Jalan Jalan Makan Makan Cuti Raya Cina 2023 Di Kahang Johor
JALAN-JALAN, MAKAN-MAKAN CUTI RAYA CINA 2023 DI KAHANG JOHOR.
Cuti Raya Cina 2023 merupakan cuti yang agak panjang. Kami mengambil keputusan jalan-jalan, makan-makan cuti Raya Cina 2023 di Kahang Kluang , Johor . Sambil mencari rumah sewa untuk daddy (suami) yang bakal bertugas di sana pada Mac 2023. kebetulan, cuti Raya Tahun Baru 2023, jatuh pada 22 Januari 2023 (Ahad)dan untuk Selangor dan KL cuti kami jatuh pada 23 Januari 2023 (Isnin). Makanya..cukuplah untuk kami bercuti selama 3 hari pada 22, 23, 24 Januari 2023 (Ahad - Selasa).
Cuti Tahun Baru Cina di Kahang Kluang Johor
Walau moyang, atok, nenek semua berasal dari Johor (Kota Tinggi, Batu Pahat dan banyak tempat lain lagi). Tapi, mummy tak pernah ke Kahang Kluang, Johor. Kalau tak kerana cuti Raya Cina 2023 tempoh hari dan daddy nak kena kerja di Kahang Kluang , Johor. Pastinya, mummy tak tahu tentang Kahang, Kluang Johor ini.
Walau Raya Cina 2023 agak panjang, tapi Kahang, Kluang Johor tidak sesak seperti tempat percutian di kawasan lain. Mungkin ianya sedikit terpencil.
Erm..nak ikutkan tidaklah terlalu terpencil pun...sebab ramai je orang bercuti ke Mersing atau ke Pulau Tioman melalui jalan Kahang, Kluang ini
Baca juga :>> CUTI RAYA TAHUN BARU CINA 2020 - PART 1
>> CUTI RAYA TAHUN BARU CINA 2020 - PART 2
>> CUTI RAYA TAHUN BARU CINA 2020 - PART 3
5 Tempat Menarik di Kahang , Kluang Johor
Antara 5 tempat menarik dan aktiviti kami semasa cuti Tahun Baru Cina di Kahang Johor adalah :-
Makan di Port Abang Man , Kahang Johor
Tempat Makan di Port Abang Man , Kahang Johor sangat terkenal dengan masakan ikan-ikan sungai dan juga udang galah.
Serta di sini juga merupakan penanda aras ROUTE 50 untuk geng biker berhenti berehat.
Di lengkapi dengan Surau dan bilik air yang selesa juga.
Alamat : JSL, Ptd 2064, 18 11, Jalan Mersing, Kampung Sri Lukut, 86700 Kahang, Johor
Buka : Setiap Hari 10 pagi - 11 malam Tutup : Setiap Rabu
Telefon : 011-35082621
Owner D'Kebun Campsite Kahang
Mandi Sungai di D'Kebun Campsite Kahang, Johor
Ada kabin untuk di sewa / bermalam dari RM120 / night siap aircond. Kawasan camping yang cantik harga dari RM30 / night. Lengkap dengan lampu sekitar tapak, tandas, surau, tempat beriadah, sewa basikal, buaian, tempat bermain bola dan banyak lagi
Nak picnic sahaja pun boleh. Ada gazebo yang boleh di sewa dari RM15. Campsite bukan kawasan banjir. Insyaallah.
Owner peramah, rajin melayan kami …berborak sama
D'Kebun Campsite Kahang Batu 28, Kg Sri LukutKahang Kluang Johor
Telefon : 016-7257951
Memancing di Sg Temiggol Kahang Johor
Nak memancing atau nak mandi sungai boelh je ke Sg Temiggol Khang Johor ni..
>> FREE mandi>> FREE parking>> FREE untuk camping / bermalam>> FREE BBQ>> ada gerai air, pisang goreng, kopok lekor goreng, cendawan goreng kat sini.
Alamat :-Sg Temiggol Batu 28 Kahang , Johor
Melawat dan Bergambar di Sawah Kahang Johor
Sawah Kahang Johor ini antara tempat cantik untuk OOTD, bergambar dan bervideo. Nak memancing pun boleh di tali air sawah ni
pastikan yang minat mancing tu, bawa sesiaplah joran kalau ada nak ke Kahang, Johor ye
Lokasi :Bt 26, Kahang Johor
Makan Roti Canai Pak Tam Sedap Depan Sawah Kahang Johor
WARUNG PAK TAM Kg Kahang Bt28 Jalan Mersing. Kat Kahang ni nak cari tempat makan sedap tak susah pun, apa tah lagi untuk sarapan pagi
Warung Pak Tam Kahang ni terkenal dengan sarapan pagi dan roti canai. Memang sangat femes, sentiasa di penuhi dengan pelanggan
Roti canai lembut dan sedap Roti tisu yang tak cukup satu selalu roti tisu ni, kalau kat mamak. Beli satu pun kadang payah nak habis
Lokasi tepi jalan besar je …samada nak ke Kluang atau ke Mersing
Anak-anak kemai seronok ke tak JALAN-JALAN, MAKAN-MAKAN CUTI RAYA CINA 2023 DI KAHANG JOHOR ? Jawapannya, mestilah seronok. Memang jarang dapat spend masa bercuti di kampung yang betul-betul kampung
Percutian kali ini, memang lain dari yang lain
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azlindaalin.com/2023/06/jalan-jalan-makan-makan-cuti-raya-tahun-baru-cina-di-kahang-kluang-johor.html