Cubaan Rampas Kuasa Tukar Kerajaan Tak Selesai Masalah



(Agenda Daily) – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata percubaan merampas kuasa kerajaan tidak mampu mengatasi kemelut politik sebaliknya akan meneruskan masalah dihadapi ketika pandemik Covid-19 sekarang ini.
Beliau berpendapat walaupun sekiranya kerajaan bertukar tangan, kewujudan pentadbiran baharu itu adalah lemah kerana memiliki majoriti yang tipis.
“Yang menjadi masalah politik ialah percubaan merampas kuasa. Malangnya jika Kerajaan ditukar, Kerajaan baru juga akan menjadi lemah kerana majoriti yang tipis.
“Tindakan politik hanya akan meneruskan masalah,” katanya dalam kenyataan hari ini ketika mengulas cadangan beliau supaya kerajaan menubuhkan Majlis Pemulihan Negara.
Sebelum ini Agenda Daily melaporkan cubaan blok pembangkang melakukan ‘rampasan kuasa’ dengan mendakwa kononnya mendapat sokongan Ahli Parlimen melebihi yang dimiliki kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Malah beberapa pemimpin UMNO – parti yang sekarang ini bersama kerajaan PN pimpinan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin – dikatakan turut menandatangani surat sokongan terhadap Ketua Pembangkang yang juga Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri.
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sehingga kini belum membuat penafian rasmi mereka menandatangani surat sokongan kepada Anwar, yang tersebar luas di media sosial.
Agenda Daily juga melaporkan bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim juga mendedahkan sedikit maklumat mengenai cubaan pihak tertentu mendapatkan tandatangan dan sokongan Ahli Parlimen bagi ‘merampas kuasa’ kerajaan sedia ada.
Mengenai Majlis Pemulihan Negara itu, Dr Mahathir berkata ia tidak akan menggantikan kerajaan sedia ada sebaliknya membantu dalam empat perkara iaitu mengurang kes baharu Covid-19 sehingga tercapai imuniti kelompok.
Katanya, majlis itu juga berperanan memulihkan semula masalah kemerosotan ekonomi dan kewangan negara serta mengkaji dan menangani masalah persekolahan.
“Untuk politik Parlimen akan bersidang dan tindakan Majlis akan dibentang kepada Parlimen. Percubaan untuk hapuskan Majlis Pemulihan Negara tidak akan diusahakan oleh Parlimen,” katanya.
Untuk rekod pada 2019 lalu Dr Mahathir menubuhkan Majlis Penasihat Kerajaan yang bertindak menasihati kerajaan mengenai ekonomi dan kewangan.
Lima pakar terkemuka mengisi jawatan dalam majlis itu dengan dipengerusikan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, manakala ahlinya terdiri daripada bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; bekas Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Merican; tokoh korporat, Tan Sri Robert Kuok dan ahli ekonomi terkemuka negara, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/06/12/cubaan-rampas-kuasa-tukar-kerajaan-tak-selesai-masalah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gunakanlah Kuasa Untuk Tolong Rakyat Bukan Bagi Kekalkan Kuasa Bidas Zahid Hamidi Kepada Kerajaan Pn

Gunakanlah Kuasa Untuk Tolong Rakyat Bukan Bagi Kekalkan Kuasa Bidas Zahid Hamidi Kepada Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 213 hits
Total lockdown sudah sambung 2 minggu lagi Namun Moratorium Pukal tanpa faedah masih tidak kesampaian Rakyat berkorban demi Malaysia yang lebih kuat dalam melawan pandemik sewajibnya bank juga harus berkorban Laporan 2020 juga mendedahkan b...
Masa Rampas Kuasa Dulu Guan Eng Dah Susun Elok Sebab Tu Lockdown Kali Pertama Lancar Kali 2 Dan Ke 3 Macamerba

Masa Rampas Kuasa Dulu Guan Eng Dah Susun Elok Sebab Tu Lockdown Kali Pertama Lancar Kali 2 Dan Ke 3 Macamerba

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 182 hits
Mana bantuan untuk M40 hadapi PKP Najib soal Putrajaya June 2 2021 Najib Razak berkata seluruh negara dikenakan lockdown kecuali 95 142 syarikat yang dibenarkan beroperasi PETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak menempelak Putrajaya...
Selain Mahiaddin Yang Gila Kuasa Punca Masalah Negara Juga Kerana Mahathir Yang Sentiasa Kemaruk Kuasa

Selain Mahiaddin Yang Gila Kuasa Punca Masalah Negara Juga Kerana Mahathir Yang Sentiasa Kemaruk Kuasa

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 291 hits
Di samping dibelenggu oleh pentadbiran kerajaan yang gagal sehingga hampir semua perkara dalam negara jadi celaru dan haru biru kita juga sebenarnya berdepan dua masalah pokok yang lain Pertama Mahiaddin Md Yasin yang bukan saja gagal dan t...
Laaaa Jangan Gelabah Bro Agong Yang Nak Jumpa Kah Kah Kah Tak Tukar Kerajaan Pun Bincang Biasa Sahaja Kan

Laaaa Jangan Gelabah Bro Agong Yang Nak Jumpa Kah Kah Kah Tak Tukar Kerajaan Pun Bincang Biasa Sahaja Kan

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 151 hits
Sabar untuk 3 bulan lagi Hamzah beritahu ahli politik beria jadi PM June 11 2021 Hamzah Zainudin berkata kerajaan Perikatan Nasional tidak takut dengan pembukaan semula Parlimen PETALING JAYA Semua pihak yang menggesa supaya Parlimen dibuka...
Laman Web Upuonline Ada Masalah Tidak Boleh Diakses Kerajaan Ini Dah Lumpuh Ka Apa Nih

Laman Web Upuonline Ada Masalah Tidak Boleh Diakses Kerajaan Ini Dah Lumpuh Ka Apa Nih

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 134 hits
Ridauddin DaudJun 14 2021Ramai berkongsikan gambar ini dan mendakwa mereka tidak dapat masuk ke dalam laman web berkenaan KUALA LUMPUR Hari ini bermulalah fasa baharu yang akan mencorak perjalanan seterusnya buat lepasan Sijil Pelajaran Mal...
Sakit Mata Tengok Wayar Berselirat Dekat Tv 3 Bahan Ni Bajet Rm10 Selesai Masalah

Sakit Mata Tengok Wayar Berselirat Dekat Tv 3 Bahan Ni Bajet Rm10 Selesai Masalah

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 250 hits
Wayar berselirat di bahagian kabinet TV atau suis kadang tu buatkan kita sendiri sakit mata melihatnya Tambah lagi ada anak kecil makin dilarang makin dia pergi dekat untuk tarik Risau jika terleka sikit boleh membahayakan keselamatan Biasa...
Video Siapa Rampas Kuasa Semasa Covid 19 Menyerang

Video Siapa Rampas Kuasa Semasa Covid 19 Menyerang

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 115 hits
Setelah membentuk kerajaan PERIKATAN NASIONAL mengikut lunas demokrasi PAS yang diberikan beberapa peranan dalam Kabinet terus menjalankan tugas masing masing tanpa banyak soal kerana PAS meletakkan kepentingan rakyat yang lebih diutamakan ...
Moratorium Kerajaan Ada Kuasa Batal Keputusan Bnm Asyraf

Moratorium Kerajaan Ada Kuasa Batal Keputusan Bnm Asyraf

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 153 hits
By 2 June 2021Asyraf Wajdi Dusuki KUALA LUMPUR Pemuda UMNO kecewa dengan alasan mudah Menteri Kewangan kononnya kerajaan tidak boleh mengarah institusi perbankan di negara ini untuk memberikan moratorium automatik kerana kerajaan tidak memi...
Cubaan Jatuhkan Kerajaan Pn Gagal Sebab Anwar Tak Mahu Saya Jadi Pm Lagi Dakwa Dr M

Cubaan Jatuhkan Kerajaan Pn Gagal Sebab Anwar Tak Mahu Saya Jadi Pm Lagi Dakwa Dr M

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 145 hits
Dr Mahathir Mohamad mengakui pernah cuba mengadakan kerjasama dengan Pakatan Harapan untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional namun ditolak Anwar Ibrahim atas sebab beliau menawarkan diri menjadi Perdana Menteri selama enam bulan Bekas...
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Utilizing Crowdfunding For Business

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Ask Your Idol About Ops Lalang Don T Be A Hypocrite Fahmi To Saddiq

How Much Longer For Mou On Allocations For Opposition Mps Says Syed Saddiq

Kemeriahan Aidilfitri Bila Anak Anak Pulang Beraya Bersama Keluarga

Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024