Daddy Mummy Rindukan Gelak Tawa Mu Ibu Ayah Al Fateh Mahu Tuntut Bela


“Saya dan isteri akan menuntut bela diatas kematian anak syurga kami.”  Ibu ayah Al Fateh bangkit tuntut bela kematian tragis pemata syurga mereka.
Sesungguhnya rindu yang paling sakit adalah rindu pada orang yang telah pergi buat selama-lamanya. Begitulah yang dirasai oleh pasangan suami isteri, Mejar Ir TS Mohd Fikry Amri Abd Halim, 39 dan isteri, yang kehilangan permata syurga mereka baru-baru ini.
13 tahun menunggu, Muhammad Al Fateh Amri, pasangan ini tidak menyangkan hanya 8 bulan dapat bergelar ibu dan bapa. Menerusi hantaran terbaru di facebooknya, Mohd Fikry meluahkan rasa rindu kepada arwah anaknya.
“Daddy mummy rindukan gelak tawa Muhammad Al Fateh Amri. Tunggu kami di pintu syurga nanti ye anakku.

“Di akhirat nanti boleh bawa daddy mummy masuk syurga sama-sama. Al Fateh main la dulu dengan anak-anak syurga yang lain. Allah pinjamkan Al Fateh kepada kami untuk 8 bulan.”
“Kami sangat bersyukur. Pemergianmu bukan satu kehilangan tapi menjadi asbab untuk kami jadi lebih baik. Al Fatihah…”
Mahu Tuntut Bela

Dalam pada itu, menerusi hantaran berbeza Mohd Fikry meluahkan akan menuntut bela kematian tragis anak tunggalnya menerusi tindakan undang-undang.
Dia menjelaskan berbuat demikian untuk memberikan pengajaran kepada pihak yang tidak bertanggungjawab dan insiden ini tidak lagi berulang  sehingga meragut nyawa bayi yang masih kecil.
“Saya dan isteri akan menuntut bela diatas kematian anak syurga kami. Bukan hanya pengasuh tetapi pengusaha Taska juga perlu bertanggungjawab dan tidak terlepas dari tindakan undang-undang.”
“Mohon perkenan YDP Agong, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Jabatan Kehakiman Negara (JKN), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya memandang serius perkara ini agar hukuman maksimum dikenakan ke atas pengasuh dan pengusaha Taska tersebut.”
“Saya akan ambil tindakan undang – undang yang maksimum supaya menjadi pengajaran dan iktibar kepada pengasuh dan pengusaha Taska yang lain agar mematuhi SOP dan peraturan yang ditetapkan.”
“Saya tidak mahu ada lagi anak-anak taska yang menjadi mangsa korban seterusnya. Pihak berwajib sila jalankan amanah dan tanggungjawab. Pangkat dan jawatan diberi adalah untuk berkhidmat kepada rakyat. Nanti di akhirat kelak, kita semua akan dihisab di hadapan Allah.”

“Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang menyokong dan prihatin. Mohon doakan saya dan isteri terus kuat bagi meneruskan kehidupan dan perjuangan menuntut bela ini. Sama-sama kita bantu satu sama lain.”
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen para wargamaya memberikan kata-kata semangat dan menyokong tindakannya dengan meletakkan kata pagar #JusticeForAlFateh.”. Antara komen adalah seperti berikut
“Salam Takziah Sir. Semoga Tn sekeluarga diberikan kekuatan dan dipermudahkan urusan.”
“Semoga keadilan berpihak pada cikgu, abang, fateh & anak syurga lain!”
“As you should, guys!! Let’s do this. We support you all the way #JusticeForAlFateh.”
Sumber: Mohd Fikry Amri
 

 
 
The post “Daddy Mummy Rindukan Gelak Tawa Mu…” Ibu Ayah Al Fateh Mahu Tuntut Bela appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/daddy-mummy-rindukan-gelak-tawa-mu-ibu-ayah-al-fateh-mahu-tuntut-bela/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sayu Ibu Al Fateh Kongsi Kronologi Hari Kejadian Di Penghujung Nyawa Pun Anak Mummy Berjuang

Sayu Ibu Al Fateh Kongsi Kronologi Hari Kejadian Di Penghujung Nyawa Pun Anak Mummy Berjuang

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 208 hits
Pemergian anak comel Muhammad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri di sebuah taman asuhan kanak kanak di Alor Gajah Melaka pada 6 September lalu meninggalkan kesan yang cukup mendalam buat kedua ibu dan ayahnya Genap tujuh hari pemergiannya ibu Al...
Ibu Ayah Dan Alam Semesta

Ibu Ayah Dan Alam Semesta

papar berkaitan - pada 11/9/2024 - jumlah : 283 hits
Dalam perjalanan dari Kuala Lumpur pulang ke rumah saya di kampung saya berhenti sebentar di tepi jalan untuk membeli pisang goreng di sebuah gerai Si isteri melayan saya sementara si suami tekun menghadap kuali menggoreng pisang dan kelede...
Konsert Solo Pertama Taemin Di Malaysia Dipenuhi Tarian Gelak Tawa Momen Menyentuh Hati

Konsert Solo Pertama Taemin Di Malaysia Dipenuhi Tarian Gelak Tawa Momen Menyentuh Hati

papar berkaitan - pada 12/9/2024 - jumlah : 280 hits
Putera K Pop Taemin memukau pentas semalam apabila jelajah dunia Ephemeral Gaze yang dinanti nantikan tiba di Malaysia Artikel Berkaitan Diadakan di Stadium Tertutup Malawati di Shah Alam Selangor acara yang penuh tenaga itu menyaksikan pem...
Ibu Ayah Yang Ada Anak Lelaki Ini Nasihat Penting Sebelum Mereka Dewasa

Ibu Ayah Yang Ada Anak Lelaki Ini Nasihat Penting Sebelum Mereka Dewasa

papar berkaitan - pada 9/9/2024 - jumlah : 219 hits
Ibu ayah yang ada ini nasihat penting sebelum mereka dewasa Cabaran mendidik anak anak zaman sekarang amat besar Mungkin kerana faktor sekeliling dan juga kecanggihan teknologi Ibu Ayah Yang Ada Anak Lelaki Ini Nasihat Penting Sebelum Merek...
Borak Pa Ma Bersama Uyaina Suhailin Syamel Ika Beri Inspirasi Buat Ibu Ayah Rancang Simpanan Pendidikan Anak

Borak Pa Ma Bersama Uyaina Suhailin Syamel Ika Beri Inspirasi Buat Ibu Ayah Rancang Simpanan Pendidikan Anak

papar berkaitan - pada 3/9/2024 - jumlah : 362 hits
Dalam dunia yang semakin kompleks dan kompetitif pendidikan memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan kejayaan dan masa depan yang cerah untuk anak anak Oleh itu menyediakan tabung pendidikan dari awal merupakan langkah bijak dan...
Tip Nak Ajar Anak 3 5 Tahun Menulis Panduan Ni Mak Ayah Kena Ikut

Tip Nak Ajar Anak 3 5 Tahun Menulis Panduan Ni Mak Ayah Kena Ikut

papar berkaitan - pada 10/9/2024 - jumlah : 338 hits
Kemahiran menulis perlu diperkenalkan dan diajarkan pada anak sejak awal lagi Semua ini bagi membiasakan anak untuk memegang pensil dan sebagai persediaan awal melangkah ke sekolah Macam mana nak ajar anak Ikuti panduan Terapis Cara Kerja P...
Anak Meninggal Di Rumah Pengasuh Tak Perlu Kecam Mak Ayah Tunjukkan Rasa Empati

Anak Meninggal Di Rumah Pengasuh Tak Perlu Kecam Mak Ayah Tunjukkan Rasa Empati

papar berkaitan - pada 11/9/2024 - jumlah : 376 hits
Kes bayi Al Fateh yang meninggal dunia di taska yang tular beberapa hari lalu mengundang pelbagai persepsi ramai Malah ada yang turut meninggalkan pelbagai komen yang tidak wajar Perkongsian dari Terapis Cara Kerja Kanak Kanak ini patut mak...
Ayah Usap Muka Anak Perempuan Yang Bengkak Dipukui Suami Terus Jemput Balik Walaupun Naik Motor Je

Ayah Usap Muka Anak Perempuan Yang Bengkak Dipukui Suami Terus Jemput Balik Walaupun Naik Motor Je

papar berkaitan - pada 7/9/2024 - jumlah : 251 hits
nbsp Suasana di rumah pasangan itu lebih hiba apabila ayah kepada wanita itu mengusap muka anaknya yang sudah bengkak teruk Sakit hati terbesar seorang ayah adalah ketika melihat anak perempuannya diperlakukan tidak baik oleh orang lain Lag...
Mak Ayah Patut Risau Anak Tak Mahu Main Messy Play Mulakan Dengan Aktiviti Ni

Mak Ayah Patut Risau Anak Tak Mahu Main Messy Play Mulakan Dengan Aktiviti Ni

papar berkaitan - pada 9/9/2024 - jumlah : 204 hits
Fitrah anak anak sememangnya suka bermain Namun mak ayah perlu risau jika anak anak memilih jenis permainan yang mereka suka terutamanya bila melibatkan permainan kotoran atau messy play Menurut perkongsian Dr Redza Zainol akak dibimbangi m...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cekodok Pisang Rangup Di Luar Dan Tanda Kematian

Top Reasons Online Casino Malaysia Has Become A Preferred Choice For Gamblers

Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi

Selepas Setahun Terima Kasih Allah Beego Kongsi Foto Bersama Linda Hashim Amp Anak Anak

Ular Sawa Kekenyangan Makan Anak Lembu

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Validasi