Cukuplah Saya Simpan Apa Yang Saya Nampak Ketika Mengkafankan Almarhumah Coretan Pilu Hari Ke 28 Pemergian Zara Qairina
Sudah 28 hari berlalu sejak pemergian tragis si kecil, Zara Qairina Mahathir. Pemergiannya yang penuh tanda tanya mengundang air mata seluruh rakyat Malaysia, malah kisahnya mendapat liputan meluas di media sosial dan media arus perdana.
Sejak hari pertama, tanda pagar #JusticeForZara dan #StopFitnahZara terus trending, menjadi saksi betapa ramai yang bangkit demi membela keadilan untuk ‘adik syurga’ ini.
Hari ini, perkongsian daripada Marhamah Rosli, wanita yang mewakili keluarga arwah, sekali lagi menyentuh hati. Setelah 28 hari kehilangan ini, beliau menitipkan kata-kata penuh makna bukan sekadar sebagai catatan, tetapi sebagai seruan perjuangan.
HARI KE-28 PEMERGIAN ZARA QAIRINA
Terima kasih atas sokongan dan tanpa henti terus trending #JusticeForZara #StopFitnahZara. Sokongan ini amat besar maknanya dalam usaha kita menuntut keadilan.
Ada beberapa point yang ingin saya highlight pagi ini. Bismillah..
#1
Saya mengambil keputusan untuk menurunkan posting tentang keadaan jenazah Almarhumah Zara setelah melihat keterujaan sebahagian masyarakat dan bimbang berlakunya unsur khurafat.
#2
Saya sendiri yang mengkafankan semula Almarhumah Zara selepas proses post mortem (berdua bersama petugas hospital) dan melihat keadaan jenazah beliau. Saya menegaskan, keputusan menurunkan posting sebelum ini dibuat bukan kerana takut, atau tersalah cakap (seperti yang ‘digosipkan’ oleh beberapa pihak), tetapi untuk mengelakkan salah faham dan amalan yang tidak sepatutnya.
Cukuplah saya ‘simpan’ apa yang saya nampak ketika mengkafankan Almarhumah dan cukuplah Allah memuliakan beliau dengan cara yang Allah inginkan.
Jom kita fokus pula berbuat baik, semoga Allah sudi muliakan kita di dunia dan akhirat
Berhentilah bergaduh dan berdebat. Setuju untuk tidak bersetuju. Pendapat orang lain tidak akan memberi kesan apa-apa. Raikan saja pendapat yang lain
#3
Mari kita fokus kepada:
.. Mendoakan kesejahteraan Almarhumah Zara di alam baqa’
.. Mendoakan kekuatan kepada ibu Almarhumah Zara dan semoga beliau dijauhkan daripada kejahatan fitnah.
.. Mendoakan diri dan masyarakat agar menjaga akhlak. Jom kita membanteras buli tanpa membuli.
.. Mendoakan agar kebenaran terbukti.
.. Mendoakan pihak yang mempunyai maklumat dilembutkan hati untuk bersuara kepada pihak berkuasa.
.. Mendoakan agar pihak yang masih mahu memfitnah Almarhumah Zara dan ibunya, agar Allah kurniakan hidayah dan tawfiq
#4
Jom kita recap sedikit perkembangan kes Almarhumah Zara Qairina..
Setakat ini..
Ibu Zara sudah melantik peguam sah untuk mewakili beliau
Mohon mana-mana pihak, untuk berhubung dengan peguam sah dilantik jika ada sebarang cadangan dan hajat. Elakkan serbu ke rumah Ibu Zara bagi menghormati hak dan privasi beliau. Jaga adab ya
#5
Pasukan undang-undang Ibu Zara juga telah berjaya mendapatkan perintah daripada Pejabat Peguam Negara untuk..
Menggali semula kubur. Melakukan post mortem. Siasatan diambil alih oleh Special Task Force dari Bukit Aman.
#6
Antara perkara penting ialah..
.. Sampai sekarang saya masih menerima banyak maklumat penting. Sekiranya ada info tentang kejadian, tolong jangan berdiam diri. Tampil. Jika tidak berani berhadapan dengan pihak berautoriti, boleh hubungi peguam yang dilantik. Boleh juga whatsapp pasukan kami di 👉 www.wasap.my/60164051617.
#7
Sekiranya ada ugutan, hasutan atau ancaman supaya berdiam diri dan tidak menyalurkan maklumat.. Ayuhlah kita bermuhasabah diri.. Kerana menyatakan kebenaran juga adalah ibadah. Kita ada Allah. Cukuplah Allah saja yang kita takutkan. 🤲 Jangan sampai ‘diam’ kita, menjadi penyebab ada Zara ke-2. نَعُوْذُبِاللهِ مِنْ ذَالِكَ
#8
Terima kasih kepada sahabat-sahabat di Kuching atas sokongan #JusticeForZara. Semalam, ketika saya bertugas di sana, ramai yang menyapa dan menyebut #JusticeForZara apabila menyedari keberadaan saya. Terima kasih atas sokongan dan ambil berat terhadap kes ini ❤️
#9
Jom kita menuntut keadilan tanpa mencipta kontroversi dan spekulasi.
Bismillah untuk hari ini,
Marhamah Rosli
13/08/2025
Moga perjuangan menuntut keadilan untuk arwah Zara Qairina masih teguh berdiri. Sokongan rakyat tidak pernah pudar, malah terus menjadi penguat semangat buat keluarga untuk mencari kebenaran.
Sumber: Marhamah Rosli
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/cukuplah-saya-simpan-apa-yang-saya-nampak-ketika-mengkafankan-almarhumah-coretan-pilu-hari-ke-28-pemergian-zara-qairina/