Daging Goreng Kunyit Berkicap
Assalamualaikum semua. Dah lebih seminggu saya mengalami selsema yang teruk. Badan terasa dedar dan lemah. Doakan agar saya kembali sembuh seperti biasa.
Jangan lupa untuk klik follow blog saya dan juga klik iklan yang keluar di bahagian atas blog ini tau. Kerjasama anda amatlah saya hargai.
Manusia akan atasi malaikat jika ikhlas dan banyak beramal soleh. Malaikat sangat patuh pada Allah. Manusia yang beramal soleh, lebih hebat dari malaikat. Surah Al Baiyyinah ayat 7 sesungguhnya orang beriman dan mengerjakan amal soleh adalah sebaik baik makhluk.
Jika beriman tapi perangai tak soleh, tak boleh. Mereka seperti haiwan yang sesat. Lalai dari ajaran nabi. Kita semua kena kuat penghayatan pada Al Quran dan peringatan Nabi. Kini digambarkan dalam al Quran ada manusia macam Keldai. Ada ilmu tapi tak amal. Ada pengetahuan tapi disembunyikan. Ramai digambarkan bagai haiwan ternakan yang bertuhankan hawa nafsu. Istidraj Allah bagi dalam kemurkaan.
Umat dulu terus dilaknat bila mereka menunjukkan sikap sombong kufur nikmat lupa syariaat agama. Berlumba mengumpul harta dan bermegah dengan kekayaan harta. Mampu seadanya. Jangan melampau.
Bukan bermegah tayang sana sini. Terjerumus dalam kesenangan dunia. Saling bermusuhan irihati dengki dendam sehingga tak takut melakukan kezaliman sehingga menganiayai seseorang.
Hati hati dengan orang yang kita zalimi kerana doanya tiada hijab dengan Allah. Hasbiallaahu wanikmal wakeel, nikmal maula wanikmannasir. OK sekarwng kita masuknpula bab masakan.
Saya jarang memasak daging di rumah kerana anak anak tidaklah suka sangat daging. Mereka lebih sukakan ayam. Saya pun kalau masak daging, lebih suka daging goreng kunyit Kelantan.
Tapi hari terasa nak masak dengan sedikit kelainan di mana saya meletakkan sedikit kicap. Jadinlah daging goreng kunyit berkicap. Hmm sedap. Kalau makan dengan nasi putih panas panas, saya tak perlu lauk lain dah.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….
Daging Goreng Kunyit BerkicapOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:500 gram daging - rebus dulu sehingga empuk2 sudu besar sos tiramKicap manis1/2 sudu kecil garamSerbuk perasa aji - opsyenal1 biji bawang besar Holland - hirisCili padi/cili merah - hiris
Bahan kisar:1 biji bawang besar4 ulas bawang putih2 inci halia2 inci kunyit hidup
Cara cara:Tumis bahan blend hingga naik bau. kemudian masukkan daging. Kacau hingga sebati dan biarkan daging masak sehingga kering dan naik minyak.
Masukkan sos tiram, kicap manis, garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
Akhir sekali, kacau rata pastu masukkan bawang dan cili padi. Kacau rata dan boleh tutup api.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziekitchen.com/2024/06/daging-goreng-kunyit-berkicap.html