Dah Sampai Had Tak Mampu Cuba Lagi Suami Mengaku Tak Sayang Ada Yang Lain


Hati seorang isteri rapuh, mudah tersentuh. Tetapi sekali ia menjadi kebal, tak mungkin boleh disakiti lagi. Selepas berkahwin, isteri menghabiskan masa serta berkorban apa saja demi keluarganya. Baik buruk suami diterima dengan hati terbuka kerana merasakan dirinya juga tidak sempurna.
Hanya Tuhan yang tahu jika rasa kasih itu dianiaya, diabaikan. Betapa sakitnya hati seorang wanita jika dirinya dicurangi. Apatah lagi selepas segala pengorbanan yang dia lakukan untuk si suami. Ikuti coretan dari wanita ini, yang diabaikan oleh suaminya kerana orang ketiga.
Selamat sejahtera pembaca semua. Aku terasa ingin berkongsi coretan hidup aku.
Sebelum aku cerita lebih lanjut lagi, sedikit sebanyak tentang diri aku ialah aku seorang yang sentiasa beri yang terbaik. Tak kisahlah dalam pelajaran, dengan kawan, dengan keluarga, rakan sekerja, selagi boleh, dari aku sendiri, aku akan bagi yang terbaik.
Dapat Anak Selepas Beberapa Tahun Berkahwin Sampailah ke rumah tangga aku. Syukur aku dikurniakan cahaya mata pertama selepas beberapa tahun berkahwin. Menghadap jugaklah soalan serta pelbagai nasihat dari pelbagai pihak. Aku jadi agak lost sebab bab anak ni di luar kawalan aku, setakat aku mampu usaha, aku usaha.
Macam yang aku kata tadi, kalau dari aku, aku memang mencuba sehabisnya, apa yang aku tak mampu kawal, aku berserah.
Cuma satu salah aku yang sangat ketara disini ialah aku anggap pasangan aku macam aku jugak, usaha sehabis mungkin, yang tak mampu kita usaha, kita berserah. Ya, ini silap terbesar yang aku terlupa dah alpa, pasangan kita bukan kita.
Fast forward, bila baru menimang cahaya mata ni, the struggle is real, bak kata orang. Siapa kata ada anak semudah ABC. Menyusu anak pun bukan senang.
Struggle Jadi Ibu Yes, aku struggle menjadi first time parent. Semalaman aku menangis dekat wad, mencari bahan bacaan bila aku tak reti nak menyusukan anak aku. Dengan emosi tak stabil lepas beranak, bacaan gula anak aku sangat rendah bila aku tak reti menyusukan dia.
Nasib baik Tuhan datangkan jururawat, bersungguh-sungguh ajar aku menyusukan anak. Untuk bakal ibu kali pertama, nasihat aku, belajar menguruskan anak itu sangat penting barulah fikir nak beli apa. Aku agak kemurungan dengan fakta bahawa aku tak reti jaga anak.
Ok. Apa kaitan pulak pengalaman beranak dengan cerita aku kan?
Ya, dari sini aku diuji 100% limit aku. Aku spesies sentiasa buat sehabis baik, so bila anak aku meragam, anak aku jatuh sakit, anak aku menangis tak berhenti, aku kelam-kabut. Macam-macam aku tanya, baca sana sini. Belajar.
Selalu aku bermasam muka dengan pasangan aku bila aku tengok dia tak cuba tolong aku, bagi aku macam-macam arahan dan komen, tapi pasangan aku sendiri tak cuba buat pun untuk meredakan situasi.
