Cucoq Udang Sedap Dimakan Mudah Disediakan
Cucoq Udang Sedap Dimakan Mudah Disediakan
Bila dah menetap di utara ni, salah satu hidangan popular petang-petang hari ialah cucoq udang. Ianya mudah disediakan asalkan cukup bahan-bahannya. Cucoq udang ini juga antara bahan utama salah satu lagi menu popular di utara ini iaitu pasembur. Kalau di Melaka pasembur ni lebih kurang macam rojak la. Kena dengan kuahnya yang sedap memang makan tak cukup sepinggan.
Cara Buat Cucoq Udang Yang MudahPastikan bahan-bahan ada. Antara bahan yang digunakan ialah taugeh, daun kucai, bawang besar, tepung, garam, telur (ikut suka, tak masuk pun tak apa), minyak untuk menggoreng dan semestinya kena ada udang. Kalau takde udang tak jadilah cucoq udang.
Cara nak buat pun mudah je. Campurkan semua bahan macam nak buat jemput-jemput, kecuali udang. Udang akak suka letak di bahagian luar
ni bancuhan tepung yg sedang direhatkan sebentar sementara menunggu minyak panas....udang yg tunggu giliran utk ditepekkan atas bancuhan tepung sebelum masuk kuali.
Nak dapat bentuk bulat-bulat macam ni, akak gunakan senduk kuah. Panaskan dahulu senduk (jangan pula guna yang plastik yer), sendukkan bancuhan tepung tadi dan tepekkan udang 2,3 ekor atasnya. Celup semula dalam minyak panas, biarkan sebentar dan lepas tu goyang-goyangkan senduk tersebut supaya tepung tadi tanggal. Macam buat kuih loyang. Kalau betul-betul panas memang mudah tertanggal.
Inilah dia cucoq udang tadi....siram dengan kuah kacang atasnya ataupun anak2akak suka makan dengan sos ajer.....kuah kacang tu akak beli yg segera punya buatan orang kampung, bancuh dgn air panas ajer tapi selalunya akak modified sikit tambahkan kisaran kacang tanah goreng dan cili mesin bagi lebih ummpphhhh....akak tak bancuh dgn air panas tapi akak goreng semula.
Sedap makan bila panas-panas, dah sejuk pun sedap jugak dikunyah dapat pulak makan bila tengah lapar.
Selamat mencuba!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azirahman.com/2011/02/cucoq-udang-sedap-dimakan-mudah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+azirahman/MVSY+(Journey+Of+Life)