Dah Trimester Kedua Sheryl Shazwanie Hamil 5 Bulan Azzam Sham Tak Percaya Nak Jadi Bapa
Bakal bergelar ibu dan bapa penghujung tahun ini, pasangan selebriti Azzam Sham dan isterinya Sheryl Shazwanie mengesahkan bakal menimang cahaya mata sulung mereka.
Menerusi Instagram, Azzam berkongsi khabar gembira itu kepada umum yang kini isterinya hamil lima bulan.
“Segala puji bagi Allah SWT atas segala nikmat & rezeki yang dikurniakan. Pada hari Jumaat yang barakah ini, Azzam & Sheryl ingin berkongsi berita yang kami bakal menimang cahaya mata pertama kami, inshaAllah.
“Usia kandungan kini memasuki 5 bulan/trimester kedua,” tulisnya ringkas.
Bakal bapa ini juga turut memohon doa semua agar kehamilan sulung isterinya ini dipermudahkan segalanya hingga detik melahirkan kelak.
“Kami mengharapkan doa yang baik semoga urusan ibu & zuriat yg bakal lahir ini dipermudahkan, menjadi anak yang soleh/solehah, penyejuk mata & penyenang hati, membesar dengan baik & sihat wal’afiat, menjadi insan yang berjasa kepada agama & masyarakat. Aamiin Ya Mujib,” tulisnya lagi.
Dalam pada itu kata Azzam menerusi satu petikan akhbar, dia tidak berkongsi lebih awal berita kehamilan itu kerana mengikut nasihat keluarga.
Nak dapatkan botol Philip Avent, jom ke sini.
“Betullah khabar angin selama ini mengatakan isteri saya hamil. Sekarang usia kandungan sudah masuk lima bulan.
“Sudah lama saya simpan berita ini tetapi ikut nasihat keluarga, lebih elok rahsiakan dulu. Rasanya sekarang sudah tiba masa untuk saya ceritakan,” kongsinya lagi.
Teruja bakal bergelar bapa, Azzam meluahkan dia sendiri pada mulanya rasa tidak percaya bakal bergelar bapa penghujung tahun ini.
Namun kini demi sebagai persediaan, dia banyak belajar mengenai hal penjagaan bayi.
“Sehingga sekarang rasanya macam tidak percaya saya bakal bergelar bapa dalam usia muda.
“Semestinya saya banyak mendapatkan nasihat daripada ibu bapa kami selain membuat bacaan di internet,” kongsinya lagi.
View this post on Instagram
A post shared by Sheryl Shazwanie (@sherylshazwanie)
Terdahulu, Azzam dan Sheryl mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu.
Menarik: Hidung Terletak Macam Baby Korea, Wajah Ala-Korea Anak Intan Ladyana Curi Perhatian, Comelnya!
Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat!
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post “Dah Trimester Kedua” Sheryl Shazwanie Hamil 5 Bulan, Azzam Sham Tak Percaya Nak Jadi Bapa! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/dah-trimester-kedua-sheryl-shazwanie-hamil-5-bulan-azzam-sham-tak-percaya-nak-jadi-bapa/