak Judi Ppim Sinar Harian 03 10 2022

Dahulukan Geg Untuk Arak Judi Ppim Sinar Harian 03 10 2022

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 214 hits
SHAH ALAM Kerajaan digesa untuk melaksanakan pelan Generasi Penamat kepada arak dan judi terlebih dahulu sebelum mengharamkan rokok dan vape kepada generasi akan datang Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berk...
Guna Geg Untuk Haramkan Arak Dan Judi Terlebih Dahulu Ppim Utusantv 04 10 2022

Guna Geg Untuk Haramkan Arak Dan Judi Terlebih Dahulu Ppim Utusantv 04 10 2022

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 277 hits
KERAJAAN digesa untuk melaksanakan Generational End Game kepada arak dan judi terlebih dahulu sebelum mengharamkan rokok serta vape Menurut Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan pengharaman arak dan judi melalui GEG itu perlu dilakukan sela...
Geg Haramkan Arak Judi Sehingga Generasi Baru Tidak Kenal Arak Dan Judi Toqqi Ppim Samudera My 04 10 2022

Geg Haramkan Arak Judi Sehingga Generasi Baru Tidak Kenal Arak Dan Judi Toqqi Ppim Samudera My 04 10 2022

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 333 hits
SHAH ALAM 04 Oktober 2022 Kerajaan untuk melaksanakan pelan Generasi Penamat buat arak dan judi terlebih dahulu sehingga generasi masa hadapan tidak kenal apa itu arak dan judi kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadz...
Hari Sukan Negara Peringkat Skab 2022

Hari Sukan Negara Peringkat Skab 2022

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 323 hits
Hari Sukan Negara Peringkat SKAB diadakan padaTarikh 7 Oktober 2022Masa 7 30 pagi 8 40 pagiTempat Dewan Terbuka SKAB Penglibatan Semua warga SKAB
Senarai Lokasi Sambutan Hari Sukan Negara 2022 Seluruh Negeri

Senarai Lokasi Sambutan Hari Sukan Negara 2022 Seluruh Negeri

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 339 hits
Hari Sukan Negara diadakan setiap tahun di Malaysia sejak 2015 Ianya bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup sihat dikalangan rakyat negara ini sekali gus ingin mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif Setiap tahun ianya akan berlangsun...
Majlis Mesyuarat Dewan Negara Serah Revolusi Penipuan Dalam Talian Kosmo 03 10 2022

Majlis Mesyuarat Dewan Negara Serah Revolusi Penipuan Dalam Talian Kosmo 03 10 2022

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 225 hits
MELAKA Jawatankuasa Pilihan Khas Kesejahteraan Rakyat Majlis Mesyuarat Dewan Negara akan menyerahkan beberapa resolusi kepada kerajaan bagi menangani isu penipuan dalam talian yang semakin berleluasa di negara ini Pengerusinya Datuk Seri Mo...
Kementan Siap Fasilitasi Pertemuan Bilateral Antar Negara G20 Pada Amm 2022

Kementan Siap Fasilitasi Pertemuan Bilateral Antar Negara G20 Pada Amm 2022

papar berkaitan - pada 25/9/2022 - jumlah : 237 hits
Menurut Kuntoro sejumlah rangkaian kegiatan AMM kali ini ditujukan untuk memperkuat sinergi antara negara negara yang tergabung dalam forum G20 Apalagi dunia saat ini sedang menghadapi potensi krisis pangan global
Owhhhh Patut La 8 Kali Naik 22 Kali Judi Patut Arak Jenama Timah Lulus Zaman Ni Kini Konsert Pun Lulus Ooooo Gitu Ya

Owhhhh Patut La 8 Kali Naik 22 Kali Judi Patut Arak Jenama Timah Lulus Zaman Ni Kini Konsert Pun Lulus Ooooo Gitu Ya

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 233 hits
INGATKAN KERAJAAN NEGERI KECEWA UNSUR UNSUR BUDAYA BARAT DAN KAPIR BERLAKU DI BUMI SERAMBI MEKAH RUPANYA TIDAK OOO PATUTLAH BALAK JUDI SAMA SAJA MACAM PH MEMERINTAH MALAH BAGUS PULAK PH KERANA JUDI DITURUNKAN DARI 22 KALI KE 8 KALI NAK HARA...
Aksi Atlet Panjat Tebing Sejumlah Negara Di Seri Ke 12 Kejuaraan Dunia 2022

Aksi Atlet Panjat Tebing Sejumlah Negara Di Seri Ke 12 Kejuaraan Dunia 2022

papar berkaitan - pada 25/9/2022 - jumlah : 255 hits
Aksi Atlet Panjat Tebing Sejumlah Negara di Seri ke 12 Kejuaraan Dunia 2022 Para Atlet Panjat Tebing dari sejumlah negara beraksi mengikuti Seri ke 12 Kejuaraan Dunia Panjat Tebing 2022 Nomor Kecepatan di Jakarta Sabtu
Outpouring Of Tributes For Sumo Salad Founder Jane Lee Amid Mom S Inquiry Into Alleged Fake Injury Claim

Waspada Taktik Penipuan Yang Menjana Video Ai Dengan Menggunakan Wajah Kdymm Spb Yang Di Pertuan Agong

Much Anticipated Pmx S Trust Deficit Pill Must Not Be Lobsided By Favouring Only Civil Servants

Grand Beach Resort Port Dickson Your Ultimate Family Beach Getaway In Malaysia

Aliff Syukri Minta Rakyat Malaysia Bersabar Isu Jet Peribadi Video

Psychology Of Brand Names

15 September Hari Kelepasan Am Tambahan L 23 Julai 2025 Sinar Harian

Waspada Jerebu Rentas Sempadan Melanda Beberapa Negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Academic Redirect Anger Over Preacher Pair Not At Agc

Malaysia S Leviathan Anwar S Pact For Order

Pm S Announcement Shows Comprehensive Effort To Address Rising Cost Of Living Says Fahmi

Pengalaman Guna Toyyibpay

Cara Penebusan Mudah Cepat

Gubahan Hantaran Nikah