Aku rasa macam kenapa tak cuba buat, baru tahu susah ke senang nak redakan anak. Salah aku, aku sangka pasangan aku mencuba sama seperti aku. Bulan berganti bulan, aku makin stabil dalam mengurus anak, aku perasan sesuatu dengan tingkah laku pasangan aku.
Jeng jeng jeng. Pasangan aku dan telefonnya jadi akrab, bagai isi dengan kuku, bagai aur dengan tebing, bersatu teguh bercerai roboh, begitulah perumpamaannya. Asyik nak me-time. Ok, silakan.
Aku ok, ambillah masa untuk diri sendiri. Anak, pasangan jangan dilupa. Kita sama-sama kena ada rasa tanggungjawab. Aku tak kisah nak me time ke, nak bersosial dengan kawan ke, asal sedar diri, tahu limit, tahu tanggungjawab, cukup. Masing-masing ada akal, ada agama.
So, sini silap aku jugak. Pasangan kita bukan macam kita. Sekali lagi aku alpa.
Suami Ada ‘Kekasih Gelap’ Sampailah satu ketika, hati tak tenang, rasa ada sesuatu yang pasangan aku buat. Too good to be true, ya pembaca sekalian.
Tekaan anda tepat, pasanganku selingkuh, curang, ada hubungan sulit. Tapi the best thing is, at the very first place, bukan itu yang aku ketahui.
Yang aku dapat direct to the face is that, aku tak dicintai dan tak disayangi sejak mula kami bernikah. Dah sampai had, tak mampu mencuba lagi katanya. Tak selera denganku, anak dah ada, dah habis pantang berkurun, aku masih lagi tak disentuh. Maka, aku izinkan dia pergi.
Fast forward lagi, hati aku ni asyik kata there must be something else. Tak mungkin gini tetibe gitu ha. Dalam tempoh nak settle di pejabat agama, tudia ha, tak selindung lagi dah. Mesej, call, sampai ke tengah malam, depan aku, depan anak aku.
Aku tahan mata, hati dari nak lempang pasangan aku. Ya, pasanganku ada yang lain, katanya selepas perbincangan kami untuk berpisah tempoh hari.
Aku dengan muka tebal, hubungi kekasih cinta matinya itu, turned out that itu cinta lama berputik semula, biarlah, suka hati lah nak berputik ke apa, ingat itu semua haram. Aku masih lagi isteri, tunggu aku settle dulu, baru suka hatilah nak buat apa.
Apa Salah Aku? Hari demi hari, masa nak settle kat mahkamah makin dekat. Aku puas dah kena hadap macam-macam nasihat dari pelbagai pihak untuk selamatkan rumah tangga aku. Sampai satu tahap aku rasa, apa lagi salah aku.
Pasangan aku tu ha, tak ada orang nak tegur, nak nasihatkan ke? Asyik aku aku aku yang kena itu ini. Benarlah bak kata kaunselor yang aku jumpa, tak ke mana bila mana pasangan kita tak bersyukur, memang buruk kita yang mereka nampak.
Jujur, pembaca sekalian, aku tak ada cerita buruk tentang pasangan aku, bukan sebab tak ada cacat cela pasangan aku, bukan jugak aku ni baik sangat.
Prinsip aku dalam rumah tangga, yang buruk itu, selagi tak mendatangkan mudarat, tak mencederakan, masih ada hari esok untuk pasangan kita mencuba. Maka, aku tak melihat buruk pasangan itu sebagai beban. One at a time, perbaiki diri masing-masing.
Ya, ini jugak silap aku, pasangan aku bukan aku. Semua kurang aku, buruk aku, dia highlight. Sampai aku tak tahu apa yang elok aku dimata dia.
Semua makan pakai, rumah, aku urus elok. Aku mengaku bila penat, aku masam. Aku masam bila aku tak diberi perhatian sebenarnya. Penat lelah semua tu apa aku kisah, lumrah manusia. Tapi manja aku hilang, lembut aku hilang, bila aku disisih, tak diberi kasih sayang.
Aku kosong di dalam. Aku merajuk inginkan perhatian, inginkan nafkah batinku. Back to the point that pasangan aku tak cintakan aku, so dia tak peduli bila aku merajuk, aku nak perhatian.
Bak katanya, nak buat apa semua tu, dah kahwin dah pun. Aku lihat inilah masalah utama rumah tangga aku. Tiada tautan hati, rapuhnya yang aku tak sedar dalam diam.
Biarlah Aku Undur Diri Akhirnya, aku mengalah. Aku undur diri. Aku banyak tertekan sepanjang aku cuba selamatkan rumah tangga aku. Semua buruk aku diceritakan pada orang lain. Semua nasihat, aku yang kena hadap. A sampai Z semua aku yang kena cuba, kena perbetulkan.
Aku kena hadap setiap tuduhan yang aku hancurkan semuanya. Aku yang menghadap anak aku yang bakal membesar tanpa keluarga yang sempurna, tapi tak sikit pun orang tegur sikap pasangan aku. Ya, semua perempuan yang salah. Hati aku mati.
Buat pertama kali, aku kata pada diri aku sendiri, cukuplah. Berhentilah mencintai pasangan aku dengan sepenuh hati. Aku kecewa, sampai hati semua buat aku macam ni. Salahkan aku, semua buruk pada aku. Sampai hati.
Nasib tempoh PKP ni, aku tak dapat pergi mahkamah. Aku duk menghadap anak aku 24/7. Aku pilu, aku menangis sebab aku tak dapat jadi mak yang sempurna bagi anak aku.
Maafkan aku wahai anakku sebab emakmu ini memilih cerai, memilih untuk berpisah. Memilih menjadikanmu seakan terpisah dari ayahmu. Maafkan emak.
Masa itu akan tiba tak lama lagi anakku, maafkan emak sayang. Emak tak kuat untuk pertahankan lagi. Emak hancur di dalam, emak tak mampu lagi. Maafkan ayah kamu, ya sayang.
Doakan semuanya dipermudahkan. Aku perlu kuat untuk anak aku. Diri aku tak apa, aku boleh abaikan hati aku. Anak aku keutamaaan aku sekarang.
Cuma pesan aku pada pasangan diluar sana, hargai dan bersyukurlah dengan pasangan kalian. Janganlah buruknya yang dinampak, buruk sendiri tak diperbaiki.
Sama-sama perbaiki diri, beri masa untuk mempertingkatkan diri. Jangan sikit buruk, terus cari yang lain. Bukan begitu berumah tangga. Tapi kalau sampai pukul dera maki hamun tu, jaga diam pendam. Cari bantuan. Jangan tahan.
Love and peace. Sekian. Terima kasih mendengar luahan.
– Siti (Bukan nama sebenar) via IIUM
Sekiranya anda mempunyai sebarang kisah atau pengalaman menarik untuk dikongsikan, klik KONGSI CERITA.
The post “Dah Sampai Had, Tak Mampu Cuba Lagi.” Suami Mengaku Tak Sayang, Ada Yang ‘Lain’ appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/dah-sampai-had-tak-mampu-cuba-lagi-suami-mengaku-tak-sayang-ada-yang-lain/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Tak Sayang Asyik Pukul Kita Isteri Lepas Geram Pada Anak Sebab Suami Pemalas

Ibu Tak Sayang Asyik Pukul Kita Isteri Lepas Geram Pada Anak Sebab Suami Pemalas

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 728 hits
Bukan mudah menjadi seorang ibu Kita mahukan yang terbaik buat anak anak Kalau boleh mahu jadi yang sempurna untuk mereka Tanpa kita sedar sebenarnya itulah yang memberi tekanan kepada kita Ibu memang serba boleh tapi masih manusia biasa Ad...
Suami Dapat Pelempang Free Mengaku Teringin Kahwin Lagi

Suami Dapat Pelempang Free Mengaku Teringin Kahwin Lagi

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 394 hits
Lelaki dari Indonesia bernama Sahilmulachela telah menarik perhatian dengan jawapan jawapan lucu yang keluar daripada mulutnya Namun pengakuan kononnnya dia mahu bernikah lagi telah membuatkan isteri dengan si anak memberi pelempang free se...
Tak Malukah Mengaku Jasa Pihak Lain

Tak Malukah Mengaku Jasa Pihak Lain

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 295 hits
Sementara itu Presiden KEADILAN dalam satu hantaran di Facebook beliau berkata skandal 1MDB antara dosa Najib yang membebankan Negara Alhamdulillah usaha kerajaan lalu yang wajar diberikan kredit dan penghargaan 1MDB antara dosa mantan PM6 ...
Isteriku Cukup Sempurna Lepas 10 Tahun Masih Tak Ada Anak Suami Tolak Kahwin Lain

Isteriku Cukup Sempurna Lepas 10 Tahun Masih Tak Ada Anak Suami Tolak Kahwin Lain

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 1345 hits
Setiap pasangan berkahwin pasti menginginkan zuriat mereka sendiri Itulah yang menjadi penyeri rumah tangga dan penguat kasih sayang Tetapi bukan semua orang mempunyai rezeki untuk terus hamil sebaik sahaja selepas berkahwin Seperti yang di...
Kami Bukan Lagi Suami Isteri Hana Azraa Mengaku Berpisah Dengan Pu Abu

Kami Bukan Lagi Suami Isteri Hana Azraa Mengaku Berpisah Dengan Pu Abu

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 284 hits
Teka teki mengenai pergolakan rumah tangga Pencetus Ummah Abu akhirnya terjawab apabila Hana Azraa mendedahkan mereka sudah berpisah Hana membuat pendedahan itu menerusi akaun Instagramnya semalam bagi membersihkan namanya yang turut terpal...
Suami Kalau Dia Ikhlas Tak Ada Anak Pun Dia Akan Sayang Sampai Hujung Nyawa

Suami Kalau Dia Ikhlas Tak Ada Anak Pun Dia Akan Sayang Sampai Hujung Nyawa

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 273 hits
Pasangan yang sudah berkahwin pastinya menginginkan cahayamata sebagai pengikat kasih Namun tidak semua pasangan yang mendirikan rumah tangga berpeluang memilikan cahaya mata sendiri Ada yang terpaksa menunggu bertahun tahun untuk mendapatk...
Belajar Kesetiaan Dari Curhat Tya Ariestya Yang Susah Hamil Sampai Sempat Minta Suami Cari Yang Lain

Belajar Kesetiaan Dari Curhat Tya Ariestya Yang Susah Hamil Sampai Sempat Minta Suami Cari Yang Lain

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 233 hits
Pas disuruh nikah sama orang lain sang kekasih malah ngasih 3 solusi biar tetap bisa nikah Semoga bisa menjadi penyemangat buat kamu kamu yang juga lagi berjuang ya
Suami Dia Hidup Lagi

Suami Dia Hidup Lagi

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 105 hits
Aku suami dia hidup lagi tau Ada tunggu dekat luar Dinding ditumbuk kasar Berderai kepingan cat kuning yang sudah lusuh
Klik Video Sazzy Falak Tiru Suara Doraemon Suami Tunjuk Reaksi Bingung

Klik Video Sazzy Falak Tiru Suara Doraemon Suami Tunjuk Reaksi Bingung

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 546 hits
KUALA LUMPUR 1 April Saranan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat meminta orang ramai melakukan perkara menghiburkan hati dengan meniru gaya percakapan watak animasi Doraemon sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Resipi Daging Masak Hitam Berempah Terlajak Sedap


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


29 Flights Half Price Cruises Whether It S Black Friday Or Travel Tuesday Deals Abound

Hiburan Saya Dah Hari Ke 34 Doakan Saya Misi Selawat 40 Hari Hampir Selesai Ruhainies Akui Rasai Perubahan

Tiada Jodoh Lee Donghwi Jung Hoyeon Dah Berpisah Selepas 9 Tahun Bercinta

Pmx Bertemu Presiden Muslim Korea

Ph Umno Kedah Cabar Sanusi Dedah Nama Pihak Yang Punyai Rancangan Besar Gagalkan Pelaburan Swasta

Ketenangan Jiwa Bersama Keluarga Fattah Amin Bawa Keluarga Tunaikan Umrah