Makan Bihun Telur Goreng Tercemar Kanak Kanak Umur 2 Tahun Meninggal Dunia


Benarlah kata orang, malang itu tidak berbau. Siapa sangka, hidangan yang dimakan sudah tercemar dan menyebabkan kematian. Itulah yang berlaku kepada seorang pelajar tingkatan lima dan kanak-kanak perempuan berusia dua tahun beberapa hari lepas.
Memetik artikel Astro Awani, Ketua Polis Daerah Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Arrifin Mohamad Nasir berkata, kedua-dua mangsa meninggal dunia dua hari selepas dipercayai selepas menjamah bihun dan telur goreng tercemar itu.
Ketua Polis Daerah Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Arrifin Mohamad Nasir (Sumber: Astro Awani) Menurutnya, dalam kejadian pertama pada Sabtu lalu, yang melibatkan pelajar berusia 17 tahun, mangsa dikatakan makan makanan yang dibawa pulang oleh ibunya selepas menghadiri satu program di sebuah sekolah agama di Sungai Cincin, Gombak, di sini.
Kata Noor Ariffin lagi, selepas makan bihun tersebut mangsa dan ibu bapanya mengalami cirit-birit. Selepas dua hari kejadian, tiba-tiba pelajar tersebut tidak sedarkan diri lebih kurang jam 1.30 petang dan bapanya terus menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan.
Sekadar gambar hiasan (Sumber: www.freepik.com) Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia selepas pemeriksaan dilakukan penolong pegawai perubatan di Hospital Kuala Lumpur.
Dalam kejadian kedua melibatkan seorang bayi perempuan, beliau memberitahu, mangsa juga telah makan makanan lebihan yang dibawa ayahnya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah sama.
Sekadar gambar hiasan (Sumber: www.freepik.com) “Dua hari kemudian, ibu mangsa mendapati kanak-kanak itu mengalami deman selain muntah dan cirit-birit. Dia kemudian membawa mangsa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan. Kanak-kanak itu bagaimanapun meninggal dunia ketika sedang mendapat rawatan.”
Mayat kedua-dua mangsa katanya dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.
Berdasarkan siasatan awal, beliau memberitahu, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Difahamkan makanan itu disediakan pihak luar yang ditempah oleh penganjur program berkenaan.
Kejadian malang ini mengundang simpati orang ramai serta banyak yang berpendapat makanan yang disediakan sendiri lebih selamat dan terjamin kebersihannya. Takziah kepada keluarga kedua-dua mangsa, diharapkan kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi.
Semoga pengusaha makanan lebih bertanggungjawab dengan hidangan yang disediakan untuk orang ramai.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
The post Makan Bihun & Telur Goreng Tercemar, Kanak-Kanak Umur 2 Tahun Meninggal Dunia appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/makan-bihun-telur-goreng-tercemar-kanak-kanak-umur-2-tahun-meninggal-dunia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wartawan Hiburan Huzz Meninggal Dunia

Wartawan Hiburan Huzz Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 9/6/2024 - jumlah : 192 hits
Wartawan hiburan terkenal era 1980 an hingga 1990 an Huzz meninggal dunia pada jam 6 10 petang di Pulau Pinang hari ini Pemergian Huzz disahkan oleh adiknya Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nur ul Afida K
Art Lompat Dari Lantai Tiga Di Tangerang Meninggal Dunia Majikan Dijerat Pasal Berlapis

Art Lompat Dari Lantai Tiga Di Tangerang Meninggal Dunia Majikan Dijerat Pasal Berlapis

papar berkaitan - pada 6/6/2024 - jumlah : 251 hits
ART berinisial CC korban perdagangan orang yang melompat dari lantai 3 rumah majikannya di Cimone Tangerang akhirnya meninggal dunia
Kemalangan Bas Persiaran Dan Treler Di Simpang Keratong Bahau Seorang Lagi Mangsa Meninggal Dunia

Kemalangan Bas Persiaran Dan Treler Di Simpang Keratong Bahau Seorang Lagi Mangsa Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 9/6/2024 - jumlah : 258 hits
ROMPIN Seorang lagi mangsa yang terlibat dalam kemalangan bas persiaran di Jalan Kuantan Segamat berhampiran simpang tiga Bahau di sini meninggal dunia Mangsa ketiga yang meninggal dunia dikenali sebagai Hamzah Ahmad berusia 60 tahun Ketua ...
Kebakaran Gudang Gas Elpiji Di Bali 13 Karyawan Kritis Dan 1 Orang Meninggal Dunia Di Rsup Prof Ngoerah

Kebakaran Gudang Gas Elpiji Di Bali 13 Karyawan Kritis Dan 1 Orang Meninggal Dunia Di Rsup Prof Ngoerah

papar berkaitan - pada 11/6/2024 - jumlah : 183 hits
Satu orang korban akibat kebakaran gudang gas elpiji bernama Purwanto asal Kecamatan Muncar Kabupaten Banyuwangi Jawa Timur
Tiga Beradik Ceria Diminta Pulang Awal Dari Sekolah Tak Tahu Rupanya Bapa Meninggal Dunia

Tiga Beradik Ceria Diminta Pulang Awal Dari Sekolah Tak Tahu Rupanya Bapa Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 12/6/2024 - jumlah : 226 hits
Tular satu video memaparkan tiga murid yang merupakan adik beradik kelihatan ceria apabila diminta pulang awal dari sekolah tanpa mengetahui mereka baru sahaja kehilangan bapa Menerusi satu perkongsian di TikTok cikguaincomey guru di sekola...
Maksud Makan Daging Ke Tahun Ni

Maksud Makan Daging Ke Tahun Ni

papar berkaitan - pada 3/6/2024 - jumlah : 228 hits
Di Malaysia terdapat banyak dialek mengikut negeri Bahkan sebenarnya bukan sahaja dialek negeri ada juga dialek mengikut daerah Lebih menarik lagi ada dialek atau bahasa percakapan yang hanya digunakan dalam kelompok tertentu sahaja Malah p...
Polisi Dibakar Istri Polwan Di Mojokerto Akhirnya Meninggal Dunia

Polisi Dibakar Istri Polwan Di Mojokerto Akhirnya Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 9/6/2024 - jumlah : 191 hits
Dia meninggal dunia setelah sebelumnya menderita luka bakar sebesar 96 persen dan sempat masuk ruang Instalasi Care Unit rumah sakit
Kronologi Warga Maros Injak Jebakan Babi Hingga Meninggal Dunia

Kronologi Warga Maros Injak Jebakan Babi Hingga Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 5/6/2024 - jumlah : 130 hits
Anak korban sempat berusaha menolong Tetapi anak korban pun terpental akibat tersengat listrik
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Difference Between Pickleball And Badminton

Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet