Ibu Kongsi 10 Aktiviti Sensori Anak 2 Tahun Guna Bahan Yang Ada Di Rumah Paling Penting Anak Seronok


Aktiviti sensori memang baik untuk si kecil. Apa yang dilakukan oleh ibu ini boleh anda tiru, Tak susah pun mana pun, sebab kebanyakan bahan-bahannya sudah ada di rumah. Paling penting anak seronok & enjoy!
Kanak-kanak memang belajar sambil bermain. Belajar sambil bermain (hands on) berpuluh ganda lebih mudah dikuasai berbanding dengan pembelajaran menggunakan teori semata-mata.

BERMULA DARI USIA 11-12 BULAN
Perkongsian ibu ini cukup mengujakan. Puan Sabariah Sareh Saad melakukan pelbagai aktiviti buat anaknya, Imani Syifa yang kini berusia 2 tahun. Ibu ini memulakan aktviti setelah anaknya mula memahami arahan iaitu lebih kurang pada usia 11-12 bulan. Pada permulaannya hanya permainan yang mudah sahaja disediakan. Selepas melihat anak makin menguasai/ improve dia kemudian menukar kepada aktiviti yang sesuai mengikut penguasaan skil dan usia.

ELAK PEMBAZIRAN MASA DENGAN GAJET
“Aktiviti-aktiviti ini saya lakukan bersama Imani untuk mengelakkanya bermain gajet. Selain itu saya nak latih penuh skill. So tak ada lah membazir masa childhood main gajet  sahaja. Nak anak membesar sama macam kita dulu-dulu,penuh dengan aktiviti bermain je masa kanak-kanak,” katanya.

BUAT RUJUKAN & CARI AKTIVITI DISUKAI ANAK
Sabariah mengakui dia banyak merujuk Pinterest untuk mendapatkan idea aktiviti untuk anaknya. Dia perlu memilih aktiviti yang disukai Imani iaitu yang banyak warna dan messy play. Si kecil ini kurang gemar aktiviti rutin yang ‘skema.’
Berikut ialah 10 aktviti yang disediakan olehnya kepada anak. Serius ia memang menyeronokkan & si kecil Imani nampak enjoy aktiviti yang direncanakan ibunya.
#1: Aktiviti Masak Donut Pelbagai Warna
Manfaat aktiviti:-
-anak lebih fokus dan membantu otot tangan untuk lebih kukuh memegang sudu semasa makan.
-boleh kenal pelbagai warna
-aktiviti yang meningkatkan kordinasi mata dan tangan.
-menambah “vocab anak” terutama yang baru belajar bercakap.
View this post on Instagram
. . Aktiviti Masak Donut Pelbagai Warna ————————————————— . Bahan2:- Getah ikat rambut kedai RM2 Tray muffin (bole juga tray telur tu) Sticker bewarna Sudu atau penyepit Cara bermain: Tampal sticker bewarna dalam tray dan bagi arahan kepada anak letak “donut” mengikut warna sticker. . Manfaat aktiviti:- -anak lebih fokus dan membantu otot tangan untuk lebih kukuh memegang sudu semasa makan. -boleh kenal pelbagai warna -aktiviti yang meningkatkan kordinasi mata dan tangan. -menambah “vocab anak” terutama yang baru belajar bercakap. Ps:Sebelum ni Imani pernah main dah aktiviti ni tapi menggunakan penyepit.Kali ni mama ajar guna sudu pulak. #montessoriactivityforimanisyifa #montessoriathome #aktivitibersamaanak #motherhood
A post shared by Mama Imani Syifa (@bayapopo) on Nov 25, 2018 at 10:04pm PST

#2: Aktiviti Bermain “Tangkap Haiwan Dalam Air
Manfaat Aktiviti :-
-menambah “vocab”anak terutama umur yang tengah belajar bercakap.
-menguatkan kordinasi tangan dan mata semasa mencedok.
-dapat melihat kreativiti anak-anak.
View this post on Instagram
Aktiviti Bermain “Tangkap Haiwan Dalam Air ” —————————————————————— . Abaikan tajuk tu tau malas nak pikir nama yang skema Ni aktiviti pagi tadi main bersama Imani Syifa. . Bahan-bahan: Besen Air Penapis (apa2 yang bersesuaian) Haiwan2 terpilih . Manfaat Aktiviti :- -menambah “vocab”anak terutama umur yang tengah belajar bercakap. -menguatkan kordinasi tangan dan mata semasa mencedok. -dapat melihat kreativiti anak-anak. #montessoriactivityforimanisyifa #montessoriathome #homescholling #playactivities
A post shared by Mama Imani Syifa (@bayapopo) on Nov 23, 2018 at 6:30am PST

