Cvskl Dan Klinik Qualitas Jalin Usahasama Bagi Meningkatkan Tahap Kesihatan Jantung Rakyat Malaysia


Ujian Elektrokardiogram PERCUMA Kepada 3,000 Orang Hingga Disember
Bersempena dengan Hari Jantung Sedunia 2019 pada 29 September ini, Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) telah melancarkan Kempen Kesihatan Jantung CVSKL yang menawarkan ujian elektrokardiogram (EKG) percuma kepada orang ramai menerusi kerjasama dengan rangkaian klinik swasta Qualitas Healthcare



Bermula dari 1 Oktober hingga 31 Disember tahun ini, rakyat Malaysia berumur 40 tahun ke atas boleh terus menjalani ujian tersebut di 10 klinik Qualitas terpilih di sekitar  Lembah Klang. EKG memberi fokus kepada mereka yang mempunyai penyakit kardiovaskular terutama mereka yang mempunyai sejarah perubatan keluarga, selain disebabkan olen kolesterol tinggi, darah tinggi serta Indeks Jisim Badan (BMI) tidak normal

“Di CVSKL, kami mendapati ramai pesakit pada usia muda datang mendapatkan rawatan penyakit jantung. Kami merujuk mereka yang berusia kurang daripada 58 tahun  yang merupakan purata usia pesakit jantung di Malaysia. Hal ini sangat membimbangkan kerana usia purata bagi pesakit jantung pada usia muda di negara-negara lain seperti Thailand (65), Singapura (61), manakala Amerika Syarikat (66),” kata Tan Sri Dr. Yahya Awang, Pengerusi CVSKL. 



Kementerian Kesihatan menyenaraikan penyakit jantung sebagai penyebab utama kematian dalam kalangan rakyat Malaysia  pada 2005 hingga 2017. Sebagai salah satu penyedia perkhidmatan rawatan jantung utama negara, kami merasakan bahawa purata usia mereka yang menghidap penyakit jantung akan jauh lebih muda biarpun pelbagai inisiatif dijalankan bagi mengesan dan merawat penyakit ini. Ia berpunca daripada gaya hidup tidak sihat rakyat di negara ini

"Ramai yang mengamalkan gaya pemakanan tidak sihat, tidak bersukan berikutan jadual kerja yang padat. Ya, kami mengakui ada dalam kalangan rakyat Malaysia yang masih mengambil berat tentang kesihatan tubuh badan termasuklah menjalani pemeriksaan rutin, tetapi masih ramai yang tidak melakukannya sehingga mengakibatkan mereka terdedah dengan penyakit yang tidak dapat dikesan dan tidak mampu dirawat,” tambah Dr. Yahya

Pengerusi Qualitas Healthcare, Dato’ Dr. Noorul Ameen Mohamed Ishack berkata; dengan menawarkan ECG secara percuma, diharapkan orang ramai akan terdorong untuk mendapatkan pemeriksaan awal  dan mengesan sebarang gejala penyakit yang tidak diketahui
Pengerusi Qualitas Healthcare, Dato’ Dr. Noorul Ameen Mohamed Ishack

Klinik-klinik terpilih yang disenaraikan turut dilengkapi dengan fasiliti dan kemudahan yang  baik untuk menjalankan ujian ECG. Kami mensasarkan sekurang-kurangnya 3,000 orang untuk datang ke klinik kami bagi menjalani ujian sepanjang tempoh kempen," kata Dr. Noorul Ameen

Klinik Qualitas yang menyertai Kempen Kesihatan Jantung CVSKL adalah seperti berikut:
>> Klinik Ng dan LeeAlamat: 462-464, Jln Pudu 55100 KLTelefon: 03-9222 0751
>> Catterall, Khoo & Raja MalekAlamat: Suite 3-A, Level 3A, Menara CIMB, Jln Stesen Sentral 2 50470 KLTelefon: 03-2276 6622
>> Catterall, Khoo & Raja MalekAlamat: Suite 3B-3-6, Block 3B, Plaza Sentral 50470 KLTelefon: 03-2273 0244
>> Klinik SharaniAlamat: No 20 Jalan Bangsar Utama, 1 Bangsar Utama 59000 KLTelefon: 03-2287 3103 >> Kumpulan MedicAlamat: 42A, Jln Sultan 52/4 46200 Petaling Jaya, SelangorTelefon: 03-7956 9331
>> Klinik Prime CareAlamat: Lot 7, Wisma MCIS Annexe, Jalan Barat 46200 Petaling Jaya, SelangorTelefon: 03-7955 0550
>> Kumpulan MedicAlamat: 78, Jln SS 21/35, Damansara Utama 47400 Petaling Jaya, SelangorTelefon: 03-7728 4955
>> Klinik Rakan MedikAlamat: 18-B1, Jln SS 6/3, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya, SelangorTelefon: 03-7803 5688
>> Klinik Kumpulan MedicAlamat: Evesuite@Ara Damansara, A-1-01, Jln PJU 1/41A Ara Damansara 47301 Petaling Jaya, SelangorTelefon: 03-7886 3218
>> Klinik Ng dan LeeAlamat: 31, Jln 19A, Section 19, 40300 Shah Alam, SelangorTelefon: 03-5542 5286
Ini adalah sebahagian daripada program kesedaran jantung secara meluas yang dianjur dan ditawarkan oleh CVSKL sempena Hari Jantung Sedunia 2019, serta di bawah kempen Heart For Malaysia yang berlangsung dari September hingga November 2019

Tentang Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur
CVSKL adalah hospital jantung dan vaskular bersepadu yang memberi pengkhususan kepada penjagaan jantung dan vaskular secara moden dan komprehensif kepada pesakit. Ia didorong oleh senarai pencapaian yang semakin meningkat, pasukan perubatan yang terdiri daripada ahli kardiolog, pakar bedah kardiotorasik, pakar bedah vaskular dan pakar bedah jantung bagi  memastikan standard utama pada tahap profesional. Di CVSKL juga, pesakit akan mengalami penjagaan dan perawatan yang berkualiti daripada jururawat terlatih dan berpengalaman, serta  kakitangaberapa Sukann bersekutu, menggunakan pendekatan berasaskan kerja secara berpasukan. 
Menyediakan 60 katil yang dilengkapi dengan kemudahan terkini, CVSKL turut menyediakan kemudahan rawatan seperti kardiologi, kardiotorasik, diagnostik kardiotik, perkhidmatan terapi dan pencegahan vaskular. Terletak di hab pengangkutan yang sangat strategik di Kuala Lumpur Sentral, hospital ini menawarkan akses kemudahan pengangkutan awam seperti LRT, MRT, kereta api, bas, teksi atau KLIA Ekspres di tengah-tengah kawasan bandar yang berkembang pesat. Untuk kemudahan tambahan, pesakit dan pelawat boleh menggunakan alternatif pejalan kaki berikutan banyak hotel, pangsapuri dan pusat membeli-belah

Sila hubungi:Brenda Wong (Cik)Ketua Pemasaran – UsahasamaEmel: [email protected]: +60164150203
Tentang Qualitas Healthcare
Qualitas Medical Group (Qualitas) ditubuhkan pada tahun 1997 di Malaysia. Berpengalaman lebih 20 tahun pengalaman dalam industri penjagaan kesihatan, Qualitas memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan utama yang berkualiti kepada Masyarakat. Hari ini, Qualitas mengendalikan rangkaian klinik Am  (GP) global, pusat penjagaan ambulatori, serta klinik pergigian, dan pusat diagnostik yang disokong lebih 1,700 doktor perubatan, doktor gigi dan kakitangan sokongan. Ia melibatkan lebih 250 rangkaian klinik perubatan, klinik pergigian (termasuk makmal pergigian) dan pusat pengimejan perubatan. Untuk maklumat lanjut mengenai Qualitas Medical Group, sila layari www.qualitas.com.my
Sila hubungi:Dr. Junaidi IsmailKetua Pasaran MalaysiaEmail: [email protected]: +603-7964 6363


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.suriaamanda.com/2019/09/cvskl-dan-klinik-qualitas-jalin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tahap Literasi Pengurusan Kewangan Rakyat Malaysia

Tahap Literasi Pengurusan Kewangan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 527 hits
Pada 23 Julai 2019 baru baru ini pihak Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan telah membentangkan hasil kajian tahap pengurusan kewangan rakyat Malaysia dan seterusnya melancarkan Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019 2023 Kena...
Kajian Rakyat Malaysia Perlu Sebulan Gaji Beli Iphone Baharu

Kajian Rakyat Malaysia Perlu Sebulan Gaji Beli Iphone Baharu

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 258 hits
iPhone 11 dan iPhone 11 Pro dipamerkan kepada orang ramai semalam Foto AFPKUALA LUMPUR 11 Sept Purata rakyat Malaysia memerlukan sebulan gaji bagi membeli iPhone 11 Pro yang dilancarkan baru baru ini Telefon berharga RM4 899 dengan kapasiti...
Rakyat Yaman Akan Dibenar Bekerja Secara Sah Di Malaysia Tidak Lama Lagi Duta

Rakyat Yaman Akan Dibenar Bekerja Secara Sah Di Malaysia Tidak Lama Lagi Duta

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 231 hits
KUALA LUMPUR 14 Sept Seramai sepuluh ribu rakyat Yaman yang memegang pas lawatan sosial di Malaysia akan dibenarkan bekerja dengan syarat syarat tertentu yang akan dimuktamad tidak lama lagi kata Duta Yaman ke Malaysia Dr Adel Mohamed BaHam...
Majoriti Rakyat Malaysia Setuju Tutup Media Sosial Ketika Krisis

Majoriti Rakyat Malaysia Setuju Tutup Media Sosial Ketika Krisis

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 290 hits
Sebanyak 75 peratus rakyat Malaysia bersetuju supaya kerajaan menutup platform media sosial seperti WhatsApp Facebook WeChat dan Twitter buat sementara waktu ketika tercetus krisis atau serangan pengganas Dapatan itu hasil kaji selidik firm...
Tak Payah Risau Muncung Itik Lagi Ujian Hpv Dna Kini Ditawarkan Di Klinik Kesihatan Kl Kedah Amp Kelantan

Tak Payah Risau Muncung Itik Lagi Ujian Hpv Dna Kini Ditawarkan Di Klinik Kesihatan Kl Kedah Amp Kelantan

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 552 hits
Berita baik bagi wanita yang takut dengan muncung itik iaitu spekulum yang digunakan untuk pemeriksaan pap smear Bukan sekadar rasa tak selesa kan malah rasa malu dengan doktor atau jururawat yang membuat pemeriksaan Kini dengan kaedah HPV ...
Grab For Good Diperkenalkan Program Impak Sosial 5 Tahun Dengan Tujuan Meningkatkan Mutu Hidup Rakyat Asean

Grab For Good Diperkenalkan Program Impak Sosial 5 Tahun Dengan Tujuan Meningkatkan Mutu Hidup Rakyat Asean

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 277 hits
Grab ialah sebuah syarikat yang dikenali untuk perkhidmatan seru pandu dan penghantaran makanan mereka di rantau ASEAN Kini mereka nampaknya akan mengembangkan sayap mereka kearah pemperkasaan digital melalui program Grab For Good Di Jakart...
15 Warna Air Kencing Yang Menandakan Tahap Kesihatan Tubuh

15 Warna Air Kencing Yang Menandakan Tahap Kesihatan Tubuh

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 788 hits
Air kencing mempunyai banyak bahan bahan kumuhan terutama nitrogen dalam pelbagai bentuk sama ada urea asid uric serta creatinine dan harus dikeluarkan untuk memastikan tubuh tidak mengalami masalah kesihatan Jadi cara terbaik membuang baha...
Fenomena Langit Merah Pelajar Malaysia Di Jambi Merintih Rayu Doa Rakyat Negara Ini

Fenomena Langit Merah Pelajar Malaysia Di Jambi Merintih Rayu Doa Rakyat Negara Ini

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 285 hits
Fenomena jerebu yang melanda di negara kita hari ini tidaklah seteruk yang dilalui oleh negara jiran Indonesia Langit mereka bukan sahaja bertukar merah malah pemandangan mereka seperti diselimuti asap sehingga terpaksa bernafas dalam udara...
Checkup 15 Weeks Apa Yang Dilakukan Oleh Klinik Kesihatan

Checkup 15 Weeks Apa Yang Dilakukan Oleh Klinik Kesihatan

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 389 hits
Checkup ke 15 weeks mengandung Ina bertukar appointment ke Klinik Kesihatan kepada hari Khamis dan pada jam 2 petang Rasanya bila tukar ke petang barulah tak rushing pun Kali ni checkup berjumpa dengan doktor Walaupun petang appointment di ...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Boycott Gone Sour Malays Returning To Mcdonald S Insulted And Called Dogs Pigs By Fellow Malays

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade

Kaswi Gula Melaka

Effective Networking In Business

Doa Masuk Pasar Baca Doa Ini Apabila Pergi Ke Pasar

Lafaz Tasbih Kaffarah Sebagai Doa Pembersih Majlis

Rabbana Atina Fid Dunya Hasanah