Daftar Prasekolah Dan Tahun 1 Untuk Sesi 2021
Daftar Prasekolah Dan Tahun 1 Untuk Sesi 2021. Assalammualaikum semua! 1 March setiap tahun adalah masa yang dinantikan oleh para ibu bapa. Ini adalah tarikh keramat untuk kalian mendaftar sesi persekolahan anak-anak. Melalui pengalaman Ruby, Ruby telah mendaftar anak-anak Ruby seawal 1 March dan kemudian akan hantar semua dokumen pada Isnin berikutnya. Pantas kan? Hahaha. Sebab Ruby tidak suka tangguh-tangguh sesuatu perkara. Nanti boleh terlupa atau peluang untuk anak-anak ke sekolah yang diidamkan tipis. Lagi awal hantar, lebih tinggi peluang.
Daftar Prasekolah Dan Tahun 1 Untuk Sesi 2021Melalui pengalaman mendaftar Adam untuk sesi Prasekolah 2020. Ruby daftar pada 1 March 2019. Ini pun sudah dianggap lewat, sebab kita boleh mendaftar anak seawal usia 4 tahun secara dalam talian. Ia bg mendapatkan penempatan. Kebiasaannya sekolah kerajaan akan sediakan Prasekolah untuk usia 6 tahun.
Maklumat yang telah diisi akan dibawa ke rekod Tahun 1 di sekolah yang sama. Mudah kan?
Pendaftaran Prasekolah1. Permohonan kemasukan ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi Tahun 2021 secara dalam talian dibuka mulai 1 Mac 2020 hingga 30 April 2020
2. Semak keputusan permohonan kemasukan Prasekolah Tahun 2021 bermula 5 Ogos 2020
3. Mohon Rayuan bermula 5 Ogos 2020 hingga 20 Ogos 2020
4. Semak Keputusan Rayuan pada 10 September 2020
www.eprasekolah.moe.gov.my
Pendaftaran Tahun 1Permohonan ke Tahun Satu bagi ambilan 2021 dan 2022 akan dibuka pada 1 Mac 2020 sehingga 30 April 2020. Permohonan atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri di Malaysia (Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P Labuan). Pendaftaran pengguna adalah menggunakan ID Pengenalan ibu bapa/ penjaga.
1. Permohonan kemasukan murid tahun 1 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi Tahun 2021 secara dalam talian dibuka mulai 1 Mac 2020 hingga 30 April 20202. Proses Penempatan sedang dilaksanakan diperingkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bermula 1 Ogos 20193. Mohon Rayuan bermula 1 Ogos 2020 hingga 20 Ogos 2020
www.public.moe.gov.my
Hantar Dokumen Lengkap Ke Sekolah Pilihan Dalam Masa 2 Minggu Selepas Mendaftar Dalam TalianApabila ingin menghantar dokumen kepada pejabat sekolah. Pastikan semuanya sudah lengkap di cetak. Kemudian sediakan 1 sampul surat yang ada stem RM 2 dan tulis nama penuh, alamat dan no telefon. Nanti sekolah akan pos maklum balas sama ada anak kita terpilih ke tidak untuk Prasekolah atau Tahun 1 disekolah tersebut.
Ruby pergi hantar dokumen lengkap di pejabat sekolah bersama dengan Adam Solihin. Nak bagi dia pendedahan awal keadaan sekolah. Belajar nanti rajin-rajin. Ruby ada buat perubahan lokasi sekolah untuk Tahun 1 2021. Sekolah ni parking banyak untuk ibu bapa. Walaupun di luar kawasan sekolah, tapi rasa selamat la. Sebab awal seminggu persekolahan mesti kita akan menunggu mereka. Mesti comel pergi sekolah nanti. Hehehe
Kali ini, Ruby mendaftar untuk Adam Solihin dan Alif Daniel di sekolah yang sama. Walaupun terlalu awal untuk Alif. Tetapi di laman web KPM sudah tertera pada usia berapa boleh memohon. Jadi, jangan lepaskan peluang atau melengahkan masa. Isi sahaja butiran anak-anak kita. Nanti data itu akan dibawa ketahun hadapan.
Semak Permohonan Pada Bulan Ogos
Zaman serba canggih ni, kita hanya beri sedikit masa untuk cek keputusan. Mungkin surat dari sekolah lambat, tapi info dari sistem terus keluar keputusan persekolahan anak-anak. Masa bulan ini juga untuk ibu bapa memohon rayuan jika tidak mendapat sekolah yang diidamkan.
Semoga informasi ini bermanfaat.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ruby.my/2020/03/daftar-prasekolah-dan-tahun-1-untuk-sesi-2021.html