Ibu Ayah Dan Alam Semesta


 

Dalam perjalanan dari Kuala Lumpur pulang ke rumah saya di kampung, saya berhenti sebentar di tepi jalan untuk membeli pisang goreng di sebuah gerai. Si isteri melayan saya sementara si suami tekun menghadap kuali menggoreng pisang dan keledek. Sambil itu saya melihat langit, mendung kian berat.
Sambil menyambut duit saya, si isteri dilihat mengagah-agah ‘aum-cak’ di bawah meja gerainya. Saya berlagak selamba tetapi hati saya berkocak. Di bawah meja gerai yang terjamu pisang, sukun dan keledek goreng itu rupanya ada ruang kecil tempat anak kecilnya tidur. Ahhh! Di bawah langit yang bila-bila masa akan turun hujan lebat ini sepasang suami-isteri gigih berjualan. Tak lain tak bukan tentulah demi anaknya.
Saya bayangkan betapa sejuknya mereka tiga beranak nanti di bawah payung jika hujan lebat. Begitulah nekadnya ibu dan ayah yang mengharung hidup demi memastikan nasib ahli keluarga terbela. Biar hujan panas asalkan si anak tak putus susu.
Saya pernah lalui zaman itu. Saya berniaga secara ‘rambo’ di pasar malam. Istilah rambo ialah istilah untuk peniaga bebas yang tidak berdaftar dengan penganjur pasar malam di sesebuah kawasan. Kita hanya menunggu jika peniaga yang menduduki satu-satu tapak itu tidak datang berniaga pada hari tersebut dan penganjur akan beri kita gunakan tapak tersebut pada malam itu sahaja dengan kadar bayaran tertentu. Di situlah saya dan isteri berniaga manakala dua anak istimewa saya terbaring tidur di dalam kereta di belakang tapak niaga. Walaupun saya ada gaji cikgu, kena ada juga pendapatan lain demi membiayai rawatan dan latihan anak-anak saya di pusat terapi swasta selain mengikuti rawatan hospital kerajaan.

Ibu ibarat bumi manakala ayah seperti langit, kata seorang abang yang sangat rapat dengan saya di zaman hempas-pulas itu. Rutin saya selepas menyuap makan malam kepada anak-anak, saya keluar sekejap melepak kedai kopi berhampiran rumah untuk bertemu Abang Jak dan beberapa kawan sealiran. Ia seperti terapi melegakan perasaan sejenak dengan mendengar cakap-cakap pasal kerohanian selepas seharian bekerja.

Kenapa ibu ibarat bumi? tanya saya.

Kerana sewaktu kita dalam kandungan ibu, kita dapat makanan dari zat ibu. Ketika sudah lahir dan masih bayi kita disusui ibu pula. Tetapi apabila dewasa, ibu ‘ini’ yang memberi kita makan pula. kata Abang Jak sambil menunjuk ke tanah. Makanan yang kita ambil adalah hasil dari ibu leluhur (tanah) ini. Nasi, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Ibu kandung kita sangat penyayang. Dia sanggup berkorban untuk kita dan menerima segala keburukan kita. Sehodoh mana rupa dan akhlak kita, kasih ibu tak berkurang. Begitulah tanah ini, ibu leluhur. Kita berpijak di atasnya berjalan ke sana ke mari berbuat baik dan berbuat jahat, bila mati tetap ‘dia’ terima. Sebab itu bila mati ditalkinkan kita berbinkan dengan nama ibu menandakan dari perut ibu kandung disempurnakan kejadian kita dahulu sebelum dilahirkan, kemudian ke perut ibu leluhur pula kita ditanam untuk menyempurnakan kepulangan kita ke pangkuan Maha Pencipta.
Panjang lebar untuk saya hadam ketika itu. Saat itu saya masih tiga puluhan. Usia kemuncak berasa diri gagah, pandai, kuat dan sentiasa betul. Ego cukup tinggi tetapi hati saya sejuk apabila mendengar kata-kata falsafah dari Abang Jak.

Kenapa ayah itu seperti langit? tanya saya lagi.

Sebab ayah ni dia melihat kita dari jauh. Macam tak peduli saja tetapi dia memayungi kita, menurunkan rezeki. Langit itu luas. Ayah di atas meneroka seluasnya untuk memberi nafkah. Peperangan cukup hebat di atas sana. Ayah tidak mahu anak melihat apa berlaku di atas. Di tempat kerja ayah dihina, dimarah dan diherdik seperti bangsat. Ayah tadah semua hinaan dan nistaan asalkan dapat dia bawa pulang makanan demi anak-anak. Ibarat kita yang layu di bawah, langit turunkan hujan dan hantarkan awan untuk redupkan kepanasan.
Saya tenang mendengar. Ego saya mengempis.

Bila melihat ayah, kita mendongak kerana memandang tinggi pengorbanannya. Dia cedera parah di atas sana tapi kita di bawah ini tak nampak. Dia sorok.

Bila melihat ibu kita tunduk, bukan kerana taraf dia rendah kerana kedudukannya terletak lebih bawah daripada kita tetapi kerana dari kedudukannya di situlah dia dokong kita agar kita gagah melangkah. Kalau kita jatuh, dia tampan dengan badannya.
Saya tersedar daripada lamunan silam. Saya hidupkan enjin motosikal dan meninggalkan gerai pisang goreng itu untuk meneruskan perjalanan pulang. Di rumah, isteri saya — ibu kepada arwah dua saya sedang menanti. Semoga abang dan akak pisang goreng itu beroleh kebahagiaan dengan anak mereka.
Awan gelap menurunkan hujan. Saya berhenti sebentar dan mengenakan baju hujan. Saya ingin segera sampai. Perjalanan di lebuh raya diteruskan dengan ditemani manik-manik hujan dari langit. Manik-manik dari kelopak mata juga turut sama mengalir mengenang ibu, ayah, isteri, anak, alam semesta dan kerasnya kehidupan ini. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/09/ibu-ayah-dan-alam-semesta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Daddy Mummy Rindukan Gelak Tawa Mu Ibu Ayah Al Fateh Mahu Tuntut Bela

Daddy Mummy Rindukan Gelak Tawa Mu Ibu Ayah Al Fateh Mahu Tuntut Bela

papar berkaitan - pada 11/9/2024 - jumlah : 388 hits
Saya dan isteri akan menuntut bela diatas kematian anak syurga kami Ibu ayah Al Fateh bangkit tuntut bela kematian tragis pemata syurga mereka Sesungguhnya rindu yang paling sakit adalah rindu pada orang yang telah pergi buat selama lamanya...
Borak Pa Ma Bersama Uyaina Suhailin Syamel Ika Beri Inspirasi Buat Ibu Ayah Rancang Simpanan Pendidikan Anak

Borak Pa Ma Bersama Uyaina Suhailin Syamel Ika Beri Inspirasi Buat Ibu Ayah Rancang Simpanan Pendidikan Anak

papar berkaitan - pada 3/9/2024 - jumlah : 297 hits
Dalam dunia yang semakin kompleks dan kompetitif pendidikan memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan kejayaan dan masa depan yang cerah untuk anak anak Oleh itu menyediakan tabung pendidikan dari awal merupakan langkah bijak dan...
Ibu Ayah Yang Ada Anak Lelaki Ini Nasihat Penting Sebelum Mereka Dewasa

Ibu Ayah Yang Ada Anak Lelaki Ini Nasihat Penting Sebelum Mereka Dewasa

papar berkaitan - pada 9/9/2024 - jumlah : 132 hits
Ibu ayah yang ada ini nasihat penting sebelum mereka dewasa Cabaran mendidik anak anak zaman sekarang amat besar Mungkin kerana faktor sekeliling dan juga kecanggihan teknologi Ibu Ayah Yang Ada Anak Lelaki Ini Nasihat Penting Sebelum Merek...
Anak Kencing Malam Mak Ayah Boleh Cuba Tip Ini Untuk Atasi

