Kadang Kadang Berat Terlebih Punca Susah Nak Hamil Betulkan Berat Badan Dahulu


Jika sesebuah pasangan tidak boleh hamil, mereka sering menganggap bahawa ada yang tidak kena pada kesuburan mereka. Walau bagaimanapun, ketidaksuburan bukan selalunya menjadi penyebab utama.
Ada kalanya, ia disebabkan oleh gaya hidup anda yang menjejaskan rancangan anda untuk membina keluarga. Jika anda menghadapi masalah untuk hamil, berikut 9 tugasan yang anda perlu lakukan sebelum berjumpa dengan pakar fertiliti.

1. ‘Betulkan’ berat badan dan kualiti diet anda.
Anda mungkin mempunyai masalah untuk hamil dan kebarangkalian tinggi mendapat komplikasi kehamilan tertentu jika anda kurang atau terlebih berat badan. Ini bukanlah masa yang tepat untuk anda menghilangkan berat badan atau ‘memenuhkan’ perut anda dengan makanan yang tidak sihat – anda dan bayi anda perlukan diet yang sihat.
2. Ambil vitamin pranatal harian bersama asid folik.
Asid folik (folat) adalah sejenis bentuk vitamin B9. Penting untuk wanita hamil dan mereka yang mahu hamil mendapatkan asid folik. Asid folik boleh membantu mencegah kecacatan kelahiran serius (NTD – kecacatan tiub neural) pada otak dan saraf tunjang bayi. Jika anda menggunakan vitamin lain atau suplemen herba, berhenti mengambilnya dan minta nasihat daripada doktor anda.
3. Berhenti merokok dan elakkan alkohol.
Berhenti merokok dan berhenti mengambil alkohol dengan segera jika anda sedang mencuba untuk hamil. Merokok dan minum minuman keras boleh menjejaskan kesuburan anda dan meningkatkan risiko mendapat bayi pramatang dan berat badan waktu lahir rendah. Ingatlah bahawa perokok kedua adalah lebih berbahaya, jadi elakkan diri anda menjadi perokok kedua. Penyalahgunaan dadah juga boleh mengurangkan kesuburan anda.
4. Berwaspada pada kekeliruan kitaran haid.
Kebanyakan wanita menganggap bahawa kitaran haid mereka adalah 28 hari dan mereka akan mengalami ovulasi pada hari ke-14 selepas hari pertama haid mereka. Sebenarnya, panjang kitaran boleh berubah. Ovulasi tidak selalunya berlaku pada masa yang sama setiap bulan. Sperma boleh hidup selama tiga hari dalam serviks anda. Jadi, anda boleh melakukan hubungan kelamin sebelum hari ovulasi anda untuk meningkatkan peluang kehamilan anda.

5. Hilangkan tekanan.
Jika anda memberitahu rakan-rakan dan keluarga yang anda sedang ‘mencuba’, kebanyakan daripada mereka akan menasihati anda untuk relaks dan biarkannya berlaku sendiri. Malangnya, ia lebih mudah diperkatakan daripada dibuat. Stres memberikan anda impak negatif, baik secara fizikal dan mental. Anda mungkin memerlukan beberapa kaunseling atau terapi untuk mengurangkan tahap stres anda.
6. Dapatkan tidur malam yang lebih baik.
Jadual tidur yang tidak tentu boleh mempengaruhi kitaran menstrual anda. Tidur yang tidak cukup boleh menyebabkan stres pada tubuh, sekali gus menghuru-harakan sistem imun anda. Anda boleh berisiko mendapat jangkitan, yang boleh membahayakan kitaran reproduktif anda.
7. Mendapat cukup hubungan kelamin.
Kebanyakan individu percaya dengan mengehadkan kekerapan seks boleh ‘menjimatkan’ sperma dan dapat membantu wanita untuk hamil dengan mudah. Ini mungkin juga betul, tetapi tidak melakukan hubungan kelamin banyak hari juga bukanlah idea yang baik.
8. Jangan mengabaikan vaksinasi.
Mendapatkan vaksin pra-kehamilan yang sesuai boleh membantu anda melindungi kesihatan tubuh anda dan bayi. Penyakit tertentu boleh menyebabkan kecacatan kelahiran pada bayi anda jika anda mendapatnya semasa hamil. Jadi, jika anda sedang merancang untuk hamil, sila pastikan vaksinasi anda adalah terkini. Beberapa vaksin yang diperlukan untuk bakal ibu adalah vaksin MMR (measles, mumps dan rubella), vaksin cacar air, vaksin Hepatitis B dan A, dan vaksin Pneumococcal.
9. Berjumpa dengan doktor.
Anda perlu membuat temujanji dengan doktor bagi melakukan pemeriksaan fizikal penuh sebelum mula hamil. Beritahu doktor anda mengenai sebarang ubat yang anda ambil untuk memastikan ianya selamat diambil jika anda hamil. Jangan lupa untuk memberitahu tentang kemungkinan bahaya persekitaran anda di tempat kerja.

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Kadang-Kadang Berat Terlebih Punca Susah Nak Hamil, ‘Betulkan’ Berat Badan Dahulu appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kadang-kadang-berat-terlebih-punca-susah-nak-hamil-betulkan-berat-badan-dahulu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Main Tak Nak Balik Bawak Balik Mainan Anak Susah Move On Ini Tip Untuk Mak Ayah

Main Tak Nak Balik Bawak Balik Mainan Anak Susah Move On Ini Tip Untuk Mak Ayah

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 254 hits
Macam macam gelagat anak kecil kita Ada yang suka mandi kolam tapi tak nak naik Ada yang suka masuk kedai mainan tapi nak bawa balik mainan dan pelbagai lagi ragam Namun inilah yang dikatakan anak kecil Namun jangan dibiarkan anak dengan fa...
Salah Ambil Makanan Ini Punca Keguguran Ini Yang Ibu Hamil Wajib Ambil Tahu

Salah Ambil Makanan Ini Punca Keguguran Ini Yang Ibu Hamil Wajib Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 236 hits
Umumnya banyak faktor boleh mencetuskan keguguran yang terjadi dan ada kalanya puncanya tidak dapat dikenal pasti Pun begitu ada yang mempercayai pengambilan beberapa jenis makanan boleh menjadi punca keguguran di awal kehamilan Ini antaran...
Buasir Otak Tv Susah Nak Move On Be Like

Buasir Otak Tv Susah Nak Move On Be Like

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 190 hits
Setiap kali bila kau susah nak move on dari bayangan ex kau walaupun dah ada pasangan baru macam lagu Joji Glimpse of Us Jom tonton animasi ini
Susah Nak Jumpo Cino Loghat Nogori Ramai Terhibur Tengok Nyonya Fasih Cakap Nismilan

Susah Nak Jumpo Cino Loghat Nogori Ramai Terhibur Tengok Nyonya Fasih Cakap Nismilan

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 559 hits
Kalau semalam kita orang ada share artikel pasal ramai yang terpuk4u dengan makcik penjual cakoi ni yang fasih berbahasa kant0nis hari ini admin nak share lagi satu video menarik yang menunjukkan betapa hebatnya asimilasi budaya di Malaysia...
Rahsia Terbaik Turunkan Berat Badan

Rahsia Terbaik Turunkan Berat Badan

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 186 hits
Rahsia Terbaik Turunkan Berat Badan Siapa kata orang berbadan besar tak boleh jadi slim Siapa cakap orang badan besar tak guna tiada nilai dan tak boleh diharap Saya memang pantang bila orang memandang serong kepada orang bertubuh besar dan...
Susah Nak Update Blog

Susah Nak Update Blog

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 183 hits
semenjak laptop tak ada ni memang susah nak sangat nak update blog aku jenis tak suka update pakai phone ni nak jugak pakai pc atau laptop biasa waktu malam en suami yang konker pc sebab dia ada kerja sambilan dia tu tengok la macam mana na...
Terjawab P0lis Dedah M0tif Kejadian Punca Wanita Hamil 7 Bulan Di Temb4k

Terjawab P0lis Dedah M0tif Kejadian Punca Wanita Hamil 7 Bulan Di Temb4k

papar berkaitan - pada 7/6/2022 - jumlah : 155 hits
Machang Polis tidak menolak kemungkinan motif cemburu antara punca wanita mengandung tujuh bulan m4ti ditemb4k di Kampung Repek di sini petang semalam
Nak Anak Pandai Menulis Guru Beri Tip Mudah Kena Pandai Menggunting Dahulu

Nak Anak Pandai Menulis Guru Beri Tip Mudah Kena Pandai Menggunting Dahulu

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 376 hits
Menggunting ialah salah satu kemahiran asas yang perlu anak kuasai Menggunting dapat menguatkan otot jari dan meningkatkan fokus anak Bila otot jari anak kuat anak lebih mudah kuasai kemahiran menulis dengan baik Bagaimana cara mudah nak aj...
Ibu Hamil Makan Produk Pemutih Nak Baby Lahir Putih Akhirnya Abnormal Doktor Dedah Realitinya

Ibu Hamil Makan Produk Pemutih Nak Baby Lahir Putih Akhirnya Abnormal Doktor Dedah Realitinya

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 190 hits
Obses untuk cantik dan putih memang lumrah sesetengah wanita malah ada yang sanggup berhabis duit untuk memastikan diri kelihatan putih dengan mengambil pelbagai jenis ubat ubatan serta suplemen Namun tak semua produk kecantikan serta suple...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik