Goreng Ayam Guna Ron97 Kah


“AMBOI, goreng ayam guna minyak RON97 ke mak cik?” Tanya seorang lelaki apabila penjual nasi lemak itu memberitahu harga ayam goreng di situ.

“Ayam dah naik harga. Tak tahu ke? Tak tengok TV?” Jawab penjual tersebut acuh tak acuh tanpa memandang muka pelanggan berkenaan.
Kelat muka mak cik itu. Orang kata pagi-pagi jangan cari pasal, nanti rosak mood membawa ke malam

Perut saya sudah berbunyi. Tengah beratur panjang, serabut pula hendak fikir pasal harga. Saya capai ayam goreng tersebut dan membiarkan pelanggan di depan saya itu bising-bising. Tetapi pelanggan yang mengomel itu beli juga. Dalam sibuk komplen harga ayam goreng itu mahal, lapan nasi lemak ayam dia minta bungkus. Jenuh juga saya tunggu giliran. Iyalah, ikan siakap yang harga lebih RM1,000 pun orang beli

Itu senario pada satu pagi baru-baru ini di Shah Alam. Sekarang ini ramai yang mula bertanyakan harga ketika mahu membeli. Takut bila dah bungkus, terkejut pula dengar harga. Lepas itu ditularkan pula dalam media sosial

Apa saja yang barang yang tak naik harga sekarang? Apa yang turun? Hujan sajalah.Satu persatu barang naik harga dan kebanyakan kita yang baru hendak bangkit semula akibat kesukaran bekerja dan meniaga semasa PKP kini terpaksa menjadi saksi kepada ‘pesta naik harga’ pula

Dan baru-baru ini seorang Timbalan Menteri berkata, kenaikan harga barang di negara ini tidaklah seteruk negara lain dan pada ketika ini seluruh dunia mengalami kenaikan harga barang. Dibanding-bandingkan pula dengan negara-negara Arab yang mengalami kenaikan tiga kali ganda

Apa bendanya ini? Biarlah rakyat negara sana merungut hal negara mereka, kita yang di Malaysia ini tinggal dan cari makan di sini, selesaikanlah hal di sini. Perlu diingat, negara-negara Arab rakyatnya berpendapatan tinggi. Arab Saudi, Kuwait, UAE dan Qatar adalah antara negara yang menawarkan gaji paling tinggi dalam Asia selain Singapura, Jepun dan Korea Selatan

Gaji minimum penduduk di negara berkenaan bukannya berjumlah RM1,200. Bukan mahu perlekeh negara sendiri, tapi bab gaji tak mahu pula buat perbandingan dengan negara lain. Hakikatnya memberi kenyataan sebegini tidak akan memberi apa-apa makna kepada rakyat apatah lagi kelegaan sebaliknya hanya akan membangkitkan kemarahan orang ramai

Isu kenaikan harga barang harus ditangani segera dengan tindakan bukan sekadar cakap-cakap atau menggunakan alasan global. Kenaikan harga barang berlaku di seluruh dunia kerana kesan penularan pandemik Covid-19. Tapi janganlah beri alasan itu sebagai penyelamat

Kenaikan harga barang adalah seperti penyakit berjangkit. Jika sesuatu barang harganya naik, ia akan mengakibatkan rantaian barangan berkaitan pun terjejas yang akhirnya membabitkan semua barangan asas dan keperluan. Menyalahkan peniaga? Janganlah hanya menggempur peniaga-peniaga kecil saja. Siapa yang memanupulasi harga? Cari di mana punca kenaikan bukan menindas peniaga kecil

Dan orang ramai juga sedang menanti keberkesanan 41 inisiatif dengan peruntukan RM14.32 bilion dalam Bajet 2022 dalam usaha kerajaan mengawal kenaikan harga barang dan kos sara hidup rakyat yang dipantau oleh Majlis Tindakan Sara Hidup Negara

Majlis yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sendiri itu mempunyai lima program antaranya Program Mekanisme Kawalan Harga Minyak Masak dan Program Jualan Keluarga Malaysia. Ada yang bertanya, jualan dua kali sebulan ini adakah ia diadakan di lokasi berdekatan dengan golongan berpendapatan rendah dan sederhana? Senangkah hendak cari

Apa pun, yang pasti rakyat menunggu langkah-langkah lain untuk mengurangkan beban kos sara hidup mereka. Tingkatkan gaji minimum contohnya. Iyalah, barang-barang keperluan cepat saja naik, yang tak naik-naik dan lambat naik gajilah

Dan dalam keadaan begini ada yang mengintai peluang, mempengaruhi orang ramai dalam media sosial kononnya kena ada dua kerja atau side income dengan menyertai multi level marketing (MLM) dan pelaburan ala skim cepat kaya. Yang ini kalau lalu lalang dalam akaun media sosial, soalan yang kita patut tanya, Ferrari itu pinjam dekat mana?

PENULIS ialah Pengarang Berita Mingguan Malaysia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/12/goreng-ayam-guna-ron97-kah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sangat Sedap Resipi Ayam Goreng Berempah Garing Tak Guna Jintan

Sangat Sedap Resipi Ayam Goreng Berempah Garing Tak Guna Jintan

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 436 hits
Menu Ayam Goreng Berempah Garing ni nampak mudah dan sedap Biasanya anak anak kurang berminat makan ayam goreng ayam yang berjintan jadi sesuailah cuba resipi ni Asalkan ada tepung bestari original Pasti lebih digemari Nak cuba Jom lihat re...
Perap Ayam Guna Yogurt Ayam Goreng Pedas Ala Korea Lagi Sedap

Perap Ayam Guna Yogurt Ayam Goreng Pedas Ala Korea Lagi Sedap

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 316 hits
Siapa sini suka perap ayam guna yogurt Menurut Zurina Zulkefli yang berkongsi resipi ayam goreng pedas ala Korea ini dia suka menggunakan yogurt perisa original kerana lebih senang berbanding guna susu Tepung pun lebih mudah melekat pada ay...
Resipi Ayam Goreng Pedas Rangup Ala Korea Salut Cheese Padu Sedap Sungguh

Resipi Ayam Goreng Pedas Rangup Ala Korea Salut Cheese Padu Sedap Sungguh

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 312 hits
Sesekali bosan dengan nasi apa kata anda makan ayam goreng seperti dalam drama Korea untuk sajian anak anak Layan makan depan televisyen di malam hari Lagi lagi sedap disalut keju padu Lagi layan anak anak makan Resipi ringkas tetapi sedap ...
5 Resepi Ayam Goreng Yang Wajib Anda Cuba

5 Resepi Ayam Goreng Yang Wajib Anda Cuba

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 365 hits
Ayam goreng merupakan salah satu makanan kegemaran ramai orang terutamanya bagi kanak kanak Selain rasanya yang enak dan rangup ayam goreng juga senang untuk dimasak dan disediakan Oleh itu dalam artikel ini saya kongsikan kepada anda 5 res...
Nasi Goreng Ayam Yang Teramat Sedap Simple Je Resipinya

Nasi Goreng Ayam Yang Teramat Sedap Simple Je Resipinya

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 359 hits
Nasi Goreng Ayam Menu gerai masakan panas yang menjadi kegemaran ramai Hidangan ini biasanya disajikan dengan nasi goreng dan juga potongan Ayam Goreng dan kemudiannya diletakkan sos cili Ringkas sahaja Sedap dan sangat membuka selera Mener...
Masak Sendiri Ayam Panggang Blackpepper Sedap Guna Resipi Ni

Masak Sendiri Ayam Panggang Blackpepper Sedap Guna Resipi Ni

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 309 hits
Ayam Panggang Blackpepper memang antara perisa kegemaran bagi penggemar sajian ayam panggang Di musim ayam serba mahal ini jika terasa nak makan lebih baik masak sendiri Jika dibeli seekor kecil sahaja saiznya namun harga boleh tahan Memang...
Asal Pekerja Pakai Tudung Orang Pun Makan Tanpa Selidik Restoran Ala Thai Di Hulu Langat Guna Ayam Tak Disembelih

Asal Pekerja Pakai Tudung Orang Pun Makan Tanpa Selidik Restoran Ala Thai Di Hulu Langat Guna Ayam Tak Disembelih

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 310 hits
Salah satu cara memperkenalkan atau mempromosikan restoran zaman sekarang adalah dengan video atau posting di media sosial Sebab itulah ramai akan rasa teruja untuk mencuba mana mana restoran yang viral disebabkan makanan mahu pun tempat ya...
Manjakan Pencinta Ayam Goreng Hokben Luncurkan Menu Baru Dengan Cita Rasa Khas Jepang

Manjakan Pencinta Ayam Goreng Hokben Luncurkan Menu Baru Dengan Cita Rasa Khas Jepang

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 236 hits
Hadirnya menu ini akan semakin melengkapi variasi menu HokBen dan tentunya menambah variasi pilihan hidangan nikmat bagi pencinta ayam goreng
Pedas Tak Guna Bawang Ayam Masak Lemak Cili Api Ala Nogori Ni Memang Sedap

Pedas Tak Guna Bawang Ayam Masak Lemak Cili Api Ala Nogori Ni Memang Sedap

papar berkaitan - pada 14/12/2021 - jumlah : 299 hits
Bagi penggemar sajian Ayam Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan pasti mengakui keenakan hidangan ini Mudah dimasak pedas dan tidak menggunakan banyak bahan ia memang menjadi buruan pengemarnya Istimewa sajian asli Negeri Sembilan tidak meng...
Monolog Jiwa Menunggu Antara Bertahan Dan Menyerah

Lirik Lagu Sesaat Aina Abdul

Hutang Oh Hutang Peningnya Aku

Bayi Kembar Isteri Arwah Masdeh Rosmin Debaran Saat Kelahiran Cucu

Strawberry Manis

Ayam Goreng Berempah Dan Bab Sedekah Penghapus Dosa

Senarai Filem Tahun 2026

Makluman Gempa Bumi Lemah Di Perairan Batu Pahat Johor Pada 27 September 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


17 Tahun Menghilang Kumpulan X Factor Kembali Reunion Buat Peminat Teruja Helok Helok Walaupun Dah Berusia

Didakwa Tak Bayar Hutang Intan Najuwa Razman Razmi Beri Respon Henti Buli Kami Nak Kami Bun H Diri Ke

Tmj Mengulas Isu Fam Dan Fifa

Pemuda Tempuh Perjalanan Lebih Lapan Jam Demi Segulung Ijazah

Izz Wan Demo Ore Comey Chord

Canopy House By Studio Mk27 A White Prism Suspended In Brazil S Atlantic Forest