Cuti Sekolah Bertukar Tragedi Murid Tahun Enam Maut Dibaham Buaya


Cuti Sekolah Bertukar Tragedi, Murid Tahun Enam Maut Dibaham Buaya
KUCHING, 18 Sept (Bernama) — “Mak, sayang saya lagi tak?” Itulah kata-kata terakhir Arif Fahmi Aiman Mohammad Tinggal, 12, kepada ibunya sebelum maut dipercayai dibaham buaya ketika menjala di Sungai Empila di Kampung Empila, Kota Samarahan, pagi tadi.
Bapa mangsa, Mohammad Tinggal Ali, 52, tidak menyangka pertanyaan mengejutkan yang dilontarkan anak keduanya semalam, seakan-akan petanda kanak-kanak itu akan pergi buat selama-lamanya.
“Isteri saya beritahu Aiman tiba-tiba bertanyakan soalan itu…kami pun hairan kenapa dia berkata begitu. Dia memang rapat dengan maknya berbanding dengan saya.
“Kalau maknya suruh beli nasi atau apa sahaja, dia akan ikut tetapi bila kami melarang turun ke sungai untuk menjala, itu memang tak dapat dihalang sebab hobinya,” katanya ketika ditemui Bernama di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini hari ini.
Dia berkata Arif Fahmi Aiman atau mesra dengan panggilan Aiman, keluar seawal enam pagi tadi untuk melakukan aktiviti kegemarannya itu sebelum disedari hilang oleh rakan-rakan memancing yang bersamanya.
Mohammad Tinggal yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Sekolah Kebangsaan Empila, tempat anaknya bersekolah, hanya mengetahui kejadian itu selepas menerima panggilan daripada anak sulungnya ketika berada di kebun.
“Saya terus bergegas pulang dan mencari bantuan rakan yang ada bot. Saya ikhtiar dengan laungan azan untuk cari anak saya.
“Tidak lama selepas itu, pasukan bomba tiba dan menggunakan sauh untuk pencarian. Kali kedua mereka menarik, sauh tersangkut pada bajunya…dan ketika ditarik ke atas, saya sendiri nampak tubuh anak saya dan ada kesan gigitan buaya di dada,” kata bapa kepada tiga orang anak itu.
BACA: Kanak-Kanak Maut Dibaham Buaya Ketika Mandi Di Sungai Tidak seperti kanak-kanak seusianya, Aiman lebih gemar menghabiskan masa di sungai dengan memancing dan menjala, kegiatan yang sudah menjadi sebahagian daripada dunianya sejak dua tahun lepas malah memiliki tujuh rawan jala untuk pelbagai jenis tangkapan sungai.
Jelas Mohammad Tinggal, sifat peramah membuatkan murid Tahun Enam itu disenangi dan mampu bergaul dengan sesiapa sahaja, malah boleh berkawan rapat dengan pemancing dewasa berusia 20-an dan 30-an.
“Kalau dapat udang, dia akan jual. Pernah sekali dapat sampai RM70, semalam pun dia dapat RM28 hasil menjala. Itu hobinya dan dia seronok sebab dapat cari duit poket sendiri.
“Setiap kali habis waktu sekolah, dia mesti turun sungai kerana di situ dia dapat ketenangan. Aiman memang seorang yang lasak, suka aktiviti lumba perahu dan memancing,” katanya yang reda dengan pemergian anaknya.
Dalam tragedi di Kampung Empila, kira-kira 30 kilometer dari pusat bandar raya ini, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan mayat kanak-kanak itu ditemui pada 9.50 pagi tadi, kira-kira 10 meter dari lokasi terakhir dia dilihat.
PGO JBPM menerima panggilan kecemasan pada 7.53 pagi dan menurut saksi, sebelum kejadian mangsa yang berada di atas perahu dipercayai sedang memasang jala.
Sumber: BERNAMA
The post Cuti Sekolah Bertukar Tragedi, Murid Tahun Enam Maut Dibaham Buaya appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/18/cuti-sekolah-bertukar-tragedi-murid-tahun-enam-maut-dibaham-buaya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Duka Selepas Cuti Penggal Ibu Maut Kemalangan Hantar Anak Ke Sekolah

Duka Selepas Cuti Penggal Ibu Maut Kemalangan Hantar Anak Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 2649 hits
Duka selepas cuti penggal ibu maut kemalangan hantar anak ke sekolah Seorang ibu maut manakala anaknya berumur lima tahun terselamat apabila motosikal ditunggang mereka terbabit kemalangan di Kampung Tembak B Jalan Parit Panjang Kuala Ketil...
Tragedi Papar Tiga Sekeluarga Termasuk Kanak Kanak 10 Tahun Maut Ditimbus Tanah Runtuh

Tragedi Papar Tiga Sekeluarga Termasuk Kanak Kanak 10 Tahun Maut Ditimbus Tanah Runtuh

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 3498 hits
KOTA KINABALU Setelah lebih 10 jam operasi mencari dan menyelamat diaktifkan mangsa terakhir yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Marahang Tuntul Papar akhirnya ditemukan pada 8 45 malam sebelum operasi tamat pada 2 05 pagi...
Cuti Sekolah Dah Bermula

Cuti Sekolah Dah Bermula

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 3407 hits
Bermula 13 hingga 21 September 2025 cuti sekolah kembali lagi Anak anak memang paling gembira bila dengar perkataan cuti sekolah ni Seronok la mereka boleh bangun lambat main sepanjang hari dan yang paling penting tak payah fikir kerja seko...
Kanak Kanak 10 Tahun Tertimbus Tanah Runtuh Ditemukan Maut

Kanak Kanak 10 Tahun Tertimbus Tanah Runtuh Ditemukan Maut

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 2390 hits
Kanak Kanak 10 Tahun Tertimbus Tanah Runtuh Ditemukan Maut KOTA KINABALU 16 Sept Setelah lebih 10 jam operasi mencari dan menyelamat diaktifkan mangsa terakhir yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Marahang Tuntul Papar akhi...
Seorang Maut Enam Hilang Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Kampung Cenderakasih

Seorang Maut Enam Hilang Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Kampung Cenderakasih

papar berkaitan - pada 15/9/2025 - jumlah : 3075 hits
Seorang Maut Enam Hilang Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Kampung Cenderakasih KOTA KINABALU 15 Sept Seorang maut manakala enam masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Cenderakasih di sini pagi ini Jurucakap Jabatan Bomba dan Peny...
Calon Spm Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah Di Kulai

Calon Spm Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah Di Kulai

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 4212 hits
Calon SPM Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah Di Kulai JOHOR BAHRU 10 Sept Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia maut ketika dalam perjalanan ke sekolah selepas terlibat dalam nahas membabitkan empat kenderaan di Kilometer 6 Jalan Kulai Kota ...
Lelaki Dikhuatiri Dibaham Buaya Di Kota Samarahan

Lelaki Dikhuatiri Dibaham Buaya Di Kota Samarahan

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 2489 hits
Lelaki dikhuatiri dibaham buaya di Kota Samarahan Gambar hiasan KUCHING Seorang lelaki dikhuatiri hilang dipercayai dibaham buaya ketika menjalankan aktiviti menjala udang di sungai berhampiran Kampung Lubok Punggor Kota Samarahan dekat sin...
Menu Menarik Untuk Hidangan Cuti Sekolah Ini Resipi Piza Simple Guna Kuali

Menu Menarik Untuk Hidangan Cuti Sekolah Ini Resipi Piza Simple Guna Kuali

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 2860 hits
Menu Menarik Untuk Hidangan Cuti Sekolah Ini Resipi Piza Simple Guna Kuali Cuti sekolah sudah menghampiri pasti ramai ibu di rumah mula berasa pening memikirkan menu makanan untuk anak anak Bila berada di rumah sepanjang hari selera anak an...
Jalan Jalan Cuti Sekolah September 2025

Jalan Jalan Cuti Sekolah September 2025

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 4161 hits
Sabtu 13 9 2025 hari tu Mak mentua kakak ipar dan adik ipar datang rumah Mama Yan Tido satu malam aje Ahad pagi tu lepas sarapan dah siap siap nak keluar Mama Yan dan keluarga pun bersiap juga ikut keluar dan terus jalan saing balik Segamat...
Delicious Topside Beef Cubes Recipe

Time To Fly Vietjet S Biggest Sale Of The Year Offers Malaysians Unbeatable Fares To Vietnam And Beyond

Puluhan Kenderaan Dihempap Simen Konkrit

Ferrari Elettrica Didedahkan Model Elektrik Pertama Dengan Kuasa Melebihi 1 000hp

Malaysia Tewaskan Laos 3 0

Brutal Sophistication Cw Zon S Custom Triumph Rocket 3

Rakyat Malaysia Makin Gemar Membaca Lebih 1 Juta Buku Atas Talian Disediakan Percuma Kpn

Karambusel Hydrothermal Field A New Frontier In Deep Sea Exploration


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Guna Semula Sisa Dapur Langkah Kecil Impak Besar Pada Poket Alam

Anak Pisang Emas Setelah 2 Bulan Di Raised Bed

Pisang Goreng Strawberi Cheese

Belanjawan 2026 Malaysia Madani

Pigmentation Treatment In Malaysia What You Need To Know

Melayu Champa Kaum Utsul Di Pulau Hainan