Cukup 47 Hari Melawan Kanser Isteri Dijemput Ilahi Anak Bongsu Tak Sempat Rasa Kasih Ibu


Selepas berjuang 47 hari bertarung nyawa melawan penyakit kanser, akhirnya Allah ambil arwah Noor Athirah Mohd Arif ibu kepada dua cahaya mata untuk ‘berehat’ buat selama-lamanya.
Kesakitan yang ditanggung oleh arwah Noor Athirah ini pernah dikongsikan oleh suaminya, Muhammad Hairi Ramli, 27, hampir dua bulan lalu selepas arwah terpaksa bersalin awal ketika kandungan 8 bulan bagi menyelamatkan bayi yang dikandungnya.

Muhammad Hairi berkata, isterinya, Noor Athirah Mohd Ariff, 24, disahkan menghidap kanser payudara ketika sarat mengandung, malah difahamkan sel barah itu telah merebak ke bahagian tulang belakang.
ARTIKEL BERKAITAN [“Doakan Isteri Saya.” Disahkan Kanser Payudara, Anak Kedua Belum Rasa Setitik Susu Ibu]
Katanya, keadaan isteri menyebabkan doktor mengambil keputusan untuk bayi dalam kandungan yang berusia lapan bulan ketika itu, dilahirkan melalui pembedahan bagi menyelamatkan kedua-dua nyawa.

“Selepas isteri selamat melahirkan bayi kami pada 23 Mei lalu, beliau dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan berada dalam keadaan separuh koma, sekali gus bergantung sepenuhnya pada mesin bantuan pernafasan.
“Lebih menyedihkan, anak bongsu yang diberikan nama Muhammad Aidilfitri, belum dapat merasa setitik pun susu daripada ibunya dan hanya bergantung pada susu formula khas untuk bayi pramatang,” kongsinya.
Muhammad Aidilfitri yang tidak sempat dipeluk ibu dan merasai susu ibunya. Ingatkan bengkak susu
Kongsi Muhammad Hairi lagi, selepas melahirkan anak sulung pada 2017, isteri mendapati ada benjolan kecil pada payudara kanan tetapi lama-kelamaan ia hilang susulan berubat secara tradisional.
“Namun ketika mengandungkan anak kedua, benjolan pada payudara sebelah kanan timbul semula. Benjolan itu kemudiannya semakin membesar dan menyakitkan tetapi pada awalnya disangkakan ia hanya bengkak susu.

“Pada awal kehamilan, isteri sangat cergas. Bagaimanapun apabila kandungan berusia lapan bulan, saya melihat isteri cepat penat dan lesu yang dianggap mungkin kerana beliau sedang sarat,” katanya.
Sementara itu, di Facebook sepupunya, Mawardy Che Aziz, dia memaklumkan arwah telah kembali ke rahmatullah pada 9 Julai lebih kurang jam 1 pagi di Hospital Raja Zainab II Kota Bharu, Kelantan setelah 47 hari bertarung nyawa mulai 23/5/2020 – 9/7/2020.

Saya mewakili seluruh ahli keluarga mengucapkan jutaan terima kasih dan mohon halal semua yang terlibat di atas segala DOA serta DERMA yang telah diberikan kepada arwah serta keluarganya. Mohon juga jasa baik semuanya mendoakan agar arwah ditempatkan dikalangan yang beriman. In Shaa Allah. Aamin
Sumber: FB Yanna Sofea ; FB Mawardy Che Aziz & BH
The post Cukup 47 Hari Melawan Kanser, Isteri Dijemput Ilahi. Anak Bongsu Tak Sempat Rasa Kasih Ibu  appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/cukup-47-hari-melawan-kanser-isteri-dijemput-ilahi-anak-bongsu-tak-sempat-rasa-kasih-ibu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belum Dapat Merasa Susu Ibu Wanita Hidap Kanser Meninggal Dunia Lepas Lahirkan Anak

Belum Dapat Merasa Susu Ibu Wanita Hidap Kanser Meninggal Dunia Lepas Lahirkan Anak

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 536 hits
Seorang ibu muda berusia 24 tahun Noor Athirah akhirnya menemui ajal pada 9 Julai nbsp selepas 47 hari bertarung nyawa melawan penyakit kanser arwah meninggalkan dua orang cahaya mata yang masih kecil Lebih meruntun jiwa suaminya Muhammad H...
Sempat Kongsi Foto Anak Di Facebook Suami Isteri Maut Kemalangan

Sempat Kongsi Foto Anak Di Facebook Suami Isteri Maut Kemalangan

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 604 hits
Ajal dan maut ditangan Tuhan baru baru ini dukacita dimaklumkan sepasang suami isteri maut dalam satu kemalangan di Kilometer 34 4 Lebuhraya Shah Alam dari arah USJ ke Klang dekat Subang Jaya semalam Menerusi Harian Metro motorsikal yang di...
Masih Pantang Jaga Diri Baik Baik Sayang Komitmen Kerja Nadzmi Adhwa Jauh Dengan Anak Isteri Selama 17 Hari

Masih Pantang Jaga Diri Baik Baik Sayang Komitmen Kerja Nadzmi Adhwa Jauh Dengan Anak Isteri Selama 17 Hari

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 654 hits
Pelakon Nadzmi atau nama penuhnya Nadzmi Adhwa Nor Adzmi memaklumkan akan berjauhan dengan isterinya Ardell Aryana serta anak mereka Arwa Malaikha Urwa atas tuntutan kerja Bintang itu akan meninggalkan anak isteri kira kira 17 hari Selain i...
Ish Melalak Je Anak Dia Jangan Judge Ibu Bapa Lain Suatu Hari Kita Akan Alami Perkara Sama

Ish Melalak Je Anak Dia Jangan Judge Ibu Bapa Lain Suatu Hari Kita Akan Alami Perkara Sama

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 444 hits
Selagi mana kita tidak menjadi ibu bapa selagi itulah kita tak merasai sendiri pengalaman sebenar dunia keibubapaan Bila mana kita menjadi ibu bapa barulah kita sedar bukan mudah untuk menguruskan manusia kecil ini Emosi anak kecil ada turu...
Ibu Meninggal Dunia Hidap Kanser Ketika Hamil Anak Kedua Permintaan Terakhir Arwah Sentuh Hati Netizen

Ibu Meninggal Dunia Hidap Kanser Ketika Hamil Anak Kedua Permintaan Terakhir Arwah Sentuh Hati Netizen

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 352 hits
Kehilangan orang tersayang diibarat seperti hilang separuh jiwa dan raga Paling terkesan pada pasangan sehidup dan semati Tidak kurang juga perasaan kehilangan itu turut dirasai oleh rakan dan sahabat yang rapat Siapa yang tidak sedih denga...
Isteri Luah Rasa Terguris Suami Tak Layan Minta Beli Nasi Ayam Untuk Hadiah Hari Jadi Siap Kena Marah Lagi

Isteri Luah Rasa Terguris Suami Tak Layan Minta Beli Nasi Ayam Untuk Hadiah Hari Jadi Siap Kena Marah Lagi

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 718 hits
Kehidupan berumah tangga ini banyak rencah dan asam garamnya Orang tua tua kata semakin lama usia perkahwinan semakin banyak kekurangan pasangan yang terbongkar Semuanya atas pilihan sendiri bagaimana mahu merawat kekurangan tersebut agar h...
Eksklusif Nasihat Datuk Dr Noor Hisham Ibu Bapa Kena Jadi Frontliner Anak Anak Virus Kita Tak Nampak

Eksklusif Nasihat Datuk Dr Noor Hisham Ibu Bapa Kena Jadi Frontliner Anak Anak Virus Kita Tak Nampak

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 463 hits
Episod pandemik wabak Covid 19 masih belum berakhir kerana setiap hari pasti ada sahaja kes baharu dilaporkan Walaupun kerajaan telah membenarkan beberapa sektor pekerjaan dan perniagaan dibuka namun Standard Operating Procedure tetap harus...
Hebatnya Isteri Sentiasa Letakkan Suami No 1 Sedia Memaafkan Asalkan Anak Bahagia

Hebatnya Isteri Sentiasa Letakkan Suami No 1 Sedia Memaafkan Asalkan Anak Bahagia

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 780 hits
Wanita itu sifatnya sangat unik Allah jadikan wanita insan yang sangat kuat dan kental berhadapan dalam isu rumah tangga Sanggup menggadai rasa bahagia sendiri asalkan anak anak terus bahagia Sanggup terus dikhianati asalkan rumah tangganya...
Amalan Makan Semeja Hubungan Suami Isteri Lebih Mesra Anak Pun Senang Nak Bentuk

Amalan Makan Semeja Hubungan Suami Isteri Lebih Mesra Anak Pun Senang Nak Bentuk

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 405 hits
Ada setengah keluarga masih mengamalkan aktiviti makan bersama sebagai rutin harian mereka namun tidak kurang juga yang sudah lama tidak berkesempatan meluangkan masa seperti itu Apa kata jadikan rutin makan bersama setiap hari sekurang kur...
Sabah Umno Chief Confident In Party S 34 Year Struggle And Revival

Buffet Ramadan 2025 Fraser Place Puteri Harbour

Alyph Feat Ziana Zain Gerak Chord

Penerangan Jenis Jenis Gangguan Seksual Kanak Kanak Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Kadar Zakat Fitrah 2025m 1446h Setiap Negeri

Alyssa Dezek Ara Aziz Qadejah Aliff Syukri Cik B Raya Genz Chord

Indonesia Cuts Domestic Airfares For Aidilfitri Travel

Ikan Taucu Sedap Kredit Dapur Kecik Naza


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ismail Sabri Diarahkan Sprm Isytihar Harta

Mulakan Berbuka Puasa Dengan Kurma Dan Air Kosong Diikuti Dengan Makanan Ringan Seperti Sup

Xiaomi 15 Ultra Dilancar Reka Bentuk Ikonik Fokus Fotografi Harga Dari Rm5 199

Ismail Sabri Diarah Isytihar Harta Sprm Sita Wang Tunai Rm170 Juta Jongkong Emas Rm7 Juta

Ismail Sabri Sprm Dan Sejarah Berulang

15 Pantun Berbuka Puasa Klasik Bermakna Untuk Sahabat