Mula Bersaing Forecasting Love Weather Twenty Five Twenty One Papar Plot Romantik Berbeza Tapi Dipuji
Meriah betul hujung minggu lalu sebab ada dua drama romantik baru ditayangkan. Anda dah tengok belum “Twenty Five, Twenty One” dan “Forecasting Love & Weather”?
Memulakan tayangan pada slot tayangan yang sama, sudah pasti ramai yang menjangkakan persaingan hebat antara keduanya.
Bersaing rapat
Kedua drama ini turut ditayangkan di laman penstriman popular yang sama iaitu Netflix. Lantas semakin ramai peminat K-Drama di seluruh dunia yang mampu menikmati siri berkenaan.
Walaupun keduanya jatuh di bawah genre romantik namun keduanya menampilkan elemen berbeza. Di mana “Twenty Five, Twenty One” membawa kisah anak muda yang menempuh pelbagai kesukaran dek krisis kewangan 1998 manakala “Forecasting Love & Weather” pula menceritakan kisah percintaan pejabat antara individu yang bekerja di Pusat Meteorologi Korea.
Sama bermula, plot berbeza
Menerusi episod awal, sudah dapat dilihat kelainan yang ditampilkan meskipun plotnya yang berwarna-warni menggambarkan kedua drama itu yang menghiburkan.
[Amaran SPOILER]
Dalam tayangan awal ini, “Twenty Five, Twenty One” memaparkan kisah Na Hee-do (Kim Tae-ri) dan Baek Yi-jin (Nam Joo-hyuk) yang terpaksa berusaha kerasa selepas terkesan dengan krisis IMF. Gadis itu yang bermatian mahu terus menjadi pemain fencing mencuba pelbagai cara untuk menyertai Sekolah Tinggi Taeyang dan berdampingan dengan idolanya, Go Yu-rim (Bona WJSN). Dalam usahanya itu, dia terus bertemu mata dengan Baek Yi-jin (Nam Joo-hyuk) yang dahulunya kaya namun terpaksa melakukan pelbagai kerja sampingan kini selepas keluarganya bankrap dek krisis kewangan itu.
Bagi “Forecasting Love & Weather” pula, penonton disajikan dengan kisah cinta berbelit di antara 4 individu di agensi kaji cuaca itu. Ha Jin-kyung (Park Min-young) yang tegas di tempat kerja mengalami krisis hidup apabila dia dicurangi teman lelaki yang sudah 10 tahun bersama, Han Ki-jun (Yoon Park) dengan wartawan cuaca iaitu Chae Yoo-jin (Yura Girls’ Day). Lebih menyakitkan apabila Chae Yoo-jin juga mengkhianati kekasih hatinya, Lee Si-woo (Song Kang) dek kecurangan tersebut. Semakin tegang apabila keempat-empat mereka bekerja di bawah bumbung yang sama di mana Han Ki-jun dan Chae Yoo-jin sudah pun bergelar suami isteri manakala Ha Jin-kyung dan Lee Si-woo yang bekerja dalam kumpulan yang sama melakukan kesilapan ‘bersama’ pada satu malam.
Rating mana lebih tinggi?
Memulakan perlumbaan pada masa yang sama, jadi siapakah yang sedang mendahuluinya? Menurut Nielsen Korea, “Twenty Five, Twenty One” nampaknya memegang takhta dalam persaingan ini apabila episod awalnya meraih rating sebanyak 6.4% sebelum melompat ke 8.01% pada episod seterusnya.
Manakala “Forecasting Love & Weather” mencatat rating sebanyak 4.4% dan meningkat pada 5.5% semasa tayangan episod kedua. Tidak setinggi drama lakonan Kim Tae-ri dan Nam Joo-hyuk namun naskhah yang diterajui Park Min-young dan Song Kang menunjukkan potensi yang baik. Cayalah keduanya!
Melihat reaksi penonton, keduanya memberikan komen yang berbeza namun positif. Kata mereka, “Twenty Five, Twenty One” merupakan drama remaja yang baik seperti musim panas manakala “Forecasting Love & Weather” berjaya memaparkan konflik cinta dan kerja dengan realisitk.
Yang mana satu pilihan korang? Tapi kedua-duanya memang syok kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/mula-bersaing-forecasting-love-weather-twenty-five-twenty-one-papar-plot-romantik-berbeza-tapi-dipuji/