Kerajaan Melayu Isle Ni Nak Naik Gila Apa Harga Ayam Akan Naik Lagi Bulan Depan


 



June 20, 2022 Harga ayam dijangka naik bulan depan apabila ia diapungkan ekoran berakhirnya skim harga maksimum runcit ayam pada 30 Jun ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata susulan jangkaan kenaikan harga ayam, Kementerian Kewangan (MOF) sedang merangka pemberian bantuan kepada golongan memerlukan, yang akan dimuktamadkan hujung bulan ini.
“MOF akan laksanakan sesuatu untuk bantu mereka yang memerlukan, dalam berdepan dengan kenaikan harga ayam di pasaran,” katanya kepada sidang media selepas majlis perhimpunan bulanan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di sini hari ini.
Pada masa ini kerajaan menetapkan harga maksimum runcit ayam dan telur bagi Semenanjung Malaysia bagi ayam bulat standard adalah pada RM8.90 sekilogram dan ayam bulat super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal) pada RM9.90 sekilogram.
Sebelum ini dilaporkan pihak penternak berharap kerajaan mengapungkan harga ayam susulan penamatan subsidi kepada mereka. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata berkuat kuasa 1 Julai, Putrajaya tidak lagi akan memberikan subsidi kepada penternak ayam.
Nanta berkata penamatan skim harga maksimum ayam bukan bermaksud kerajaan tidak mempedulikan pengguna, tetapi ia boleh menjejaskan industri ternakan ayam dalam jangka masa panjang, termasuk keadaan negara tidak lagi dapat mengeluarkan sumber ayam sendiri dan terpaksa mengimport.
“Sebab itu perlu diteliti secara mendalam, dan seharusnya kita hentikan harga maksima dan bantu pengguna yang berpendapatan rendah cara lain, bukan lagi subsidi pukal,” katanya, memetik Bernama.
Nanta dalam pada itu mengingatkan pemain industri agar tidak menggunakan kesempatan menerusi harga apungan dengan menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya.
Apabila harga ayam diapungkan, katanya KPDNHEP akan turut memantau aspek harga dan jika perlu akan menggunakan kuasa di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 sekiranya terdapat peniaga mencatut, yakni mengambil untung suatu barangan atau perkhidmatan secara berlebihan.
“Saya harap pihak industri tidak akan mengambil kesempatan dan menaikkan harga terlalu tinggi. Kita boleh terima sekiranya ia dilaksanakan dengan berpatutan, kerana kita pun tahu bahawa kos operasi telah meningkat,” katanya.
Pada majlis perhimpunan bulanan itu, Nanta menyerahkan watikah pelantikan kepada 12 daripada 16 Ahli Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN) 2022-2023. Ditubuhkan pada 2000, MPPN dianggotai wakil persatuan pengguna, ahli akademik dan pertubuhan bukan kerajaan bagi membincangkan isu kepenggunaan.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/06/kerajaan-melayu-isle-ni-nak-naik-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Konon Kerajaan Nak Import Ayam Harga Pun Melambung

Konon Kerajaan Nak Import Ayam Harga Pun Melambung

papar berkaitan - pada 26/6/2022 - jumlah : 182 hits
Konon kerajaan nak import ayam harga pun melambungPosted By on June 26 2022Harga ayam meningkat dan kekurangan bekalan terjadi akibat lemahnya strategi pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam mengumumkan pemansuhan ...
Harga Ayam Dijangka Cecah Rm15 Sekilogram Bulan Depan Kata Peniaga

Harga Ayam Dijangka Cecah Rm15 Sekilogram Bulan Depan Kata Peniaga

papar berkaitan - pada 19/6/2022 - jumlah : 158 hits
PENAFIAN GAMBAR YANG DIGUNAKAN HANYA SEKADAR HIASAN Sebahagian besar peniaga menjangkakan harga jualan ayam lebih mahal pada bulan depan mungkin mencecah RM15 sekilogram selepas skim harga maksimum ayam berakhir hujung bulan ini Mulai 1 Ju
Perarakan Rakyat Marah Dengan Kerajaan Cap Ayam Harga Barang Naik

Perarakan Rakyat Marah Dengan Kerajaan Cap Ayam Harga Barang Naik

papar berkaitan - pada 26/6/2022 - jumlah : 185 hits
Jun 26 2022 RAKYAT SEMAKIN TERTEKAN DENGAN KEGAGAKAN KERAJAAN MENGAWAL HARGA BARANG YANG SEMAKIN MEMBIMBANGKAN
Apa Yang Penting Kerajaan Melayu Isle Dan Tanpa Dap Barang Naik Tak Apa

Apa Yang Penting Kerajaan Melayu Isle Dan Tanpa Dap Barang Naik Tak Apa

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 157 hits
AHMAD SHAHRIL Yang penting kerajaan melayu yg perintah tanpa DAP kata walaun stupid dum2 Barang makin mahal Yang ini dari RM2 jadi RM4 sekarang Sejak Pak Long jadi PM harga barang diluar kawalan
Kerajaan Batal Keputusan Hapus Harga Siling Ayam

Kerajaan Batal Keputusan Hapus Harga Siling Ayam

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 200 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jun 24 2022 6 07 PMPutrajaya telah membatalkan keputusannya untuk menghapuskan harga siling ayam berkuat kuasa bulan depan Dalam satu kenyataan hari ini Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata harga siling ba...
Harga Barang Naik Pas Tak Sesak Nafas Satu Jual Melayu Satu Lagi Jual Agama

Harga Barang Naik Pas Tak Sesak Nafas Satu Jual Melayu Satu Lagi Jual Agama

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 174 hits
Kedua dua unsur itu dipamerkan di hadapan kepura puraan mereka menerusi slogan Kerajaan Melayu Islam Contohnya naratif bekas Perdana Menteri Dato Sri Najib Razak dianiaya dalam kes 1Malaysia Development Berhad dan SRC International
Mana Nak Dengar Melayu Isle Kan Mereka Dengan Kroni Kroni Mereka Sahaja Sedangkan Mp Pembangkang Juga Tak Melalak Sakan

Mana Nak Dengar Melayu Isle Kan Mereka Dengan Kroni Kroni Mereka Sahaja Sedangkan Mp Pembangkang Juga Tak Melalak Sakan

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 150 hits
Beku kenaikan gaji elaun di GLC dan GLIC kata Kit Siang June 24 2022 Veteran DAP Lim Kit Siang berkata Jemaah Menteri dan Parlimen mesti menyampaikan mesej yang jelas bahawa sekarang adalah masa untuk mengikat perut bukan membazir PETALING ...
Biarpun 36 863 Buah Rumah Tak Laku Harga Rumah Nak Naik Lagi

Biarpun 36 863 Buah Rumah Tak Laku Harga Rumah Nak Naik Lagi

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 299 hits
Laporan dari Berita Harian mengatakan hartanah kediaman siap yang tidak terjual meningkat sebanyak 24 7 peratus kepada 36 863 unit bernilai RM22 8 bilion setakat Disember 2021 berbanding tempoh sama setahun sebelumnya AmInvestment Bank berk...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord