Rakyat Yaman Akan Dibenar Bekerja Secara Sah Di Malaysia Tidak Lama Lagi Duta


KUALA LUMPUR, 14 Sept – Seramai sepuluh ribu rakyat Yaman yang memegang pas lawatan sosial di Malaysia akan dibenarkan bekerja dengan syarat-syarat tertentu yang akan dimuktamad tidak lama lagi, kata Duta Yaman ke Malaysia Dr Adel Mohamed BaHamid
Beliau berkata ini adalah sebahagian program yang diadakan dengan kerjasama kerajaan Malaysia dalam usaha menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Yaman selepas negara mereka musnah akibat peperangan.
“(Ia) belum dilaksanakan lagi namun telah dipersetujui Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Kami meminta agar mereka dibenarkan bekerja di tempat-tempat seperti agensi pelancongan Yaman, sekolah, kedai runcit dan restoran,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di ibu pejabat agensi berita itu di sini pada Jumaat. 
Beliau berkata terdapat 70 restoran Yaman yang beroperasi di Kuala Lumpur dan Selangor.
Duta itu berkata kerajaan Malaysia telah membenarkan pemberian visa ketika ketibaan untuk rakyat Yaman bagi tempoh dari 90 hari hingga setahun, dengan syarat-syarat tertentu.
“Perkara itu dipenuhi kedutaan Yaman dengan kerjasama imigresen Malaysia. Setakat ini, kira-kira 10,000 pas lawatan sosial (rakyat Yaman) telah dilanjutkan,” katanya. 
Adel Mohamed berkata satu lagi inisiatif, program koreksi tinggal melebihi tempoh, memudahkan pembetulan bagi status rakyat Yaman di negara ini dan membantu mereka berada di sini secara sah.
“Kestabilan dan keselamatan Malaysia adalah keutamaan kami. Kami sentiasa memberikan kesedaran kepada rakyat kami agar menghormati peraturan di Malaysia,” kata beliau.
Duta itu berkata ketika ini terdapat lebih 20,000 rakyat Yaman di Malaysia, dengan 10,000 daripada mereka memegang pas lawatan sosial, 8,000 pelajar dan 4,000 pemegang kad UNHCR.
Beliau berkata kerajaan Yaman dan rakyat di negara ini berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana prihatin dengan nasib rakyat Yaman sambil menambah bahawa program terbabit telah membolehkan mereka menetap di sini secara bermaruah.
Duta itu berkata Yaman juga amat menghargai ikrar kerajaan Malaysia untuk menyumbangkan dana sebanyak US$100,000 bagi membantu negara yang terjejas akibat peperangan itu menangani keperluan kemanusiaannya.
Konflik Yaman bermula pada 2014 apabila pemberontak Houthi menguasai ibu kota negara itu, Sana’a.
Pada Mac 2015, satu tentera gabungan yang dipimpin Arab Saudi telah melancarkan satu kempen ketenteraan bagi menegakkan semula kerajaan Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Negara itu turut berdepan ancaman kumpulan pengganas Al-Qaeda dan Daesh.
Sumber: Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/09/14/rakyat-yaman-akan-dibenar-bekerja-secara-sah-di-malaysia-tidak-lama-lagi-duta/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Malaysia Hujani Ruangan Komen Fifa Minta Indonesia Dikenakan Tindakan Tegas Ban Dari Sukan Bola Sepak

Rakyat Malaysia Hujani Ruangan Komen Fifa Minta Indonesia Dikenakan Tindakan Tegas Ban Dari Sukan Bola Sepak

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 380 hits
Ngauman kejayaan sang Harimau Malaya yang menggegar seluruh stadium berakhir dengan insiden rusuhan yang seterusnya mencetus situasi tegang Para penyokong Malaysia dibawa melalui sebuah terowong dan dikumpulkan disebuah tempat untuk dikuara...
Tahap Literasi Pengurusan Kewangan Rakyat Malaysia

Tahap Literasi Pengurusan Kewangan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 597 hits
Pada 23 Julai 2019 baru baru ini pihak Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan telah membentangkan hasil kajian tahap pengurusan kewangan rakyat Malaysia dan seterusnya melancarkan Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019 2023 Kena...
Bukan Protes Tapi Tawar Bantu Indonesia Tangani Kebakaran Duta Malaysia

Bukan Protes Tapi Tawar Bantu Indonesia Tangani Kebakaran Duta Malaysia

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 339 hits
JAKARTA 12 Sept Malaysia tidak menuding jari kepada Indonesia berikutan masalah jerebu sebaliknya menawarkan bantuan menangani kebakaran hutan di beberapa wilayah Indonesia ketika ini Duta Besar Malaysia di Indonesia Zainal Abidin Bakar ber...
Kami Mahu Membantu Bukan Menuduh Kata Duta Besar Malaysia

Kami Mahu Membantu Bukan Menuduh Kata Duta Besar Malaysia

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 217 hits
Gambar sumber dari GoogleBeberapa hari lepas Siti Nurbaya Bakar Menteri Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan Indonesia mengatakan bahawa Malaysia telah menuduh Indonesia sebagai punca kepada masalah jerebu yang melanda Semenanjung Malaysi...
Honor 20 Pro Berwarna Icelandic Illusion Akan Hadir Ke Malaysia Tidak Lama Lag

Honor 20 Pro Berwarna Icelandic Illusion Akan Hadir Ke Malaysia Tidak Lama Lag

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 392 hits
Honor hari ini telah mengadakan acara jerayawara Honor 20 Pro di Sunway Pyramid dan pada acara sama mereka telah pun berkongsi mengatakan Honor 20 Pro berwarna Icelandic Illusion akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi Honor 20 Pro d...
Majoriti Rakyat Malaysia Setuju Tutup Media Sosial Ketika Krisis

Majoriti Rakyat Malaysia Setuju Tutup Media Sosial Ketika Krisis

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 339 hits
Sebanyak 75 peratus rakyat Malaysia bersetuju supaya kerajaan menutup platform media sosial seperti WhatsApp Facebook WeChat dan Twitter buat sementara waktu ketika tercetus krisis atau serangan pengganas Dapatan itu hasil kaji selidik firm...
Free Visa Melancong Ke Guam United States Bagi Rakyat Malaysia

Free Visa Melancong Ke Guam United States Bagi Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 403 hits
Matta Fair September 2019 kini bermula Dalam banyak banyak info yang saya dapat destinasi Guam United States of America menjadi pilihan saya Rupanya baru saya tahu bahawa Free Visa Melancong Ke Guam United States Bagi Rakyat Malaysia Bermak...
Malaysia Perlu Dasar Ekonomi Baharu Pro Rakyat Malaysia Perlu Dasar Ekonomi Baharu Pro Rakyat

Malaysia Perlu Dasar Ekonomi Baharu Pro Rakyat Malaysia Perlu Dasar Ekonomi Baharu Pro Rakyat

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 359 hits
Malaysia perlu dasar ekonomi baharu pro rakyatOleh September 12 2019Malaysia memerlukan satu dasar ekonomi baharu yang lebih pro rakyat terutama dalam kalangan berpendapatan rendah B40 Tinjauan mendapati penerusan dasar ekonomi BN ditambahb...
Media Antarabangsa Akhirnya Tahu Maksud Nama Pukki Rakyat Malaysia

Media Antarabangsa Akhirnya Tahu Maksud Nama Pukki Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 648 hits
Sumber SportbibleTeemu Pukki seorang penyerang yang sangat berbisa setelah berjaya memjaringkan 5 gol sepanjagng Ogos lalu yang kini bersama pasukan Norwish Norwish kini beraksi di EPL dimana sebelum ini bermain di Liga Championship musim l...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri