Cuaca Panas Sekarang Buatlah Aiskrim Buah Yang Menyihatkan Jadikan Aktiviti Bersama Anak Anak
Cuaca yang tidak menentu sekarang, kadang-kadang panas terik membuatkan tekak rasa tidak selesa dan inginkan sesuatu yang sejuk. Dr Syahr berkongsi resipi aiskrim buah yang menyihatkan dan boleh dijadikan aktiviti menarik bersama anak-anak.
Cuaca panas sekarang, jadi saya nak kongsi satu lagi resepi #BuatSendiriAiskrimRingkas saya. Yang penting aiskrim ini MENYIHATKAN!!!!
Bahan-bahan mudah:
a) Limau (nipis/kasturi/lemon)
b) Madu
c) Air masak
d) Buah-buahan
Langkah 1: Dalam jag berisi air kosong, masukkan madu dan perahan limau secukup rasa. Kacau biar madu larut dalam air. Saya guna campuran limau nipis dan limau kasturi, secukup rasa, supaya air/aiskrim nanti rasa masam manis yang best.
Jadikan #AktivitiBersamaAnakAnak: Anak-anak tolong kacaukan air.
Jika termasukkan biji limau, buang/tapis ye.
Langkah 2: Masukkan buah kesukaan kita ke dalam bekas aiskrim. Tak perlu susun pun, masukkan saja. Campurlah buah apa pun tak apa. Saya guna kiwi dan strawberi saja (buah ini saja ada dalam peti sejuk rumah, saya buat malam selepas balik kerja).
Kalau tak nak guna icecream mould, boleh guna plastik aiskrim pun menarik juga. Jadi aiskrim Malaysia kan…
Jadikan aktiviti bersama anak-anak: Ibu ayah potong buah, anak-anak tolong susun/letak buah.
Langkah 3: Masukkan air madu limau ke dalam bekas aiskrim kita. Sejuk bekukan semalaman.
Siang (esoknya), lepas anak-anak balik sekolah, boleh makan! Besttttttttt…..
Anak-anak makan banyak pun kita sebagai ibu bapa tak risau sangat, sebab aiskrim yang menyihatkan. Bukan macam aiskrim yang dijual di kedai.
Cubalah
Buah tu boleh tukar kepada mangga, anggur, betik, pergggghhhh mesti best!
Sumber: Dr Syahr Musafir
The post Cuaca Panas Sekarang, Buatlah Aiskrim Buah Yang Menyihatkan! Jadikan Aktiviti Bersama Anak-Anak appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/cuaca-panas-sekarang-buatlah-aiskrim-buah-yang-menyihatkan-jadikan-aktiviti-bersama-anak-anak/