Hebatnya Isteri Sentiasa Letakkan Suami No 1 Sedia Memaafkan Asalkan Anak Bahagia


Wanita itu, sifatnya sangat unik. Allah jadikan wanita insan yang sangat kuat dan kental berhadapan dalam isu rumah tangga.
Sanggup menggadai rasa bahagia sendiri, asalkan anak-anak terus bahagia. Sanggup terus dikhianati asalkan rumah tangganya itu terus bertahan tidak roboh.
Sanggup memberi peluang demi peluang kedua, ketiga, keempat dan beratus-ratus kali kepada suami yang menganiayai. Asalkan sahaja suami sedia berubah dan berjanji tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Kita yang tidak mengalaminya pasti akan mengecam. Kenapa harus berjuang mempertahankan mahligai yang dibina sedangkan anai-anai sudah lama memakan segala tiang-tiang dan juga dindingnya? Hanya menanti retak dan roboh menyembah bumi.
Sesiapa pun tidak akan memahami situasi itu melainkan puan empunya diri yang merasai dan melalui ujian getir sebegitu dalam rumahtangga.
Banyak perkara yang perlu difikirkan oleh wanita-wanita besi yang diuji Allah. Wanita sebegini biasanya meletakkan kepentingan diri paling akhir berbanding yang lain.
Begitulah sikap wanita yang tampak lemah lembut penuh gemalai. Hakikatnya, mereka ini berhati kental dan sangat hebat berhadapan dengan pelbagai ujian kehidupan yang sangat dahsyat.
Perkongsian dari Puan Mawaddah MN ini cukup memberi semangat buat sahabat-sahabat yang sedang bertarung dalam ujian yang sangat getir itu melalui pengalaman-pengalaman orang-orang yang saya kasihi yang pernah melaluinya.
1. Pertama, jadikan doa itu sebagai senjata untuk berlindung. Berdoa dan memohonlah kepada Allah supaya badai yang melanda itu akan segera berakhir. Sama ada dalam keadaan selamat mahupun sebaliknya.
Jika berjaya diselamatkan, syukurlah. Jodoh itu masih panjang. Dan jika terpaksa meninggalkan, maka jangan terlalu berduka kerana kita tetap punya Allah yang sentiasa mengasihi dan menyayangi.
Mohonlah bersungguh-sungguh kepada Allah. Fokus pada doa yang dipohon. Nyatakan secara spesifik doa yang dipohon. Allah Taala pasti mendengar dan memberikan jalan keluar bagi setiap masalah yang diberi.
FirmanNya,
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
“Dan Rabbmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina“. (QS. Ghafir: 60)
2. Buatlah keputusan berdasarkan kepentingan agama. Andai hubungan suami itu diteruskan tetapi anak-anak melihat contoh teladan yang tidak baik hampir setiap hari, maka sebaiknya ditinggalkan.

Ibu mereka dibantai setiap hari. Diugut setiap hari. Dirampas segala harta yang boleh digadai. Solat dan puasa jauh sekali untuk diteladani anak-anak. Maka sedemikian itu, seharusnya dijauhi kerana situasi itu mampu membina mimpi dan igauan buruk dalam diri anak-anak. Sedikit sebanyak pasti akan memberi tempias kepada sikap dan perilaku anak-anak di masa hadapan.
Suami isteri yang bertelingkah selalu terlupa akan hal ini kerana fokus mereka adalah hubungan mereka. Hakikatnya, anak-anak melihat dan mendengar setiap hari. Terakam kisah ngeri yang pastinya sukar dipadam dari memori mereka sehingga mati. Lantas, jangan biarkan mereka terlalu lama dipaksa melalui kisah-kisah hitam ibu dan ayah mereka.
Ketahuilah, anak-anak itu ibarat kain putih. Mereka akan tercorak dengan lukisan yang ibu bapa mereka lakarkan di kain putih itu.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ـ رضى الله عنه ـ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ
Maksudnya:” Setiap anak yang dilahirkan itu dalam keadaan fitrah (suci bersih), kedua ibubapanyalah yang mencorakkanya menjadi yahudi atau nasrani atau majusi.” (HR Al-Bukhari)
3. Bersegeralah mendapatkan nasihat orang-orang terdekat yang dipercayai. Ya, dipercayai! Kerana sesungguhnya, silap percaturan mencari tempat meluah rasa dan membuat keputusan juga, akan membinasakan diri.
Dianjurkan agar mendapatkan bimbingan dan juga kaunseling rumah tangga di pejabat agama agar lebih terarah sudut perbincangan dan sesi konsultasi.
Saya berkongsi coretan ini di sini bukan atas kapasiti sebagai seorang yang berkredibiliti dalam urusan nikah kahwin atau perdamaian.

Tetapi, saya kongsi kisah-kisah orang-orang yang saya sayang yang diuji ujian sehebat ini dalam rumahtangga mereka. Mereka sangat bijak melalui saat getir itu. Dan saya rasa rugi jika perkongsian mereka ini terus diperam.
Barangkali ada sahabat-sahabat pembaca yang sedang melaluinya. Semoga dapatlah memberi sedikit panduan untuk membuat keputusan.
Perceraian itu sangat tidak disukai Allah sehingga bergegar tiang arash. Tetapi, ianya tetap menjadi jalan penyelesaian yang diberi agama terhadap rumahtangga yang sudah terlalu tenat.
Semoga Allah mengurniakan sinar kebahagian kepada kita semua.
Sumber: Mawaddah MN
Kredit gambar: Google
The post Hebatnya Isteri, Sentiasa Letakkan Suami No 1, Sedia Memaafkan Asalkan Anak Bahagia appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/hebatnya-isteri-sentiasa-letakkan-suami-no-1-sedia-memaafkan-asalkan-anak-bahagia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peganglah 10 Resipi Bahagia Ni Kalau Suami Isteri Gaduh Merajuk Pun Tak Lama