#3: Aktiviti Masukkan Tali dalam Straw Minuman
Manfaat aktiviti:
-menguatkan tahap fokus anak.Anak akan cepat pandai kontrol item kecil2 jika mahir aktiviti ini.
-menguatkan otot tangan dan jari.
-melatih anak menjadi sabar.
View this post on Instagram
. . Aktiviti Masukkan Tali dalam Straw Minuman ———————————————————— . Bahan2: Tali (guna je tali yang bersesuaian) Straw besar yg selalu guna dekat ais blended tu Apa2 objek untuk ikat di penghujung tali . Cara main:- Ikat apa2 objek dipenghujung tali (untuk anak masukkan tersusun elok nanti).Kemudian tunjuk demo cara masukkan straw dalam tali kemudian suruh anak cabut satu persatu. . Manfaat aktiviti: -menguatkan tahap fokus anak.Anak akan cepat pandai kontrol item kecil2 jika mahir aktiviti ini. -menguatkan otot tangan dan jari. -melatih anak menjadi sabar. . Ps:Imani kurang minat aktiviti ini sebab memerlukan tahap ketelitian yang tinggi,dia bosan nak masuk satu2 pon lambat hanya sempat bermain 10minit sahaja.Nanti mama guna kaedah lain pulak . #montesssoryactivityforimanisyifa #montessoriathome #montessoritoddler #motherhood #imanisyifa #2tahun3bulan
A post shared by Mama Imani Syifa (@bayapopo) on Nov 26, 2018 at 8:36pm PST

#4: Aktiviti Menanam Pokok
Manfaat aktiviti:
-meningkatkan kemahiran motor kasar dan halus.
-bagus untuk sensori proses -lihat,sentuh dan rasa pelbagai tektur.
-meningkatkan tahap kreativiti anak.
-melatih anak lebih fokus
-anak dapat mencuba sesuatu yang baru.
View this post on Instagram
. Aktiviti Menanam Pokok ————————————— . Bahan2: Kinetic Sand (play doh pon bole juga) Bunga/pokok (buat la ikut kreativiti masing) Alatan menanam pokok (optional) Tray telur di warnakan untuk suai padan warna(kalau korang ada pasu bewarna pon bole juga) . *ikut bahan apa yang ada di rumah ye . Cara main: . 1-Bagi arahan padankan “pokok bunga” dengan padanan “warna pasu” yang sama. . 2-Kemudian bagi arahan anak untuk buat ikut kreativiti dia contoh: “Macam mana lagi cara tanam pokok bunga ni Imani?” Ibu ayah bole tengok anak buat cara yang dorang pikirkan.(cara Imani tanam pokok bole rujuk video) . 3-Jika cara yang di gunakan betul,puji.Jika salah pon puji tau nanti ibu ayah ajar cara yang betul kemudian jika ada masa terluang bole ajar anak tanam pokok atau siram pokok yang sebenar (pokok real la) . Manfaat aktiviti: . -meningkatkan kemahiran motor kasar dan halus. -bagus untuk sensori proses -lihat,sentuh dan rasa pelbagai tektur. -meningkatkan tahap kreativiti anak. -melatih anak lebih fokus -anak dapat mencuba sesuatu yang baru. . Ps:Imani suka main kinetic sand.Setiap hari dia main.Mama yang pening nak kemas. . #montessoriactivityforimanisyifa #montessoriathome #montessoritoddler #aktivitikanakkanak #imanisyifa#2tahun3bulan
A post shared by Mama Imani Syifa (@bayapopo) on Dec 1, 2018 at 8:08am PST

#5: Aktiviti Bermain Dot-a-Dot Menggunakan Play-Doh
Manfaat aktiviti:-
-bagus untuk anak lebih fokus
-meningkatkan kemahiran motor kasar dan halus.
-bagus untuk kordinasi mata dan tangan.
-“bonding time”.
-bonus anak bole belajar lebih banyak perkataan dan jugak belajar mengira asas secara tak langsung.
-bagus untuk kembangkan kreativiti anak
View this post on Instagram
. . Aktiviti Bermain Dot-a-Dot Menggunakan Play-Doh ———————————————————————— . Bahan2:- Play-doh jadikan bulat2 kecil Kertas (ibu lukis la apa2 pon) . Cara main: Ibu lukis la apa2 berkaitan sekeliling anak contoh buah-buahan atau kenderaan yang mudah dilukis kemudian lukis bulat2 atas kertas tu dan bagi arahan anak lekatkan play doh tu dekat “dot a dot “ (bulatan2 kecil tu) . Manfaat aktiviti:- -bagus untuk anak lebih fokus -meningkatkan kemahiran motor kasar dan halus. -bagus untuk kordinasi mata dan tangan. -“bonding time”. -bonus anak bole belajar lebih banyak perkataan dan jugak belajar mengira asas secara tak langsung. -bagus untuk kembangkan kreativiti anak2. . Ps:Mama saja je cuba main acah2 tengok Imani camne berminat ke tak.Alhamdulillah dia senang paham dan buat ikut arahan.Senang je ajar budak 2tahun 5bulan ni sebenarnya . #montessoriactivityforimanisyifa #playactivities #playdoh #dotadot #montessoritoddler #imanisyifa #2tahun5bulan
A post shared by Mama Imani Syifa (@bayapopo) on Jan 2, 2019 at 9:43pm PST

#6: Aktiviti Bermain Menyusun Getah (Rubber Band)
Manfaat aktiviti :-
-menguatkan otot tangan(mudah bagi dewasa regangkan getah,tapi bagi Budak ² regangan getah perlukan otot tangan yang kuat).
-anak belajar menyusun secara tak langsung (sorting).Asingkan ikut warna.
-anak belajar matematik secara tak langsung(anak2 anak mengira 1-10 semasa aktiviti-ikut umur anak juga ye)
-mengembangkan kreativiti anak-anak.
-bagus untuk kordinasi mata dan tangan.
View this post on Instagram
. . Aktiviti Bermain Menyusun Getah (Rubber Band) ——————————————————————— . Bahan2:- Getah pelbagai warna Rak kayu tempat susun pinggan (mama guna apa ada je ) lupa nama rak pinggan ni . Cara main:- Bagi arahan kepada menyusun getah mengikut warna kemudian arahkan anak regangkan getah mengikut susunan kayu tu.(Rujuk Video main) . Manfaat aktiviti :- -menguatkan otot tangan(mudah bagi dewasa regangkan getah,tapi bagi Budak ² regangan getah perlukan otot tangan yang kuat). -anak belajar menyusun secara tak langsung (sorting).Asingkan ikut warna. -anak belajar matematik secara tak langsung(anak2 anak mengira 1-10 semasa aktiviti-ikut umur anak juga ye ) -mengembangkan kreativiti anak-anak. -bagus untuk kordinasi mata dan tangan. . Ps:Mama biar je Imani buat apa dia nak buat.Dia lebih suka asingkan ikut warna berbanding regangkan getah mungkin otot tangan dia belum cukup kuat regangkan getah,dia perlukan lebih lagi latihan.Nanti kita ulang main lagi ye.Good job Imani . #montessoriactivitiforimanisyifa #montessoriactivity #montessoritoddler #motherhood #imanisyifa #2tahun5bulan #29month
A post shared by Mama Imani Syifa (@bayapopo) on Jan 4, 2019 at 10:00pm PST

#7: Aktiviti Masukkan Beras Menggunakan Corong (Funnel)
Manfaat aktiviti -tingkatkan motor skill anak.
-latihan untuk lebih fokus dan sabar.
-bagus kondinasi mata dan tangan.
-bagus untuk latihan “sensory skill” (elak anak jadi penggeli) beras kalau melekat kat tangan sesetengah anak jadi rimas dan geli lagi2 jika melekat di tapak kaki.
– tingkatkan kreativiti anak.
View this post on Instagram
. . Aktiviti Masukkan Beras Menggunakan Corong (Funnel) —————————————————————————— . Bahan2:- Beras Corong Dulang Sudu Balang kaca (senang anak nak tengok beras jatuh) Cawan plastik (guna apa ada je) . Cara main:- Bagi arahan anak pindahkan beras dari cawan ke balang kaca menggunakan sudu dan bantuan corong (untuk fokus dan elak tumpah).Perhatikan kreativiti anak. . Manfaat aktiviti -tingkatkan motor skill anak. -latihan untuk lebih fokus dan sabar. -bagus kondinasi mata dan tangan. -bagus untuk latihan “sensory skill” (elak anak jadi penggeli) beras kalau melekat kat tangan sesetengah anak jadi rimas dan geli lagi2 jika melekat di tapak kaki. – tingkatkan kreativiti anak. . Ps:Sebelum mama rekod video ni Imani dah siap tuang masuk beras dari cawan ke balang kaca dah lepas bagi arahan baru dia ikut kemudian buat onar.Biasa la budak2 janji ibu bapa ransang anak main.Bersepah sangat OSEM . #montessoriactivityforimanisyifa #montessoriathome #montessoritoddler #playactivities #imanisyifa #2tahun5bulan
A post shared by Mama Imani Syifa (@bayapopo) on Jan 12, 2019 at 1:14am PST

#8: Aktiviti Menyidai Pakaian
Manfaat aktiviti :-
– melatih otot tangan untuk memudahkan anak menulis bila sekolah nanti.
-anak akan belajar menyidai pakaian dan menyepit pakaian yang disidai untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
-Kawalan jari yang baik dan kekuatan jari tangan sangat diperlukan untuk memicit penyepit baju tersebut.
-Kawalan jari tangan yang baik serta jari jemari yang kuat untuk menyepit pakaian menggunakan penyepit pakaian ini menunjukkan peningkatan kemahiran motor halus anak. (Fine motor skill)
View this post on Instagram
. . Aktiviti Menyidai Pakaian ————————————- . Bahan:- Pakaian (ikut kreativiti sendiri) Penyepit baju Jadikan set tempat sidai baju sesuai dengan ketinggian anak (ikut kreativiti masing2) . Manfaat aktiviti :- – melatih otot tangan untuk memudahkan anak menulis bila sekolah nanti. -anak akan belajar menyidai pakaian dan menyepit pakaian yang disidai untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. -Kawalan jari yang baik dan kekuatan jari tangan sangat diperlukan untuk memicit penyepit baju tersebut. -Kawalan jari tangan yang baik serta jari jemari yang kuat untuk menyepit pakaian menggunakan penyepit pakaian ini menunjukkan peningkatan kemahiran motor halus anak. (Fine motor skill) . #montessoriactivityforimanisyifa #imanisyifa #2tahun6bulan #montessori
A post shared by Mama Imani Syifa (@bayapopo) on Feb 12, 2019 at 12:23am PST

#9: Aktiviti Bermain “Membungkus & Menjual Makanan”
Manfaat aktiviti :-
-anak akan dapat mengenal pelbagai jenis makanan dan “vocab”anak akan bertambah
-pahamkan anak konsep jual beli (senang la Mama nak suruh pegi kedai besar nanti )
-membalut makanan tu meningkatkan “fine motor skill” – melipat dan keronyok kertas pembalut.
-meningkatkan ransangan pendengaran,visual dan sentuhan untuk kanak-kanak.
-bole ajar anak mengira juga (asas nombor) mengikut tahap umur anak.
View this post on Instagram
Aktiviti Bermain “Membungkus & Menjual Makanan” ——————————————————- . Bahan: Guna je mainan makanan apa yang anak ada. Kertas (guna je kertas apa yang ada) Dulang Mesin cashier (optional) Bakul (optional) . Cara main: Terangkan pada anak dia seorang penjual.Ibu/ayah/rakan sebaya sebagai pembeli.Terangkan pada anak setiap makanan yang di order perlulah dibungkus atau di balut.Kemudian serahkan kepada pembeli.(urusan jual beli makanan) . Manfaat aktiviti :- -anak akan dapat mengenal pelbagai jenis makanan dan “vocab”anak akan bertambah -pahamkan anak konsep jual beli (senang la Mama nak suruh pegi kedai besar nanti ) -membalut makanan tu meningkatkan “fine motor skill” – melipat dan keronyok kertas pembalut. -meningkatkan ransangan pendengaran,visual dan sentuhan untuk kanak-kanak. -bole ajar anak mengira juga (asas nombor) mengikut tahap umur anak. . Ps:Sebenarnya nak bagi Imani main babak membalut tu guna aluminium foil-lebih umph bunyi keronyok tu lipat pon padu sket untuk tangan budak kan, tapi cari2 kat dapur tak jumpa pulak tadi makanya guna je la kertas buku mana ada . #montessoriactivityforimanisyifa #imanisyifa #2tahun6bulan #montessori
A post shared by Mama Imani Syifa (@bayapopo) on Feb 3, 2019 at 12:00am PST

#10: Aktiviti Menggunting Rambut Patung Kertas
Manfaat aktiviti:-
-Melatih motorik dan sensorik. Ketika anak mengenal dan akhirnya menggunakan gunting untuk memotong kertas, maka skill motoriknya dilatih, terutama pada otot-otot telapak dan jari-jari tangan.Anak akan menyentuh, memegang dan menggunakannya.
-melatih anak menjadi sabar dan fokus.
-Belajar menggunakan kekuatan. Saat anak memotong kertas dengan gunting, maka anak belajar bagaimana mengendalikan gunting.
-ajar anak lebih yakin.Walaupon hasil tak seberapa hasil menggunting tu,tapi sila bagi sokongan kepada anak.
View this post on Instagram
. . Aktiviti Menggunting Rambut Patung Kertas ————————————————————- . Bahan2:- Gunting (ikut kesesuaian umur anak) Kertas keras /pinggan kertas (lukis muka dan rambut) . Cara main:- Bagi arahan kepada anak supaya mengunting rambut patung kertas. . Manfaat aktiviti:- . -Melatih motorik dan sensorik. Ketika anak mengenal dan akhirnya menggunakan gunting untuk memotong kertas, maka skill motoriknya dilatih, terutama pada otot-otot telapak dan jari-jari tangan.Anak akan menyentuh, memegang dan menggunakannya. -melatih anak menjadi sabar dan fokus. -Belajar menggunakan kekuatan. Saat anak memotong kertas dengan gunting, maka anak belajar bagaimana mengendalikan gunting. -ajar anak lebih yakin.Walaupon hasil tak seberapa hasil menggunting tu,tapi sila bagi sokongan kepada anak. . Ps:Dulu Imani tak cekap sangat menggunakan gunting.Bila selalu bagi main gunting nampak dah skill dia makin meningkat. . #montessoriactivityforimanisyifa #imanisyifa #2tahun6bulan #montessori
A post shared by Mama Imani Syifa (@bayapopo) on Feb 11, 2019 at 11:24pm PST

Sumber: bayapopo
The post Ibu Kongsi 10 Aktiviti Sensori Anak 2 Tahun. Guna Bahan Yang Ada Di Rumah, Paling Penting Anak Seronok! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ibu-kongsi-10-aktiviti-sensori-anak-2-tahun-guna-bahan-yang-ada-di-rumah-paling-penting-anak-seronok/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Kongsi 6 Resipi Anak Guna Nasi Sejuk Jimat Masa Sarat Prebiotik Bagus Untuk Penghadaman

Ibu Kongsi 6 Resipi Anak Guna Nasi Sejuk Jimat Masa Sarat Prebiotik Bagus Untuk Penghadaman

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 429 hits
Nasi bijirin yang kaya dengan khasiat Nasi berlebihan semalaman jangan dibuang pelbagaikan kegunaannya dengan menghasilkan sajian buat si kecil Nasi mengandungi nutrien seperti karbohidrat protein fosforus selenium dan zat besi Kebanyakan k...
Kesal Pada Suami Seorang Ibu Bunuh Anak Yang Baru Berumur 1 Tahun

Kesal Pada Suami Seorang Ibu Bunuh Anak Yang Baru Berumur 1 Tahun

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 338 hits
Direktur Kriminal Umum Polda Aceh Agus Sartijo mengatakan sekira pukul 08 00 WIB pelaku melemparkan korban ke dalam bak mandi berisikan air Setelah beberapa saat baru kemudian pelaku mengangkat anaknya dari bak mandi tersebut
6 Tahun Pertama Usia Emas Anak Ibu Ayah Mesti Bersabar Berkasih Sayang Cara Terbaik Dalam Mendidik

6 Tahun Pertama Usia Emas Anak Ibu Ayah Mesti Bersabar Berkasih Sayang Cara Terbaik Dalam Mendidik

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 637 hits
6 tahun pertama ialah usia keemasan bagi setiap individu Jika didikan yang diterima baik dan penuh kasih sayang maka mereka mudahlah untuk dibentuk Menurut juruterapi pediatrik berkongsi tentang kesan didikan kepada emosi kanak kanak Apa ya...
Anak 2 Tahun Lebih Sudah Tidur Sendiri Tanpa Menyusu Ameera Zaini Kongsi Tips Wean Off

Anak 2 Tahun Lebih Sudah Tidur Sendiri Tanpa Menyusu Ameera Zaini Kongsi Tips Wean Off

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 490 hits
Ameera Zaini berkongsi tips bagaimana dia telah berjaya wean off atau menghentikan penyusuan susu ibu kepada anak Mudah rupanya tapi ibu mesti konsisten dan cekal Bagi ibu yang menyusukan anak memang agak sukar untuk memutuskan penyusuan su...
Usai Ibu Ledakkan Diri Di Rumah Keberadaan 3 Anak Teroris Sibolga Misteri

Usai Ibu Ledakkan Diri Di Rumah Keberadaan 3 Anak Teroris Sibolga Misteri

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 294 hits
Pengakuan Husain kepada penyidik dia memiliki empat orang anak masing masing berinisial H A S dan H Yang tiga itu apakah melarikan diri lewat belakang atau ke mana kita belum tahu masih didalami
Suka Menyampuk Cakap Orang Tua Masuk Bilik Tuan Rumah Ibu Bapa Wajib Tegur Perangai Anak Elak Makin Parah

Suka Menyampuk Cakap Orang Tua Masuk Bilik Tuan Rumah Ibu Bapa Wajib Tegur Perangai Anak Elak Makin Parah

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 484 hits
Biasa kita lihat bila bertandang ke rumah sesiapa pada hari raya mahupun hari biasa ada kanak kanak yang suka masuk bilik orang tanpa minta izin berlari lari dalam rumah buka peti sejuk tuan rumah Tanpa sedar anak ini melampau batas dan ket...
Ibu Kongsi Rahsia Enam Anak Hafal 30 Juzuk Al Quran

Ibu Kongsi Rahsia Enam Anak Hafal 30 Juzuk Al Quran

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 549 hits
KUALA TERENGGANU Saya mula perdengarkan bacaan ayat suci al Quran kepada anak anak sejak mereka dalam kandungan selain jaga makan bagi menguatkan daya ingatan demikian kata ibu kepada lapan anak ketika diminta berkongsi amalan dilakukan seh...
Ibu Kembar 4 Kongsi Tip Urus Anak Kembar Mesti Bersedia Awal Buat Jadual

Ibu Kembar 4 Kongsi Tip Urus Anak Kembar Mesti Bersedia Awal Buat Jadual

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 382 hits
Dikurniakan kandungan anak kembar ialah kurniaan terindah dari yang Maha Esa Persediaan awal dan perancangan amat penting untuk memastikan penjagaan dan pengurusan bayi selepas dilahirkan berjalan dengan baik Ibu kembar 4 yang dinamakan Fir...
Sekurang Kurangnya Hingga Usia 4 Tahun Ibu Ayah Kena Hadap Drama Bila Anak Mengamuk

Sekurang Kurangnya Hingga Usia 4 Tahun Ibu Ayah Kena Hadap Drama Bila Anak Mengamuk

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 376 hits
Toodler tantrums atau defiant age pernah dengar Adakah ini normal untuk mengamuk atau sekadar mengambil perhatian si dewasa oleh si cilik Perkongsian dari Terapis Cara Kerja boleh membantu ibu bapa yang berdepan keadaan ini Anak memang muda...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah