Cuba Hidangan Melayu Tradisional Di Palmierra 28 Petaling Street Kl


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, kali ini aku nak kongsikan sebuah lokasi tempat makan yang menarik yang aku kunjungi baru-baru ini bersama rakan-rakan. Kenapa tempat ini menarik? Okay aku akan ceritakan sepenuhnya dalam artikel ini, jadi jemput baca sehingga penghujung ya

BACA JUGA : MAKAN DI RESTORAN WESTERN 142, MBI DESAKU, KULIM, KEDAH
KENAPA WAJIB SINGGAH & CUBA MAKANAN DI PALMIERRA 28, PETALING STREET, KL?
Palmierra 28 ini merupakan sebuah tempat makan yang menarik dengan dekorasinya yang cukup memukau pandangan. Dihadapan restorannya sahaja kita dapat lihat lukisan dan warna yang menarik! Baru sahaja sebulan beroperasi, restoran ini bagi aku terletak dilokasi yang sangat strategik kerana terletak di Jalan Petaling

Jalan Petaling atau Petaling Street sememangnya dikenali sebagai lokasi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Lokasinya juga tidaklah jauh daripada stesen MRT Pasar Seni, hanya jalan beberapa minit sahaja dan anda boleh sampai ke restoran Palmierra 28 ini dengan mudah

PALMIERRA 28Okay seterusnya aku akan bahagikan kepada tiga bahagian. Pertama adalah suasana dan dekorasi sekitar restoran. Kedua adalah menu yang dihidangkan dan terakhir adalah ulasan dan review aku tentang keseluruhan pengalaman aku makan di restoran ini

#1 SUASANA & DEKORASI RESTORAN PALMIERRA 28
Dekorasi dan mural yang terdapat di dalam restoran ini memang sungguh mengagumkan! Bayangkan semuanya memang cantik termasuklah keadaan di tandas! Mural-mural ini pastinya menjadi tempat untuk anda bergambar kerana semuanya memang 'insta-worthy'





BACA JUGA : MAKAN DI RESTORAN NASI DAGANG PAK MALAU, LANGKAWI
#2 SENARAI HIDANGAN MENARIK DI PALMIERRA 28STARTER KUIH MUIH 
Untuk menu Starter Kuih Muih ini, setiap hidangan akan disediakan 6 jenis kuih pilihan anda. Antara yang ada dalam pilihan kuih adalah Popia Sira, Temosa Raja, Pulut Panggang, Karipap, Lepat Pisang, Seri Muka dan pelbagai lagi jenis kuih melayu. 
LEMAK CILI API DAGING SALAI 
Kepada anda yang suka dengan hidangan masak lemak cili api, bolehlah cuba menu ini. Menariknya, menu ini disediakan oleh Chef yang berasal dari Negeri Sembilan. Saiz hidangannya cukup untuk 2-3 orang. 
UDANG MASAK SAMBAL PETAI 
Antara menu yang pastinya menjadi pilihan ramai adalah Udang Masak Sambal Petai. Peminat masakan petai dan udang pastinya wajib cuba menu ini kerana rasanya yang sungguh menyelerakan dan saiz udangnya tidak mengecewakan

PAIS IKAN PATIN 
Hidangan Pais Ikan Patin ini juga antara menu menarik yang anda boleh cuba. Peminat tempoyak dan ikan patin bolehlah merasai hidangan ini yang dimasak dengan cara tradisional dan pasti tidak akan menyesal! 
TERUNG GORENG BELACAN
Hidangan terung bersama belacan juga anda boleh cuba disini. Lebih sedap dimakan dengan nasi yang panas dan disertakan dengan hidangan yang lain

LAKSA PAHANG
Susah sebenarnya mencari hidangan Laksa Pahang di ibu kota Kuala Lumpur ini. Hidangan Laksa Pahang ini sememangnya unik dan berbeza dengan laksa-laksa lain yang pernah anda cuba. 
OPOR DAGING
Hidangan seterusnya adalah Opor Daging. Antara hidangan yang anda boleh cuba, dimasak dengan cukup sedap, daging yang lembut dan penuh dengan rasa rempahnya

NASI LEMAK WITH RENDANG
Hidangan nasi lemak pastinya hidangan yang cukup sinonim dengan Malaysia. Nasi Lemak disini dihidangkan bersama rendang dan saiz hidangannya memang besar dan percayalah bahawa anda pasti akan kekenyangan dengan hidangan sebesar ini

MAGGIE SEAFOOD PALMIERRA
Hidangan mee segera atau popular di Malaysia dengan panggilan meggi pastinya antara makanan yang rasanya semua orang pernah cuba. Menariknya di Palmierra 28 ini anda boleh cuba Maggie Seafood ini yang disediakan dengan cukup istimewa. 
PUDING RAJA
Hidangan pemanis pertama yang dicuba adalah Puding Raja. Mengikut apa yang diceritakan, manisan ini merupakan antara manisan yang dihidangkan kepada golongan raja-raja pada suatu masa dahulu. 

SAGU GULA MELAKA
Manisan berikutnya adalah Sagu Gula Melaka. Untuk anda yang suka manisan yang manis, boleh cuba manisan ini yang berwarna biru. Setiap suapan ke dalam mulut pastinya memberikan sensasi yang menarik

KASTURI PALMIERRA | PELANGI UNGU 
Antara air minuman yang anda boleh cuba. Kasturi Palmierra dihidangkan dengan limau kasturi dan asam boi manakala Pelangi Ungu menggabungkan laici, soda dan rasa ribena yang memang menyegarkan

BACA JUGA : MAKAN DI RESTORAN KAI TOD DECHA, HAT YAI, THAILAND
#3 ULASAN & REVIEW
Bagaimana nak mula ya? Okay, pertamanya Palmierra 28 ini memang sangat cantik. Dekorasi dalamannya memang membuatkan mata kita sentiasa segar kerana setiap sisi pastinya ada seni mural atau dekorasi yang cantik. 
Antara semua makanan yang dicuba yang paling aku suka adalah Maggie Seafood Palmierra. Rasanya memang sedap, kuahnya betul-betul pekat dan rasa seafoodnya memang sedap. Selain itu, aku juga suka Lemak Cili Api Daging Salai. Rasa 'salai' pada dagingnya memang terasa ditambah lagi dengan kuahnya yang memang sedap

Walaupun aku bukan penggemar petai, tetapi Udang Masak Sambal Petainya aku boleh terima, udangnya memang bersaiz besar. Petainya tidaklah aku makan. Hidangan Terung Goreng Belacan juga sangat sedap terutamanya kerana aku adalah peminat hidangan terung. Belacan yang terdapat dalam hidangan ini tidaklah kuat sangat jadi memang boleh makan bagi mereka yang tidak boleh makan belacan sangat

Hidangan Laksa Pahang pula unik dan rasanya sangat berbeza. Mungkin untuk kali pertama ini aku tidak menyukai hidangan ini sepertimana hidangan-hidangan yang lain. Tetapi mungkin anda boleh cuba dan mungkin akan suka dengan hidangan ini

Kesimpulannya, pengalaman makan di restoran Palmierra 28 ini sememangnya sangat menarik. Suasana yang sangat selesa, mural dan seni yang sangat cantik. Anda pastinya akan bergambar berlatar belakangkan mural-mural ini. Makanannya pula memang sungguh sedap, rasa tradisional Melayu yang memang 'authentic' dan menyelerakan


Jom nikmati hidangan menarik di Palmierra 28!
RESTORAN PALMIERRA 28LOKASI: 154, Jalan Petaling, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Malaysia

HARI & WAKTU OPERASI: 
Ahad - Rabu:  11.00 A.M - 10.00 P.MKhamis - Sabtu: 11.00 A.M - 11.00 P.M
UNTUK TEMPAHAN, HUBUNGI: 0182450807
Instagram: @palmierra28
SEKIAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2022/07/palmierra-28-petaling-street-kuala-lumpur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kafe Palmierra 28 Port Ootd Menarik Dengan Sajian Masakan Tradisi Melayu

Kafe Palmierra 28 Port Ootd Menarik Dengan Sajian Masakan Tradisi Melayu

papar berkaitan - pada 11/7/2022 - jumlah : 426 hits
KAFE PALMIERRA 28 PORT OOTD MENARIK DENGAN SAJIAN MASAKAN TRADISI MELAYUENAK BERBALOI DAN WAJIB SINGGAH Kali ini AlongMurni ingin kongsikan satu lokasi tempat makan yang menarik dan menu yang wajib dicuba Kafe Palmierra 28 yang terletak di ...
21 Perkataan Kasar Kesat Luc H Bahasa Melayu Yang Dilarang Penggunaannya

21 Perkataan Kasar Kesat Luc H Bahasa Melayu Yang Dilarang Penggunaannya

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 365 hits
Bahasa terlarang ialah bahasa percakapan yang dilarang atau ditegah penggunaannya Contoh dan definisi bahasa terlarang ialah Bahasa KasarBahasa yang tidak sopan atau tidak manis dituturkan Bahasa KesatBahasa kasar yang digunakan untuk perca...
Mat Sabu Pejuang Melayu Jadi Broker Tanah Melayu Di Kg Sungai Baru Kual

Mat Sabu Pejuang Melayu Jadi Broker Tanah Melayu Di Kg Sungai Baru Kual

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 544 hits
Himpunan Solidariti Bersama Penduduk Kampung Sungai Baru di Masjid Jamek Kuala Lumpur aaaaa masa ni la para broker nak cari makan Melayu tipu Melayu kemudian hidup Melayu Pejuang agama dan bangsa mula menikus diam walaun yang dulunya hentam...
Mat Kilau Satu Satunya Filem Melayu Yang Berani Bercakap Benar Afdlin Shauki

Mat Kilau Satu Satunya Filem Melayu Yang Berani Bercakap Benar Afdlin Shauki

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 242 hits
Filem Syamsul Yusof terbaru Mat Kilau nampaknya mencetuskan fenomenanya yang tersendiri Di mana mana lokasi filem ini fullhouse dan ditonton lebih RM3 juta sepanjang 3 hari tayangan Tidak ketinggalan ramai selebriti memberikan sokongan terh...
Gelagat Pemuda India Membebel Dalam Bahasa Melayu Dipuji Sejak Kecil Kawan Pelbagai Bangsa Sampai Doa Makan Pun Hafal

Gelagat Pemuda India Membebel Dalam Bahasa Melayu Dipuji Sejak Kecil Kawan Pelbagai Bangsa Sampai Doa Makan Pun Hafal

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 294 hits
Wah mantap betul bahasa Melayu Munis ni nampak comel je tengok gelagat Munis dengan anak buah dia berborak dalam bahasa Melayu
Jangan Biarkan Umno Menipu Bangsa Melayu Turun Temurun Itu Bodoh Namanya

Jangan Biarkan Umno Menipu Bangsa Melayu Turun Temurun Itu Bodoh Namanya

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 154 hits
NORMAN RADZUANTRAGEDI Orang Melayu bukan tidak tahu betapa teruk rasuah pemimpin2 UMNO Bukan mereka tidak nampak betapa kaya pemipin2 UMNO dan kerakusan sesama mereka kpd kuasa Tapi kebencian melampau mereka kpd DAP hasil ditanamkan sikap p...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner