Resepi Sambal Goreng Kicap




Masa zaman student dulu,Mama Yan selalu datang rumah kakak kat USJ, Selangor
Kalau on the way balik Pahang untuk cuti panjang tu,MY akan singgah rumah kakak kat USJ dulu,Tidur semalam dua malam,Main dengan anak anak dia dulu,Lepas tu baru balik Pahang
Kadang kadang angkut anak sulung dia balik Pahang seminggu dua

Tiap kali datang,Mesti kakak masak asam pedas
MY ingatkan,untuk raikan MY datang rumah dia,Jadi dia masak asam pedas
Rupa-rupanya.
Hampir setiap hari lauk asam pedas..hahaha..
Suami dia suka lauk asam pedas rupanya..

Lepas tu,Ingatkan orang Johor semua suka asam pedas
Lepas kahwin dengan orang Johor,oo.
komuniti Johor ni,Ada banyak suku kaum lain di atas nama rumpun Melayu
Ada Melayu Johor, Ada Melayu Riau, ada Bugis, Ada Jawa, ada Kampar (sebut kampor),Melayu Arab macam keluarga Betty Banafe tu, Bawean (Sebut Boyan) dan lain lain lagi
Semestinyalah budaya pemakanan mereka tidak sama.

Dan Mama Yan,Kahwin dengan orang Jawa Johor
Keluarga sebelah suami MY tak suka dan tak selalu pun masak asam pedas
Jarang jarang sekali jumpa asam pedas kat rumah mentua

Masa kakak ipar MY duduk sekali dengan MY pun ,Jarang sekali dia masak asam pedas
Dia kata memang bukan budaya keluarga masak asam pedas
Asam pedas tu dia jumpa dan tanya resepi kat kawan kawan masa kerja kilang dulu dulu.
ohh.. kisahnya

Keluarga sebelah mentua MY banyak masak masakan yang berasaskan sambal dan kicap
Lagi satu selalu masak asam rebus
Masak lemak dan kari pun jarang jarang sekali
Gulai tempoyak lagi la tak pernah..hahaha..

Suami MY pula suka makan lauk goreng goreng dan tumis tumis
Tapi dia tak pernah la komplen bab masakan
sedap makan banyak,tak sedap makan sikit.
gitu je lah

Menu sambal goreng pun MY jumpa lepas kahwin dengan suami
Sebelum tu tak tahu pun nama dia sambal goreng
Sambal goreng ni salah satu daripada lauk wajib dalam hidangan nasi ambeng
Sambal goreng juga salah satu daripada lauk wajib menjelang hari raya
Kalau resepi aslinya,Banyak sayur dan bahan bahan yang dicampur dalam sambal goreng ni
antaranya babat lembu, kobis, kacang tolo, tempe, tahu, kentang, suhun, fucuk, kacang panjang, hirisan lada, bawang..
Tapi masak untuk makan malam dua orang je,jadi,tumiskan apa yang ada di rumah sahaja lah
Tak payah susah payah keluar cari barang makan
Asalkan beralas perut, sudahlah kann..

Resepi Sambal Goreng Honeymoon
Sebiji bawang merah - hiris3 ulas bawang putih - hiris2 tangkai - cili hijau besar - hiris12 tangkai cili padi - hirissejemput ikan bilis2 keping tempe2 biji kentang2 keping tahu3 sudu besar kicap sedikit garam
Cara memasak :
 Hiris bawang, bawang putih dan cili
Potong tempe, tahu dan kentang kecil kecil. Sebaiknya dalam bentuk memanjang
Goreng ikan bilis, tempe, tahu dan kentang sehingga kekuningan
Angkat dan ketepikan
 Tumis dahulu bawang dan bawang putih sehingga layuMasukkan lada yang telah dihiris ke dalam tumisan bawangSeng-sengkan sampai cili naik bau dan garing
masukkan sedikit garam
Masukkan kicap dan kacau rata
Jatuhkan ikan bilis, tempe, tahu dan kentang yang telah digoreng terlebih dahulu tadi
Sedia untuk dihidangkan
Simple gila kannn
Sesuai sangat untuk oarang bujang
Masak malam ni,Malas esok boleh makan lagi kalau tak habis,bubuh je dalam bekas bertutup
Jangan bar terdedah pulak


Ambil gambar siap siap sebab takut lupa kuantiti masa nak tulis blog.

Hiris nipis. Sebab Kalau tebal-tebal MY tak makan

Goreng asing asing. Jangan sekali goreng. Masa menguning tak sama


Tumis tumis.


Yeay..dah siap. Senang dan simple aje kan lauk makan malam MY dan suami
nasib la dapat bini tak rajin masak..
Tapi ini lah lauk yang suami MY suka
Sebab tradisi keluarga dia memang makan yang simple, yang bergoreng, yang berkicap, yang pedas

Cuma bila mentua dah tua ni,dah kurang makan pedas
Masa muda dulu,Suami kata,stok cili kering aje seplastik besarNak nak kalau ujung tahun, musim hujan
Bekalan makanan time banjir
Ada bilis, ada cili kering, ada bawang. ada beras,cukup dah untuk hidup

Betullah.
resepi dan makanan tercipta dari budaya masyarakat setempat,budaya pemakanan juga sangat dipengaruhi oleh ekonomi keluarga, cara hidup dan juga geografi tempat tinggal tersebut
Sebab tu berhati hati memberi komen terhadap makanan
Bimbang sekaligus mengguris hati orang lain kerana ia  bukan tentang makanan semata-mata, tetapi juga tentang budaya, adat resam, sejarah hidup dan agama serta lain lain lagi
 



 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziankhalil.com/2021/12/resepi-sambal-goreng-kicap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Resepi Ayam Goreng Yang Wajib Anda Cuba

5 Resepi Ayam Goreng Yang Wajib Anda Cuba

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 326 hits
Ayam goreng merupakan salah satu makanan kegemaran ramai orang terutamanya bagi kanak kanak Selain rasanya yang enak dan rangup ayam goreng juga senang untuk dimasak dan disediakan Oleh itu dalam artikel ini saya kongsikan kepada anda 5 res...
Resepi Bakwan Special Goreng Nipis Jadi Lagi Rangup Anak Makan Tak Berhenti

Resepi Bakwan Special Goreng Nipis Jadi Lagi Rangup Anak Makan Tak Berhenti

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 351 hits
Nak fikir masak apa untuk sarapan pagi dan minum petang anak memang pening Apa kata mama cuba resipi bakwan ini Simple tapi sedap Buat yang pening fikir nak masak apa untuk sarapan makan pagi makan petang apakata korang cuba resepi bakwan p...
Resepi Ikan Pelaling Masak Sambal Masam Manis

Resepi Ikan Pelaling Masak Sambal Masam Manis

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 229 hits
Assalamualaikum Hi korang Masih lagi perkongsian resepi dari telegram macam biasa la SA perlukan resepi resepi yang simple simple je untuk idea bawak bekal pi kerja kan semangat ni korang Untuk resepi ni korang boleh guna ikan pelaling atau...
Buat Sambal Kicap Johor Paling Padu Ngences Meleleh Memang Sedap

Buat Sambal Kicap Johor Paling Padu Ngences Meleleh Memang Sedap

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 335 hits
Resipi Sambal Johor ni memang padu Andai ke negeri Selatan tanah air ni macam macam makanan boleh dicicah dan dicampur dengan sambal kicap ni Pisang goreng sukun goreng tempe goreng malah makan bersama sup pun padu Nak buat tak susah pun da...
Resepi Nasi Goreng Kerabu Ala Thai

Resepi Nasi Goreng Kerabu Ala Thai

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 479 hits
Resepi Nasi Goreng Kerabu Ala Thai Wanita dan resepi memang tak boleh dipisahkan macam irama dan lagu dimana ada wanita di situ ada makanan eh Betul ke Macam macam dicubanya bila ada masa lapang lebih lebih lagi bila menghadap resepi Sekara...
Dinner Dengan Telur Goreng Oyster

Dinner Dengan Telur Goreng Oyster

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 439 hits
Dinner dengan Telur Goreng Oyster Hari Ahad lepas aku menjejakkan kaki ke Lotus Seri Alam Sejak Tesco bertukar Lotus inilah first time lepak makan kat sana Nampak ada kedai Grill tajuknya Seakan tak pernah nampak sebelumni atau aku lupa Lol...
Goreng Pisang Rangup Krup Krap

Goreng Pisang Rangup Krup Krap

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 229 hits
Seperti biasa jangan lupa untuk klik follow blog dan klik iklan di blog saya kerana tak ramai yang berbuat demikian Tak pasti kenapa samada mereka tak tahu atau ada sebab sebab lain Kerjasama anda saya dahului dengan ucapan terima kasih Hat...
Sotong Goreng Kunyit

Sotong Goreng Kunyit

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 267 hits
Assalamualaikum SEMENJAK dua ni dah tak berapa rajin nak makan di luar setiap hari Jumaat Sendiri akan tawarkan diri untuk memasak walaupun dah penat baring buat kerja rumah Alang alang dah duduk rumah kita sediakan malam malam sekali walau...
Sedapnya Durian Goreng Leleh Ni

Sedapnya Durian Goreng Leleh Ni

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 291 hits
AssalamualaikumSedapnya Durian Goreng Leleh Ni Korang peminat tegar durian Korang dah pernah cuba produk ni Sedap weh Cukup mudah untuk disediakan dan penuh rasa durian Durian goreng leleh ni merupakan produk sejukbeku Korang nampak kan ben...
Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Abaikan Jika Tak Minat

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans

Landscape House By Maud Caubet A Contemporary Retreat Amid Forest And Ocean

Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Raising Accountants How Professional Socialisation Can Empower Them

Klang River Water Level Exceeds Danger Level


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Family Staycation Indonesia Menikmati Nasi Liwet Menu Istimewa Makan Tengah Hari Di Resto Bukit Senyum Ciwidey

Flower Bouquet Delivery Send Fresh Blooms With Style And Ease

User Acquisition And Retention

Daripada Tebang Musang King Lebih Baik Cari Jalan Lain Kosmo 15 04 2025

Drama Pabila Dia Tersenyum

Renew Domain Untuk 2 Tahun