Anak Kencing Malam Mak Ayah Boleh Cuba Tip Ini Untuk Atasi

papar berkaitan - pada 3/9/2024 - jumlah : 220 hits
mak ayah boleh cuba tip ini untuk atasi atau enuresis adalah keadaan di mana kanak kanak tidak dapat mengawal pundi kencing mereka dan secara tidak sengaja membuang air kecil semasa tidur Anak Kencing Malam Mak Ayah Boleh Cuba Tip Ini Untuk...
Identiti Ayah Jennie Bp Tersebar Agensi Tampil Beri Respon

Identiti Ayah Jennie Bp Tersebar Agensi Tampil Beri Respon

papar berkaitan - pada 6/9/2024 - jumlah : 172 hits
Peminat pasti tahu bahawa Jennie BLACKPINK memang tak pernah bercakap atau mendedahkan tentang identiti ayahnya kepada umum Artikel Berkaitan Sebelum ini timbul khabar angin menyatakan bahawa ayah kandung Jennie merupakan seorang penerbit d...
Ayah Dukung Anak Sakit Ambil Ijazah

Ayah Dukung Anak Sakit Ambil Ijazah

papar berkaitan - pada 6/9/2024 - jumlah : 189 hits
KOSMOTangkap layar menunjukkan Yeni didukung oleh bapanya untuk mengambil ijazah pada majlis konvokesyen InstagramJAKARTA nbsp Perbuatan seorang lelaki mendukung anaknya naik ke pentas untuk menerima ijazah dalam satu majlis konvokesyen di ...
Gagging Waktu Makan Bukan Tanda Anak Tercekik Mak Ayah Tak Perlu Cemas

Gagging Waktu Makan Bukan Tanda Anak Tercekik Mak Ayah Tak Perlu Cemas

papar berkaitan - pada 4/9/2024 - jumlah : 200 hits
Cemas dibuatnya bila melihat anak berusia enam bulan ke atas seakan akan tercekik dan hampir termuntah ketika makan Tak perlu cemas kerana ia merupakan proses gagging sebagai salah satu cara pelindung ketika mereka makan Apa itu gagging Iku...
Ayah Usap Muka Anak Perempuan Yang Bengkak Dipukui Suami Terus Jemput Balik Walaupun Naik Motor Je

Ayah Usap Muka Anak Perempuan Yang Bengkak Dipukui Suami Terus Jemput Balik Walaupun Naik Motor Je

papar berkaitan - pada 7/9/2024 - jumlah : 153 hits
nbsp Suasana di rumah pasangan itu lebih hiba apabila ayah kepada wanita itu mengusap muka anaknya yang sudah bengkak teruk Sakit hati terbesar seorang ayah adalah ketika melihat anak perempuannya diperlakukan tidak baik oleh orang lain Lag...
Mak Ayah Patut Risau Anak Tak Mahu Main Messy Play Mulakan Dengan Aktiviti Ni

Mak Ayah Patut Risau Anak Tak Mahu Main Messy Play Mulakan Dengan Aktiviti Ni

papar berkaitan - pada 9/9/2024 - jumlah : 157 hits
Fitrah anak anak sememangnya suka bermain Namun mak ayah perlu risau jika anak anak memilih jenis permainan yang mereka suka terutamanya bila melibatkan permainan kotoran atau messy play Menurut perkongsian Dr Redza Zainol akak dibimbangi m...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Bab 4 April 2025

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Timbalan Presiden Pas Pn Dijangka Rombak Struktur Kepimpinan

Penangguhan 90 Hari Tarif As Bantu Ringankan Beban Malaysia

Dah Makan Tengahari Apa Menu Hari Ini Jom Resepi Lala A K A Retak Seribu

Chemical Peel Treatment In Malaysia Restore Your Skin S Natural Glow

Harga Langganan Playstation Plus Naik Di 15 Negara