Dah Bayar Fidyah Ke Belum Online Je


Dah Bayar Fidyah Ke Belum? Online Je

Dengan berbaki beberapa hari sahaja lagi In Sha Allah umat Islam bakal menyambut bulan Ramadan iaitu bulan yang dinanti ramai kerana fadilatnya. Bulan-bulan lain juga istimewa tapi bulan Ramadan ni kira extra special.

Bila menjelang bulan puasa ramai lah siapkan checklist to do before, during dan juga menjelang hari-hari terakhir Ramadan. Semua ni untuk memastikan setiap hari dalam bulan Ramadan terisi dengan perkara yang memberi pahala.

Tak tahu kan masih ada ke kita di Ramadan tahun depan.

Tak ketinggalan juga ramai yang berlumba-lumba ganti puasa serta melunaskan pembayaran fidyah puasa bagi Fidyah disebabkan puasa yang lepas-lepas kita tinggal tapi tak sempat nak ganti pada tahun tersebut.

Tak seronoklah kan nak sambut Ramadan, tapi Fidyah belum bayar kan?






Bayar Fidyah atau Qada?

Aku kongsikan checklist yang dikongsikan oleh Pusat Pungutan Zakat MAIWP berkenaan Fidyah dan juga Qada. Penerangan yang cukup ringkas tapi padat dengan info dan boleh difahami.

Kenapa kita kena bayar Fidyah?

Fidyah itu merupakan denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada) bulan Ramadan.

Hadis daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
من مات وعليه صيامُ شهرٍ فليُطعمْ عنه مكانَ كلِّ يومٍ مسكينًا
Yang bermaksud: “Sesiapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkannya.” (Riwayat al-Tirmizi)
Boleh rujuk jadual di bawah untuk lebih faham. Kena betulkan fahaman, sebab dulu aku ingat kalau dah bayar Fidyah tak perlu Qada puasa dah. Rupa-rupanya masih kena ganti ya. Sebab tu penting kita tuntut ilmu.




Hukum Membayar FidyahFidyah adalah satu bentuk ibadah niyabah (gantian) yang diberi pahala kepada pelakunya. Hukum membayar fidyah adalah WAJIB. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. 
Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan. *sumber MAIS


Bayar Secara Online Je

Di waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB/PKPP) ni agak menyukarkan kita untuk melangsaikan fidyah secara bersemuka jadi Pusat Zakat telah menyediakan kaedah pembayaran fidyah secara online.

Oleh sebab aku berada di Wilayah Persekutuan jadi pembayaran aku salurkan ke Pusat Pungutan Zakat MAIWP. Korang boleh rujuk Pusat Zakat masing-masing.

Untuk penduduk di Wilayah Persekutuan boleh rujuk laman web MAIWP ini , dekat situ dah disediakan kalkulator Fidyah jadi mudah sangat. Cuma masukkan jumlah hari yang tak sempat ganti dan tahun puasa yang ditinggalkan. 




Bayaran pun dibuat secara online. Apa yang seronok, setiap kali buat bayaran zakat, akhir sekali nanti akan muncul doa oleh Ustaz Haji Ahmad Shukri Yusoff. Perasaan seronok lepas dapat tunaikan tanggungjawab disamping mendapat doa dari orang alim.

Last but not least, aku nak ucapkan selamat berpuasa untuk semua umat Islam terutama yang membaca blog aku ni. Kepada yang selalu singgah dan drop comment, yang silent reader dan doakan hidup aku, yang tak sengaja baca. Aku ucapkan terima kasih, aku doakan korang sentiasa sihat, bahagia, kaya dunia akhirat, jumpa apa yang korang cari.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2021/04/dah-bayar-fidyah-ke-belum-online-je.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mudahkan Urusan Bayar Zakat Secara Online Sahaja

Mudahkan Urusan Bayar Zakat Secara Online Sahaja

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 458 hits
AssalamualaikumMudahkan Urusan Bayar Zakat Secara Online Sahaja Alhamdulillah dah masuk Ramadhan ke 2 Masa berlalu kian pantas Dan dalam beberapa minggu lagi umat Islam akan menyambut Syawal yang bakal menjelma Tapi zakat fitrah tetap on ya...
Macam Mana Pn Mahu Rampas Selangor Putrajaya Belum Tentu Selamat Halimey

Macam Mana Pn Mahu Rampas Selangor Putrajaya Belum Tentu Selamat Halimey

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 236 hits
Kenyataan Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan kononnya Perikatan Nasional akan merampas Selangor dalam pilihan raya akan datang sebagaimana dilapor Sinar Harian semalam dipertikaikan oleh Ketua Penerangan KEADILAN Selangor Hal...
Dap Akhirnya Mengaku Kerajaan Dap Pulau Pinang Belum Lulus Undi18

Dap Akhirnya Mengaku Kerajaan Dap Pulau Pinang Belum Lulus Undi18

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 360 hits
28 Mac lalu Setiausaha Politik Lim Kit Siang Syahredzan Johan meminta bukti ke atas dakwaan bahawa Negeri PH sendiri masih tak turunkan had umur untuk jadi ADUN Kata Syahredzan Tak boleh tunjuk satu statement pun yang PH tak sokong macam sa...
Tengah Dok Sapu Belum Habis Lagi

Tengah Dok Sapu Belum Habis Lagi

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 287 hits
Selepas Umno memutuskan tidak akan bersama PPBM dan menyokong Muhyiddin beta ingat kesemua 17 orang menteri dan timbalan menteri daripada Umno meletak jawatan Atau pun setidak tidaknya kalau enggan meletak jawatan hanya Menteri Wilayah Pers...
Lebih 1 000 Dikompaun Rm10 000 Belum Tampil Kemuka Rayuan

Lebih 1 000 Dikompaun Rm10 000 Belum Tampil Kemuka Rayuan

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 233 hits
Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM ADHAM Baba bercakap dalam sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Nota Kerjasama antara Kementerian Perpaduan Negara dengan Kementerian Kesihatan di Kementerian Kesihatan Putrajaya hari ini PUTRAJAYA Lebih 1 0...
12 Fungsi Google Yang Mungkin Anda Belum Tahu

12 Fungsi Google Yang Mungkin Anda Belum Tahu

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 660 hits
12 Fungsi Google Yang Mungkin Anda Belum Tahu Google bukan sahaja digunakan untuk ejen carian tetapi ianya ada fungsi tersembunyi yang mungkin ramai belum tahu atau dah tahu Ada banyak fungsi google yang mungkin kita tak ambil hirau antaran...
Hiburan Belum Lancarkan Tapi Dah Dapat Free Marketing Neelofa Kongsi Sebab Berada Di Langkawi Kini

Hiburan Belum Lancarkan Tapi Dah Dapat Free Marketing Neelofa Kongsi Sebab Berada Di Langkawi Kini

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 238 hits
Baru sahaja berkahwin namun Neelofa dan PU Riz terpalit dengan kontroversi selepas mereka dikritik ramai apabila didakwa merentas negeri ke Pulau Langkawi baru baru ini Walaubagaimanapun menurut laporan polis dan juga penjelasan daripada pi...
Selain Sulut Kemenkes Belum Terima Laporan Kipi Di 5 Provinsi Lain

Selain Sulut Kemenkes Belum Terima Laporan Kipi Di 5 Provinsi Lain

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 210 hits
Saat ini pihaknya sedang mengkaji kejadian tersebut bersama Badan Kesehatan Dunia Komite Penasihat Ahli Imunisasi Nasional dan Komisi Nasional KIPI
Belum Terlambat Kembali Ke Pangkal Jalan Kata Zahid Pada Pas

Belum Terlambat Kembali Ke Pangkal Jalan Kata Zahid Pada Pas

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 480 hits
Presiden Umno hari ini secara bersahaja dan berlapik mengingatkan PAS mengenai sikap yang wajar diambil sebagai sekutu dalam Muafakat Nasional Kata Ahmad Zahid Hamidi MN itu dijelmakan dengan iringan air mata dalam kalangan ahli kedua dua p...
Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Walking The Silk Road Malaysia Kazakhstan Ties And The Path To Muslim Unity

Ipayment Cara Membuat Pembayaran Online Agensi Yang Terlibat

Kelalaian Dan Runtuhnya Martabat Guru

Drama Abang Bunga Macho

Google Family Link Brings New Supervision Tools For Parents

Persatuan Ibu Tunggal Amanah Ikhtiar Koperasi

Perlu Tahu Bezakan Antara Mahir Terhadap Produk Berbanding Mahir Dalam Perniagaan


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


The Role Of Reputation In Choosing Gacor Slot Sites

The Role Of Mitolyn Supplement In A Balanced Diet And Fitness Routine

Cuepacs Ada Penjawat Awam Dipaksa Terima Rasuah

Seorang Bapa Buang Bayi Di Tepi Jalan Dicari Polis

Salam Nifsu Sya Ban

Kelantan Buka Kilang Beras Di Pasir Mas Dijangka Beroperasi Tahun Ini