Saya Bukan Lelaki Tapi Wanita Tulen Video



Saya Bukan Lelaki Tapi Wanita Tulen [VIDEO]
Pasir Mas: “Saya bukan lelaki tetapi wanita tulen,” kata Che Halimah Che Mood, 62, warga emas yang dikatakan ‘pelik’ kerana wajahnya mempunyai misai dan janggut.
Che Halimah yang diserang angin ahmar sejak lapan tahun lalu mengakui hidupnya dibelenggu masalah itu sejak di usia awal 20-an menyebabkan dia perlu bercukur dua atau tiga kali seminggu agar kelihatan seperti wanita biasa.
Dia yang pernah menempuh kegagalan rumah tangga sebanyak dua kali berkata, sudah berjumpa doktor untuk mengetahui punca masalah dan disahkan mempunyai kadar hormon testosteron yang tinggi.
“Selama berpuluh-puluh tahun saya perlu bercukur agar tidak dipandang aneh oleh orang sekeliling. Namun, kini keadaan semakin teruk apabila saya diserang angin ahmar menyebabkan lumpuh separuh badan sebelah kiri.
“Saya tidak mempunyai anak untuk menumpang kasih. Nasib baik adik, Mohammad Kamaruddin Abdullah, 42, dan isterinya, Nur Asmira Che Hussin, 36, sanggup menjaga segala makan dan minum saya serta ibu yang sudah tua, Kalsom Mamat, 93.
“Malah, misai dan janggut saya ini, Nur Asmira yang selalu bantu mencukur dua atau sekali seminggu agar tidak tumbuh panjang seperti lelaki,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Batu Karang, di sini, semalam.
Che Halimah dikunjungi wakil Yayasan Raja Shamri (YRS), Tuan Zaimah Raja Omar yang menyampaikan sumbangan kewangan, barangan keperluan, serta lampin pakai buang.
Menurutnya, dia mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan yang mana biasa digunakan untuk membeli keperluan lampin pakai buang dengan kos RM250 sebulan.
“Ketika masih sihat dan kuat, saya banyak merantau mencari rezeki termasuk beberapa tahun bekerja di Singapura sebagai tukang masak restoran di sana. Sebolehnya, saya tidak mahu menyusahkan orang sekeliling, tetapi apakan daya saya diuji dengan hanya kini mampu terbaring saja jika tidak dibantu.
“Sebelum ini, saya tidak terbuka untuk memberitahu orang lain mengenai masalah saya kecuali dengan keluarga terdekat kerana ia membuatkan saya kurang keyakinan diri,” katanya.-HM
CHE Halimah mempunyai kadar hormon testosteron yang tinggi menyebabkan wajahnya mempunyai misai dan janggut. FOTO Syaherah MustafaSaya Bukan Lelaki Tapi Wanita Tulen [VIDEO] Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
Suspek sorok mayat mangsa rogol, liwat direman seminggu Serangan Bom: Dua rakyat Malaysia Didakwa Di Teluk Guantanamo Perkenalkan Pilihan Raya Pecat Wakil Rakyat Lompat Parti – Azalina Semoga kepimpinan tepat dapat pulihkan Malaysia – Najib Dulu Menteri Sekarang Jadi Penghantar Makanan [VIDEO] Pengawal keselamatan tular sebab dibelasah meninggal dunia Resepi Mee Ladna Banjir Sedap Betul Dafi tak mahu rakyat stress, rela dimarahi Bekas PA dedah kisah cinta terhalang dengan Vida “Ikut Tingkap Ke? Malunya” – Ayda Jebat Dikecam Pilih Bersalin Secara Pembedahan# Mereka hendak bunuh karier politik saya Layari Laman Facebook MYKMU
Exco Pas tidak akan letak jawatan

Bahasa makin tercalar daripada masyarakat awam hingga kelas atasan

The post Saya Bukan Lelaki Tapi Wanita Tulen [VIDEO] appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/08/30/saya-bukan-lelaki-tapi-wanita-tulen-video/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Ini Kasi Ajar Pemandu Waja Cucuk Belakang Elak Bayar Tol Netizen Puas Hati Video

Wanita Ini Kasi Ajar Pemandu Waja Cucuk Belakang Elak Bayar Tol Netizen Puas Hati Video

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 87 hits
Wanita Ini Kasi Ajar Pemandu WAJA Cucuk Belakang Elak Bayar Tol Netizen Puas Hati VIDEO KETIKA ini penggunaan kamera papan pemuka pada kenderaan sangat penting Jika sebelum ini tular mengenai sebuah tentang pemilik kereta Honda yang cuba me...
Saya Cuba Kenal Wanita Lain Tapi Tak Boleh Pergi Jauh

Saya Cuba Kenal Wanita Lain Tapi Tak Boleh Pergi Jauh

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 106 hits
Bakal menamatkan zaman bujang esok pelakon Remy Ishak berkata hanya bekas tunangnya itu Ezza Yusof yang mengenali siapa dirinya Sudah lapan tahun mengenal hati budi Remy berkata wanita bertuah itu tidak hanya mengenalinya sebagai selebriti ...
Tular Rakaman Video Wanita Dibunuh Kejam Abang Sendiri Kerana Enggan Berkahwin Lagi

Tular Rakaman Video Wanita Dibunuh Kejam Abang Sendiri Kerana Enggan Berkahwin Lagi

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 182 hits
BAGHDAD Seorang wanita di Iraq dibunuh secara kejam oleh abangnya ketika pulang dari tempat kerja Lapor Gulf News Nourzan Al Shammari 30 ditemukan maut dalam keadaan terbaring di tepi jalan di kota Baghdad Satu rakaman video yang memaparkan...
Video Cuba Senyum Tapi Rindu Arwah Mama Terlalu Kecil Untuk Faham Arwah Mama Pergi Akibat Covid 19

Video Cuba Senyum Tapi Rindu Arwah Mama Terlalu Kecil Untuk Faham Arwah Mama Pergi Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 198 hits
Sayu itulah perasaan yang boleh digambarkan saat menonton video adik Sumayyah 1 tahun 3 bulan yang cuba mengukir senyuman setelah pemergian ibu tersayang akibat Covid 19 https www facebook com nurafyfa yacob videos 4257749574306985 Klik lin...
Nampak Macam Gangster Tapi Hati Baik Azlee Senario Ulas Mengenai Lan Pet Pet Video

Nampak Macam Gangster Tapi Hati Baik Azlee Senario Ulas Mengenai Lan Pet Pet Video

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 78 hits
Nampak Macam Gangster Tapi Hati Baik Azlee Senario Ulas Mengenai Lan Pet Pet VIDEO PELAKON dan pelawak Azlee Senario berharap pengguna media sosial tidak terpengaruh dengan berita tidak sahih yang berlegar legar di alam maya Ujar Azlee atau...
Hiburan Aliff Syukri Kecewa Dikecam Netizen Kerana Video Mesra Dengan Seorang Wanita

Hiburan Aliff Syukri Kecewa Dikecam Netizen Kerana Video Mesra Dengan Seorang Wanita

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 117 hits
Usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri kecewa dengan sikap sesetengah netizen yang mengecam dirinya dalam sebuah video terbaharu yang dimuat naik di Instagram ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementVideo yang berdurasi hampir dua minit itu memap...
Che Halimah Che Mood Saya Wanita Tulen

Che Halimah Che Mood Saya Wanita Tulen

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 87 hits
Saya bukan lelaki tetapi wanita tulen kata Che Halimah Che Mood 62 warga emas yang dikatakan pelik kerana wajahnya mempunyai misai dan janggut Che Halimah yang diserang angin ahmar sejak lapan tahun lalu mengakui hidupnya dibelenggu masalah...
Saya Wanita Tulen 4 Fakta Kenapa Wanita Ini Sering Dipandang Pelik

Saya Wanita Tulen 4 Fakta Kenapa Wanita Ini Sering Dipandang Pelik

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 89 hits
Sebagai seorang wanita memang tak dinafikan kita akan kurang berkeyakinan apabila penampilan fizikal berbeza daripada orang lain
Wow Tudia Video Spekulasi Bakal Kahwin Pa Muncul Balik Tapi Vida Masih Trauma

Wow Tudia Video Spekulasi Bakal Kahwin Pa Muncul Balik Tapi Vida Masih Trauma

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 149 hits
VIDEO Spekulasi bakal kahwin PA muncul balik tapi Vida masih trauma Kalau ada jodoh sekalipun saya nak yang sama level kaya Bukan kali pertama Vida digosipkan mempunyai hubungan istimewa dengan Iqbal TIADA angin tiada ribut tiba tiba timbul...
Subhanallah Hamparan Pasir Biru Di Gurun Sahara

Jangan Tertipu Dengan Iklan Jawatan Kosong

Inilah Gambar Asal Sebelum Dicetak Diatas Not Wang Kertas Ringgit Malaysia

Langkah Berani Radin Era Kini Buka Klinik Sendiri Kalau Arw4h Masih Ada Mesti Mama Akan Happy

Aku Ingat Fizo Ni Bagus Orangnya Netizen Tegur Fizo Omar Pakai Seluar Pendek Ketika Bercuti

Kelebihan Berzikir Rugi Kalau Kita Tak Buat

Amalkan 6 Langkah Berkesan Ini Setiap Kali Anda Mahu Selesaikan Masalah

Punca Karang Gigi Petua Cara Bersihkan Karang Gigi Sendiri Di Rumah



Senarai Peserta Big Stage 2022 Musim 4

Saya Jarang Kongsi Cerita Tentang Maryam Kerana Jarang Muatnaik Foto Anak Ini Jawapan Balas Mawar Karim

Nusantara Konsep dan Sejarah Nama Baru Ibu Negara Indonesia

5 Barang Harian di Rumah Yang Bahaya Dicampurkan

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Ex Aku Pontianak Astro Ria Gempak


Big Stage 2022 Mommy Jerung Merah Sedia Beraksi Video

Selepas Terima Suntikan Vaksin Covid 19 Elakkan Aktiviti Berat Sekurangnya Seminggu Video

Bestnya Kalau Travel Ke Genting Highland

Houthi Mengganas Di Uae

Pr4nk Member Nak Tunang Rupanya Niat Baik Lelaki Ini Buat Ramai Seb4k

Punca Karang Gigi Petua Cara Bersihkan Karang Gigi Sendiri Di Rumah