Dahulu Tular Kerana Beri Mas Kahwin Selipar Kini Berpisah Kerana Curang
Yudi hanya menyerahkan sepasang selipar dan segelas air kosong sebagai mas kahwin untuk Helmi. – Warga Lombok
JAKARTA – Sepasang suami isteri yang pernah tular di Indonesia kerana memberikan selipar dan air kosong sebagai mas kahwin, dilaporkan telah berpisah kerana orang ketiga, lapor portal berita Wolipop.
Yudi Anggata dan Helmi Sumiati berkahwin pada 3 Julai 2020 tetapi mereka berpisah tahun lalu.
Menurut Yudi, bekas isterinya itu pernah curang dengan lima lelaki dengan memberi alasan mahu pulang ke rumah ibu bapanya.
“Dia juga ada bercakap perkara buruk mengenai ibu bapa saya,” kata Yudi.
Tambahnya, mereka berdua telah terputus hubungan dan kini, dia cuba bangkit daripada kegagalan perkahwinannya dengan menghasilkan kandungan di YouTube setiap hari.
“Helmi juga telah berkahwin dan bercerai sebanyak dua kali selepas itu. Kawan-kawan memberitahu bahawa dia telah menjadi model,” ujarnya.
Pada 2020, kisah Yudi dan Helmi menjadi tular di media sosial Indonesia kerana lelaki itu menyerahkan sepasang selipar selain segelas air kosong kepada Helmi sebagai mas kahwin.
Yudi berkata, ia dilakukan atas kehendak Helmi sendiri yang enggan menyusahkannya ketika itu.
“Selipar itu berharga 10,000 rupiah (RM2.94). Memang lucu kerana tidak menyangka (bekas) isteri hanya meminta selipar sebagai mas kahwin.
“Saya juga berasa bahagia kerana isteri memahami keadaan ekonomi saya ketika ini. Menurutnya, selipar itu adalah untuk kegunaan ketika pergi bersolat,” kata Yudi. – AGENSI
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Resepi Nasi Hujan Panas Sedap Sangat
Kerajaan Umum Bantuan Khas Aidilfitri RM500 Kepada Penjawat Awam, RM250 Buat Pesara
Kim Yo-Jong beri amaran keras kepada Korea Selatan
Resepi daging paprik merecik
Putin guna ‘kembar’ untuk tujuan keselamatan
Isham guna pantun pujuk Rafizi berdebat
Najib tidak beri kelulusan – Saksi
Tiada siasatan baharu terhadap Mahathir seperti didakwa
Resepi udang masak diraja viral
Perogol bersiri dipenjara 650 tahun
Aksi ‘seksi’ Iqram Dinzly ditegur Pensyarah USIM
Tiga beradik bernama Lamborghini, Celica, Ferrari
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Solat Terawih Di Times Square New York
Alif Satar jutawan senyap
Kedai Makan Thai Terbaik Untuk Buka Puasa Di Selangor
The post Dahulu tular kerana beri mas kahwin selipar, kini berpisah kerana curang appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/04/05/dahulu-tular-kerana-beri-mas-kahwin-selipar-kini-berpisah-kerana-curang/