Cutlet Ikan
Kjee selalu buat bergedil. Simpan beku dalam freezer, celup telor dan goreng apabila terasa lapar. Biasanya Kjee buat ikut apa protein yang ada. Ayam atau daging. Tetapi ada juga buat letak chicken atau beef cube jer. Kita yang buat dia kan
Pagi tadi tetiba terfikir nak buat bergedil. Sewaktu intai dalam fridge, ternampak seekor ikan kembung goreng. Dah dua hari kot UnclePali goreng. Ingatkan dia dah bagi makan anak2 bulus
Tarrraaaa boleh buat Fish Cutlet atau Bergedil Ikan. Biasa makan kat Restoran Daun Pisang. Tetapi sekarang dah tak jumpa lagi. So, buat lah sendiri kan! Resipi sendiri. Olah dari resipi Bergedil yang selalu Kjee buat
Ikan kembung itu disiat-siat. Dapatlah dalam satu mangkuk kecik. Goreng sebiji kentang dan tumbuk. Campurkan bersama ikan, satu biji bawang besar (yang kecik) dan cili flakes. Juga satu butir telor. Gaulkan. Letak garam
Kemudian dikepal-kepal padat macam buat bergedil. Rehatkan dalam fridge lebih kurang 30 minit
Sebelum dikeluarkan untuk goreng, pukul sebiji telor. Golek cutlet nipis2 dalam tepung jagung kemudian celup dalam telor yang telah dipukul manja tadi. Gorenglah macam biasa. Api sederhana sahaja
Siap! Kjee suka sangat ratah bergedil. Kjee tak letak garam sebab ikan goreng tu dah cukup rasa. Kalau u all nak letak, boleh jer
Tiada rotan, akar berguna. Tiada daging/ayam, ikan lebih goreng semalam pun jadi lah. 😂
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.dapurkakjee.com/2024/08/cutlet-ikan.html