Cuba Lontong Dari Rumah Besar Sogo
Macam yang korang tahu lah kan, sis sekarang hari Jumaat je rajin keluar pi jalan-jalan & cari makan. Ni 2 minggu lepas k.fiezz ke Sogo nak beli apa entah, tak ingat. So lepas tu apa lagi misi mencari makan lah kan. Kali ni k.fiezz cuba menu dari Rumah Besar ni pula. Macam tertarik tengok antara menu dia ada lontong. My all time favourite..Kalau ada menu ni k.fiezz tanpa was-was beli sebab suka..Eh ada je menu lain kat sini tau tapi k.fiezz pilih lontong..
Masa tengah tengok menu nak makan apa, k.fiezz perasan ada menu spaghetti juga. Mula ingat nak try spaghetti tapi sis ni ada masalah sikit sebab sis suka jenis yang halus tu. Kalau kat kedai makan, biasanya diaorang guna spaghetti jenis besor tu..So tak mau lah. Sis pilih lontong je lah...
RUMAH BESAR SOGOStall Rumah Besar ni kat tingkat 7 & jenis open. Jadi kalau nak makan seorang macam sogan lah pula. Sis tapau je.
Order & terus bayar kat kaunter. Lepas tu kena tunggu makanan siap bungkus. Dah kena menunggu pula sis duduk dulu kat salah satu meja yang kosong. Sambil tu duk ambil gambor..hehe..
Sambil-sambil tunggu order sis siap. Kita tunggu lah kat meja kosong ni..Betul-betul kat tengah pula tu kedudukan dia.
Tadaaa..Ni lah rupa menu lontong dari Rumah Besar Sogo yang k.fiezz beli atas ni..Tambah air teh o ais..Dalam lontong tu sekali dengan keropok juga. 1st time beli lontong ada keropok..Macam pelik je..Tapi udah di bagi dalam pakej, makan je lah.
Takoyaki tu tak masuk dalam pakej tau..hehe..Takoyaki k.fiezz beli kat luar SOGO..ada satu stall takoyaki leleh betul-betul bawah LRT kat SOGO.. K.fiezz memang suka takoyaki yang ni sebab sos dia banyak..Tak kedekut. Eh dulu lah tak kedekut..Sekarang ni macam kureng sikit tapi sis beli je sebab suka yang sini punya..
Total beli lontong & teh o ais = RM13..
Lontong ado-ado ni..hehe..Sesekali kan
SEDAP TAK?
Sedap tu subjektif,kan. Ikut tekak k.fiezz kuah dia macam kureng sikit. Nasib lah ada sambal sekali, boleh lah masuk juga. Kalau idak, agak tawar rasa dia..Sambal tu tak pedas pun. Nampak merah tapi ikut deria rasa sis, tak pedas sangat.
Dalam lontong tu ada juga telur separuh & kuah dia ada sayur-sayur, tauhu & tempe sikit. Overall okey lah lontong Rumah Besar ni. Dalam rating average lah untuk k.fiezz.
Pssttt - Sis loike lontong tapi tak semua tempat yang ada jual lontong sedap & memenuhi citarasa..Tapi tak cuba tak tahu. Jadi try & error je..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2024/01/Cuba-Lontong-Dari-Rumah-Besar-Sogo.html