Dia Juga Anak Kita Bella Astillah Luah Pilu Isu Pemergian Adik Zara Qairina Mahu Tuntut Keadilan


Pemergian adik Zara Qairina, remaja berusia 13 tahun yang dipercayai menjadi mangsa buli, telah mengejutkan dan menyayat hati seluruh rakyat Malaysia. Insiden ini bukan sahaja membuka luka lama mengenai isu buli dalam kalangan pelajar, tetapi turut mencetuskan persoalan mendalam mengenai keselamatan anak-anak, terutamanya mereka yang tinggal di asrama.
Apa yang lebih menyentuh hati ialah apabila kisah tragis ini mendapat perhatian dan simpati daripada pelbagai pihak, termasuk selebriti tanah air. Antara yang paling terkesan dengan pemergian adik Zara ialah penyanyi dan pelakon berasal dari Sabah, Bella Astillah.

Menerusi perkongsian menyayat hati di laman Instagram miliknya, Bella meluahkan kesedihan mendalam terhadap nasib malang yang menimpa adik Zara, seorang anak Sabah sepertinya yang pergi dalam keadaan penuh persoalan dan kemungkinan menjadi mangsa penderaan fizikal dan emosi.
“Adik Zara Qairina, 13 tahun, anak Sabah, perginya dalam keadaan penuh tanda tanya. Dikatakan dibuli, disakiti tapi sampai hari ini, belum ada siapa yang tampil bertanggungjawab.
“Bayangkan… anak kecil, jauh dari keluarga, menghadapi semuanya seorang diri. Kenapa sampai begini baru kita mula buka mata? Ndakan lah kita mau biarkan jak apatah lagi melibatkan nyawa! Siapakah orang yang sepatutnya bertanggungjawab memantau mereka di Asrama tempat dimana ibu bapa meletakkan sepenuh kepercayaan mereka di situ. Allahu, di mana letaknya perikemanusiaan kamu semua.
“Tepuk dada tanya selera. Kalau ini berlaku pada anak kita sendiri, sanggupkah kita berdiam? Sebagai seorang ibu dan juga sabahan, hati saya hancur. Seorang anak kecil, di usia muda begitu, terpaksa menanggung penderitaan yang tak sepatutnya,” luahnya sebak.

Dalam coretannya yang menyentuh jiwa itu, pemilik nama sebenar Dayang Ara Nabellah Awang Astillah turut menekankan bahawa buli bukanlah isu remeh yang boleh dipandang sepi.
“Buli bukan hal remeh. Jangan kita diam. Jangan tunggu ada lagi Zara yang lain.
Tolonglah bha pantau anak-anak kita. Dengarkan dorang. Didik dioranv supaya jadi manusia yang ada empati, bukan yang kejam.
Zara bukan sekadar nama dalam berita. Dia adalah anak kita juga. Kita gagal bila anak-anak terbiar dalam sistem yang membutakan hati dan menutup kebenaran 💔
Saya doakan keadilan akan datang. Saya akan terus bersuara untuk Zara.
Semoga Allah s.w.t tempatkan adik Zara di syurga tertinggi. Amin yra🤍

“Salam takziah dan kekuatan buat seluruh keluarga yang sedang berduka cita. Al-fatihah buat adik Zara Qairina,” tulisnya lagi.
Perkongsian Bella itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut bersedih dan marah dengan apa yang berlaku.
Semoga pemergian adik Zara bukan sia-sia. Semoga dari kisah duka ini, akan lahir kesedaran dan tindakan yang mampu melindungi anak-anak lain daripada menjadi mangsa seterusnya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/dia-juga-anak-kita-bella-astillah-luah-pilu-isu-pemergian-adik-zara-qairina-mahu-tuntut-keadilan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bella Astillah Luah Sedih Harap Kes Zara Qairina Tidak Berulang Jangan Kita Diam

Bella Astillah Luah Sedih Harap Kes Zara Qairina Tidak Berulang Jangan Kita Diam

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 185 hits
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah luah sedih dan marah susulan insiden menyayat hati melibatkan remaja perempuan Zara Qairina 13 yang meninggal dunia dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah di Sabah baru baru ini Instagram ...
Kami Redha Tapi Tidak Akan Diam Ibu Bapa Zara Tuntut Keadilan Buat Anak Syurga

Kami Redha Tapi Tidak Akan Diam Ibu Bapa Zara Tuntut Keadilan Buat Anak Syurga

papar berkaitan - pada 25/7/2025 - jumlah : 174 hits
Dalam hidup ini tiada yang lebih menyayat hati bagi seorang ibu dan ayah daripada menerima jasad anak yang pulang bukan dalam pelukan kasih tetapi dalam kesunyian penuh misteri dan persoalan yang tidak terjawab Itulah detik kelam yang terpa...
Nak Berdepan Cara Baik Silakan Aisha Retno Komen Mengenai Isu Sepupunya Sophia Albarakbah Dan Bella Astillah

Nak Berdepan Cara Baik Silakan Aisha Retno Komen Mengenai Isu Sepupunya Sophia Albarakbah Dan Bella Astillah

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 137 hits
Penyanyi bersuara lunak Aisha Retno akhirnya tampil memberikan pandangannya mengenai isu yang membabitkan sepupunya pelakon Sophia Albarakbah dan bekas isteri kepada Aliff Aziz Bella Astillah yang kembali hangat diperkatakan selepas sebuah ...
Aliff Aziz Lari Daripada Media Enggan Ulas Dakwaan Mahu Rampas Hak Penjagaan Anak Daripada Bella Astillah

Aliff Aziz Lari Daripada Media Enggan Ulas Dakwaan Mahu Rampas Hak Penjagaan Anak Daripada Bella Astillah

papar berkaitan - pada 19/7/2025 - jumlah : 159 hits
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz dilihat lari dan cuba mengelak daripada petugas media ketika menghadiri majlis The Kuala Lumpur Men s Fashion Week malam semalam Menerusi rakaman tular Aliff yang diiringi dua lelaki dilihat berjalan laju ker...
Hantar Anak Belajar Pulang Sebagai Jenazah Ibu Tuntut Keadilan Kematian Anak

Hantar Anak Belajar Pulang Sebagai Jenazah Ibu Tuntut Keadilan Kematian Anak

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 176 hits
JOHOR BAHRU Luahan pilu seorang ibu mengenai kematian anaknya yang merupakan pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Universiti Teknologi Malaysia Skudai menyentuh hati ramai netizen selepas dikongsikan di TikTok Menerusi perkongsian video...
Zara Patut Masih Hidup Mimi Lana Tegas Tuntut Keadilan Mahu Wajah Pelaku Didedah

Zara Patut Masih Hidup Mimi Lana Tegas Tuntut Keadilan Mahu Wajah Pelaku Didedah

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 140 hits
Pelakon Mimi Lana tampil menyuarakan kemarahan dan kekecewaan susulan kematian tragis murid sekolah Zara Qairina yang didakwa menjadi mangsa buli sehingga menemui ajal Dalam kenyataan tegas yang dimuat naik di media sosial Mimi menuntut kea...
Anak Saya Hilang Sekelip Mata Keluarga Tuntut Keadilan Anak Maut Dilanggar Anggota Polis

Anak Saya Hilang Sekelip Mata Keluarga Tuntut Keadilan Anak Maut Dilanggar Anggota Polis

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 198 hits
GURUN Luluh hati saya apabila lihat anak tidak sedarkan diri kata seorang ibu yang juga jururawat menceritakan detik tragis menyambut anaknya dalam keadaan sawan selepas terbabit dalam kemalangan akhir bulan lalu Norliza Mohd Salleh 44 berk...
Pemergian Zara Qairina Bukan Sekadar Nama Di Laman Berita

Pemergian Zara Qairina Bukan Sekadar Nama Di Laman Berita

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 188 hits
Hari ini hati saya remuk Remuk seribu Seorang anak kecil bukan seorang remaja perempuan bernama Zara Qairina baru berusia 13 tahun telah pergi Pergi bukan kerana sakit bukan kerana kemalangan tapi kerana sesuatu yang lebih kejam dibuli sehi...
Kpn Gesa Semua Pihak Berhenti Sebar Maklumat Tidak Tepat Mengenai Kes Zara Qairina

Kpn Gesa Semua Pihak Berhenti Sebar Maklumat Tidak Tepat Mengenai Kes Zara Qairina

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 129 hits
KPN Gesa Semua Pihak Berhenti Sebar Maklumat Tidak Tepat Mengenai Kes Zara Qairina KUALA LUMPUR 6 Ogos Polis Diraja Malaysia menggesa semua pihak menghentikan tindakan memuat naik atau berkongsi maklumat yang belum disahkan berkaitan kes ke...
Masih Ramai Tak Tahu Ini 14 Kategori Barangan Sara

Polis Siasat Video Tular Murid Kejar Kereta Ibu Di Seri Kembangan

Buasir Otak Tv Dalam Setahun Ada Berapa Bulan Be Like

Sekatan Israel Cetus Kebuluran Di Gaza Who Beri Amaran Kematian Akibat Malnutrisi Harian Metro

Schizzo Redux Walzwerk S Made To Order Bmw R 12 Caf Racer

Kelantan Cuba Rempuh Polis Lepas Tembakan

Kenapa Bisnes Anda Perlu Pilih Syarikat Design Printing Profesional Jimat Masa Kos Hasil Lebih Berkualiti

Malaysia Madani Rakyat Disantuni Tema Bulan Kebangsaan Tahun 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Harapalsu Arghpiez Ft Mus Satira

Drama Dr Pontianak 2

Expecting The Lion Not To Eat You

Black Hanifah Feat Adira Suhaimi Memilih Kamu Chord

Mytnb Cara Semak Bil Elektrik Online

Cara Masuk Whatsapp Web Bikin Chat An Di Laptop Makin Seamless