Indonesia 14 Tempat Tempat Menarik Di Padang Bukit Tinggi


Sebelum dibawa island hopping di Mandeh, kami dibawa pusing kota Padang termasuk kota lama. Kami tak turun pun sebab perlu tiba di Dermaga Cerocok dalam masa yang ditetapkan. Orang kata "ambil bau" dulu.
Padang seluas 695km persegi. Kawasan pantainya panjang sejauh 43km manakala gugusan bukit bermula dari Aceh di utara sehingga ke Lampung. Pelabuhan Muaro untuk kapal kecil dan sederhana terletak di dalam kota je. Kalau nak pergi ke pulau Mentawai atau Nias boleh naik dari sini. Pulau Nias dan Mentawai menjadi pelindung kepada provinsi Sumatera Barat yang mana jika berlaku ombak kuat, kedua-dua pulau ini yang kena dulu. 
Sejak sebelum zaman kolonial lagi Padang telah menjadi bandar perniagaan dengan produk utamanya emas dan lada hitam. Banyak perniagaan di tengah bandar dikuasai oleh bangsa Cina. Untuk pengetahuan semua, pemerintah Sumatera Barat tidak membenarkan pasaraya besar membuka perniagaan demi kelansungan perniagaan anak tempatan. Bangsa Cina paling ramai di Riau, Makassar dan Medan, di Bukit Tinggi dalam 500 orang sahaja. Memula dulu mereka mendarat di Pulau Nias sebelum beransur-ansur masuk ke Sumatera Barat. 
Satu perkara yang patut dicontohi ialah setiap warga Indonesia menggunakan SATU bahasa nasional, Bahasa Indonesia, yang difahami semua selain dialek kaum memasing dan Bahasa Inggeris. SATU bahasa menguatkan rasa sayang dan patriotik kepada negara. Asyik banget mendengar bangsa Indonesia keturunan Cina bertutur menggunakan bahasa kebangsaan di mana-mana... di Malaysia, Disneyland Hong Kong malah di China pun mereka tidak berbahasa Cina.

Dari pemerhatian banyak bangunan lama zaman penjajahan Belanda 1816-1942 (ada juga yang mengatakan dijajah Belanda selama lebih 300 tahun), yang terbiar di kota lama Padang. Mengikut sistem negara ini, bangunan lama yang mengalami kerosakan melebihi 70 peratus sahaja yang akan dibuat restoration work. Sayang... kalaulah ia boleh dipulihara mungkin akan menjadi seperti George Town dan Melaka.

Di sini kita boleh melihat keretapi melalui kota Padang. Landasan keretapi mula dibina pada 1886 dan siap pada 1891 sewaktu penjajahan Belanda untuk mengangkut arang batu ke pelabuhan. Dahulu servisnya sehingga ke Solok dan Sawahlunto. Pembinaannya serentak dengan Pelabuhan Teluk Bayur dan Tambang Batu Bara Ombilin di Sawahlunto.

Rata-rata warga Padang bekerja dengan kerajaan, berniaga atau menjadi nelayan/jurumudi kapal. Hanya sebuah kilang simen yang menjadi insdustri berat di sini. Cuacanya panas berbeza sekali dengan Bukit Tinggi yang nyaman

Padang juga merupakan pusat pendidikan di Sumatera Barat. Ada 11 universiti, 3 politeknik dan 1 institut teknologi di Padang untuk memandaikan anak bangsa.

Dari segi makanan, menurut Ibu Linda harga makanan di Padang lebih tinggi daripada Yogyakarta (Jogja) but still much cheaper than Vietnam. 

Tanah Minang Tanah Muslim
Tanah Minang ini masih menggunakan hukum adat. Walaupun hukum syariah digunakan ia tidak diwar-warkan seperti Aceh. Hubungan keluarga masih kuat manakala sikap saling menasihati masih diamalkan. Seronok tengok orang sini lelaki dan perempuan rajin ke masjid bila azan berkumandang. Jika seseorang muslim keluar dari agama Islam dia dan keturunannya akan berpatah arang dengan keluarga, seumur hidup tidak diakui lagi sebagai saudara malah tidak akan mewarisi harta pusaka

Dalam adat Minang kaum lelaki sifatnya berdikari dan berdagang. Dari umur 15 tahun mereka tidur di masjid dan surau. Kiranya dedulu beruntunglah kalau dapat lelaki Minang, boleh diharap ke dapur juga 😃 selain rajin menimba ilmu agama. Kalau nak dapat gambarannya kena tengok cerita Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck yang difilemkan berdasarkan karya Buya Hamka. Remaja lelaki Minang sekarang dah tak macam tu sangat, ramai yang duduk celah ketiak mak lagi macam anak-anak kita juga. Ye lah zaman dah berubahkan? Bila dewasa mereka merantau. Ada pepatah Minang "daripada pulang miskin lebih baik rantau itu diperjauhi". Maksudnya lelaki Minang dahulu hanya akan pulang bila sudah senang. Mereka kembali ke kampung untuk membina rumah untuk saudara perempuannya. Jadi kalau nak tahu berapa orang anak perempuan sesebuah keluarga tu lihat jumlah biliknya; akan ada satu bilik ibu bapa, bilik anak perempuan seorang satu, anak lelaki kena kongsi satu bilik reramai sebab bila akil baligh mereka akan tinggal di masjid. Dah lah kena share reramai diletakkan pula di hujung dapur. Room with nice view dapat kat anak gadis gituh (dan atas faktor menjaga kehormatan dan keselamatan juga). Dalam Islam wanita memang dimuliakan.

Wanita dewasa di sini hampir semuanya memakai tudung yang MENUTUP AURAT. Susahlah nak jumpa yang vogel kepalanya. Kerja mereka duduk rumah goyang kaki je... Cari duit dengan menyulam ooii... kau ingat goyang kaki sambil makan kerepek bawang? 😁 
60 peratus kawasan Bukit Tinggi merupakan kawasan pertanian. Pandang Panjang itu sendiri dahulunya merupakan hamparan sawah yang luas malah sekarang pun masih banyak. Sewaktu kenderaan bergerak ke Bukit Tinggi kita akan nampak beberapa air terjun di tepi jalan yang turut mengairi kawasan pertanian.



Menurut TG kami Pak Feri, masyarakat muslim di Padang Pariaman menggunapakai sebahagian adat dari Gujerat, contohnya kalau nak kahwin perempuan meminang lelaki dan kena bagi hantaran. Lagi berpelajaran dan berpangkat makin mahallah hantarannya. Sama macam tenant Bangladesh aku cakap, dia kata untung wanita Islam Malaysia sebab dipinang. Ye lah, kenalah ikut agama kan? Guane amik sekerat sekerat

"Tabuik" (Tabot di Benglu) ialah satu upacara yang dilakukan di Pariaman dalam memperingati terbunuhnya Saidina Hussein, cucu Nabi Muhammad s.a.w., yang dilakukan oleh masyarakat Minangkabau di daerah pantai Sumatera Barat. Tabuik ialah merupakan istilah untuk pengusungan jenazah yang dibawa selama proses upacara tersebut. Awalnya merupakan upacara puah Syiah, akan tetapi penduduk Sunni di Pariaman dan daerah lain juga melakukan upacara serupa. Upacara melabuhkan tabuik ke laut dilakukan setiap tahun pada 10 Muharram sejak 1831 Ia diperkenalkan oleh Pasukan Tamil Muslim Syiah dari India


Siapalah yang ambil gambar tak penuh ni? 😔


Tempat-tempat yang menarik di Padang dan Bukit Tinggi

1) Replika bot Malim Kundang
Bot ini terletak di kampung nelayan di Pelabuhan Muaro, kota Padang. Kalau teringin melihat kehidupan nelayan berjalanlah sepanjang muara ini di awal pagi





2) Jambatan Siti NurbayaSiti Nurbaya ialah novel yang mengkritik adat tradisi masyarakat Minangkabau di Sumatera. Novel karya Marah Roesli di era 1930-an mengisah kegagalan percintaan Siti Nurbaya dan Samsul Badri kerana tidak dibenarkan adat dan budaya ketika itu.

Satu jambatan di kota Padang dinamakan Jambatan Siti Nurbaya bersempena dengan kejayaan novel tersebut yang telah diulang cetak 11 kali. Lokasi ini dipilih kerana di sinilah pertemuan Datuk Malinggi dan bapa Siti Nurbaya. Dahulunya ia hanyalah sebuah jambatan kayu yang menghubungkan kota Padang dan Gunung Padang.






3) Masjid Raya PadangMasjid Raya yang terbesar di Sumatera barat dan kedua di Sumatera dengan keluasan 40,343 meter persegi. 



4) Pantai Air ManisWalaupun kota Padang hanyalah bandar transit untuk ke lokasi lain yang lebih menarik, ada juga tarikan pelancongan di sini seperti Pantai Air Manis yang ada patung Malim Kundang. Pernah dengar kisah si Tanggang tak? Bolehlah tengok di situ waktu air surut. Nak sewa ATV pun boleh dengan kadar 50k rupiah untuk setengah jam. Ketika air surut kita juga boleh menyeberang laut ke sebuah pulau berdekatan

Patung Malim Kundang
Waktu air surut ni kita boleh berjalan ke pulau kecil di seblah kiri tu


Bagi peminat luncur air (surfing) ada servis menyewa papan luncur di Pantai Air Manis


Pepetang baru meriah pondok ni

5) Island hopping di kawasan Mandeh
Sila rujuk sini. Yang ni ikut pakej dari www.BMW2002tour.com


6) Air Terjun Lembah Anai
Air terjun ini di Kabupaten Tanah Datar jalan nak ke Bukit Tinggi, di tepi jalan yang sibuk. Jadi kita akan berhenti sebentar untuk ambil gambar sahaja.

Pandai mereka buat duit, tiket dewasa 5k rupiah, kanak-kanak 3k.



7) Desa ParianganPernah dinobatkan sebagai desa terindah oleh sebuah tabloid Amerika mungkin atas sebab gabungan sawah padi, suhu dingin dan kedudukan kampung ini yang berada di kaki dan atas bukit dengan hanya tangga batu sebagai penghubung. Sihat sihat belaka warga tua sini










8) Istano Basa Pagaruyung (Istana Besar Pagaruyung)Destinasi wajib pelancong... nanti aku buat satu entry khas sebab ada banyak gambar yang nak dikongsi. 
Yang bagusnya di sini kita boleh sewa baju tradisional untuk bergambar bermula dengan kadar 35k rupiah sahaja. Feeling pengantin sekejap ai 😁. Orang lain pilih warna merah aku pakai warna biru hahah... baru outstanding gituh



9) Jam Gadang, Bukit Tinggi
Ini pun tempat wajib bergambar, di tengah kota Bukit Tinggi. Tiada gambar full sebab waktu ni ada upgrading work work di sekitarnya.



10) Taman Monumen Proklamator Bung Hatta, Bukit Tinggi


11) Taman Panorama dan Lobang Jepang, Bukit TinggiTempat persembunyian tentera dan senja api di zaman kekejaman tentera Jepun. Pelancong Jepun tidak pernah diberitahu tentang wujudnya tempat ini dan bila mereka tahu mereka berasa sangat malu. Orang Jepun sangat malu bila bangsanya berlaku kejam terhadap orang lain

Tiket masuk : 20 ribu rupiah. Tips tour guide: RM5 seorang



13) Rumah Adat, Koto Gadang



 14) Souvenir & shoppinggggg !!

Welisyar Silver Work, Koto GadangPusat pembuatan perak ini tak jauh dari Rumah Adat dan Masjid Koto Gadang. Ia telah wujud sejak zaman Belanda lagi turun-temurun dari satu generasi ke satu generasi. Sangat halus dan teliti buatannya


Barangan kulit di Minang Kayo Art & Gallery, Padang PanjangSalah satu kerajinan kulit yang membuka untuk pelancong. Ada banyak handbags, purse, kasut, sandal dan lelain produk sampingan di sini. Berpinau mato den hahaha... ya Allah kuatnya bisikan syaitan kat sini 😂😂😂 terjebak juga! OMG aku memang suka handbag dan kasut

Menurut pemilik Minang Kayo Ibu Priska, galeri ini baru sahaja dibuka tahun lalu kerana permintaan yang tinggi dari pelancong. Asalnya mereka menjual sandal sahaja sejak 2010 di Lembah Anai. Katanya orang Malaysia sangat suka barangan kulit lagipun di Padang Panjang ada pengeluar kulit jadi Minang Kayo ni manfaatkanlah semua sumber yang ada. Untuk produksi kulit mereka yang terbesar di Sumatera Barat

MK mempunyai enam orang tulang jahit untuk beg yang dibahagikan kepada pembuat beg tangan dan dompet manakala tukang kasut seramai empat orang. Wallet and purse tu kan sangat kemas jahitannya tetapi beg berbeza-beza kualitinya sebab mereka bukan mengambil pekerja mahir sahaja, yang level biashe biashe pun ada. Nak jadikan mereka tukang jahit professional kenalah selalu bagi menjahit kan? Alah.. macam student yang dapat 4 flat lah, bila start kerja bermula dari zero juga... Overall cantik dan kemas. Backpack pun cantik tapi ermm... takde keperluan pula nak beli. 
Dalam sebulan mereka MK boleh mengeluarkan sebanyak 200 pasang, beg 300-350 buah, handbags dan wallet lebih lagi. Harga purse/handbag bermula daripada 250k hingga 1.5 juta rupiah. Kalau nak tempah banyak untuk event ke... berniaga ke... tempahlah awal supaya mereka boleh maintain quality. Nak boh logo ke.. takde logo ke.. suka hati hang

Yang peniaga kita masih jauh ketinggalan, keupayaan menyiapkan tempahan dalam masa 1-3 hari. Lebih-lebih lagi mengekalkan harga yang sama. MK boleh buat tau tapi seeloknya kita bagi mereka masa tiga harilah lelebih lagi bila kita singgah dah petang. Hari nak balik ke Padang baru kita ambil


Handbag yang tengah kanan tu diperbuat daripada kulit ular yang dibela. Cantik tapi aku taknaklah ada ular dalam almari hahah... Kanan bawah, pemilik Minang Kayo

Sulaman dan pelbagai di Pasar AtasBukit Tinggi terkenal dengan sulaman baik di telekung mahupun kain pasang. Kepada yang mencari telekung sulam goyang di sinilah tempatnya. Sulam goyang sangat halus buatannya jadi sudah tentulah harganya lebih mahal tapi puas hati bila dipakai. Lain macam rasa confident tu hahah... 
Kain pasang sulam seperti di bawah ini memang banyak dijual. Harganya rata-rata bermula daripada 800k rupiah. Pagi last tu aku terjumpa kedai no 10 di Pasar Atas meletakkan harga bermula daripada 600k rupiah. Itulah yang termurah aku jumpa sebab kebanyakan kedai lain belum dibuka, baru 7.30 pagi. 
Terpegun aku tengok kain-kain ni... ke manalah aku nak pakai baju level Kris Dayanti ni 😁 . Kalau datang lagi sekali bolehlah beli kot? Ke... beli handbag lagi? Mamposss

Tak sempat nak tanya harga dan saiz sebab terkejar-kejar nak check-out pulak


Uols yang ke Padang-Bukit Tinggi jangan memerap lelama kat bilik hotel, gi jenjalan. Yang aku tulis ni baru sebahagian je... sekadar tempat yang aku pergi padahal banyak lagi tempat menarik. Jalan dan shopping. Syok juga kalau raya nanti sandang handbag yang warnanya rare kan? 😈😈










© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruggedmom.com/2019/03/indonesia-14-tempat-tempat-menarik-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Travel Padang Sumatera Barat Indonesia Destinasi Marine Tempat Menarik Untuk Diterokai

Travel Padang Sumatera Barat Indonesia Destinasi Marine Tempat Menarik Untuk Diterokai

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 606 hits
TRAVEL to Padang Sumatera Barat Indonesia adalah buat pertama kali bagi Seri Wangi menjejakinya Hati rasa berbunga dan ofcourse tersangat happynya dapat merantau ke negara orang terutamanya ke Padang Sumatera Barat Indonesia selama 3 hari P...
Tempat Menarik Untuk Photoshoot Di Pantai Puteri Melaka

Tempat Menarik Untuk Photoshoot Di Pantai Puteri Melaka

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 1027 hits
Selesai urusan check out tengahari di plan dengan husband nak pergi mana mana pantai untuk ambil gambar Dah plan elok nak pergi Pantai Klebang petang selepas check in hotel Tapi hampa bila sampai Pantai Klebang sesak dengan manusia Hajat hu...
Four Injured In Five Vehicle Crash In Bukit Padang

Four Injured In Five Vehicle Crash In Bukit Padang

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 255 hits
The lorry which also crashed into a tree before coming to a stop on the side of the road KOTA KINABALU Five vehicles including a 10 tonne lorry were involved in an accident at Jalan Bukit Padang this evening According to the state Fire and ...
Kebutuhan Internet Di Indonesia Makin Tinggi Tapi Belum Terpenuhi

Kebutuhan Internet Di Indonesia Makin Tinggi Tapi Belum Terpenuhi

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 286 hits
Direktur Jaringan PT Pasifik Satelit Nusantara Heru Dwikartono saat ini diperkirakan di Indonesia masih ada sekitar 25 ribu desa yang belum mendapatkan akses internet
Indonesia Island Hopping Tour Di Kawasan Mandeh Padang

Indonesia Island Hopping Tour Di Kawasan Mandeh Padang

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 562 hits
Eh boleh buat island hopping ke kat Padang Itulah yang terdetik di hati Tak pernah dengar pun Betul macam tak percaya padahal Padang mempunyai 43 km panjang pesisir pantai Selalu yang aku dengar kalau orang pergi Padang Bukit Tinggi shoppin...
6 Tempat Menarik Di Cameron Highland Perlu Di Lawati

6 Tempat Menarik Di Cameron Highland Perlu Di Lawati

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 419 hits
Hari ini saya nak kongsikan antara tempat menarik di Cameron Highland yang rugi anda tidak lawati Pengalaman yang kami kongsikan ini adalah review jujur yang kami rasa sempat dilawati dikala jalan jem di Cameron highland kalau waktu cuti Ka...
Mangsa Pejalan Kaki Wanita Terbabit Kemalangan Di Bukit Padang Meninggal Dunia Awal Pagi Tadi

Mangsa Pejalan Kaki Wanita Terbabit Kemalangan Di Bukit Padang Meninggal Dunia Awal Pagi Tadi

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 1116 hits
Pejalan kaki wanita meninggal dunia awal pagi tadi akibat kecederaan yang dialami dalam kemalangan di bulatan Tun Fuad Bukit Padang kelmarin Gambar Ihsan BombaKOTA KINABALU Pejalan kaki yang menjadi mangsa kemalangan jalan raya melibatkan l...
11 Lokasi Menarik Tempat Percutian Di Pulau Pinang

11 Lokasi Menarik Tempat Percutian Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 894 hits
Pulau Pinang sememangnya salah satu destinasi yang cukup popular di kalangan pelancong tidak kira dari luar mahupun di dalam Malaysia Sering kali dirujuk sebagai syurga makanan Pulau Pinang mempunyai tarikan tersendiri untuk dilawati bukan ...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Makan Steamboat Dapat Henna Free


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage