7 Cara Jadikan Buah Limau Mandarin Lebihan Lebih Menarik


Kredit: amazonaws.com Sambutan Tahun Baru Cina sudah berakhir beberapa hari lepas dengan sambutan Chap Goh Mei. Walaupun begitu, kotak-kotak buah limau yang masin tersusun di satu sudut dapur anda masih belum berakhir. Saya pasti, anda sudah muak nak makan buah limau mandarin.
Iyalah, kalau asyik makan buah limau mandarin setiap hari, memanglah tidak pandang. Tambahan pula, makan terlalu banyak buah limau juga tidak elok kerana boleh membuatkan anda demam dan sakit tekak pula. Musim panas dan kering sekarang tidak boleh dibuat main, tahu.
 
 
Kebaikan Buah Limau Mandarin Kenapa buah limau mandarin bagus untuk dimakan (meskipun tidak terlalu banyak)?
Hal ini demikian kerana buah limau kaya dengan  Vitamin C dan hesperidin. Di samping itu, kandungan hesperidin di dalam buah limau dikatakan lebih tinggi berbanding buah oren dan lemon.
Apa itu hesperidin, anda tanya? Hesperidin merupakan ejen yang bekerjasama dengan Vitamin C untuk menggalakkan pembentukan kolagen.
Dalam erti kata lain, apabila anda makan banyak buah limau, anda dapat kekal muda remaja! Siapa tak nak disangka sebagai kakak anak sendiri, betul tak?
 
Jangan Membazir Buah Limau Mandarin Dilema buah limau mandarin yang tak habis-habis ini memang sesuatu yang sering berlaku setiap tahun. Memang tidak dapat dielakkan! Daripada akhirnya membuatkan lebihan buah limau dibuang begitu sahaja, mari kita buat sedikit perubahan tahun ini.
Lagipun, membazir amalan syaitan, bukan?
1. Jus
Salah satu cara untuk pastikan anda tidak membazir lebihan buah dengan cara lain selain daripada makan buah begitu sahaja adalah dengan menjadikan buah limau lebihan anda sebagai jus.
Jika anda bosan dengan jus berperisa oren yang kosong, anda boleh tambah sedikit rempah ratus seperti halia, bunga cengkih dan kayu manis, jika mahu. Cubalah resepi jus buah limau berempah istimewa Butterkicap!
2. Jem Marmalade BBC.com Jika anda dah penat minum jus oren, anda boleh sediakan jem oren atau marmalade pula! Mungkin pada namanya, anda merasakan bahan-bahan untuk menyediakan jem ini, anda perlu membelanjakan wang yang banyak. Hakikatnya, anda hanya perlukan buah limau, gula dan sedikit perahan jus lemon.
Marmalade merupakan jem yang cukup popular di England (kini lebih dikenali sebagai United Kingdom) dan kononnya marmalade mendapat namanya kerana Queen Mary of Scots makan jem ini semasa sakit dan dayang-dayang beliau mengatakan, ‘oh, Mary sakit’ dalam bahasa Perancis, ‘Mary est malade‘. Malangnya, itu hanya cerita sahaja.
 
3. Kek Oren Tak begitu suka jem? Tak mengapa, anda boleh habiskan lebihan buah limau dalam bentuk kek. Di Malaysia, memang sudah menjadi kebiasaan untuk menjadikan buah-buahan lebihan di rumah sebagai manisan atau pencuci mulut.
Jadi, memang tidak menghairankanlah cadangan ini saya sertakan dalam artikel ini. Bagi yang tidak menyukai pencuci mulut atau kek yang terlalu manis, kek oren merupakan pilihan pencuci mulut terbaik untuk anda. Tak perlu banyak bahan. Hanya kerajinan sahaja!
 
