Menu Menarik Untuk Hidangan Cuti Sekolah Ini Resipi Piza Simple Guna Kuali


Menu Menarik Untuk Hidangan Cuti Sekolah, Ini Resipi Piza “Simple” Guna Kuali
Cuti sekolah sudah menghampiri, pasti ramai ibu di rumah mula berasa pening memikirkan menu makanan untuk anak-anak.
Bila berada di rumah sepanjang hari, selera anak-anak sering berubah-ubah dan mereka juga lebih cepat berasa lapar.
Keadaan ini sering kali menimbulkan dilema tentang bagaimana hendak menyediakan makanan yang sesuai dengan selera anak-anak, dalam masa sama menepati kemampuan poket keluarga.
Lebih-lebih lagi, mereka biasanya cepat merasa jemu dengan menu yang sama  menyebabkan ibu perlu lebih kreatif dalam menyediakan hidangan.
Jadi, hari ini kami ingin kongsikan resipi piza yang hanya menggunakan kuali sahaja. Jom lihat resipi yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, @chesayang_kitchen.
Bahan-bahan yang perlu disediakan Untuk membuat doh piza, anda perlu sediakan 500 gram tepung gandum (atau setengah paket), dua sudu besar majerin atau mentega, satu sudu yis dan satu biji telur, satu sudu gula, satu cawan air dan sedikit garam.
Seterusnya untuk menyediakan “topping” piza, anda perlu sediakan bahan-bahan seperti setengah biji bawang holland, daging kisar, satu sudu serbuk kari, satu sudu serbuk cili, garam dan perasa secukupnya.
@chesayang_kitchen turut menyenaraikan bahan-bahan lain seperti keju, sos cili dan tomato, mayonis, lada benggala serta nanas.
Cara sediakan doh piza Untuk penyediaan doh piza, masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk bersama dua sudu marjerin atau mentega, kemudian ramas seketika hingga sebati.
Selepas itu, tambahkan satu sudu yis bersama sebiji telur. Dalam mangkuk berasingan, masukkan gula, sedikit garam dan secawan air, kemudian gaul hingga semuanya menjadi larut.
Tuangkan bahan-bahan yang telah dilarutkan ke dalam mangkuk berisi tepung tadi. Menurut @chesayang_kitchen, masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga adunan menjadi sebati.
Seterusnya, uli doh hingga lembut, masukkan marjerin atau mentega, kemudian uli sekali lagi. Biarkan doh rehat selama 15 hingga 30 minit sehingga mengembang.
Untuk “topping” piza Tumis setengah biji bawang Holland sehingga layu, kemudian masukkan daging kisar mengikut kuantiti yang diingini. Apabila daging hampir masak, masukkan satu sudu serbuk kari, satu sudu serbuk cili, garam serta perasa secukupnya.
Apabila doh sudah mengembang dengan baik, ambil kuali non-stick dan taburkan sedikit tepung di dalamnya. Ratakan doh tadi dengan menekannya sehingga menjadi rata.
@chesayang_kitchen turut mencucuk doh tadi menggunakan pisau sebelum menyapunya dengan sedikit minyak masak. Untuk lapisan kedua, ratakan sos tomato dan taburkan keju mengikut citarasa.
Langkah seterusnya, letakkan daging cincang yang telah dimasak, kemudian taburkan hirisan bawang Holland, lada benggala serta potongan nanas. Jika suka, boleh juga ‘drizzle’ sos mayonis dan sos cili di atas piza.
Untuk memasak piza ini, gunakan api paling kecil dan tutup kuali dengan penutup. Setelah piza kelihatan masak, angkat dan hidangkan. Selamat mencuba.
@chesayang_kitchen Episod 693 | Resepi Pizza Frying Pan | 2 Minit 1 Resepi by Che Sayang Kitchen Saya panggil ni pizza kampung. Masak pun pakai frying pan. Senang korang nak cuba nanti Resepi penuh Doh pizza – 500 gram tepung gandum (1/2 paket) – 2 sudu besar majerin/butter – 1 sudu yis – 1 biji telur – 1 sudu gula – Sedikit Garam – 1 cawan air Topping – 1/2 biji bawang holland – daging kisar – 1 sudu serbuk kari – 1 sudu serbuk cili – Garam & perasa Lain2 – Cheese – sos cili & tomato – mayonis – lada benggala & nenas #resepichesayang #chesayangkitchen
♬ original sound – Che Sayang Kitchen – Che Sayang Kitchen

