Masak Kicap Sotong Dan Kes Jenayah
Saya sangat sakit hati dengan cara bagaimana banyak kes diuruskan di Malaysia kebelakangan ini. Banyak kes yang kita rasa tidak diuruskan dengan jujur seperti kes simbah asid Faisal Halim. Terlepas begitu sahaja si penjenayah atau mastermindnya. Tinggal lagi menyerahkan pada Allah kerana Allah tidak pernah tidur. Allah Mengetahui segalanya yang lepas dan yang akan datang. Akhirnya kita akan melihatnya di akhirat.
Kes terbaharu adalah kes kematian adik Zara Qairina. Kes itu pada saya tidak lah terlalu komplikated. Berlaku di kawasan sekolah. Jadi orang yang boleh dipanggil tentunya Pengetua, Warden dan rakan se dorm atau se kelas dengan Zara.
Kalau ikutkan proses siasatan biasa, reman jer beberapa orang yang hampir dengan Zara seperti di atas untuk tujuan mendapat informasi dan siasatan. Tahan untuk soal siasat walaupun bersalah atau tidak bersalah kerana di peringkat ini adalah untuk mendapat lebih info sebelum melihat adanya prima facie.
Tapi apa yang berlaku selepas lebih 20 hari, masih mendiamkan diri. Biasanya polis Malaysia sangat cekap. Selepas beberapa hari kes bunuh, pasti ada tangkapan dan tahanan dibuat. Tapi ini sunyi sepi. Ianya sehingga menimbulkan keresahan di kalangan rakyat akan integriti pihak polis.
Setelah didesak dengan besar besaran oleh rakyat, barulah ada keputusan untuk menggali semula kubur arwah Zara. Dan yang lagi pelik, sebelum kubur digali untuk postmortem, ada seorang pemimpin membuat pengumuman, yang siasatan kes kematian adik Zara telah selesai. Aduhaai dunia dunia. Inilah contoh pemimpin yang tak ingat mati, hanya ingatkan kuasa dunia sahaja.
Mungkin suratan atau kebetulan, ketika proses bedah siasat berjalan, datang pulak kereta dikatakan VVIP ke hospital. Katanya untuk kes lain. Ya lah tak kan lah VVIP nak masuk bilik post mortem pulak. Pastinya akan masuk ke bilik lain seperti bilik mesyuarat ke atau bilik pesakit ke. Apa pun saya seperti ramai rakyat hari ini di Malaysia, mahukan pengadilan pada kematian kes Zara tanpa mengira pelaku yang membuat Zara sehingga berlaku kematian adalah keluarga VVIP atau tidak kerana di sisi Allah, darjat manusia sama sahaja. Bila mati semua dikapan dengan kain putih, tak ada dibalut dengan kain sutera. Nyawa berganti nyawa. Sama sama kita doakan agar tiada seorang pun terlepas dari proses pendakwaan.
Pemimpin boleh bertukar ganti. Pemimpin yang dijatuhkan, boleh digantikan dengan pemimpin yang lebih adil, tapi nyawa yang hilang, tidak lagi mungkin dapat dihidupkan kembali. Tiada orang yang mati dihidupkan kembali. Hanya jasad adik Zara yang dikembalikan dalam keadaan seperti mana hari arwah dikebumikan. Hanya jasad, jasad tanpa roh.
Akhir sekali, sebagai orang yang datang dari kampung, saya merasa sangat sedih kerana orang kampung yang susah menghantar anak anak ke sekolah berasrama untuk menjadi orang yang pandai di masa depan dan seterusnya dapat mengubah kehidupan.
Tapi apa yang terjadi, anak anak ini lah yang menjadi mangsa dan tidak mendapat pembelaan bila berlaku kematian seperti mana banyak kematian sebelum ini seperti yang kes berlaku di UPNM yang dikatakan meninggal dunia akibat lemas di sungai. Ramai tahu ianya adalah kes yang sangat fishy tapi tiada pembelaan sehingga kini. Kes berjaya disenyapkan.
Begitu juga kes pelajar sekolah agama yang ditemui mati di dalam tandas dan dikatakan kononnya menggantung diri. Semuanya berlaku ketika anak anak ini dihantar untuk menuntut ilmu dan menjadi orang berguna pada agama, bangsa dan negara. OK sehingga ini dahulu, semoga kita semua ditunjukkan kebenaran.
Saya masih ada baki sotong frozen yang kami di Oriental Market. Sotong yang diimport dari California ni sangat kecil. Dipanggil sebagai baby squid, sangat kecil. Boleh tengok entri sambal tumis sotong sebelum ini di SINI.
Kalau sotong dimasak simple simple lagi sedap. Baru terasa sedapnya daging sotong tu. Tapi biasalah sotong frozen kan, bila dibasuh jer tak ada lah nampak segar keras macam sotong segar di tempat kita.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....
Sotong Masak KicapOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:200 gram sotong1 biji bawang besar - hiris4 ulas bawang putih - hirisSedikit halia - hiris2 biji cili merah - hiris Sedikit cili padi - jika suka pedas1-2 sudu besar sos tiramSedikit pes asam jawaKicap manis secukupnya.Daun bawang - opsyenal
Cara cara:Basuh bersih sotong dan masukkan ke dalam kuali dan masak sehingga air sotong keluar. Angkat dan tos.
Di dalam kuali lain, panaskan minyak dan masukkan semua bahan hiris dan kacau sehingga layu.
Masukkan pes asam jawa dan sos tiram. Kacau rata. Masukkan sedikit air dan kacau sebati.
Tuang kicap secukupnya. Kacau sehingga mendidih.
Akhir sekali masukkan sotong dan daun bawang. Kacau rata dan tutup api.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziekitchen.com/2025/08/masak-kicap-sotong-dan-kes-jenayah.html