4. Kiub Ais Kulit Oren Kredit: kombuchahome.com Dalam cuaca panas terik begini, minuman sejuk dan menyegarkan memang cukup dialu-alukan. Musim inilah sebenarnya musim yang melariskan segala makanan sejuk seperti cendol, ais kacang atau air batu campur, laici kang, aiskrim dan pelbagai makanan lain sejuk lain kerana pada waktu inilah, badan anda yang terasa kering dan kurang air dambakan sesuatu yang menghilangkan haus anda.
Namun begitu, takkanlah anda nak menghabiskan wang banyak semata-mata untuk minum ais? Satu-satunya cara yang bukan sahaja menjimatkan wang anda malah cukup menarik untuk disediakan ialah kiub ais kulit oren. Menang cukup menyegarkan!
Hanya letakkan kulit oren yang dibersihkan dalam bekas ais, isikan air dan simpan di dalam peti sejuk. Senang sahaja.
 
5. Hirisan Oren Bergula Cara kelima untuk menghabiskan buah limau lebihan anda di rumah ialah dengan menyediakan hirisan limau bergula. Hirisan limau ini sesuai untuk dijadikan hiasan apabila anda membakar kek, khususnya apabila anda menyediakan kek oren.
Cara untuk menyediakan hirisan oren bergula ini mudah sahaja. Hiris buah oren nipis-nipis, Gaul hirisan oren dalam periuk berisi air gula hingga kulit oren sedikit jernih. Pastikan anda alihkan hirisan oren setiap 15 minit untuk pastikan buah oren disalut dengan rata. Selepas itu, sejukkan di atas rak pembakar.
 
 
6. Kuah Salad  
Kalau anda suka makan salad, anda pasti tahu betapa susahnya untuk jadikan salad lebih menarik. Mana tidaknya, salad lazimnya mengandungi bahan yang sama. Namun begitu, itu tidak bermakna anda tidak boleh bereksperimen.
Berikan kelainan pada salad anda dengan sedikit kuah salad menggunakan oren. Ya, bagi yang tidak tahu, anda boleh sediakan kuah salad menggunakan oren. Menyediakan kuah salad oren ini mudah sahaja. Ikuti resepi di bawah:
Bahan-Bahan
1 1/2 (1/3 cawan) jus oren 1/2 sudu besar madu 2 sudu besar jus lemon 1/2 sudu besar minyak zaitun 1/4 sudu teh garam laut 1/4 sudu teh lada hitam Cara-Cara
Masukkan kesemua bahan dalam pengisar dan kisar hingga halus.  
7. Teh Oren Kredit: healthylifestylesliving.com Cara terakhir dalam artikel ini untuk memastikan buah limau lebihan anda dapat dihabiskan adalah dengan menyediakan teh oren. Ya, mata anda tak menipu anda. Saya memang maksudkan teh oren.
Rasa masam manis bersitrus oren dan wangi teh memang gabungan yang cukup sedap. Untuk menyediakan teh oren ini mudah sahaja. Masukkan sehiris buah oren di dalam cawan teh anda dan tuang teh panas ke dalam. Biar seketika untuk rasa oren itu meresap ke dalam teh.
Kalau nak rasa oren yang lebih kuat, anda boleh letakkan hirisan oren di dalam serbuk teh semasa membancuh teh ataupun letakkan dua sudu teh jus oren ke dalam teh anda.
Memang sedap untuk dinikmati panas-panas atau dengan ais!
 
Suka Idea-Idea Ini? Itu sahaja cara-cara menarik untuk anda habiskan lebihan buah oren di rumah selepas sambutan Tahun Baru Cina. Daripada dibiarkan membusuk di dalam peti sejuk. Lebih baik anda bereksperimen dengan buah limau anda dengan 7 cara yang saya cadangkan ini.
Memang satu aktiviti menarik untuk dilakukan bersama-sama pasangan atau anak-anak pada waktu hujung minggu! Jika anda mempunyai cara-cara lain untuk habiskan lebihan buah oren, jangan lupa untuk kongsi bersama kami dengan memberikan komen di bawah.
Ingat, membazir amalan syaitan!
The post 7 Cara Jadikan Buah Limau Mandarin Lebihan Lebih Menarik appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/open-house/7-cara-buah-limau-mandarin-lebihan-menarik

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jollibee Merancang Untuk Membuka Lebih 100 Buah Cawangan Di Malaysia

Jollibee Merancang Untuk Membuka Lebih 100 Buah Cawangan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 304 hits
Kota Kinabalu Malaysia 20 Februari 2019 Bagi memenuhi permintaan para peminat di Malaysia Jollibee Foods Corporation syarikat pengendali restoran Asia yang terbesar dan paling cepat berkembang di dunia mengumumkan bahawa mereka akan membuka...
The Power Of Doa Tukar Cara Kita Berdoa Dengan 6 Cara Ini Mampu Ubah Kehidupan Lebih Baik

The Power Of Doa Tukar Cara Kita Berdoa Dengan 6 Cara Ini Mampu Ubah Kehidupan Lebih Baik

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 326 hits
The Power Of Doa Tukar Cara Kita Berdoa Dengan 6 Cara Ini Mampu Ubah Kehidupan Lebih Baik Tidak dinafikan kuasa berdoa amatlah hebat Magisnya mampu memperkenankan setiap permintaan dan harapan seorang hamba kepada penciptaNya Dalam pada kit...
Cara Untuk Membuang Kesan Lilin Pada Buah Anggur Atau Epal Rileks Media

Cara Untuk Membuang Kesan Lilin Pada Buah Anggur Atau Epal Rileks Media

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 638 hits
Buahan buahan seperti anggur dan epal yang diimport dari luar negara biasanya disalut dengan lilin bagi memastikan buah buahan tersebut kekal segar biarpun terpaksa menempuh perjalanan yang jauh Wax berfungsi bagi menjadikan lapisan luar ku...
Video Gelagat Lucu Adik Ni Mengira Menarik Perhatian Netizen Cara Dia Mengira Memang Paling Win

Video Gelagat Lucu Adik Ni Mengira Menarik Perhatian Netizen Cara Dia Mengira Memang Paling Win

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 359 hits
VIDEO Gelagat Lucu Adik ni Menarik perhatian Ramai Cara Dia Mengira Memang Paling Win Daripada riak muka macam dah nak menangis Tapi usaha dia mengira tu memang power betul Video adik ni telah menarik perhatian ramai dek kerana kepetahannya...
Buah Lokal Indonesia Vs Buah Impor Lebih Enak Mana

Buah Lokal Indonesia Vs Buah Impor Lebih Enak Mana

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 425 hits
Buah Lokal Indonesia VS Buah Impor Lebih Enak Mana UN1X PROJECT Buah lokal Indonesia sebenarnya memiliki rasa dan bentuk yang tidak kalah dengan buah import Indonesia merupakan salah satu negara kaya akan hasil alam termasuk buah Sayangnya ...
Ulasan Misteri Dilaila Dua Buah Filem Yang Unik Dan Menarik

Ulasan Misteri Dilaila Dua Buah Filem Yang Unik Dan Menarik

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 361 hits
Assalamualaikum salam sejahtera Nampak gayanya baru hari ini saya sempat untuk memberi ulasan tentang filem baru karya Syafiq Yusof yang bertajuk Misteri Dilaila Saya berkesempatan menonton bersama isteri saya namun begitu saya baru sahaja ...
12 Cara Untuk Jadikan Mental Kuat

12 Cara Untuk Jadikan Mental Kuat

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 1712 hits
Dalam hidup ni bukan fizikal dan emosi je kena kuat Mental pun kena kuat untuk hadapi cabaran hidup Ini Caranya untuk kuatkan mental kita
Fayce Watermelon Sleeping Mask Jadikan Kulit Lebih Sihat Dan Remaja

Fayce Watermelon Sleeping Mask Jadikan Kulit Lebih Sihat Dan Remaja

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 362 hits
Hello pembaca kesayangan Kali ini Misz ella nak kongsikan kisah Fayce Watermelon Sleeping Mask krim pelembab terbaru di pasaran yang berbau wangi dan manis seperti tembikai yang terbukti baik untuk kesihatan kulit Pelancaran Fayce Watermelo...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Tiada Jodoh Lee Donghwi Jung Hoyeon Dah Berpisah Selepas 9 Tahun Bercinta

Pmx Bertemu Presiden Muslim Korea

Ph Umno Kedah Cabar Sanusi Dedah Nama Pihak Yang Punyai Rancangan Besar Gagalkan Pelaburan Swasta

Ketenangan Jiwa Bersama Keluarga Fattah Amin Bawa Keluarga Tunaikan Umrah

Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari