Cuti Santai Makan Durian Di Batu Kurau


Awal bulan ni, k.fiezz & family mertua ke Batu Kurau. Ada apa kat situ?Sesi makan durian di Batu Kurau. Tengah musim durian masa ni. Cuma sebelum dapat makan durian kena pi hiking kutip sendiri durian kat kebun. 1st time ni weiii. Sis kan orang Kay Ell, mana reti masuk kebun ni. haha. Tu pun kena scam dengan salah seorang adik ipar. Hari ke-2 kitaorang kat sini dah plan nak masuk ke kebun. Cadangan asal k.fiezz tunggu kat kereta je. Diaorang yang naik ke kebun pi cari durian. Eh sekali tetiber sampai-sampai kat kebun, dengan sis sekali kena masuk ke kebun. Alaaaa...Risau..Takut pacat. haha.
JOM KE KEBUN MENGUTIP DURIANEntry ni banyak gambar-gambar tau, so kalau boring boleh klik X kat atas tu, hokay. hehe. Masa hari pertama kat sini, kitaorang pi mandi-mandi je dulu kat sungai. 
Nak ke sungai ni pula agak mencabar. Kena hiking dulu. Haha. Adeh..Mr hubby jangan cakap lah mulut dia pot pet pot pet. Dia tak berapa suka aktiviti hiking-hiking ni. Dia risau kot terjatuh kat tengah hutan, jenuh pula nak kena angkat dia sebab badan dia plus plus size

Tapi sampai juga lah kitaorang ke sungai dengan mulut mr hubby yang bising tu. K.fiezz dah tunjuk signal kat adik ipar, senyap je. Tak payah cakap apa-apa. haha.




Ni on the way nak mandi sungai...Jomsss kita..


Sampai-sampai kat sini..wah tenang..Sekeliling hijau...Sejuk mata..


View lagi kat sini.


Macam biasa kakak fiezz duduk di tepi sambil main celup-celup kaki je dalam air. haha.



Ambil gambar sekeliling sambil tunggu diaorang mandi sungai.


Feeling plus posing jap..


Ni homestay yang kitaorang menginap sepanjang 3 hari 2 malam. Rate harga RM300/1 malam. Rumah dia besar (sorry tak ada gambar). Dalam dia ada 3 bilik + 2 bilik air. Ruang tamu + dapur semua lengkap dengan peralatan/perabot. Cuma kat area sini line telefon out. Apapun tak dapat.  Kitaorang guna wifi tuan rumah sepanjang menginap kat sini. Tuan rumah pakai unifi...Alhamdulillah okey je line dia. 

Ni masa lepas mandi sungai, k.fiezz, mama & adik ipar keluar kejap mencari kedai dobi sebab nak cuci baju-baju. Kedai dobi ada tapi agak jauh dari homestay.

Hari Ke-2
Jomsss masuk kebun kutip durian. Yang pergi ke kebun cuma k.fiezz, adik-adik ipar, biras & anak-anak buah. Mak mertua, seorang lagi adik ipar & mr hubby tak ikut. Mr hubby masa ni lah ada kerja. Aihhh sabor je lah..

Konon yang ni k.fiezz tunggu kat kereta je sementara diaorang pi kutip durian. Eh sampai-sampai kat kebun, sekali kena turun juga. Tau-tau dah hiking nak masuk ke kebun. So onzz je lah yea, k.fiezz.. haha..

Tapi sampai-sampai kat kebun, duduk kat pondok. Sis jadi supervisor je. Takut nak cari durian sekali. Risau pacat..haha..



Seorang adik ipar bawa motor yang ada bakul untuk letak hasil kutipan durian kat kebun yang berjaya di kutip nanti..Kitaorang yang lain naik hilux.


On the way nak masuk ke kebun, nampak tempat pengumpulan durian-durian dari kebun sekitar sini...Untuk yang nak jual durian-durian diaorang agaknya..


Sampai kat pondok, k.fiezz tak bergerak dari sini. Sebelah ni biras. Dia joint yang lain mengutip durian. Harapkan sis, memang tak boleh diharapkan..Haha..


Pokok-pokok durian kat kebun..


Sis jadi supervisor & ambil gambor je. hehe...Adik ipar ketua yang mengutip durian..


Memantau je..haha..Kuang asam betul sis ni..


Hasil kutipan.


Part bergambar, bagi lah kat sis..hehe..


Mana buah yang kecil, kitaorang buka..Apa lagi meh lah makan buah fresh from pokok..


Penuh bakul..Puas hati..


Jomss balik..


On the way nak keluar lalu jambatan ni..Nak juga bergambor..Peghak betul..haha..


Eh singgap jap sini, yang mengutip durian nak mandi sungai..
Sungai ni kat bawah jambatan yang k.fiezz ambil gambar atas ni. 

Sakan tau main-main air..


Kemain tunjuk bakat anak buah k.fiezz tu..Mentang lah pandai berenang..


Mak long main celup-celup kaki je..haha..


Tenang betul kat sini..Rasa kalau ada laptop / tab ni, nak taip apa-apa entry mesti banyak idea keluar..tapi masa ni k.fiezz tak bawa lah..Tak plan nak mandi sungai pun benornya..Tetiba diaorang yang kutip durian nak mandi-mandi kejap sebab kepanasan..

Kebun durian ni dekat dengan sungai. Itu yang seronok kat sini, lepas penat kutip durian boleh terjun mandi kat sungai pula.

MAKAN DURIAN DI BATU KURAU
Overall percutian makan durian di Batu Kurau ni santai je. Tempat dia pun tenang gitu. Kebun durian yang kitaorang kutip durian tu kepunyaan family belah arwah abah (bapa mertua). Adik kepada arwah abah yang ajak datang makan durian di Batu Kurau ni. Dia cakap kat mama & mama pula beritahu kat kitaorang. So kitaorang ni okey je part-part bercuti ni..Memang suka..hehe..Tambah pula dalam family semua suka durian kecuali ada seorang je adik ipar tak makan durian. Hat lain, memang kaki durian termasuk lah k.fiezz. Sis tak lah peminat tegar sangat tapi dah ada depan mata, rugi lah tolak..haha.

 So next year musim durian di Batu Kurau Perak ni, boleh lah ulang lagi..hehe..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fiezasani.xyz/2023/06/Cuti-Santai-Makan-Durian-Di-Batu-Kurau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jalan Jalan Makan Makan Cuti Raya Cina 2023 Di Kahang Johor

Jalan Jalan Makan Makan Cuti Raya Cina 2023 Di Kahang Johor

papar berkaitan - pada 15/6/2023 - jumlah : 266 hits
JALAN JALAN MAKAN MAKAN CUTI RAYA CINA 2023 DI KAHANG JOHOR Cuti Raya Cina 2023 merupakan cuti yang agak panjang Kami mengambil keputusan jalan jalan makan makan cuti Raya Cina 2023 di Kahang Kluang Johor Sambil mencari rumah sewa untuk dad...
Sempat Makan Durian Layankan Kontraksi 3 Hari Kaka Azraff Selamat Bersalin Bayi Lelaki

Sempat Makan Durian Layankan Kontraksi 3 Hari Kaka Azraff Selamat Bersalin Bayi Lelaki

papar berkaitan - pada 19/6/2023 - jumlah : 239 hits
Tahniah diucapkan buat penyanyi Kaka Azraf yang selamat menimang cahaya mata ketiganya pagi tadi di sebuah pusat perubatan swasta di Damansara Selangor Menerusi Insta Storynya Kaka yang menyambut kelahiran seorang lagi bayi lelaki meluahkan...
Pertandingan Makan Durian Terbanyak

Pertandingan Makan Durian Terbanyak

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 404 hits
PERTANDINGAN MAKAN DURIAN TERBANYAK Melaka 2023 LOKASI DATARAN SEJARAH AYER KEROH Sekuriti Makanan Tanggungjawab Bersama SYARAT SYARAT PERTANDINGAN TARIKH 23 25 JUN 2023 MASA 2PM Kategori Lelaki Dewasa Pertandingan ini terbuka kepada semua ...
Makan Durian Di Dusun Abah Man

Makan Durian Di Dusun Abah Man

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 348 hits
Makan Durian di Dusun Abah Man Kat mana Dusun Abah Man ni Ianya terletak di sempadan antara daerah Kulim dan Bukit Mertajam Pertama kali tahun ni masuk dusun cari durian Durian pun dah hujung hujung musimnya di sini Durian Dah Makin KurangK...
Makan Durian Balik Pulau Di Anjung Indah

Makan Durian Balik Pulau Di Anjung Indah

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 231 hits
Balik Pulau Pulau Pinang sememangnya terkenal dengan buah durian Hari Sabtu lalu buat kali pertama kami berkesempatan ke Balik Pulau bagi menikmati raja buah Kami ke Anjung Indah sebuah kawasan dataran yang terletak di laluan P14 Jalan Tun ...
Makan Cendol Durian Kawin Kat Long Cendol

Makan Cendol Durian Kawin Kat Long Cendol

papar berkaitan - pada 11/6/2023 - jumlah : 242 hits
Makan Cendol Durian Kawin kat Long Cendol Panas letting Haritu singgah sini lepas balik daripada wedding kawan kat Felda Kahang Barat Kena sangat dengan cuaca Kak Ain yang suggest sebab dia jumpa kat Facebook Aku pun join ler Tapi dia nak a...
Stok Ikan Masin Belanak Dari Batu Kurau Dan Manong Perak

Stok Ikan Masin Belanak Dari Batu Kurau Dan Manong Perak

papar berkaitan - pada 9/6/2023 - jumlah : 274 hits
Ikan masin belanak Siapa suka Kita geng K fiezz memang suka giler ikan masin belanak ni Ada yg ni lauk lain tak berapa nak pandang dah hehe Susah nak jumpa ikan masin belanak kat KL ni Kalau ada pun adeh kurusnya Sian tengok haha Kadang kal...
Makan Thai Temptations Di Holiday In Jbcc

Makan Thai Temptations Di Holiday In Jbcc

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 173 hits
MAKAN THAI TEMPTATIONS DI HOLIDAY IN JBCC Punyalah lama nak cerita makan makan di Holiday In JBCC ni tau Macam dah tua sangat kan asyik pelupa je Kata orang cepat lupa ni banyak makan semut Kisahnya dua minggu lepas umi teringin nau nak mak...
Daging Mai Mana Bekas Suami Dari Neraka Kirim Daging Babi Untuk Anak Anak Makan

Daging Mai Mana Bekas Suami Dari Neraka Kirim Daging Babi Untuk Anak Anak Makan

papar berkaitan - pada 11/6/2023 - jumlah : 174 hits
8216 Daging mai mana 8217 bekas suami dari 8216 neraka 8217 kirim daging babi untuk anak anak makan Sebagai umat Islam kita seharusnya memastikan daging yang dimakan adalah betul betul halal dan tidak ada perasaan waswas Sekiranya ada peras...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation