Makan Durian Balik Pulau Di Anjung Indah


Balik Pulau, Pulau Pinang sememangnya terkenal dengan buah durian. Hari Sabtu lalu, buat kali pertama (semenjak saya dan encik suami berhijrah ke PP pada tahun 2020) kami berkesempatan ke Balik Pulau bagi menikmati ‘raja buah’

Kami ke Anjung Indah, sebuah kawasan dataran yang terletak di laluan P14 Jalan Tun Sardon. Saya pernah menulis berkenaan tempat ini sewaktu kunjungan kami pada musim pandemik tahun 2021, boleh baca di DI SINI. 
Kalau dulu kami datang tempat ini keadaannya sunyi, kali ini suasana meriah dengan aktiviti jual beli durian. Pesta durian! Di sekeliling dataran terdapat deretan gerai menjual durian. Penjual Melayu dan Cina menawarkan pelbagai varieti buah durian. Banyak juga varieti dengan nama yang asing dan susah saya nak ingat sebab bunyi sebutan seakan bahasa Cina

Beginilah suasana di Anjung Indah. Masa ni cuaca sedikit mendung. Kami berjalan dari satu gerai ke satu gerai, melihat-lihat varieti buah durian dan harga yang ditawarkan. Setakat yang saya perasan, harga lebih kurang sama di setiap gerai. Contohnya, durian kampung RM10/kg. 
Encik suami sibuk memilih durian untuk dibeli, saya pulak leka memerhati sekitar 😄. Saya nampak sebatang pokok durian dengan buah bergayutan di bahagian belakang deretan gerai. Seronok tengok

Memang banyak pokok durian di sekitar sini, sebab itulah Balik Pulau terkenal dengan durian. Sepanjang perjalanan tadi pun, terdapat kebun-kebun durian di tepi jalan dan juga gerai jualan durian. Tapi kalau di Anjung Indah ni lebih mudah sebab ia tempat berkumpul para penjual durian. Nak parkir kenderaan pun lebih mudah, ada ruangan

Masa untuk makan durian! Ada meja di sediakan di setiap gerai jualan, bolehlah kita makan terus di sini. Kalau dapat isi buah yang tak elok, boleh terus tukar lain. Kami turut diberi air minuman saiz kecil setiap seorang

Buat pertama kali kami mencuba durian varieti Black Thorn. Harganya? Durian yang encik suami beli ni RM70/kg. Rata-rata gerai lain menjual dengan harga RM80/kg. Yang ni murah sikit mungkin sebab bukan buah baru, masa kami sampai buah dah tak banyak di gerai pilihan kami ni

Harga sebiji durian ni lebih RM100! Encik suami teringin nak merasa durian varieti Black Thorn. Itu yang dia ‘pejam mata’ membayar. Gitulah peminat durian kan, mahal pun sanggup bayar

Durian varieti Duri Hitam (D200) atau lebih terkenal dengan nama Black Thorn. Buahnya berbentuk bulat

Isinya berwarna kuning keemasan dan sangat tebal. Saya tak boleh nak makan banyak. Yang ni kami tak habiskan makan, minta masuk bekas untuk bawa balik

Selain Black Thorn, encik suami beli juga durian varieti lain. Tapi tak ingat namanya sebab nama yang asing didengar. Harganya RM25/kg. Isinya warna kuning dan tebal. Yang ni kami makan habis sebiji

Uniknya buah durian, lain varieti lain rasanya

Semasa kami sedang menikmati durian, langit jadi semakin gelap dan sesekali kilat memancar. Pokok-pokok di sekeliling kawasan meliuk ditiup angin. Tak lama kemudian, suasana sekitar mulai berkabus

Pukul 12.40 tengah hari, suasana berkabus di Anjung Indah

Kami makan durian di gerai ini - YB Durian Balik Pulau

Terasa nyaman suasana di sini

Anjung Indah terletak di kedudukan tinggi. Dari sini kita boleh menyaksikan pemandangan lautan. Jadinya tak hairan jika tempat ini boleh dipenuhi kabus begini. Seronok dapat menyaksikan kabus bergerak perlahan di sekitar saya. Jarang dapat merasa suasana begini kalau tak ke Cameron Highlands. Rezeki hari ini, datang makan durian dan dapat pula menikmati suasana berkabus

Alhamdulillah, tertunai sudah hasrat nak makan durian Balik Pulau. Bukanlah hasrat yang besar, tapi sementara menetap di PP ni, haruslah mencuba makan durian Balik Pulau. Nak ke sini juga? Boleh buat carian di Google Maps - Anjung Indah Balik Pulau. Tapi saya tak tahulah jualan durian ni bila akan berakhir


Video berdurasi 15 saat, suasana berkabus di Anjung Indah










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2023/06/makan-durian-balik-pulau-di-anjung-indah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Mingles With Crowd At Balik Pulau Night Market

Anwar Mingles With Crowd At Balik Pulau Night Market

papar berkaitan - pada 12/6/2023 - jumlah : 220 hits
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim today spent some time mingling with the crowd at the Balik Pulau night market which is situated in Kampung Permatang Tengah here NSTP MIKAIL ONGBALIK PULAU Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim toda...
Hiburan Saya Tak Makan Tak Bergambar Ustaz Wadi Annuar Mengaku Balik Awal Lepas Nampak Janna Nick

Hiburan Saya Tak Makan Tak Bergambar Ustaz Wadi Annuar Mengaku Balik Awal Lepas Nampak Janna Nick

papar berkaitan - pada 13/6/2023 - jumlah : 243 hits
Sebelum ini pendakwah bebas terkenal Ustaz Wadi Annuar telah dijemput untuk menghadiri majlis resepsi pasangan selebriti Janna Nick dan Dini Schatzmann Difahamkan Ustaz Wadi telah ditugaskan untuk menjadi pembaca doa pada majlis resepsi ter...
Makan Nasi Dengan Durian

Makan Nasi Dengan Durian

papar berkaitan - pada 8/6/2023 - jumlah : 271 hits
Assalamualaikum WBTBILA tiba musim durian wajiblah Pak Inche makan durian dengan nasi Dulu dulu dulu masa Sk kecik kecik pun kami adik beradik belajar dah makan durian dengan nasi ni Sk tak suka sebenarnya tapi kena jugak makan hahahahaha S...
Makan Cendol Durian Kawin Kat Long Cendol

Makan Cendol Durian Kawin Kat Long Cendol

papar berkaitan - pada 11/6/2023 - jumlah : 289 hits
Makan Cendol Durian Kawin kat Long Cendol Panas letting Haritu singgah sini lepas balik daripada wedding kawan kat Felda Kahang Barat Kena sangat dengan cuaca Kak Ain yang suggest sebab dia jumpa kat Facebook Aku pun join ler Tapi dia nak a...
Pertandingan Makan Durian Terbanyak

Pertandingan Makan Durian Terbanyak

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 457 hits
PERTANDINGAN MAKAN DURIAN TERBANYAK Melaka 2023 LOKASI DATARAN SEJARAH AYER KEROH Sekuriti Makanan Tanggungjawab Bersama SYARAT SYARAT PERTANDINGAN TARIKH 23 25 JUN 2023 MASA 2PM Kategori Lelaki Dewasa Pertandingan ini terbuka kepada semua ...
Gara Gara Lupa Bagi Ayam Makan Sekali Lain Pula Jadi Bila Jemaah Haji Tiba Tiba Minta Pesawat Hantar Balik Rumah

Gara Gara Lupa Bagi Ayam Makan Sekali Lain Pula Jadi Bila Jemaah Haji Tiba Tiba Minta Pesawat Hantar Balik Rumah

papar berkaitan - pada 5/6/2023 - jumlah : 283 hits
Gara gara lupa bagi ayam makan sekali lain pula jadi bila jemaah haji tiba tiba minta pesawat hantar balik rumah GARA GARA terlupa memberi ayam ternakannya makan seorang jemaah haji berasal dari Majalengka Jawa Barat Indonesia meminta izin ...
Sempat Makan Durian Layankan Kontraksi 3 Hari Kaka Azraff Selamat Bersalin Bayi Lelaki

Sempat Makan Durian Layankan Kontraksi 3 Hari Kaka Azraff Selamat Bersalin Bayi Lelaki

papar berkaitan - pada 19/6/2023 - jumlah : 307 hits
Tahniah diucapkan buat penyanyi Kaka Azraf yang selamat menimang cahaya mata ketiganya pagi tadi di sebuah pusat perubatan swasta di Damansara Selangor Menerusi Insta Storynya Kaka yang menyambut kelahiran seorang lagi bayi lelaki meluahkan...
Ahli Parlimen Raub Berharap Pekebun Durian Musang King Di Beri Geran Tanah

Ahli Parlimen Raub Berharap Pekebun Durian Musang King Di Beri Geran Tanah

papar berkaitan - pada 17/6/2023 - jumlah : 270 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui berharap pengusaha kebun durian dikawasannya perlu dipertimbangkan pemberian geran tanah serta kebenaran bercucuk tanam BBeliau berkata pekebun durian Musang King adalah mangsa kepada sistem negar...
Aesthetic Clinic Malaysia Top Treatments What To Expect In 2025

Buli Pelajar Perempuan Diikat Kaki Dan Tangan Ditutup Mulut Ditinggalkan Di Tandas

Upgrade Laptop Lama Anda Supaya Laju Macam Baru Kos Bawah Rm300

Diamond Pendant Buying Guide How To Choose The Perfect Sparkle In 2025

Kuasa Politik Di Negeri Pahang Perlu Dikembalikan Kepada Orang Melayu Islam Umno Tidak Perlu Gadai Prinsip

Made In Taiwan A Carefree Kymco Ktr 150 By 2loud Custom

Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan Kibar Jalur Gemilang 2025

I Don T Want To Die Of A Heart Attack Just Yet


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Biodata Rita Nadira

Biodata Anna Jobling Pelakon Model Popular Malaysia

Kilafairy Terus Istiqamah Bertudung Doakan Saya Terus Kuat

Understanding Baccarat Rtp How Bcrgame16 Gives You An Edge

Kereta Dipandu Budak 11 Tahun Terbabas Ke Longkang

Kedah 12 Individu Terperangkap Akibat Arus Deras Sungai