Cyber Eco Hunt 2023 Bukit Bintang


CYBER ECO HUNT 2023: BUKIT BINTANG | Assalammualaikum semua! Hari ini 23 September 2023, Jumaat. Seawal jam 5 pagi Ruby sudah bersiap-siap untuk daftar diri untuk Cyber Eco Hunt 2023. Lokasi berkumpul di Elephant Republic: Coconut Coffee & Tea, Jalan Rembia, Bukit Bintang. 
Ruby seterika pakaian sekolah anak-anak dan bersiap. Kemudian hantar anak-anak ke sekolah. Cuaca macam nak hujan. Alhamdulillah anak-anak masuk dalam kawasan sekolah semasa hujan baru renyai-renyai. Hari ini ada parent teacher day dan merupakan hari terakhir Adam dan Alif di sekolah ini. 
Kami pindah ke rumah baru dan alhamdulillah juga anak-anak diterima di sekolah baru. Sekolah idaman ibu bapa di Kuala Lumpur. Hehehe. Anak-anak akan lapor diri pada 25 September 2023 Isnin hadapan. Jadi, hari ini kami suami isteri berbahagi tugas. Agar semua berjalan lancar. Mana tahu ada rezeki Ruby menang Cyber Eco Hunt 2023. 
Pendidikan anak-anak tetap menjadi keutamaan, suami akan bersemuka dengan guru kelas untuk memahami Pentaksiran Bilik Darjah Adam di tahun 3 dan Alif di tahun 1. Alhamdulillah semua dipermudahkan urusan walau hujan lebat melanda.  
CYBER ECO HUNT 2023: BUKIT BINTANG

Cyber Eco Hunt merupakan kali ketiga penyertaan Ruby. Sebenarnya Cyber Eco Hunt sudah empat kali diadakan. Tahun pertama pada 2018 Ruby tidak mengenali lagi program ini. Pada tahun 2019 apabila mengetahui pendaftaran bermula. Terus Ruby daftar diri dan pada tahun itu program berlangsung di Putrajaya. Kemudian pandemik Covid-19 melanda dunia dan program ini berehat selama dua tahun. Tahun 2022 Cyber Eco Hunt kembali dengan lokasi baru di Kuantan, Pahang

Sejujurnya Ruby happy sertai Cyber Eco Hunt sebab Ruby sejenis suka melakukan kerja pembersihan di rumah dan kawasan sekitarnya. Malah, kalau nampak sampah, Ruby memang akan kutip dan buang ke dalam tong sampah berdekatan. Ruby juga mengasingkan sisa dan akan jual di Buy Back Center, Lorong Jalan Bunus, Kuala Lumpur. 
Tempat ni di buka setiap Isnin, Rabu dan Sabtu 11pagi - 4 petang. Jam 1-2 petang staff rehat. Jadi, kita boleh plan lah bila nak datang. Ruby akan kumpul semua botol sabun, minyak masak, kertas dan buku. Biasanya dua bulan sekali Ruby akan ke sini. Barulah banyak RM kita dapat. Hahaha

Sikap begini juga Ruby terapkan kepada anak-anak dan suami. Kalau kita nak sihat, persekitaran kita mesti bersih. Asingkan sisa, basuh botol, keringkan, ikat rapi dan susun elok-elok di sudut rumah yang kami sudah sediakan. Nanti hari Sabtu hujung bulan kita pergi Buy Back Center

Menjaga kebersihan amat dituntut dalam Islam. Islam menganjurkan untuk sentiasa mengamalkan kebersihan, iaitu kebersihan diri, keluarga, tempat tinggal, tempat beribadat, tempat awam dan sebagainya. Apabila kita yakin bersih, kita boleh lakukan amal ibadat dengan sempurna

Ruby tidak pernah bosan join Cyber Eco Hunt. Walau tak menang kan. Hahaha. Ruby akui dah menua dan hilang sparks buat content dan laju-laju upload. Malah telco DiGi pun sabotaj Ruby semasa gigih muat naik Instastory. Boleh dia loading upload! Astaghfirullahalazim sabar je la kan. Hahaha. Tapi, jangan sesekali mengalah. Buat lengkap selesaikan tugasan. Barulah kita bersyukur join program. 


Korang, setiap kali join Cyber Eco Hunt, Ruby dapat menimba ilmu yang baru. Setiap kali itu, Ruby dapat lihat pelbagai jentera Alam Flora. Malah, profession pekerja Alam Flora juga Ruby dapat kenali. Bukan setakat tukang sapu sampah sahaja. Alam Flora mempunyai pasukan yang komited dari staff di lapangan hingga ke peringkat tertinggi iaitu YB Dato’ Haji Mohd Zain Hassan, Chief Executive Officer - Alam Flora Sdn. Bhd. Masing-masing memahami peranan untuk kelestarian masa hadapan. Tahniah Alam Flora. 

Pemarkahan di Cyber Eco Hunt sangat mudah. Peserta perlu selesaikan tugasan sebelum tugasan seterusnya bermula. Medium yang digunakan adalah Instagram Story. Setiap tugasan diberi 10 markah. Pemarkahan dari kreativiti video dan isi kandungan video. Total ada 4 cabaran, maka 80 markah penuh akan diberikan

OBJEKTIF CYBER ECO HUNT 2023
Meningkatkan komitmen Alam Flora dalam mempromosikan amalan pengurusan sisa bertanggungjawab dan menanam budaya kelestarian ke arah mencapai matlamat kerajaan untuk mencapai 40% sisa kitar semula menjelang tahun 2025. 
Manfaatkan daripada rangkaian media sosial melalui KOL, influencer & blogger untuk menyampaikan maklumat mengenai kebersihan demi kelestarian alam sekitar Ke Arah Bandar Lestari Untuk mendidik orang ramai secara tentang amalan menguruskan sisa sisa di rumah atau pejabat dengan cara yang mudah dan betul


Pada jam 8 pagi kami Flag Off dan terus mula tugasan di Checkpoint pertama

CHECKPOINT 1 : ECO WASTE CHALLENGE
Peserta menerima penerangan ringkas mengenai pengurusan sisa untuk lebih bertanggungjawab. Idea ini adalah untuk mendidik orang awam dalam menguruskan sisa dengan betul. 
EMPAT kunci utama pengurusan sisa adalah:
1. ASINGKAN SISA : Ini merupakan aspek terpenting. Peserta wajib asingkan barangan yang boleh di kitar semula daripada sisa domestik/dapur. Ini termasuk mengasingkan plastik, kertas, kaca, dan bahan kitar semula lain dengan betul

2. IKAT BEG PLASTIK DENGAN RAPI : Pastikan beg plastik diikat dengan rapi untuk mengelakkan tumpahan sampah, pencemaran dan memudahkan kerja-kerja kutipan

3. GUNA TONG YANG DITETAPKAN : Buang sisa domestik/dapur ke dalam tong yang disediakan dan jangan tinggalkan sisa di sebelah tong (kecuali sampah kebun)

4. MEMATUHI JADUAL KUTIPAN : Ambil tahu jadual kutipan sisa domestik/ dapur dan kitar semula/kebun di kawasan anda dan buanglah sampah sebelum masa/hari yang ditetapkan


Peserta perlu mempersembahkan proses pengasingan dan pengurusan sisa - mengikat beg plastik dengan rapat, menggunakan tong yang ditetapkan, dan mematuhi jadual pengutipan sisa. Muat naik 1 video Instagram Story yang menunjukkan proses pengasingan dan pengurusan sisa yang mudah dan betul

CHECKPOINT 2 : ZERO FLYING TRASH CHALLENGE Untuk meningkatkan kesedaran dalam tentang kepentingan mengelakkan dan mengurangkan aktiviti ‘sampah terbang’ di kawasan awam yang boleh memberi kesan kepada orang awam dan alam sekitar:
1.Perlindungan Alam Sekitar : Aktiviti ‘sampah terbang’ boleh memberi kesan negatif terhadap alam sekitar. Kebanyakkan sampah yang di buang, akan berakhir di kaki-kaki lima dan longkang-longkang yang boleh menyebabkan pencemaran air

2.Kesihatan dan Keselamatan Awam : ‘Sampah terbang’ amat bahaya terhadap kesihatan dan keselamatan awam. Kepingan kaca, objek tajam, dan bahan berbahaya boleh menyebabkan kecederaan kepada pejalan kaki, terutamanya kanak-kanak dan haiwan. Pengurusan sisa yang bertanggungjawab membantu mencegah kemalangan dan risiko kesihatan

3.Kelestarian Jangka Panjang : Pendidikan awam tentang kesan sampah terbang dapat memberi asas kepada kelestarian jangka panjang terhadap kebersihan alam sekitar

Wakil Alam Flora akan memberi penerangan tentang kesan sampah terbang di kawasan awam terhadap kejiranan dan alam sekitar. Demonstrasi tentang sampah terbang untuk memberi pengalaman sebenar tentang isu ini dan membantu mencipta kesedaran tentang tabiat buruk tersebut


Muat naik 1 video Instagram Story tentang kesan sampah terbang terhadap alam sekitar menekankan kelestarian alam sekitar jangka panjang
 CHECKPOINT 3 - WASTE-FREE DRAINS CHALLENGE
Mendidik masyarakat tentang pengurusan sisa dengan betul. Adalah penting untuk menekankan kepentingan agar tidak membuang sampah ke dalam longkang

1. Longkang direka untuk memudahkan aliran air dan tidak sepatutnya digunakan sebagai tempat pembuangan sampah. Pembuangan sampah yang tidak betul ke dalam longkang boleh menyebabkan longkang tersumbat, banjir dan masalah alam sekitar lain

2. Apabila sisa makanan dibuang ke dalam longkang, ia boleh menjadi pepejal dan menghalang aliran air, yang lebih memburukkan lagi masalah saliran. Ini boleh menyebabkan banjir kilat dan merosakkan sistem perparitan, yang memberi kesan kepada kesejahteraan komuniti dan infrastruktur

3. Cabaran menjalankan pembersihan longkang apabila terlalu banyak sampah yang tidak perlu dibuang ke dalam longkang. Ini bukan sahaja mengambil masa operasi mereka tetapi juga menghalang kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah tertentu dengan segera


Wakil Alam Flora memberi penerangan tentang fungsi longkang kepada peserta-peserta dan menekankan kepentingan menjaga longkang serta apakah kesannya jika longkang tersumbat disebabkan sampah yang dibuang

Alam Flora akan membuat demonstrasi pembersihan longkang secara mekanikal (jentera Vacall-Water jetter) dan peserta akan diberi peluang untuk melihat atau turut terlibat dalam proses tersebut
 
Muat naik 1 video Instagram Story tentang fungsi longkang dan langkah untuk kita mengelakkan longkang tersumbat yg boleh menjadi punca banjir kilat di Kuala Lumpur
 CHECKPOINT 4: LITTER CLEAN-UP CHALLENGE
Bertempat di Mural Area @ Lorong Bukit Bintang yang dulunya tempat pembuangan sampah. Kini ia menjadi tempat lukisan mural yang cantik. Untuk mendidik orang awam tentang kesan pembuangan sampah terhadap alam sekitar dan menggalakkan pengurusan sisa yang bertanggungjawab:
Inisiatif PBT: Inisiatif murah oleh PBT bertujuan untuk menunjukkan kepada orang awam mengenai projek yang telah dimulakan untuk mencegah pembuangan sampah yang tidak betul

Perlindungan Alam Sekitar: Pembuangan sampah menyumbang kepada pencemaran dan kemerosotan alam sekitar. Mendidik orang awam tentang kesan negatif pembuangan sampah membantu meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memelihara habitat dan ekosistem semula jadi

Estetika dan Pelancongan: Kawasan yang penuh dengan sampah kelihatan tidak menarik dan menghalang pelancong. Mendidik orang awam tentang impak visual pembuangan sampah menggalakkan tingkah laku yang bertanggungjawab, meningkatkan estetika keseluruhan komuniti

Cadangan: Mengadakan bengkel seni di mana peserta boleh menggunakan sampah yang dikutip semasa plogging untuk mencipta karya seni. Ini membantu menunjukkan cara kreatif untuk memanfaatkan semula sisa dan mempromosikan kitar semula


AKTIVITI: THE ART OF TRASH
Untuk cabaran ini, bengkel seni dijalankan dan peserta akan diberi alatan dan sampah untuk mencipta sebuah karya seni daripada barangan kitar semula. Ini adalah untuk menunjukkan bagaimana sampah boleh diubah menjadi sesuatu yang menarik dan berfungsi melalu proses upcyling


Muat naik 1 video Instagram Story tentang keseronokan mencipta karya seni bersama kenalan


CHECKPOINT 5:  THE CYBER ECO WARRIOE PLEDGE CHALLENGE
Bertempat di Ain Arabiah @ Bukit Bintang. Bagi mewujudkan komitmen peserta dalam memberikan impak positif kepada alam sekitar dengan mengamalkan amalan pengurusan sisa yang mampan. Caranya, dengan berjanji untuk menunjukkan dedikasi, peserta menggalakkan orang ramai untuk terlibat dalam usaha ini dan membangunkan komuniti yang lebih peka terhadap alam sekitar. 

Peserta juga berjanji untuk mengamalkan tingkah laku yang bertanggung jawab berkaitan dengan:
✅️ Pengasingan sisa di punca & ikat plastik sampah dengan rapi✅️ Buang sampah ke dalam tong yang ditetapkan/disediakan untuk sisa dapur/domestik✅️ Ambil tahu dan mematuhi jadual kutipan sisa ikut kawasan masing-masing✅️ Mengelakkan pembuangan sampah merata dan sampah terbang, tidak membuang sampah ke dalam longkang dan mempromosikan amalan pengurusan sisa yang lebih bertanggungjawab

WE ARE THE CYBER ECO WARRIOR!

Peserta perlu menyenaraikan komitmen mereka kepada bumi mengikut cara masing-masing dan berjanji untuk mengamalkan tingkah laku yang bertanggung jawab berkaitan semua cabaran di Checkpoint 1-4. (asingkan sisa, ikat plastik sampah dengan rapi dan gunakan tong yang ditetapkan, ambil tahu dan mematuhi jadual kutipan sisa, dan mengelakkan pembuangan sampah merata (littering) dan sampah terbang, tidak membuang sampah ke dalam longkang (fungsi longkang untuk salurkan air dan bukan sampah) dan mempromosikan amalan pengurusan sisa yang bertanggung jawab ke arah bandar lestari. Komitmen akan ditulis di atas Cyber Eco Warrior Pledge card

Muat naik 1 video Instagram Story tentang pledge Card dan bagaimana kita menggalakkan orang awam untuk menyertai usaha ini. Peserta akan mencipta pledge versi digital dan disertakan dalam kandungan reels (selepas program)

PEMENANG KATEGORI BLOGGERS
1st RM500 - Momi2nd RM300 - Neyra3rd RM150 - Moka
PEMENANG KATEGORI KOL'S
1st RM500 - Mawardi Yunus2nd RM300 - Satthiya Kandi3rd RM150 - Mak Kiyah
PEMENANG KATEGORI INFLUENCERS
1st RM500 - Nazirul2nd RM300 - Mia3rd RM150 - Amirah
SAGUHATI
Kapsyen Paling Menarik - EvanInstastory Paling Menarik - Eyta JuwitaInstastory Terbaik - AmirahInstastory Paling Kreatif - MomiPeserta Paling Engaging - Satthiya Kandi
Tahniah Ruby ucapkan kepada semua pemenang. Jangan kome tanya kenapa Ruby tak menang walau dah kali ketiga join ehhh. Yihhhhh... 🤪🤪🤪
MENGENAI ALAM FLORA SDN BHD
Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora), adalah anak syarikat Malakoff Corporation Berhad (Malakoff), yang ditubuhkan bagi memodenkan pengurusan sisa pepejal di Malaysia serta meningkatkan kecekapan dan mutu pengurusan sisa pepejal daripada peringkat penjanaan sisa sehingga ke proses pelupusan sampah. 
Alam Flora merupakan salah sebuah syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di negara ini yang bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan di kawasan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Pahang

Alam Flora telah memperkenalkan program Saya Sayang Bumi untuk memainkan peranan aktif ke arah melindungi dan memelihara alam sekitar, selaras dengan Matlamat Pembangunan Kelestarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau SDG

ALAM FLORA | INSTAGRAM | TIKTOK

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2023/09/cyber-eco-hunt-2023-bukit-bintang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cyber Eco Hunt 2023 Aktiviti Tahunan Yang Wajar Diadakan Setiap Tahun Oleh Alam Flora Sdn Bhd

Cyber Eco Hunt 2023 Aktiviti Tahunan Yang Wajar Diadakan Setiap Tahun Oleh Alam Flora Sdn Bhd

papar berkaitan - pada 26/9/2023 - jumlah : 235 hits
Lihatlah bertapa tabah dan sentiasa ceria para Hero Alam Flora yang senangtiasa bersedia dalam menjaga kebersihan dan merawat bumi kita Semangat mereka mendapat penghormatan tertinggi dari I Salutu Abg Alam Flora you re the best Jumaat 22 S...
Alam Flora Cyber Eco Hunt 2023 Responsible Waste Management

Alam Flora Cyber Eco Hunt 2023 Responsible Waste Management

papar berkaitan - pada 24/9/2023 - jumlah : 316 hits
Have you ever thought about how to make our urban life greener and cleaner Sometimes the answer may be closer than we think Alam Flora Sdn Bhd has taken a significant step in raising awareness about responsible waste management among the pu...
Sejukkan Tekak Jap Dengan Aiskrim Llaollao Di Pavilion Bukit Bintang Kuala Lumpur

Sejukkan Tekak Jap Dengan Aiskrim Llaollao Di Pavilion Bukit Bintang Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 10/9/2023 - jumlah : 302 hits
aiskrim llaollao di Pavilion Bukit BintangSaja jer aku nak cakap aku jalan jalan dalam Pavilion Bukit Bintang terjumpa la dengan aiskrim llaollao ni Ini jer yang mampu aku beli dalam Pavilion ni yang lain semua mahal mahal Berjalan di luar ...
Resipi Shawarma Daging Homemade Sedap Ala Bukit Bintang

Resipi Shawarma Daging Homemade Sedap Ala Bukit Bintang

papar berkaitan - pada 30/9/2023 - jumlah : 221 hits
Biasanya kita makan sandwic telur atau sandwic sardin Kali ini RASA ingin tampilkan pula sandwic kambing Bagi peminat kambing pasti anda suka untuk menikmati hidangan kegemaran anda ini pada pagi hari Sandwic kambing ternyata lebih gebu ker...
Sambutan Luar Biasa Selawat Ribuan Pengunjung Bergema Di Bukit Bintang

Sambutan Luar Biasa Selawat Ribuan Pengunjung Bergema Di Bukit Bintang

papar berkaitan - pada 30/9/2023 - jumlah : 243 hits
Tular beberapa video dan foto di media sosial jelas memaparkan suasana di Bukit Bintang bergema dengan alunan selawat dan pujian kepada Rasullah SAW pada Rabu lalu Difahamkam puluhan ribu pengunjung membanjiri di sekitar kawasan Bukit Binta...
Foodpanda Promo Code September 2023

Foodpanda Promo Code September 2023

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 358 hits
AssalamualaikumBismillahSiapa kat sini yang suka order delivery food Korang selalu tak guna baucer Foodpanda Bagi yang tidak tahu pihak Foodpanda kerap memberikan voucher kepada pengguna setia perkhidmatan mereka Voucher ini selalu dikemask...
Silaturahmi Literasi Kalimantan Barat 2023 Event Mandiri Pegiat Literasi Kalbar

Silaturahmi Literasi Kalimantan Barat 2023 Event Mandiri Pegiat Literasi Kalbar

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 339 hits
Silaturahmi Literasi Kalimantan Barat Sebenarnya sudah jauh hari informasi mengenai kegiatan Silaturahmi Literasi Kalimantan Barat disebarkan melalui grup whatsapp pegiat literasi Kalimantan Barat namun Blogger Borneo bersama istri tercinta...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean