Crestar Pengedar Tunggal Kipas Siling Yang Berkualiti Dan Rekabentuk Menarik
CRESTAR - PENGEDAR TUNGGAL KIPAS SILING
YANG BERKUALITI DAN REKABENTUK MENARIK
Kipas Siling adalah kaedah yang sangat popular dan berpatutan untuk memastikan rumah kita tetap sejuk dan selesa di dalam panas yang terik. Tetapi bukan mudah untuk mencari Kipas Siling yang mempunyai reka bentuk yang cantik dan bergaya dismaping mempunyai prestasi yang luar biasa kan. Kadang terbeli kipas yang nampak canti tetapi mempunyai masalah pulak bial dah guna lama.
Mungkin masalah yang paling biasa yang kita hadapi dengan kipas siling adalah dari masa ke masa ia mula "goyang" semasa berpusing. Ini biasanya disebabkan oleh berat bilah yang tidak betul-betul dipadankan, dan kemudian dari masa ke masa, kesan ketidakseimbangan ini mula menyebabkan kipas siling menjadi goyang. Semakin cepat kipas siling tu berputar, semakin goyang dan kadang berbunyi bising.
Haa.. Nak tahu tak nape kadang dia bunyi bising? Ia sebenarnya disebabkan skru yang longgar pada Kiaps Siling tu. Kipas siling diperbuat daripada bahagian berlainan yang disusun menggunakan skru. Walaupun kipas sedang berjalan, ia menghasilkan getaran kecil yang melonggarkan beberapa skru tersebut. Kita boleh mengesan skru longgar melalui bunyi yang bising dengan kipas yang bergoyang. Hanya gunakan pemutar skru untuk ketatkan skru kipas dengan plat siling. Pastu jangan lupa letak minyak sikit yea..
Seperti yang kita tahu setiap kipas siling direka untuk melakukan perkara-perkara asas yang sama, tetapi tidak ada pengganti kipas siling berkualiti tinggi yang sesuai dengan saiz dan hiasan bilik. Walaupun Kipas Siling boleh dipasang di hampir mana-mana bilik, kita sepatutnya harus bermula dengan melabur di bilik yang paling banyak kita gunakan dan seharusnya membeli kipas yang direka untuk kegunaan berat / heavy duty. Almaklumlah.. cuaca tengah panas sekarang ni kan.. maunya kena pasang kipas 24 jam.. Tapi seperti yang kita tahu.. ada jenis-jenis kipas siling yang tak boleh pakai lama sangat, nanti panas dan boleh jadi rosak..
Haaa.. Tapi ni TB nak share denga korang tentang kipas siling yang cantik, tough dan tahan lama ni. Nampak kukuh je TB tengok design-design dia.. Nampak elegan juga kalau diletakkan di atas siling ruang tempat kita selalu bersantai depan TV, dekat tempat meja makan, dekat ruang hall tempat berehat dan menerima tetamu.. Pastinya korang teruja tengok design-design dari CRESTAR ni.. jom baca serba sedikit info tentang CRESTAR ni ye..
INFO TENTANG CRESTAR
Ditubuhkan pada tahun 2004, Crestar Enterprise dengan cepat memperoleh reputasi yang kukuh dalam industri elektrik Singapura dan di kalangan pelanggannya. Firma itu menjadi Crestar Enterprise Pte Ltd pada bulan Oktober 2009
Crestar Enterprise Pte Ltd telah berkembang menjadi salah satu peneraju pasaran terkemuka di perdagangan kipas siling Singapura sejak penubuhannya pada tahun 2004
Syarikat ini merupakan pengedar tunggal untuk kipas siling , yang menawarkan pelbagai reka bentuk kipas siling berbeza dan ergonomik dan aksesori berkaitan kualiti, termasuk pengawal selia, pencahayaan dan lekapan lain yang berkaitan.
Semua kipas siling Crestar kini dilengkapi sepenuhnya dengan versi terbaru 188/153 Alumi Motor TM. Melalui dedikasi kepada penyelidikan dan pembangunan, Crestar Enterprise Pte Ltd memperkenalkan 2014 model premium baru pereka kipas siling, termasuk Siri Icol, Skylite Series dan Rainlite Series. Siri 2014 Rainlite / Skylite kini dilengkapi dengan alat kawalan jauh 6 kelajuan / Remote Control dan pelbagai fungsi terlebih dahulu untuk kegunaan maksimum.
Senangnya kalau ada remote kan, kalau tengah lena tidur, terasa sejuk sangat tak perlu bangun nak tutup kipas, just tekan je remote control tu kan.. boleh sambung tidur balik.. hehehe
Haa.. lupa nak cerita, kalau korang nak tahu CRESTAR ni pernah mendapat Awards Super Singapore Brands 2011, dan Home + Living Magazine Luxurious Award 2013 & more coming soon!
Jom tengok gambar-gambar bawah ni untuk beri inspirasi buat korang yang mencari kipas siling terbaik dan berkualiti ..
Haaa.. apa lagi korang.. dah jumpa kan Kipas Siling yang tough, design cantik, tahan lama macam yang korang nak? Jom tambahkan keanggunan dan gaya di rumah anda dengan kipas siling bergaya Crestar!
Facebook :
(https://www.facebook.com/crestarfans/)
Instagram :
(https://www.instagram.com/crestarfans/?hl=en)
Source:
home-designing
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.tengkubutang.com/2019/03/crestar-pengedar-tunggal-kipas-siling.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+SharingMyCeritera+%28Sharing+My+Ceritera%29