BACA: Polis Jumpa Mayat Reput Dalam Tesla Milik Penyanyi Terkenal Sumber: @chesayang_kitchen via TikTok
The post Menu Menarik Untuk Hidangan Cuti Sekolah, Ini Resipi Piza “Simple” Guna Kuali appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/10/menu-menarik-untuk-hidangan-cuti-sekolah-ini-resipi-piza-simple-guna-kuali/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Sambal Telur Anak Ramai Lauk Simple Tapi Sangat Sedap

Resipi Sambal Telur Anak Ramai Lauk Simple Tapi Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 5023 hits
Sambal Telur Anak Ramai Sambal Telur Hancur Cili Kering adalah lauk paling senang dimasak dikala buntu dan tak ada idea nak sediakan menu apa untuk keluarga tercinta Ringkas dan tidak memerlukan banyak bahan Rasanya yang pedas dan cukup ber...
Resipi Telur Puyuh Simple Tapi Meletop Cuba Dua Cara Ni

Resipi Telur Puyuh Simple Tapi Meletop Cuba Dua Cara Ni

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 4263 hits
Telur puyuh ni saiznya kecil je Walaupun kecil tapi sedap sungguh rasanya Biasanya kita makan telur puyuh rebus je kan Apa kata kali ni kita ubah sikit Jom RASA berikan dua idea untuk korang masak dan nikmati telur puyuh Tak susah pun Senan...
Trik Buat Serunding Sedap Guna Bahan Simple Sesuai Untuk Semua

Trik Buat Serunding Sedap Guna Bahan Simple Sesuai Untuk Semua

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 2451 hits
Kebanyakan dari kita selalunya beli je serunding tapi harganya boleh tahan mahal Apa kata kali ini kita buat sendiri beberapa jenis serunding untuk simpan sebab serunding tahan lama dan boleh dipelbagaikan kegunaan selain boleh dijadikan la...
Simple Menu Je Tengahari Ini

Simple Menu Je Tengahari Ini

papar berkaitan - pada 6/9/2025 - jumlah : 1895 hits
Assalamualaikum Ada yang tertunggu tunggu ke SA masak apa hari ni alahaiii macam la ada yang tunggu SA tapi xpe hari ni SA masak simple aje dibantu oleh Dania Dania tolong tumbuk bawang dan cili SA siapkan bahan dan menggoreng hari ni x men...
Jalan Jalan Cuti Sekolah September 2025

Jalan Jalan Cuti Sekolah September 2025

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 4323 hits
Sabtu 13 9 2025 hari tu Mak mentua kakak ipar dan adik ipar datang rumah Mama Yan Tido satu malam aje Ahad pagi tu lepas sarapan dah siap siap nak keluar Mama Yan dan keluarga pun bersiap juga ikut keluar dan terus jalan saing balik Segamat...
Menjamu Selara Makan Petang Di Sufian Cafe One Borneo Kota Kinabalu Sabah

Aktiviti The 3rd Malaysia International Muslim Food Culture Tourism Festival Ppim 25 12 2025

As Tingkatkan Tekanan Ke Atas Venezuela Operasi Ketiga Menjadi Perhatian Dunia

Krismas Hidup Dalam Jiwa Saya Tiada Siapa Mampu Merampasnya Deanna Yusof Jelaskan Sebab Masih Raikan Hari Natal

Thaipusam Hari Wilayah 2026 2 Hari Cuti Gantian Untuk Pekerja Wilayah Persekutuan

Berkawan Dengan Aku Cukup Dengan Kejujuran

Bahaya Rokok Kepada Kesihatan Dan Kes

Carta Kedudukan Akhir Kumpulan B Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kuih Penyaram Rasa Yang Selalu Bawa Aku Terbang Ke Kota Kinabalu Sabah

The Sanctuary Of Resilience A Tribute To Nature S Giants

Kecoh Di Nilai Letupan Peranti Berbahaya Goncang Ketenangan

Dayana Roza Sah Bercerai Talak Satu Fokus Hidup Baharu Demi Anak Amp Kerjaya

Hiburan Risteena Buka Mulut Dakwaan Rumah Tangga Bersama Isa Khan Sedang Bergolak Cerai Bukan Perkara Main Main

Cara Tambah Income Bulanan Strategi Praktikal Untuk Jana Pendapatan Automatik