Dah Dapat Telekung Travel Yang Dicari


Rancak eh orang jual telekung sana sini. Yang berjenama dah tentu harga level kayangan. Bajet kita tak berapa kayangan kena tepuk poket sendiri tengok bajet berapa. Berkenan dengan telekung simple tanpa kerawang sulaman ataupun hiasan lain.

Kalau boleh nak jenis material kain yang sejuk dan selesa. Bila berterawih lama tu selesa lah sikit. Kalau boleh taknak cotton sebab telekung cotton dah ada beberapa pasang. Cuma sekarang nak cari telekung baru yang jenis telekung travel. 

Suka juga dengan telekung simple calaqisya, tudung people, inhanna, inner sejuk, fazura, naelofar dan sewaktu dengannya. Semua tu telekung dia simple je. Tapi harga dia tak simple lah. Telekung Fazura paling murah tak silap RM177. Selain tu rasanya RM200 dan ke atas.

Selain tu, suka juga jenis telekung travel macam telekung aleena yang popular tu material Bubble Cotton. Tapi part muka dia kurang berkenan pulak. Pilihan warna tu banyak, rambang mata nak memilih.

Jenis lebih kurang macam material bubble cotton, material sejuk cotton mix pun ada. Perasan jugak Abby Abadi (Aisys Mom) ada jual jenis macam tu tapi material talian Crepe. Kain sejuk selesa jugak tu. Bahagian muka jenis material moss crepe.

Konon nak beli yang tu je tapi akhirnya dapat jumpa ciri-ciri telekung travel terpaling menepati apa yang saya nak. Jumpa telekung raya wrinkly floral by Varda material sejuk cotton mix. Itupun terperasan masa tengah scroll facebook. 

Facebook tu kalau benda kita cari dari google, dia akan keluar yang berkaitan dengan apa yang kita cari. Memanjanglah keluar sponsored post iklan telekung. Bagus jugak macam tu kan. Tak payah mencari, tahu-tahu ada depan mata je


Ada 4 pilihan warna iaitu navy blue, grey, blush dan olive. Entah kenapa berkenan dengan warna olive ni. Ikutkan warna hijau ni warna musuh saya. Betullah orang kata, benda yang kita tak suka tu yang akan kita suka nanti. Memang betul pun!

Dalam gambar nampak terang lagi tapi in real dia macam dusty olive macam tu. Suka sangat dengan material sejuk cotton mix ni. Dia macam sejenis kain sejuk yang berat sikit dan breathable. Kalau kena tiup angin pun tak mudah terselak. Selesa sangat pakai. 

Bahagian muka yang paling saya suka tanpa getah. Lebih selesa. Bahagian muka tanpa getah yang susah nak cari. Ada tu ada tapi risau kalau beli longgar pulak sebab muka jenis kecil je. 
Yang menriknya, telekung travel Varda ni bahagian muka tu menggunakan material yang sama dengan kain telekung. Nampak seragam lebih cantik lagi kan. Kain telekung pun siap berpoket. Senang boleh simpan barang penting macam kunci ataupun handphone. 
Jenis handphone ringan okaylah, jenis berat risau terlondeh pulak kain tu nanti

The best telekung travel lah pada saya. Telekung travel murah siap beg telekung yang boleh dijadikan sejadah mini dengan harga RM99 (Promo). Harga sebenar RM129. Pada saya harga setanding kualiti. Paling penting menepati ciri-ciri telekung yang saya nak.



Telekung raya wrinkly floral by VardaMaterial : Polyester (cotton mix)Elasticated headband and waistComes with matching zipped bagFeatures pocketsSetiap pembelian dapat free gift box, paper bag dan beg telekung. Lepas membeli baru perasan ada pilihan warna baru upload agaknya, ada warna  rose pink, purple dan ash grey. Berkenan betul dengan warna rose pink tapi sold out dah. Aduh..melepassss


Tapi lepas tu saya beli jugak warna lain, warna purple. Warna purple, lebih kurang warna pink rose. Pink rose tu macam dusty pink tapi lebih pink sikit. Purple pulak macam dusty purple. 
Bila dapat warna purple, bahagian muka tu bila pakai, dia tak melekap elok. Ada gelembung, refer dalam gambar bawah ni (bulatan hitam)



Lepas tu saya basuh. Kot lah better lepas tu. Rupanya sama je. Saya inform pihak Varda. Dia suruh saya pos semula telekung tu dan akan kirimkan telekung baru dan kos penghantaran ditanggung. Okaylah, senang boleh bawa bincang.

Yelah kan, kita beli mesti nak yang elok punya. Yang tak senangnya nak kena pos tu lah. Nak tak nak pos jugaklah. Lepas dah sampai telekung yang saya pos tu, barulah dorang pos yang baru

Alhamdulillah dapat yang elok, dalam gambar atas tu sebelah kanan dapat yang baru. Sampai sampai je terus cuba. Barulah okay. Best telekung travel ever! Senang telekung dan sejadah travel sekali. Beg tu boleh dijadikan sejadah mini

website : varda


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2022/04/dah-dapat-telekung-travel-yang-dicari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Who Helped End The Travel Mask Mandate In The United States

Who Helped End The Travel Mask Mandate In The United States

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 257 hits
By BY HEATHER MURPHY AND CHARLIE SAVAGE from NYT Travel https ift tt P5CNIKh
Nak Travel Perlu Ke Rtk Test Atau Pcr Test

Nak Travel Perlu Ke Rtk Test Atau Pcr Test

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 223 hits
Nak travel perlu ke RTK Test atau PCR Test Semenjak border Malaysia dibuka mulai 1 April 2022 industri pelancongan di dalam dan di luar negara semakin rancak Kini dah ramai warga Malaysia mula travel especially ke luar negara Ada juga warga...
Preparing For The Journey Ahead Role Of Ai In Improving Customer Experience As Malaysia S Travel Industry Rebounds

Preparing For The Journey Ahead Role Of Ai In Improving Customer Experience As Malaysia S Travel Industry Rebounds

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 322 hits
The travel and hospitality industry were among the hardest hit industries during the pandemic For Malaysia a country that boasts a thriving travel and tourism economy this led to adverse circumstances In the first nine months of 2020 touris...
Travel S Great Comeback Has A Price Chaos

Travel S Great Comeback Has A Price Chaos

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 514 hits
By BY CEYLAN YEGINSU from NYT Travel https ift tt Tt04zGE
Royale Kukur Menerima Anugerah Excellence In Kukur Mushroom Production 2022 Di Asean Food Travel Awards 2022

Royale Kukur Menerima Anugerah Excellence In Kukur Mushroom Production 2022 Di Asean Food Travel Awards 2022

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 318 hits
ROYALE KUKUR MENERIMA ANUGERAH EXCELLENCE IN KUKUR MUSHROOM PRODUCTION 2022 DI ASEAN FOOD TRAVEL AWARDS 2022 Assalammualaikum semua Pada 31 March 2022 yang lalu syarikat Impian Ramai F B Sdn Bhd telah menerima anugerah Excellence in Kukur M...
Jadikan Amalan Pergi Travel Wajib Bawa Medical Kit Ibu Ini Kongsi Ubat Yang Perlu Ada

Jadikan Amalan Pergi Travel Wajib Bawa Medical Kit Ibu Ini Kongsi Ubat Yang Perlu Ada

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 371 hits
Tak lama lagi nak raya dalam kita sibuk menguruskan beg beg baju jangan lupa untuk menyediakan juga medical kit terutama anda yang mempunyai anak kecil Sakit sebenarnya sesuatu yang kita tak boleh nak jangka Puan berkongsi barang barang yan...
Elak Bosan Dalam Kereta Ini Tip Travel Raya Untuk Mak Mak Ada Anak Kecil

Elak Bosan Dalam Kereta Ini Tip Travel Raya Untuk Mak Mak Ada Anak Kecil

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 363 hits
Stress tau kalau jalan jem lepas tu anak pula mengamuk bila duduk dalam carseat sebab bosan Especially bila nak balik raya hujung minggu ni Nak pegang dalam kereta risau bahaya pula Jom tengok apa kita boleh prepare untuk travel raya ni Dah...
Jom Kita Travel

Jom Kita Travel

papar berkaitan - pada 3/5/2022 - jumlah : 330 hits
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua Jumpa lagi kita dalam coretan kisah suka duka kat blog Zumal ni Apa khabar buat anda semua Zumal harapkan anda semua sihat walafiat macam Zumal ni Zumal sihat sangat rasanya kalau timbang p...
Polis Siasat Kematian Murid Tahun 4 Di Sekolah

Klia Transport App Furore Is This A Case Of Barking Up The Wrong Tree

Tentera Israel Pintas Kapal Bantuan Global Sumud Flotilla Peserta Malaysia Antara Ditahan

As Mca Mulls Bn Exit Pas Comes Knocking With Mooncakes

Bon App Tit Your Majesty Betul Betul Berbaloi Ke Tengok

Edisi Terhad Insta360 Ace Pro 2 Kini Tersedia Pada Harga Rm2 229

K1gt 12 K1gt Top 52 By Selena

Half Its Cabinet Will Be Wiped Out If Malaysia Emulates China To Send Corrupt Ministers To Face Firing Squad


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Welcome Penjelasan Widget Baru Dalam Persembahan Blog Pesona Etuza

Murid Tahun Empat Meninggal Dunia Selepas Pengsan Dalam Tandas Sekolah Di Seremban Pada 1 10 2025

Sungguh Allah Mengampuni Seluruh Dosa

Bulan Baru Cerita Baru

Restoran Konda Kondi Ipoh

Lirik Lagu Sampaikan Rindu Ippo Hafiz