Peganglah 10 Resipi Bahagia Ni Kalau Suami Isteri Gaduh Merajuk Pun Tak Lama

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 502 hits
Hidup berpasangan satu fitrah semula jadi buat seorang lelaki dan wanita Ia umpama siang dengan malam pasang dan surut Begitu juga dengan manusia melalui perkahwinan menyatukan dua hati untuk mengharungi segala suka duka kehidupan Bukan mud...
Terdidiknya Seorang Isteri Itu Apabila Baiknya Sikap Suami Itu Tandanya Level Bahagia 100

Terdidiknya Seorang Isteri Itu Apabila Baiknya Sikap Suami Itu Tandanya Level Bahagia 100

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 450 hits
Suami kena jadi suami yang baik Isteri juga kena jadi isteri yang baik Untuk menjadi suami isteri yang baik suami isteri perlu upgrade keperibadian diri Keperibadian diri juga disebut sebagai akhlak Berkata Ibnu Qudamah akhlak ialah apa apa...
Suami Isteri Sedia Makanan Percuma Menerusi Rumah Makan Percuma

Suami Isteri Sedia Makanan Percuma Menerusi Rumah Makan Percuma

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 426 hits
ALOR SETAR Prihatin dengan nasib segelintir masyarakat yang terkesan akibat penularan pandemik COVID 19 seorang usahawan berjaya dan isterinya mengambil inisiatif membuka Rumah Makan Percuma di sini untuk menyediakan makanan secara percuma ...
Suami Pergi Daftar Nama Anak Isteri Tempah Makanan Berpantang Online

Suami Pergi Daftar Nama Anak Isteri Tempah Makanan Berpantang Online

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 525 hits
Hari ni first day wife berpantang kat rumah Tak ada orang lain yang jaga aku sendiri je yang urus buat sementara waktu Sebabnya confinement lady yang kitorang book hari tu belum datang Belum datang bukan bermaksud kena tipu ke apa tapi mema...
Selalu Belanja Tunaikan Apa Anak Isteri Minta Lagi Berkat Rezeki Suami

Selalu Belanja Tunaikan Apa Anak Isteri Minta Lagi Berkat Rezeki Suami

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 459 hits
Rezeki yang kita dapat hari ini semuanya dari Allah Dia berhak mengambilnya bila bila masa Ingatlah sentiasa berusaha dan berdoa keberkatan itu lebih berpanjangan dan rezeki juga tak putus Allah juga dah janjikan jika kita sentiasa menyenan...
Amalan Makan Semeja Hubungan Suami Isteri Lebih Mesra Anak Pun Senang Nak Bentuk

Amalan Makan Semeja Hubungan Suami Isteri Lebih Mesra Anak Pun Senang Nak Bentuk

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 383 hits
Ada setengah keluarga masih mengamalkan aktiviti makan bersama sebagai rutin harian mereka namun tidak kurang juga yang sudah lama tidak berkesempatan meluangkan masa seperti itu Apa kata jadikan rutin makan bersama setiap hari sekurang kur...
Dari Hidup Berdua Sampai Dapat Anak Suami Rajin Buat Kerja Rumah Isteri Makin Sayang

Dari Hidup Berdua Sampai Dapat Anak Suami Rajin Buat Kerja Rumah Isteri Makin Sayang

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 467 hits
Tanyalah mana mana isteri perkataan pertama yang keluar dari mulut isteri bila ditanya apa yang diinginkan daripada seorang suami adalah memahami ringan tulang dan boleh membimbing Tiga ciri ini jika ada kira lengkap dan boleh mengembirakan...
Kadang Kadang Suprise Kecil Dari Isteri Buat Suami Bahagia Tak Payah Modal Pun

Kadang Kadang Suprise Kecil Dari Isteri Buat Suami Bahagia Tak Payah Modal Pun

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 341 hits
Bila usia perkahwinan dah masuk ke tahun yang kelima dan ke atas kita dah terlalu biasa dengan pasangan sehingga kadang kadang jarang ada kemesraan sesama kita Perkahwina kita lebih serius dan banyak memikirkan tentang anak anak serta kemud...
Loya Bau Busuk Si Suami Isteri Buat Kejutan Rupanya Hamil Anak Sulung

Loya Bau Busuk Si Suami Isteri Buat Kejutan Rupanya Hamil Anak Sulung

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 444 hits
fb comments fb comments span fb comments span iframe style min width 100 important width 100 important Bermula dengan simptom yang dialami seperti alahan nbsp pada nbsp bau siapa sangka rupa rupanya wanita ini bakal menimang cahaya mata sul...
Keep Sarawak Free Of National Party Interference Says Pbb S Karim

Chatuchak Market Thailand

Simpan Duit Farah Dalam Akaun Asb Mami

Tips Bebas Hutang Viral Pulak Kisah Saya Ni

Benefits Of Dates Juice From Improving Bone Health To Promoting Beautiful Skin

Hs Farmstay Water Park And Mini Zoo Muar

Hadi Pilih Pilih Hujah Agama Bela Mastura

Pelarasan Kadar Tarif Elektrik Tnb 2025


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal


Menangis Dan Menyesal Makcik Bakar Motosikal Mengaku Salah Di Mahkamah

Sementara Tunggu Pesanan Masuk Rider Ambil Peluang Baca Al Quran Atas Motosikal

Pas Backs Ex Lecturer In Ongoing Legal Dispute With Hannah Yeoh

Keindahan Alam Dan Keunikan Lanskap Taman Rekreasi Tasik Melati Kangar

A Parent S Confessional Upkk Just Kafa Or The Real Deal

Petua Untuk Jadi Keluarga Bahagia