Tiga Anak Melayu Kini Berjaya Di Uk Bisnes Ganja Kalau Kat Malaysia Confirm Kena Gantung
Syahril A. Kadir is with Maszeli Mohammad Wee.
GANJA atau mat saleh panggil kannabis ni ada banyak spesis, antaranya spesis Hemp dan spesis Marijuana. Macam Protonlah...ada Wira, ada Perdana, ada Pesona.
Yang Hemp ni satu dunia tengah perkatakan kerana mempunyai kebaikan yang cukup banyak terutama daripada segi kesihatan.
Hemp ni kau nak hisap sekilo pun tak akan mendatangkan khayal, euphoria, lalok dan sebagainya.
Tak seperti marijuana yang ada bahan kimia THC (Tretrahydrocannabinoid) iaitu bahan kimia yang aktif membuatkan seseorang pengamalnya ngalahkan Bob Marley bila menghisapnya.
Sayangnya di Malaysia ia masih dikategorikan sebagai dadah berbahaya HANYA kerana tergolong dari keluarga pohon ganja.
Hemp dan marijuana tidak boleh ditanam serentak. Hemp bukan pokok jantan marijuana, ianya komuniti sendiri. Hemp mengambil masa 3bulan untuk 'harvest' dan marijuana pula mengambil masa 7-8bulan untuk bunganya matang.
Ketinggi Hemp boleh mencecah sehingga 15kaki tinggi manakala marijuana amat jarang yang boleh sampai 5kaki tinggi, kedua2 tidak boleh coexits.
Alhamdulillah, salah seorang dalam grup friendlist abam, saudara Maszeli Mohammad Wee adalah seorang sarjana dari Universiti Malaya yang mempunyai kepakaran dan mengkaji tumbuhan ini dalam tesisnya. Beliau sendiri sering ulang-alik ke Bukit Aman mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa mengenai Hemp ini. Semua info adalah 'sekelumit' ilmu mengenai Hemp yang abam 'korek' dari tulisannya.
Baik tu satu hal.
Yang ni lagi rare. Tahukah anda, di UK sekarang ada tiga orang anak Melayu yang sedang mencipta nama kerana terlibat dalam 'bisnes ganja' ini?
Tetapi macam abam tulis awal-awal tadilah, depa bukan jual marijuana yang buat manusia lalok macam celah Lorong Hj Taib itu.
Syarikat mereka, CBD Oils Malaysia - Malaya Hemp™ yang kini sedang beroperasi di Manchester, UK telah berdaftar secara sah di bawah pertubuhan Cannabis Trades Association, United Kingdom (CTA UK).
Menurut beberapa portal yang abam baca, syarikat yang diterajui oleh tiga orang anak muda dari Malaysia ini iaitu sepasang suami isteri, Abdul Halim Pauzi dan Nurul Ain Sahbudin, serta rakan mereka, Mohd Roslan Abdullah, kini antara 300 buah syarikat besar di Eropah yang menghasilkan produk tambahan kesihatan dan kecantikan berasaskan kanabis dan hemp.
Menubuhkan syarikat menjual produk berasaskan kanabis bukanlah sesuatu yang mudah buat tiga anak muda Malaysia ini bahkan banyak prosedur dan pemantauan yang harus mereka lalui dari masa ke semasa.
Penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan telah diluluskan penggunaanya di lebih 50 buah negara di dunia termasuk UK itu sendiri, memandangkan terdapat pelbagai manfaat yang dihasilkannya kepada kesihatan manusia sekali gus menyumbang kepada kemajuan sektor ekonomi sesebuah negara.
Abam taknak cerita lebih-lebih pasal perniagaan diaorang tu kang tak pasal-pasal kena tuduh dibayar taukeh ganja nak promote barang depa kat FB abam.
Kesimpulannya, dah tiba masanya semua pihak, daripada yang membuat dan menggubal undang-undang, Kementerian Kesihatan, pihak enforcement, saintis-saintis dan semua yang berkenaan SEGERA DUDUK dan buat satu ketetapan dengan segera berhubung status Hemp ini agar dipenghujungnya kita dapat membuat rumusan mengenai hal ini.
Ingat, hukuman mengenai dadah di negara kita sangat ketat hingga boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati. Jangan sampai ada nyawa yang tak berdosa melayang hanya disebabkan kegagalan kita membezakan mana intan mana permata, mana ganja yang lalok dan mana ganja yang berguna!
Wallahualam.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2022/04/tiga-anak-melayu-kini-berjaya-di-uk.html