Cpi Turun Jadikan Rasuah Musuh Nombor 1 Negara Kata Iim


Pegawai Kanan Seksyen Penyelidikan dan Pembangunan Produk Institut Integriti Malaysia (IIM), Mohd Rais Ramli, berkata rasuah berlaku dalam setiap aspek kehidupan dan jenayah itu kini sudah mengatasi jenayah dadah.PETALING JAYA: Sudah tiba masanya rasuah diletakkan sebagai musuh nombor satu negara, selepas kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2021 turun lima anak tangga baru-baru ini.
Pegawai Kanan Seksyen Penyelidikan dan Pembangunan Produk Institut Integriti Malaysia (IIM), Mohd Rais Ramli, berkata walaupun kajian berkenaan bukan kajian saintifik dan hanya berlatarkan persepsi responden terhadap negara yang dinilai, namun ia diterima di seluruh dunia.
“Penurunan ini tidak boleh diambil mudah kerana prestasi Malaysia dalam CPI sentiasa dipantau oleh orang berkepentingan dari dalam dan luar negara khususnya pandangan peniaga (antarabangsa) terhadap Malaysia.
“Walaupun ada dalam kalangan kita mungkin menganggap kajian ini hanya persepsi, dan bukan kajian saintifik namun persepsilah yang selalunya akan mendatangkan masalah kepada kita apabila hendak berurusan (dengan negara luar),” katanya dalam satu webinar anjuran Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Mohd Rais RamliBeliau mengulas mengenai kedudukan Malaysia turun lima anak tangga dalam CPI 2021 dikeluarkan Transparency International (TI) yang menyaksikan perbezaan ketara selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Malaysia menduduki tangga ke-62 daripada 180 negara dalam laporan terbaharu itu – iaitu terendah sejak kaedah penilaian disemak pada 2012. Pada 2020, Malaysia berada di kedudukan 57, menurun sedikit daripada 51 pada 2019.
Mengulas mengenai cadangan itu, Rais dalam webinar bertajuk “Krisis Integriti: Adakah Sebahagian Daripada Ancaman Keselamatan Negara?” itu berkata jenayah rasuah dilihat semakin membarah dalam komuniti ketika ini dengan merujuk kepada pintu sempadan negara dipercayai menjadi lapisan pertama jenayah itu berlaku.
“Rasuah berlaku dalam setiap aspek kehidupan…(jenayah) rasuah (kini) sudah lebih daripada dadah, kalau kita kata dadah musuh utama negara. Sekarang kita letak rasuah sebagai musuh nombor satu negara.
“Sebab mungkin orang ambil dadah dia tak ambil rasuah tetapi orang yang yang ambil rasuah mungkin membenarkan dadah itu masuk (ke dalam negara),” katanya.
“Pada pandangan saya sebagai orang biasa dan dekat dengan isu berkaitan rasuah ini…semua yang berlaku disebabkan berlakunya rasuah di pintu-pintu sempadan yang melibatkan penguatkuasaan,” tambahnya.- FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/01/cpi-turun-jadikan-rasuah-musuh-nombor-1.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Denmark New Zealand Dan Finland Negara Paling Kurang Rasuah 2021

Denmark New Zealand Dan Finland Negara Paling Kurang Rasuah 2021

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 252 hits
GAMBAR menunjukkan senarai senarai negara paling kurang rasuah di dunia yang dipaparkan menerusi Indeks Persepsi Rasuah 2021 oleh Transparency International Transparency International LONDON Badan pemerhati anti rasuah antarabangsa melapork...
Istihar Isu Azam Baki Kes Nombor Satu Negara Dap Lim Kit Siang Cuba Bina Momentum Ala Ala 1mdb

Istihar Isu Azam Baki Kes Nombor Satu Negara Dap Lim Kit Siang Cuba Bina Momentum Ala Ala 1mdb

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 271 hits
Oleh Sirajuddin AhmadDemi Nak Tutup Kes Zeti Dan Terowong Tiba tiba Lim kit Siang Istihar Kes Azam Baki Kes No Satu Negara pada sidang Prlimen lapor sebuah akhbar Kes Najib dan 1MDB sudah bukan National Embbarrasment lagi Namun DAP malu hen...
Negara Manakah Di Dunia Yang Menyebut Nombor 5 Sebagai Lima

Negara Manakah Di Dunia Yang Menyebut Nombor 5 Sebagai Lima

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 291 hits
Terdapat persamaan sebutan nombor 5 di empat negara iaitu Tuvalu Fiji Samoa dan Filipina dengan sebutan orang Malaysia Dan sebutan yang hampir sama di empat negara lagi iaitu Kribati Tonga Hawai dan Maori di New Zealand Saya sengaja memilih...
Wall Street Journal Berkata Malaysia Adalah Negara Paling Korup Untuk Melakukan Rasuah Dalam Perniagaan

Wall Street Journal Berkata Malaysia Adalah Negara Paling Korup Untuk Melakukan Rasuah Dalam Perniagaan

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 256 hits
Transparency International berkata Malaysia mendapat markah paling teruk dalam Tinjauan Pembayar Rasuah Ia bertanya kira kira 3 000 eksekutif dari 30 negara sama ada mereka telah kehilangan kontrak pada tahun lalu kerana pesaing membayar ra...
Adakah Program Program Pendidikan Lebih Berbahaya Daripada Gejala Rasuah Yang Semakin Berleluasa Di Negara Kita

Adakah Program Program Pendidikan Lebih Berbahaya Daripada Gejala Rasuah Yang Semakin Berleluasa Di Negara Kita

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 223 hits
DR MAZLEE MALEKPusat Khidmat Rakyat Parlimen P151 Simpang Renggam sentiasa komited dalam melakukan aktiviti aktiviti dan program program demi kesejahteraan dan kebajikan warga Parlimen Simpang Renggam Baru baru ini juga Parlimen Simpang Ren...
Percutian 4 Hari Di Pusat Kusta Negara Part 2

Percutian 4 Hari Di Pusat Kusta Negara Part 2

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 238 hits
Assalamualaikum Terasa panjang pula entry sebelum ni jadi mommy asingkan Kebetulan 2 tempat berbeza kan Sebolehnya nak cerita detail tapi apakan daya perkara dah hampir 4 bulan berlalu ihihih makin sedikit ingatan ni Lepas 4 hari di Hospita...
Mutiara Kata Daripada Hassan Al Basri

Mutiara Kata Daripada Hassan Al Basri

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 333 hits
Hasan Al Basri adalah salah seorang daripada Ulama terkemuka dari kalangan Tabi in yang banyak berguru dengan para sahabat Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam Beliau lahir di Madinah pada tahun 30 hijrah iaitu 642 Masihi dan dijaga oleh ...
Tidak Bagus Minum Air Lemon Waktu Malam Betul Ke Apa Kata Pakar

Tidak Bagus Minum Air Lemon Waktu Malam Betul Ke Apa Kata Pakar

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 217 hits
Tidak Bagus Minum Air Lemon Waktu Malam Betul Ke Apa Kata Pakar AIR limau atau lemon adalah salah satu must potion bagi influencer kesihatan dan air dengan rasa masam ini sentiasa ada dalam kehidupan seharian mereka Kebiasaannya melalui vid...
Harga Ayam Dikurangkan Kata Perdana Menteri

Harga Ayam Dikurangkan Kata Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 234 hits
AGENDA DAILY Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata harga runcit maksimum bagi ayam standard dikurangkan sebanyak 20 sen kepada RM8 90 daripada harga siling RM9 10 yang...
Tattoo Supplies Essential Tools For Professional Tattoo Artists

Affordable Background Checks Verisafe S Promise

Amalan Doa Daripada Habib Umar Bin Hafidz Untuk Anak Yang Nakal

Pemilihan Pkr Bila Penamat Kian Hampir

Investors Affected By Unauthorised Trades Won T Incur Losses Says Bursa

The Trucks Haven T Changed What I Learned From Growing Up In Army Quarters

Puding Kastard Jagung Mudah Sedap Confirm Jadi

Ayam Goreng Rangup 10 Teknik Kreatif Yang Confirm Jadi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Claim Cashback

Future Of Penang Turf Club Land Depends On Owners Says Chow

Lima 25 Kicks Off With Spectacular Aerial Display By Rmaf

Tuesday Jokes 265

Kawasan Terbaik Di Malaysia Dengan Internet Boleh Dipercayai Untuk Pedagang

Cuktech Perluas Barisan Produk Di Malaysia Dengan Pelancaran Tiga Produk Kuasa Inovatif