Jom Kita Travel
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua. Jumpa lagi kita dalam coretan kisah suka duka kat blog Zumal ni. Apa khabar buat anda semua? Zumal harapkan anda semua sihat walafiat macam Zumal ni. Zumal sihat sangat rasanya kalau timbang pun confirm pecah penimbang tu kan. Maklum la dari bulan Mac kita asyik kena kurung ja. Dalam situasi terkurung ini benda paling best adalah makan. Makan dan makan, makan lagi. Zumal hanya ada aktiviti makan dan tidur sahaja setiap hari. Kawan kita tu setahun 30 hari je kena kurung, kita pula kena kurung lama dari dia. Fuh, mesti anda rasa stress tahap gaban kan!!! Kalau nak release stress jom la travel. Alhamdulillah setelah beberapa hari dikejutkan dengan kes sehingga 4 angka, sekarang kes kembali turun dan ada negeri-negeri kembali hijau kan, anda semua boleh la buat domestic travel.
Dah lama terkurung ni kita perlu dapatkan ketenangan dan rehatkan minda buat seketika. Zumal pun rasa kena tengok kehijauan pokok-pokok, keindahan gunung-ganang dan awek-awek cantik. Eh! Zumal gurau-gurau je. Tapi awek Malaysia memang cun la dari orang Korea, Turki or mana-mana je la. Malaysia kita cukup kaya dengan keindahan alam sekitar dan tempat-tempat percutian yang menarik dan mengagumkan. Rasanya anda pilih je bercuti dalam negara. Nak keluar negara tu tak boleh lagi, lagi pun bahaya buat kita dan keluarga kita. Lagi pun sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bantu sektor pelancongan dan ekonomi negara. Macam Zumal sebutkan tadi Malaysia banyak tempat best yang tak kurang hebatnya. Orang luar pun tak sabar-sabar nak datang negara kita ni. Antara destinasi dah Green Zone macam Langkawi, Tioman, Pangkor, Cameron Highland, Genting Highland, Frazer Hill, Melaka dan nanti habis PKPB lagi banyak destinasi pilihan boleh kita lawati.
Dah tak lama negeri-negeri yang kena PKPB akan tamat. Bila dah tamat dah tentu ramai akan ambil peluang travel atau balik kampung. Sekaranglah masanya kita perlu survey hotel untuk penginapan masa travel nanti. Zumal dengar banyak tawaran penginapan sangat menarik dan menjimatkan. Kalau balik kampung pun sure tak muat rumah kat kampung sebab ramai bakal pulang nanti. Kena cari hotel tau. Jangan dah balik kampung baru nak walk-in cari hotel. Tak pasal-pasal anda perlu tidur dalam kereta jer. Paling mudah dan berbaloi gunakan Traveloka untuk hotel booking yang memang pasti menjimatkan dan tiada caj-caj tersembunyi lepas tu di Traveloka selalu ada promosi yang hebat. Zumal nak ingatkan yer, ramai yang tengah terkurung sekarang ni, kalau lambat booking confirm nanti meloponglah anda. Buat keputusan yang cepat. Kepada yang belum ada aplikasi Traveloka di dalam telefon tu bolehlah install cepat-cepat yer dan terus buat hotel booking.
Habis PKPB nanti Zumal pun rasa nak balik kampung di Muar, dah lama tak jumpa family dekat kampung. Ayah dan mama asyik call jer, mesti dah rindu tu. Nak tidur di kampung bilik confirm tak cukup. Maklumlah rumah ada 3 bilik jer. Adik-adik Zumal pun nak balik kampung juga. Jadi memang perlu cari hotel. Zumal tengok list hotel dekat Muar di Traveloka ni sangat banyak lepas tu ada diskaun gila-gila pula. Bila lagi nak grabkan. Kalau Zumal tak booking sekarang mesti akan penuh tak lama lagi.
Zumal dah selesai booking hotel di Traveloka. Rasa lega sangat-sangat tau. Dapat pula bilik yang view ke arah Sungai Muar tu. Di Traveloka ini kita bayar betul-betul macam yang kita booking je. Kita tak akan dikejutkan dengan caj-caj tersembunyi yang tak tertulis semasa kita booking sebelum ini. Zumal dah biasa dengan Traveloka. Sudah bertahun-tahun Zumal setia. Traveloka la aplikasi yang paling senang digunakan dan banyak pilihan hotel dan penerbangan merangkumi destinasi hampir seluruh dunia tau.
Okaylah, sampai sini sahaja perkongsian Zumal. Zumal nak survey dekat mana yang best nak jalan-jalan di Muar tu. Tak sabarnya nak travel lagi. Ingat travel ingat Traveloka!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://duniazumal.blogspot.com/2020/11/jom-kita-travel.html